Bab 4

Short Story Series 2096

Secara spontan aku terbangun dari tempat dudukku. Faris kucerlung dengan tajam. Aku melangkah ke arah Faris. Serta-merta dia dan perempuan gatal itu berubah muka. Terkejut?

Faris sudah keterlaluan. Pada aku tidak wajar dia buat aku begini. Tidak ada aral melintang tiba-tiba saja mudah memutuskan hubungan.

Dia senang saja menitipkan kata putus kepada ibuku. Kalau dia tidak pengecut kenapa tidak terus terang saja kepada aku? Bahkan aku dibiarkan tertanya sendiri. Apa salahku?

"Wow Faris. Jadi ini la sebab kau putuskan pertunangan kita? Panggilan aku, kau tak jawab. Mesej pula, kau tak reply. Sebab perempuan ni?"

"Sofia.. Aku sebenarnya dah lama.."

"Shut up! Kenapa kau dengan perempuan ni?"
Belum sempat Faris menghabiskan kata, aku mencaras.

"Inilah kau. Aku tak sempat cakap, kau suka potong."

"I don't need your explanation. Benda depan mata aku sekarang ni dah cukup untuk menerangkan segalanya." Kuketap bibirku geram. Perasaanku terhadap Faris semakin tawar. Dia membuang aku untuk bersama perempuan lain. Lakaran indah yang selalu aku impikan kini musnah.

"Aku lagi terkejut tengok kau kat sini. Apa kau buat dengan Faris kat sini? Dating? Oh, wow, should I give you The Best Female Villain ever, dear best friend?" Perempuan bertudung litup itu kupandang dengan murka.

Aku memang marah dengan Faris. Tapi aku lagi marah melihat perempuan di sebelahnya. Patut sejak dari dulu aku senarai hitamkan namanya daripada senarai sahabat baikku. Tidak layak untuk dia bergelar sahabat.

"I'm sorry. I'm so sorry, Sofia."

"Not even an inch I will forgive and forget what have you done, Suraya. This is too much for me. Having a good friend is meaningless when in the end of the day, you backstab me."

Suraya. Kawan makan kawan. Dalam diam dia menikamku dari belakang. Bukan semudah itu aku mahu maafkan.

"Dah diam Sofia. Suraya tak salah. I yang salah. I tak tahan dengan perangai you yang ikut kepala sendiri. Lebih baik hubungan kita diputuskan."

Faris memberi kata putus.

Kata saja hatinya sudah berubah. Kalau dia tidak suka aku yang seperti ini, dari dahulu lagi hubungan ini tidak diteruskan dengan lebih serius.

"Aku bersumpah Faris dan Suraya, sampai bila-bila hidup korang takkan bahagia! Aku akan balas balik apa yang kau dah buat kepada aku! Aku nak kau rasa apa yang aku rasa!"

Aku menjegilkan biji mata. Di sisi tubuh, aku menggepal penumbuk. Kalau boleh, mahu saja aku toreh wajah mereka dengan pisau yang aku guna tadi.

Tiada yang lebih kecewa daripada tunangku dikebas oleh kawan baikku sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience