NA - 2

Romance Completed 77474

Siasatan dijalankan. Segala pertanyaan diajukan supaya Aileen berkata yang sebenarnya. Sedikit pon mereka tidak mempercayainya. Segala maki hamun yang diterima, jawapan yang sama sahaja dia berikan. Dia tak tahu. Tambahan dia tak faham mengapa dia pulak yang disyaki membunuh kakak sendiri? Sekalipun dia benci dengan kakaknya itu, tak tergamak dia hendak membunuh darah dagingnya. Dia juga menangis. Dia juga bersedih. Percuma sahaja orang yang tidak nampak kerana dia tak suka tunjukkan kesedihannya dihadapan orang.

"Apa awak buat pada malam kejadian?" Sekali lagi soalan yang sudah berpuluh-puluh kali ditanya kepadanya.

"Berapa kali saya nak cakap? Saya keluar makan dan saya balik. Itu je."

"Semasa awak dalam perjalanan balik, masa tu hujan lebat betul?"

Aileen mengiyakan. "Ya betul."

"Awak sedar tak yang awak dah langgar sesuatu."

"Ya. Memang betul saya dapat rasa yang saya macam langgar sesuatu. Tapi bukan orang. Saya keluar dari kereta. Apa yang saya nampak adalah tong besar."

"Jangan nak tipu!" Tengking detektif itu kuat. Terhinjut bahu Aileen dek terkejut akan jeritan itu. "Tong besar ke, tong biru ke, tong drum, segala macam tong takde pon dekat tempat kejadian lepas kami ke lokasi kemalangan tu pagi tadi. Jadi awak jangan nak reka cerita."

"Mustahil. Saya sendiri yang angkat tong tu tolak ketepi jalan. Saya tolak tong tu sebab tak nak orang lain terlibat kemalangan sekali."

"Awak dengan siapa malam tu?"

Aileen terdiam sejenak. Takkan dia nak bagitahu yang dia dengan Amer. Hell no! Amer tak boleh terlibat dengan kes jenayah. Amer baru je dapat kerja peguam tu. "Ss... saya sorang." Jawabnya gugup.

Tak lama, seseorang masuk ke dalam bilik soal siasat lalu berbisikkan sesuatu pada detektif itu. Detektif itu kelihatan mengangguk membenarkan. Seorang lelaki masuk ke bilik itu setelah diberi izin. "Ini Encik Amer Haikal. Merangkap peguam pendakwa raya. Jadi kes awak akan diambil alih oleh Encik Amer."

Terkesima Amer dibuatnya apabila yang tertuduh adalah teman wanita dia sendiri. Kes pertama yang dia dapat untuk hari pertama dia bekerja iaitu kes langgar lari Nurin Areena.

.

Tutup sahaja kamera rakaman siasat, Amer yang sudah siap mahu keluar, terhenti langkahnya apabila Aileen bersuara. "Jadi yang awak langgar bukan tong besar, Amer?"

Amer menggenggam tali pemegang briefcasenya kuat. Tanpa berpaling, dia hanya mendengar sahaja bicara Aileen.

"Kalau awak betul peguam yang jujur dan amanah, Amer. Awaklah yang paling tahu siapa yang salah dan patut dipersalahkan. Sama ada untuk menyorok dalam selimut ataupun berdiri tegakkan keadilan."

"Jangan cabar saya, Aileen."

"Saya memang tengah cabar awak pon."

"Awak jangan hancurkan apa yang awak harapkan selama ni dari saya. Saya sekarang peguam, Aileen. Awaklah yang paling bangga bila tahu saya seorang peguam. Awak ingat tu."

Aileen diam. Matanya bergenang. "Jadi gunakan nama peguam tu untuk bela jenayah yang saya tak buat. Bukan saya yang buat, Amer. Bukan saya yang bunuh kakak saya." Aileen seakan merayu.

"Saya akan selamatkan awak. Saya janji."

.

Aileen keluar dari bilik soal siasat dengan langkah berat. Dia berjalan seperti tiada arah tujuan. Bersama wajah tanpa riak, orang yang lalu lalang diabaikan sahaja. Sehinggalah dia berlanggaran dengan seseorang yang membuatkan dia terdorong sedikit ke belakang. Dorongan itu sangat kuat sehingga terasa sengal bahunya. Bahu diurut bagi melegakan kesakitan.

Dia angkat wajah ingin melihat wajah gerangan yang menyenggol bahunya itu. Seorang lelaki sedang menatapnya bak helang. Dia jatuhkan kepala sekali. "Maaf." Ucapnya. Baru sahaja ingin melangkah pergi, bahunya ditahan oleh lelaki itu.

Sengaja Aileen tidak bersuara. Menunggu lelaki itu yang memulakan bicara. Tapi bila lama menunggu, tiada apa-apa yang ingin dikatakan lelaki itu, dia menepis perlahan tangan lelaki itu dari bahunya. Sekali lagi lelaki itu menghalang kepergiannya. "Encik?"

Masih begitu. Rimas dengan keadaan itu, kali ini Aileen menepis agak kasar sehingga membangkitkan kemarahan lelaki itu. Terus dicengkam kuat lengan Aileen. "Encik. Lepaskan saya."

"Kau nak pergi mana?"

"Encik ni kenapa? Lepaslah." Sedaya upaya dia merungkai genggaman itu tetapi tidak berjaya.

Tiba-tiba rambut Aileen ditarik dengan kuat. Aileen mengaduh kesakitan. "Encik. Sakit."

"Sakit lagi hati aku ni, Nura Aileen." Lagi dikuatkan cengkamannya pada rambut panjang ikal milik Aileen. Aileen menjerit kesakitan.

Beberapa pegawai polis pantas menghampiri mereka. Dijauhkan tubuh lelaki itu dari terus mendekati Aileen. "Kau ingat, Aileen. Kau belum habis lagi dengan aku."

Aileen jatuh terduduk tidak berdaya. Dia memegang kepalanya yang sakit. Siapa lelaki itu? Tiba-tiba sahaja menyerang dirinya. Dia menangis sepuas-puasnya.

.

Setelah disoal siasat, turun naik mahkamah, Aileen dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun atas tuduhan membunuh tanpa niat.

Terduduk Aileen mendengarkan hukuman yang diterima. Dia mengalih pandang ke arah lelaki yang sedang duduk tidak jauh darinya di tempat Pendakwa Raya itu. Menatap lelaki itu penuh marah dan kecewa. Marah kerana dia berada disitu atas kesalahan yang tidak ia lakukan. Kecewa kerana Amer mungkir janji untuk menyelamatkan dia. Amer sedaya upaya dia mengalihkan matanya supaya tidak bertemu mata dengan Aileen.

Aileen ditarik keluar oleh pegawai polis yang menjaga. Sambil melangkah untuk keluar dari tempat perbicaraan itu, matanya melilau ke arah orang yang mungkin hadir ke perbicaraannya itu. Namun hampa, tiada seorang pon yang hadir. Mata terhenti pada seseorang yang duduk diantara orang-orang ramai memandangnya dengan pandangan penuh dendam. Sekali lagi dia bermonolog di dalam hatinya. Siapa lelaki itu?

Di dalam sana, berhari-hari, berminggu-berminggu malah berbulan-bulan dia menunggu ahli keluarganya datang melawat. Tetapi malangnya tiada sesiapa pon yang datang. Lama-kelamaan tiada lagi perasaan ingin menunggu. Sakit menunggu sama sakitnya dengan mengharap. Jadi dia sudah tiada lagi kata mengharap dalam dirinya. Hari-harinya berjalan tanpa sesiapa. Walaupun hidup dipenjara itu menyakitkan tetapi tidak sesakit duduk diluar sana. Nama sahaja ada keluarga, lebih baik tiada daripada ada.

“Nura Aileen. Ada pelawat nak jumpa.” Kata warden yang menjaga. Aileen bangun dari duduknya. Dia lantas melangkah mengikuti warden wanita itu. Sampai dibilik pelawat yang dimaksudkan, tergamam Aileen bila sudah dapat mengecam siapa 'pelawat' itu. Pandangan yang sama lelaki itu berikan semasa perjumpaan pertama dan perjumpaan kedua mereka. Kali ini apa mahunya lelaki itu?

Aileen ingin mengikuti warden itu untuk keluar tetapi ditahan oleh warden itu sendiri.

“Dia bukan pelawat saya, puan. Saya tak kenal dia.”

“Dia terdaftar sebagai ahli keluarga awak, Aileen.”

“Bukan. Saya tak kenal dia.”

“Kau tak kenal aku, tak bermaksud aku tak kenal kau, Nura Aileen.” Bersuara sahaja lelaki itu, warden wanita itu pon keluar dari bilik itu memberi ruang kepada lelaki itu dan Aileen bersemuka.

“Encik siapa? Encik nak apa dari saya?”

“Aku orang yang akan pastikan kau menderita, Aileen. Kau takkan bahagia selagi mana aku masih bernyawa. Kau hak aku.”

“Awak jangan merepek. Saya tak kenal awak sebelum ni, sekarang malah selepasni pon saya tak nak kenal dengan awak. Tolong jangan muncul depan saya lagi.” Habis sahaja kata-katanya itu, Aileen keluar dari bilik itu untuk ke tempatnya.

Lelaki itu tersenyum sinis memandang bayangan Aileen yang semakin juah menghilang. “Malangnya, kita akan bersemuka buat selama-lamanya selepas ini, Aileen.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience