Bab 9

Romance Series 1216323

Bab 9

"TELL me, abang. Siapa perempuan dengan abang makan tengah hari tadi?" soal Umaira yang kini duduk di dalam kereta Zakuan sambil berpeluk tubuh. Tajam anak matanya merenung wajah Zakuan yang jelas terkejut itu.

"Macam mana Maira tahu?" soal Zakuan.

"Maira nampak dengan mata kepala sendiri. Maira ada dekat restoran tu, makan tengah hari dengan kawan," jawab Umaira. Zakuan terdiam seketika.

"Siapa perempuan tu? Apa hubungan abang dengan dia? Sebelum ni, Maira tak pernah tengok dia. Abang dah ada pengganti Maira ke?" soal Umaira bertubi-tubi. Matanya mula berkaca-kaca.

"No! Dia bukan siapa-siapa pada abang," jawab Zakuan sambil menggeleng.

"Habis tu? Kenapa abang nampak mesra sangat dengan dia? Perempuan ni juga kan, teman abang masa gala night hari tu. Maira tak lupa!" bentak Umaira mula emosi. Hatinya cukup cemburu bila mengingatkan kembali kejadian di restoran tengah hari tadi. Terlalu jelas kemesraan Zakuan dengan wanita tersebut.

"Dia PA baru abang. Nama dia, Tiara. Dia ganti tempat Fairuz," jelas Zakuan.

Umaira terus terpempan. "Apa? PA baru?"

"Ye. Masa company abang ada masalah hari tu, Fairuz nak undur diri. Dia tak sanggup kerja dengan abang lagi sebab dia banyak loan yang perlu dibayar. Nak tanggung keluarga lagi. Dia perlu cari kerja yang lebih terjamin memandangkan company abang masatu hampir jatuh muflis. Abang tak boleh nak halang dia, walaupun abang sejujurnya kecewa dengan dia. Kami berkawan dah lama, tapi abang faham situasi dia.

"Jadi, dia recommendkan kawan dia, Tiara untuk gantikan tempat dia. Yang pada asalnya, abang tak nak. Abang tak biasa dan abang tak mudah percayakan orang lain. Tapi, abang betul-betul perlukan PA pada masa tu untuk bantu abang," jelas Zakuan bersungguh-sungguh.

"Sepanjang abang cuba cari jalan untuk selesaikan masalah company abang, Tiara banyak membantu. Dia juga yang berjaya tolong abang arrange meeting dengan orang yang boleh bantu abang untuk selamatkan company hari tu daripada muflis. Syukur Alhamdullilah, masalah company abang dapat settle dengan mudah," cerita Zakuan.

Umaira masih diam. Walaupun jawapan Zakuan itu membuat hatinya merasa lega, namun perasaan cemburunya masih tetap ada.

"Kalau Maira tak percaya, Maira boleh call Tiara. Tanya dia sendiri. Kalau tak, Maira boleh tanya Fairuz," ujar Zakuan lagi.

"Abang ni dah gila ke?" Eajah Umaira berubah cemberut.

"La, dah kenapa pula abang gila? Betul lah apa yang abang cakap. Kalau tak percaya, call lah Tiara sendiri. Abang boleh bagi nombor dia," ucap Zakuan.

"Ish! Tak kan lah Maira nak call dia? Nanti, mesti dia fikir Maira ni cemburu tak bertempat. Gila talak!" tempelak Umaira. Geram dengan kata-kata Zakuan.

"Dah Maira nampak sangat tak percayakan abang. Macam tu je lah cara dia, bagi Maira puas hati," balas Zakuan. Umaira terus mendengus lalu berpaling membuang pandang ke luar tingkap.

"Maira jealous ke?" soal Zakuan sambil mencari tampang wajah Umaira. Umaira mengetap bibir lalu berpaling memandang Zakuan.

"Mesti lah! Dah abang nampak mesra sangat dengan dia. Siap pergi lunch berdua. Gelak sakan pula tu berborak sampai tak sedar Maira ada dekat situ," ujar Umaira dengan muncungnya.

Zakuan tersenyum segaris. Mendengar pengakuan itu, dia yakin hati Umaira tidak berubah. Dia yakin, Umaira masih sayang dan cintakan dirinya seperti dulu. "Tak boleh ke, gelak dengan PA abang sendiri? Takkan buat muka beku memanjang depan dia? Abang dah macam terhutang budi tau dengan Tiara."

Umaira terus menjeling sebal. "Mula-mula terhutang budi, lama-lama jatuh hati," gumamnya. Namun, cukup jelas di deria pendengaran Zakuan.

"Maira tak percaya abang ke? Jujur abang beritahu, lepas ni Maira mesti selalu tengok abang dengan Tiara. Dia kan PA abang sekarang ni. Mana-mana abang pergi, dia akan ikut. Kalau dulu, abang selalu dengan Fairuz. So, please jangan fikir yang bukan-bukan," ujar Zakuan cuba meraih pengertian Umaira.

Umaira menghela nafas panjang. Dia meraih tangan Zakuan lalu digenggamnya erat. Kali ini, Zakuan tidak menolak. Malah dia menggenggam tangan Umaira kembali dengan lebih erat lagi lalu mencium belakang tangan bekas isterinya itu.

"Maira tak kan fikir yang bukan-bukan kalau abang masih milik Maira. Tapi, sekarang ni abang bukan milik Maira lagi. Maira takut abang lupakan Maira," ucap Umaira dengan mata yang mula berkaca.

Luluh hati Zakuan mendengarnya. "Maira... Abang takkan pernah lupakan Maira. Sampai bila-bila. Tapi... Maira sendiri tahu kan, kita tak mungkin dapat bersama lagi. Bukan abang tak sayang. Bukan abang tak cinta. Abang cintakan Maira sepenuh hati abang. Tapi, abang tak boleh terus memberi harapan palsu dan menyeksa hati Maira. Menunggu sesuatu yang tak pasti. Abang tak boleh pentingkan diri sendiri. Abang tak boleh halang Maira kalau Maira nak cari pengganti abang lepas ni. Abang tak salahkan Maira. Maira berhak untuk bahagia walau bukan dengan abang. Walaupun terlalu berat untuk abang lepaskan Maira. Abang cuba untuk terima takdir kita tak ada jodoh lagi," ujarnya penuh sayu.

Umaira terus menggeleng laju. Airmatanya mula berguguran. "No! Maira tak nak orang lain! Maira nak abang juga! Maira cintakan abang seorang je! Tak kan pernah terganti!" bentaknya dengan esak tangis.

"Maira..." Semakin luluh hati Zakuan memandang Umaira menangis teresak-esak di depan nya itu. Airmatanya juga turut sama mengalir di pipi.

"Dengar cakap abang..."

"No! Abang jangan paksa Maira untuk cari pengganti abang! Maira tak nak! Maira akan cuba cari cara lain untuk kembali pada abang. Itu janji Maira!" bentak Umaira lagi lalu merentap tangannya kasar. Belum sempat Zakuan menghalang, Umaira terus keluar dari kereta. Dia tidak sanggup mendengar permintaan mengarut Zakuan lagi.

"Maira! Sayang!" panggil Zakuan. Namun, Umaira terus menghempas pintu dengan sekuat hati.

"Maira..." Zakuan hanya membiarkan Umaira berlari menuju ke kereta sambil menyeka airmata dengan kedua belah tangan. Tidak lama, kereta Umaira terus meluncur laju meninggalkan tempat itu.

"Maira... Maafkan abang," lirih Zakuan. Tangisan nya semakin lama semakin kuat. Akhirnya dia terus menghambur tangis. Stereng kereta terus dihentak kuat bertubi-tubii melepaskan rasa sakit di hati.

"Aaarrggghhh!"

****

HARI ini adalah hari terakhir Umaira menghadiri seminar yang di kendalikan oleh Syed Redza. Sepanjang sesi seminar itu, Umaira langsung tidak dapat menumpukan perhatian penuh. Kali ini, bukan kerana dia tertarik dengan Syed Redza yang sentiasa melirik mata memandangnya itu, tetapi kerana fikirannya melayang jauh mengimbau kembali setiap butir kata Zakuan semalam.

Hatinya benar-benar tidak dapat menerima semua itu. Dia tidak mampu menerima kenyataan, jika suatu hari nanti Zakuan akan berubah hati dan melupakan nya. Tak! Maira tak sanggup kehilangan abang! Maira tak sanggup biarkan abang jadi milik perempuan lain!

Umaira menggeleng tanpa sedar. Tidak sanggup membayangkan lagi.

"Are you okay, Miss Umaira?"

Umaira tersentak lalu memandang ke hadapan. Terlihat Syed Redza memandangnya dengan kerutan nipis di dahi. Lelaki itu bersandar di tepi meja sambil berpeluk tubuh.

"Yea. I'm okay," jawab Umaira masih dalam kebingungan kerana terlalu lama mengelamun. Terlihat Syed Redza mengeluh lalu menyambung menerangkan topik terakhir pada pagi itu.

Selesai sahaja seminar itu, Umaira memasukkan komputer riba dan peralatan tulis ke dalam beg galasnya. Dia tidak sedar seminar itu sudah tiba ke penghujungnya sehingga dia dikejutkan dengan tepukan gemuruh tadi. Kini hanya tinggal Umaira dan Syed Redza sahaja di dalam bilik seminar itu. Syed Redza yang duduk di kerusi, terus memerhati tingkah laku Umaira tanpa Umaira sedar. Beg komputer digalas di atas bahu lalu mengatur langkah menuju ke pintu.

"Maira..." Langkah kaki Umaira mendadak berhenti lalu menoleh ke belakang.

"Excuse me. What did you just called me? Maira?" soal Umaira.

"Why? Is that wrong?" soal Syed Redza hairan.

Umaira tersenyum sinis. "Look Tuan Syed. We're not close. Not even a friend too. Hanya kawan rapat dan saudara mara je boleh panggil saya macam tu."

"I see..." Syed Redza hanya beriak selamba.

"Anyway, what's wrong with you today? Sepanjang seminar tadi, awak langsung tak memberi tumpuan sepenuhnya. Awak asyik mengelamun je. Awak datang ke seminar ni untuk apa sebenarnya? Main-main ke? Macam mana saya nak beri sijil pada awak nanti?" soal Syed Redza sambil kedua tangannya terus menyilang memeluk tubuh. Berdesing telinga Umaira mendengar kata-kata lelaki itu. Dia mengetap bibir sambil kedua tangannya mengepal buku lima.

"Kalau saya main-main, saya tak kan datang. Tuan kena ingat, saya join seminar tuan ni pun atas kehendak ibu saya. Ibu yang daftar nama saya tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Kalau ikutkan hati, saya tak nak pun! Tapi, saya hormat dengan permintaan ibu saya. Jadi, kalau disebab kan tuan tak puas hati tengok saya mengelamun tadi, tuan boleh tarik sijil saya. Saya tak heran dengan semua tu! Tak ada sijil dari tuan pun, saya masih tetap COO di company arwah ayah saya!" bentak Umaira geram lalu berpaling dan mengatur langkah luas menuju ke pintu.

"Ke... sebab semalam awak tengok ex husband makan dengan perempuan lain? Sampai terbawa-bawa ke seminar saya?" soal Syed Redza sambil menjongket sebelah kening. Sekali lagi langkah Umaira terbantut. Rasa terbakar kedua cuping telinganya di saat ini.

"Tuan tak ada hak untuk masuk campur dalam urusan peribadi saya. Mind your own business, Tuan Syed Redza," sinis Umaira keras. Dia membuka pintu palu menutupnya dengan kasar.

Syed Redza tersenyum sinis lalu menggeleng. Woman nowdays...

****

UMAIRA melangkah masuk ke dalam sebuah kafe. Semasa dalam perjalanan, Puan Kartina menghubunginya mengajak makan tengah hari bersama di luar. Terlihat dari jauh, Puan Kartina rancak berbual dengan seorang wanita yang cukup dikenalinya.

"Ibu..." sapa Umaira. Puan Kartina terus memandang ke hadapan. Dia tersenyum manis melihat Umaira melangkah laju menghampirinya.

"Sorry, ibu. Traffic jam tadi,” ujarnya lalu mencium tangan Puan Kartina.

"Hai Aunty... Aunty apa khabar?" Umaira turut mencium tangan Sharifah Farida. Dia mengambil tempat di sebelah Puan Kartina.

"Alhamdulillah. Sihat,” jawab Sharifah Farida sambil tersenyum.

"Ni, Maira pergi order lah dulu sementara tunggu anak aunty sampai,” ujar Sharifah Farida. Terkedu Umaira mendengarnya.

"Ha! Itu pun anak aunty datang. Panjang umur dia,” ujar Sharifah Farida dengan senyuman ceria. Umaira terus menoleh ke belakang.

Oh god! Umaira menggigit hujung bibir. Terlihat Syed Redza berjalan menuju ke arah mereka dengan gaya yang cukup berkarisma. Gaya yang sekali pandang tidak puas. Mahunya dua tiga kali pandang, baru rasa puas hati.

Umaira menarik nafas lalu kembali memandang ke hadapan. Dia cuba untuk bersikap tenang, walaupun jantung terasa sedikit berdebar.

"Assalamualaikum..." sapa Syed Redza. Mereka semua terus menyahut salam. Syed Redza melabuh punggung di depan Umaira. Mereka sempat bertentang mata buat sejenak sebelum Umaira menjeling nipis.

"So, macam mana dengan seminar tadi?" soal Puan Kartina setelah Umaira dan Syed Redza selesai membuat pesanan.

"Alhamdulillah, everything went well,” jawab Syed Redza. Sesekali dia melirik ke arah Umaira yang sedang sibuk menatal telefon bimbit itu.

"How about Maira? What did you learn from Tuan Syed today?" soal Puan Kartina. Umaira terus panggung wajah. Terkebil-kebil matanya memandang ke arah tiga wajah yang tertumpu padanya itu. Aduuuhhh… Ibu ni...

"Err..."

"Dia banyak mengelamun,” celah Syed Redza. Terlompong mulut Umaira. Dia menatap wajah selamba Syed Redza dengan riak tidak percaya. Are you serious, old man?!

“Bila masa saya mengelamun?” soal Umaira naik geram. Wajahnya berubah masam mencuka.

“Saya sampai terpaksa panggil dia banyak kali masa seminar tadi. Jauh angan-angannya,” ujar Syed Redza, sengaja ingin mengusik.

"Oh really? What happened, Maira?" soal Puan Kartina ingin tahu. Naik merona kedua belah pipi Umaira menahan malu dek Sharifah Farida tersenyum memandang gelagatnya diusik oleh Syed Redza.

"Mungkin banyak perkara yang dia fikirkan sampai dia tak boleh focus. But it's okay. At least, kalau ada yang dia tak faham nanti, dia boleh rujuk dekat paper yang saya bagi sepanjang seminar tu, atau boleh tanya direct dekat saya,” ujar Syed Redza sambil merenung tepat ke dalam mata Umaira.

Ingin sahaja Umaira menyimbah air jus oren ke wajah Syed Redza di saat ini. Geram diperli oleh lelaki itu.

Puan Kartina terus mengeluh nipis. "Kan ibu dah banyak kali pesan, jangan bawa perangai Maira yang suka mengelamun tu. Tak elok. Semua benda tak masuk kalau asyik nak mengelamun.”

Ergh! Kedua tangan Umaira terus mengepal buku lima. Panas hatinya tika ini. Gara-gara lelaki di depan nya itu, dia di 'sound' oleh Puan Kartina di depan orang.

"F*ck!" Syed Redza mengaduh sambil mengetap rahang. Dia membongkok sedikit lalu mengusap betisnya yang terasa sakit ditendang oleh Umaira. Boleh tahan juga tendangan wanita itu sehingga tulang keringnya terasa berdenyut-denyut!

"Eh! Dah kenapa tiba-tiba mencarut ni? Mana adab?" Tempelak Sharifah Farida lalu menampar bahu Syed Redza.

Umaira terus tersenyum sinis. Padan muka! Suka sangat nak cari pasal dengan aku kan. Ambik kau!

“Sorry, ma…” ucap Syed Redza sangat perlahan. Dia terus merenung tajam ke arah Umaira, namun Umaira buat tak endah. Ingat aku takut ke? Hmmph! Umaira menjeling sebal.

Tidak lama, datang seorang pelayan menghidang makanan yang telah dipesan. Dengan selamba Umaira mengambil sudu dan garfu untuk mula menjamah makan.

“Bon appetite!” ucapnya ceria.

Sempat Umaira memperli dengan menjelir hujung lidah sambil memutar bebola mata keatas ketika ibunya dan Sharifah Farida menikmati makanan. Itu membuatkan Syed Redza naik geram memandangnya.

Ting!

Telefon Umaira berbunyi. Dia pantas meraih telefon bimbitnya di atas meja lalu menatal skrin. Keningnya terus berkerut nipis melihat nombor yang tidak dikenali itu. Namun, dia tetap membuka whatsapp itu.

'Nice kick, dear.’

Umaira terkedu. Dia pantas mengangkat wajah memandang Syed Redza yang sedang meneguk air putih sambil merenungnya itu. Woah! Woah! Woah! Tidak menyangka, lelaki tua itu ada menyimpan nombor telefonnya. Dengan lagak selamba sambil mencebik mulut, Umaira terus sahaja membalas mesej itu.

Ting!

Kini telefon Syed Redza pula yang berbunyi. Syed Redza meraih telefon bimbitnya di atas meja lalu menatal skrin. Dia tersengih di dalam hati membaca balasan whatsapp itu.

'Serve your right, Tuan Syed.’

Syed Redza tidak membalas whatsapp itu. Dia meletakkan kembali telefon bimbitnya di atas meja lalu menyuap salad ke dalam mulut. Ya, lelaki itu hanya memesan salad dengan air putih saja. Jelas, lelaki itu sedang menjaga badan dengan cara pengambilan makanan sihat dan segar.

"Ni, Redza dah berpunya ke belum?" Tiba-tiba sahaja Puan Kartina bertanya kepada Sharifah Farida. Syed Redza terus berhenti dari menyuap salad ke dalam mulut. Dia menoleh memandang Puan Kartina yang tersenyum manis itu.

"Belum. Umur dah masuk 44, tapi sampai sekarang belum ada tanda-tanda nak kahwin. Saya pula teringin nak ada cucu,” ujar Sharifah Farida. Sempat lagi wanita itu menjeling nipis apabila Syed Redza mencuit pahanya.

"Ma..." Tegur Syed Redza berbisik. Jelas riak wajahnya mempamerkan sedikit kurang selesa. Sekilas dia melirik ke arah Umaira.

Umaira tergelak di dalam hati. Malu lah tu. Ha! Siapa suruh perli aku tadi. Kan dah kena! Kahkahkah! Umaira mengejek sambil menyedut jus oren dengan santai.

"Tak apa lah. Mungkin jodoh belum sampai lagi. Ada manusia, jodoh datang awal. Ada juga yang datang akhir. Ada yang jodoh panjang dan ada juga jodoh yang pendek. Itu lah, orang kata jodoh itu rahsia Allah. Setiap manusia ada jalan hidup masing-masing yang Allah dah siap aturkan. Kita yang manusia ni je, yang harus bersyukur dan redha dengan ketentuan dan Qada dan Qadar Allah. Sebab semua tu ada hikmah dia yang tersembunyi. Kan, Maira?" ucap Puan Kartina lalu menyentuh bahu Umaira.

Umaira yang sedang asyik mengutuk Syed Redza di dalam hati, terus terpempan dengan kata-kata ibunya itu. Sepertinya kata-kata itu khas ditujukan buat dirinya pula. Ibu ni...

“Betul apa yang aunty cakap tu. Bukan tak ada jodoh, tapi mungkin jodoh saya belum sampai lagi ataupun mungkin jodoh saya tengah mengelamun menunggu saya munculkan diri sambil minum orange juice sekarang ni,” ucap Syed Redza selamba sambil memandang Umaira.

Uhuk! Uhuk! Uhuk!

Umaira tersedak. Pantas dia menepuk dadanya yang terasa perit.

“Tengok! Kan dah tersedak tu. Minum tu cubalah perlahan-lahan sikit. Jangan gelojoh sangat.” Puan Kartina terus mengusap belakang Umaira yang terbatuk-batuk itu.

“Need tissue?” Syed Redza menghulur beberapa helai tisu.

“Thanks,” Umaira terus mengambil tisu itu tetapi sempat lagi dia menjeling. Kurang hajar. Dia perli aku ke tu? Tak hingin aku nak berjodoh dengan orang tua macam kau! Geli lah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience