NA - 4

Romance Completed 77474

Tiga Tahun Kemudian

Aileen melangkah keluar dari pagar besi itu bersama bermacam perasaan. Matahari terik yang menyilaukan mata ditutup dengan telapak tangan. "Welcome back, Aileen." Bisiknya perlahan. Dia tersenyum seperti kerang busuk.

Tiga tahun. Tiga tahun sudah cukup lama baginya menderita didalam penjara jahanam ini. Semenjak kejadian dia mendapat parut kekal dibelakang bahu sebelah kanannya, bermacam-macam seksaan yang diterima. Tanpa sepengetahuan warden penjara, dia disuruh untuk menjilat kaki para pembuli. Belum lagi dia perlu makan makanan yang dicampur dengan makanan kucing. Paling teruk, dia dipaksa untuk menelan air kencing para tahanan.

Aileen menanggalkan tudung yang dikenakan. Rambut yang terikat dilepaskan.

"Asalamualaikum Ukhti Aileen." Tegur seorang perempuan yang baru keluar dari sebuah kereta vios berwarna putih.

"Waalaikumussalam. Sera!" Jeritnya sesudah mengenal pasti siapakah gerangan orang yang menyapa. Dia berlari mendapatkan kawan baiknya. Mereka berpelukan melepaskan rindu.

"Kau macam mana? Okey ke?" Tanya Sera saat pelukan mereka dileraikan.

"Okey." Jawabnya sepatah.

"Maaf tau. Waktu benda ni semua jadi aku takde dengan kau. Aku mintak maaf sangat-sangat." Pohon Sera serbasalah.

"Eh takpela Sera. Aku faham." Aileen memegang bahu Sera. Sera yang mana ketika itu dihantar bapanya untuk belajar ke luar negara. Sera anak tunggal. Jadi dialah satu-satunya penerus legasi ayahnya nanti.

"So, sekarang kau nak buat apa?"

"Aku nak jumpa umi."

"Okey jom aku hantarkan."

.

Berhenti sahaja dihadapan rumah banglo setingkat itu, dari dalam kereta lagi dia rasa tak sedap hati.

"Betul ke ni rumah kau, Aileen? Macam takde orang je." Bicara Sera yang mana ketika itu, kelihatan sekeliling rumah itu nampak kosong seperti sudah lama tidak berpenghuni.

Itulah yang apa Aileen fikirkan dari tadi. Dia membuka tali pinggang keledar. Keluar dari perut kereta lalu memberi salam beberapa kali. "Umi... Umi... Kak dik dah balik. Umi bukak pintu ni."

Sunyi. Hanya betul-betul kereta miliknya sahaja yang berada disitu terparkir elok di garaj disebelah kiri halaman rumah. Itu pon kelihatan sangat berhabuk seperti sudah lama tidak disentuh.

"Umi..." Digegarkan pagar hitam itu kuat. "Umi... bukak pintu ni. Kak dik dah balik."

Sera keluar dari kereta lalu bersandar pada pintu keretanya memerhati gelegat Aileen.

"Kalau umi marahkan kak dik. Kak dik mintak maaf umi. Kak dik tak buat umi. Kak dik tak salah. Kak dik dianiaya. Bukak pintu ni..."

Sera bersuara. "Dahlah, Aileen. Takde orang dekat rumah. Kau tahu tu kan?"

Terlorot Aileen jatuh terduduk ke bawah. Tadi dia berusaha untuk menyangkal walaupun dia juga tahu akan hakikat itu. Dia tak bodoh. Tapi bila Sera sudah bersuara seperti itu, hilang semangatnya. "Umi marahkan aku, Sera. Dia marah sampai dia tak nak aku jumpa dia. Dia marah sampai sanggup buang aku dari keluarga. Dia tak datang jenguk aku langsung sepanjang aku dekat dalam sana. Aku sakit, Sera. Aku sakit sangat."

Sera melepaskan nafasnya berat. Dia datang menghampiri Aileen. Dia peluk Aileen memujuk. "Cukup, Aileen. Aku ada dengan kau. Kau bukan seorang sekarang. Kau masih ada aku. Aku akan tolong kau. Jom, aku bawak kau pergi tempat lain okey. Kita tenangkan fikiran dulu. Lepastu aku bawak kau balik rumah aku." Dia bantu Aileen berdiri.

Ketika itu Aileen hanya mengangguk sahaja.

.

Sera menarik tubuh Aileen masuk ke dalam rumah agam milik keluarganya. “Mama… Papa…”

Serentak ketika itu kedua orang tuanya berpaling. Dato Mazlan yang tadi membaca surat khabar, menyambung semula bacaannya. Datin Waheeda yang menonton televisyen menutup tvnya menggunakan alat kawalan jauh. Dia tersenyum manis kearah satu-satunya anak perempuannya itu. “Baby dah balik? Baby dah makan ke? Kalau belum, mama panaskan lauk.”

“No ma… It’s okay. Baby dah makan tadi dengan kawan baby ni.” Ditarik Aileen berdiri disebelahnya. Bahu Aileen dipeluk.

Barulah Datin Waheeda perasan akan kehadiran orang asing dirumahnya itu. “Siapa ni?’

Sera melepaskan ketawa lucu. “Ma… Ni Aileenlah. Nura Aileen. Kawan baik Sera yang selalu ikut Sera balik rumah tu. Mama lupa ke?”

Datin Waheeda berfikir sejenak. “Aileen yang langgar kakak sendiri tu ke?”

“Ma…” Tegur Sera. Dato Mazlan memandang sekilas isterinya itu. Dia sendiri terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya itu.

Aileen menundukkan wajahnya. Malu bila disindir begitu oleh orang tua Sera.

“Kenapa baby bawak dia datang sini? Nak jadikan dia orang gaji kita ke?”

“Ma… Cukuplah tu. Baby bawak Aileen balik bukan untuk mama keji dia. Kata dia bukan-bukan. Sera nak ajak Aileen tinggal dengan kita.”

“Tak boleh. Mama tak izinkan. Kalau orang lain mama boleh pertimbangkan lagi tapi bukan budak pembunuh ni.”

“Mama!” Sungguh dia terperanjat dengan kata-kata kasar dari mamanya itu.

Melihatkan pandangan mata suaminya yang tajam, dialihkan pandangannya pantas ke tempat lain. “Apa-apa pon, mama tak izinkan dia duduk dengan kita.”

Tak tegar melihat pertelingkahan anak beranak itu, dia terus keluar dari rumah agam itu. Sera laju mengejar. “Aileen. Kau nak pergi mana?”

“Mana-mana je, Sera. Asalkan bukan dekat sini. Ini bukan tempat aku.”

“Ini rumah kau jugak, Aileen. Mama aku pernah cakap kan.”

“Lepas dengar kata-kata mama kau tadi, kau rasa dia akan terima aku ke? Takpelah, Sera. Aku boleh pergi. Lagipon, siapa je akan terima bekas banduan macam aku ni.”

“Tapi kau nak pergi mana?”

Aileen terdiam. “Aku akan pergi dimana tempat orang yang boleh terima aku ni bekas banduan.” Kalau keadaan memaksa dia untuk tidur di hentian bas pon dia sudah bersyukur. Asalkan tiada orang yang akan menghina dan mengkeji dirinya.

“Ikut aku eh. Aku bawak kau tinggal dekat tempat aku. Mama takkan datang situ. Takde siapa pon tahu kau siapa dekat situ.”

.

Hayyat tersenyum nakal melihat belakang tubuh tukang pembersih perempuan muda yang membelakanginya terbongkok-bongkok mengemop lantai itu. Liur ditelan beberapa kali.

Seseorang mengetuk pintu biliknya menghilangkan bayangan nakal yang sempat menjengah difikirannya sebentar tadi. Dia memperbetulkan duduknya. Wajahnya pula dineutralkan seperti tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi.

Setelah diberi keizinan untuk masuk, Hakim melangkah mendekatinya dengan membawa sebuah fail hitam untuk ditanda tangan.

Sambil turunkan tanda tangan. “Ada apa-apa berita?” Tanyanya bila angkat kepala melihat Hakim seperti sebersalah ingin berkata sesuatu.

“Er…”

Hayyat menunggu bicara Hakim dengan sabar.

“Aileen dah dibebaskan, tuan.” Beritahu Hakim.

Terhenti perlakuannya seketika. Kelihatan sedikit bergetar pen yang dipegangan Hayyat pada pandangan Hakim. “Bila?”

“Pagi tadi.”

Hayyat berfikir sejenak. “Teruskan rancangan asal, Hakim. Aku nak tengok sejauh mana kebahagiaan dia lepas keluar dari pagar besi tu.”

“Baik, tuan.”

.

Turun dari lift, Aileen melangkah menghampiri kereta Sera. Buka pintu, dia memboloskan diri masuk ke perut kereta. Tali pinggang keledar ditarik. “Kita nak pergi mana?”

“Kau akan tahu nanti." Balas Sera. Dia memulakan pemanduan.

Sampai di suatu tempat, mereka keluar dari kereta. "Ada apa dekat sini?" Tanya Aileen bila melihat ramai orang kaya-kaya beratur ingin masuk ke galeri tersebut. Macam mana dia tahu kaya, sebab dari segi pemakaian sahaja dia sudah tahu orang-orang itu dari kalangan berada.

"Ada jualan amal."

"Untuk apa kau bawak aku ke sini?"

Sera menghampiri kawannya itu. Dipeluk bahu rakannya itu memberi sedikit kekuatan. "Aku bawak kau datang sini sebab nak mintak kau teman akulah. Papa mintak aku rebut satu lukisan ni. Kalau aku dapat, itu adalah penghasilan pertama aku setelah balik ke Malaysia."

Aileen diam.

"Dah jom masuk." Sera menarik tubuh itu beriringan dengannya.

Di ruangan berkumpul untuk sesi mengunci harga, ketika itu berebut-rebut orang-orang akan mengangkat nombor dan menyatakan harga. Aileen berpeluk tubuh menggambarkan betapa bosan dia berada diacara seperti itu. Dia menundukkan wajah tidak berminat dengan jual beli itu.

Sehinggalah pada satu karya seni ini. Apabila pengerusi majlis menarik kain baldu yang menutupi karya seni itu, kedengaran suara-suara orang-orang disekelilingnya kagum melihat karya itu. Aileen mengangkat wajahnya melihat ke atas pentas sana. Tergamam dia melihat karya itu. "Itu..."

Sera yang mendengar Aileen seakan kagum dengan karya itu, mendekatkan wajahnya. "Karya Seniman Mohd Said. Kau tahu kan?"

Aileen tidak menjawab.

"Tulah karya yang aku perlu dapatkan."

Pengerusi majlis mula membuka harga.

"RM10000." Seseorang dari belah kiri mereka mengangkat nombornya. Pengerusi majlis mula mengira sehingga tiga.

Belum sempat menyebut tiga, cepat Sera mengangkat nombornya. "RM15000."

"RM30000." Orang itu mengangkat lagi nombornya.

Sera pandang orang itu seperti sedang berperang. "RM35000."

"RM40000." Orang itu tinggikan harga lagi.

"RM45000." Sera tidak berputus asa.

"RM50000." Lawannya lagi.

Sera mengangkat nombornya. "Lima puluh lim..."

"RM100000." Seorang lelaki yang duduk tidak beberapa jauh di belakang meja sebelah kanan mereka bersuara membuatkan Sera dan lelaki itu terdiam. Mereka memandang lelaki itu serentak. Aileen terkedu. Dia kenal suara itu.

"RM100000 satu. RM100000 dua. RM100000 tiga. Tahniah. Karya ini sekarang milik tuan yang handsome segak bergaya yang duduk dimeja sana." Kedengaran semua orang bertepuk tangan.

Aileen menarik tubuh Sera. "Aku nak pergi toilet." Sera menganggukkan kepala.

Aileen lantas bangun untuk keluar dari dewan acara itu. Bukan tandas tujuannya melainkan galeri seni itu sendiri. Dia sudah tahu selok belok galeri seni itu kerana dulu selalu juga dia menjejakkan kaki ke sini. Ya, galeri seni milik Areena. Dia berkeliling melihat-lihat hasil karya seni yang digantungkan didinding. Langkahnya terhenti pada satu karya. Karya yang mana menggambarkan seorang kakak sedang mendukung adiknya dibelakang.

Seseorang tak jauh dari situ memerhatikan Aileen yang sedang mengamati lukisan itu. Dia juga merenung lukisan itu. Lukisan yang paling arwah Areena sayang. Teringat akan perbualannya dengan Areena ketika itu.

“Adik I.” Bicara Areena sambil tersenyum menatap lukisan itu sebelum mahu digantung ke dinding semasa dia membantu Areena mendekorasi galeri itu sebelum perasmian pembukaan berlangsung dua minggu lagi.

Hayyat menghampiri Areena. Dia memeluk bahu Areena sambil tersenyum melihat lukisan dipegangan Areena itu. “Comel adik you.”

“Dia bukan setakat comel tapi cantik, Hayyat. Lagi cantik dari I.”

“You lagi cantik, sayang.” Kata Hayyat bersama pandangan mata yang tak lepas dari memandang Areena.

“Percayalah, you akan jatuh hati dengan adik I bila you tengok wajah cantik dia depan-depan. I jamin.”

“You perempuan yang paling cantik yang pernah I jumpa, Areena. Dari dulu, sekarang dan selamanya untuk I.” Pipi Areena diusap lembut.

"Betul cakap you, Areena. Dia memang cantik. Tapi sayang, dia pembunuh." Bisiknya perlahan.

Hilang kenangannya bersama Areena bila terdengarkan sesuatu. Pandangannya terarah pada Aileen. Dia pantas berlari ke arah gadis itu. Menarik tubuh itu menjauh dari tempat dia berdiri. Tersembam ke lantai kedua manusia itu.

Aileen yang tadi mengamati lukisan sedikit terkejut apabila merasakan dirinya bagai melayang seperti dirempuh sesuatu. Tak lama kedengaran bunyi kaca seperti jatuh berderai. Aileen mengalihkan pandangannya pada lampu hiasan kristal yang tadi tergantung betul-betul diatasnya sudah berterabur mendarat ke lantai. Dia cepat bangun membetulkan bajunya. Tanpa melihat siapa gerangan lelaki itu. Dia menunduk sekali. “Terima kasih.” Ucapnya. Dia terus beredar dari situ.

Hayyat hanya membiarkan. Dia masih terkesima setelah sempat melihat wajah Aileen tadi. Dia menangis?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience