PROLOG

Romance Completed 24260

Bunyi desiran air sungai yang mengalir betul - betul menenangkan jiwanya. Kaki yang dia juntaikan di dalam air sungai itu terasa dingin dek arus sungai yang berterusan mengalir menampar - nampar kakinya yang putih mulus itu. Sesekali tangannya turut bermain dengan menebar air sungai dan titisan air itu melambung naik ke atas mengenai pipinya, terpejam matanya seketika. Duduknya yang tidak berapa selesa dia betulkan di atas batu besar itu. Hanya dirinya seorang melayan healing di situ... Tiada berteman.

Mata memandang kawasan tepian sungai, pelbagai jenis pokok bunga bertebaran tumbuh di pesisir sungai itu. Cantik, ya, memang cantik! Tapi kecantikan itu tidak dapat membuang rasa sunyi dan rindu yang dia hadapi sekarang ini. Kesunyian dan kerinduan yang dia telah alami setelah bertahun - tahun lamanya.

Apabila mengingatkan itu, air matanya akan bergenang. Entah,,, sampai bila dia akan terkurung di sini. Terkurung di tempat yang dia sendiri tidak ketahui di mana dia berada.

Dahlia Qarissa, nama yang diberi oleh arwah ayah sempena nama sejenis bunga iaitu bunga dahlia yang sangat disukai oleh ibu. Itulah yang pernah diceritakan oleh arwah ayah semasa hayatnya. Cerita yang akan diulang oleh arwah ayah tanpa jemu agar dia tidak lupa.

Air matanya bergenang mengingatkan momen - momen indah bersama dengan kedua orang tuanya.

Entah apa yang di buat oleh ibunya sekarang ini... Adakah ibu masih mengingati dirinya atau ibu mengandaikan yang dia telah mati. Paling dia takuti jika itu yang diandaikan oleh ibunya kerana dirinya masih lagi hidup. Cuma kehilangannya mesti menjadi tanda tanya.

FLASHBACK...
TIGA TAHUN YANG LALU...

Dia menarik basikal yang ditongkat di bawah garaj tempat meletak basikal di kawasan sekolahnya. Perlahan basikal itu dikayuhnya keluar dari situ. Cuaca panas berbahang memeningkan kepalanya. Dia mengayuh basikalnya laju - laju untuk pulang ke rumah. Sudah terbayang masakan ibunya di bawah tudung saji. Mesti ada sayur masak lemak pucuk manis, sambal belacan bersama ikan goreng. Perut yang berkeroncong sudah tidak tertahan lagi untuk minta diisi.

Dia melalui kawasan yang sedikit hutan, kerana jarak sekolah dengan rumah mengambil masa dalam setengah jam. Ikutkan tidak mahu lagi dia menyambung pelajarannya ke tingkatan enam tapi ibunya yang tak sudah - sudah mendesak. Dia kesiankan ibu. Tapi ibunya tetap juga memujuk, katanya masih mampu. Hanya memikirkan hasrat ibunya. Dia teruskan juga.

Rumahnya terletak di hujung kampung. Rumah peninggalan arwah ayah untuk dirinya dan juga ibu. Bersyukur kerana ada juga harta peninggalan arwah ayah untuk dirinya dan juga ibu berteduh dari hujan dan panas. Jika tidak entah ke mana - mana dirinya dan juga ibu akan merempat.

Diusianya yang ketika itu berumur lapan belas tahun, dirinya sudah tumbuh menjadi seorang gadis yang cantik. Anak tunggal kepada arwah ayah dan ibu. Menjadi anak yatim ketika berusia dua belas tahun kerana ayah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Redha dengan takdir untuknya.

Jalan kampung kelihatan lengang. Sunyi tanpa kenderaan. Mungkin juga masing - masing masih berada di kebun atau juga telah balik ke rumah untuk makan tengahari. Dia sudah biasa dengan suasanan seperti itu. Suasana kampung yang sudah sinonim dan sebati dengan dirinya.

Dada tiba - tiba berdetak. Dia ketika itu sudah berasa tidak sedap hati kerana terasa diri diekori. Dia memberanikan diri untuk berpaling. Di belakangnya ada sebuah kereta mewah berwarna hitam dan bercermin gelap. Ikut perlahan di belakang basikalnya.

Dia melajukan lagi kayuhannya. Rasa berdebar, takut semua sudah bercampur baur. Peluh dingin sudah merembes di dahinya. Kawasan yang sunyi dan kurang kenderaan pada ketika itu semakin membuatkan dirinya menjadi semakin takut.

Kereta mewah di belakang semakin rapat pula mengekorinya. Pelik... Kenapa kereta itu tidak memintas sahaja basikalnya??? Banyak lagi ruang di sebelah kalau dia hendak memintas.

Tanpa mempedulikan kereta di belakang, dia teruskan juga kayuhannya. Sudah hilang rasa penat dan lapar yang dia rasai sebentar tadi. Yang ada sekarang rasa takut yang betul - betul mencengkam jiwanya. Otaknya ligat memikir, mesti orang itu ada berniat tidak baik.

Kereta itu akhirnya berhenti di sebelah, dan menghalang laluannya yang mahu terus ke depan. Dia terpaksa berhenti mengejut dan hampir nak terjatuh kerana gagal hendak mengawal pemegang hendal basikalnya.

Pintu kereta di buka, dua lelaki berbaju hitam keluar, menariknya masuk ke dalam kereta. Selepas itu dirinya sudah tidak tahu apa - apa kerana salah seorang dari lelaki itu menekup hidungnya dengan sapu tangan. Yang dia tahu, dia meronta - ronta merayu dan meminta untuk dilepaskan. Dia bukan dari keluarga kaya pun kalau hendak diculik untuk meminta tebusan. Apa motif lelaki - lelaki itu menculiknya. Harta apa yang mereka ada hanya sebuah rumah semata.

Sedar pada malam itu dirinya sudah berada di atas katil yang bertilam empuk. Matanya meliar memandang sekeliling, baru menyedari yang dirinya berada di tempat yang sangat asing, penataan dekorasi yang sangat eksklusif dan elegan termasuk juga pemilihan perabotnya. Dia berlari ke arah pintu. Pintu bilik itu berkunci dari luar. Berulang kali dia cuba membuka dan juga dengan tangan yang tak berhenti mengetuk pintu serta mulutnya juga tak lepas dari meminta pertolongan. Tau apa yang dia buat hanyalah sia - sia kerana tiada siapa yang menyahut dari luar.

Sia - sia dia cuba untuk membukanya tetapi tetap juga gagal. Akhirnya mengalah pada ketika itu kerana dirinya yang sudah tidak berdaya.

"Aku dekat mana sekarang ni???" mata melilau memandang sekeliling. Dia berlari ke arah balkoni. Tempat yang sangat asing baginya. Dia menangis lagi.

"Mak,,, tolong Dahlia. Dahlia takut." Dia merintih seorang diri.

Baru dia perasan, bajunya juga sudah bertukar. Di badannya sudah tersarung dress berwarna putih, mesti mahal harganya. Dia menampar dirinya beberapa kali. Yakin yang dirinya bukan bermimpi dan benar - benar berada di alam nyata.

Dari atas balkoni, matanya memandang sekeliling kawasan rumah itu. Terpampang di depan matanya seperti sebuah taman yang penuh dengan bunga - bungaan. Dahi semakin berkerut, tetap berasakan yang dirinya masih lagi di alam mimpi.

Dia berlari semula ke arah pintu. Mengetuk kuat pintu itu. "Aku nak balik, tolong lepaskan aku." Lantang suaranya menjerit, diulangnya ayat itu beberapa kali. Sakit anak tekaknya, seperti hanya bercakap seorang diri. Di ruang mata sudah terbayang wajah kerisauan ibunya.

Penat dia meminta tolong, dia melorot ke atas lantai. Menyandar pada pintu. Seorang pun tidak mendengar jeritannya. Dia menangis lagi dan lagi.

END FLASHBACK...

"Cik Dahlia..."

Dahlia yang ketika itu asyik mengelamun, tersentak, dia berpaling ke belakang, terpandang olehnya satu susuk tubuh...

"Dekat sini rupanya Cik Dahlia, jom balik makan tengahari. Jangan makan lambat nanti Puan Sri marah," Mak Kuntum datang merapat ke arah dirinya yang masih duduk di tepi sungai. Di dalam taman ini ada sebuah banglo, di situlah dia tinggal setelah bertahun - tahun lamanya ini dengan ditemani oleh Mak Kuntum. Orang yang pertama dia jumpa setelah membuka mata pada hari pertama dia ditempatkan di sini.

Puan Sri yang selalu disebut - sebut oleh Mak Kuntum itu tidak pernah dia kenal apatahlagi berjumpa, tapi nama itu cukup sinonim di pendengaran telinganya sejak tiga tahun dia di sini. Dunianya selama tiga tahun dia di sini hanyalah rumah ini yang dikelilingi dengan taman dan bunga - bungaan yang cantik. Layaknya sebuah rumah persinggahan kerana segenap pelosok rumah ini dipenuhi pelbagai landskap yang sangat menarik pada pandangan matanya. Yang menjadi tanda tanya, sekeliling rumah ini mempunyai pagar tinggi yang memang secara langsung dia tidak tidak dapat melihat dunia luar. Tiga tahun terkurung di sini tanpa dia ketahui sebabnya, tiga tahun jugalah dia terpisah dengan dunia luar.

Dalam banyak tempat di taman ini, dia sangat suka akan satu sungai yang selalu menjadi tempatnya melepaskan kebosanan. Luas kawasan ini. Bukan dia tak pernah cuba untuk lari, pernah. Banyak kali juga, tapi sejauh mana pun dia berjalan, tetap akan kembali semula ke sini. Pelik... Tapi itulah kenyataannya.

"Baik Mak Kuntum, jomlah kita masuk dalam..." Tetap juga bercakap sopan. Kerana Mak Kuntum melayannya sangat baik persis anak sendiri. Dia tiada siapa - siapa di sini. Hanya yang dia ada adalah Mak Kuntum.

Dahlia mengikut rapat Mak Kuntum menuju ke dalam rumah. Jarak dari sungai dengan rumah tidak jauh hanya tiga minit. Dari rumah dia boleh dengar akan desiran air sungai yang mengalir dan dari balkoni biliknya juga dia boleh nampak akan sungai itu. Mak Kuntum pun dapat mengagak keberadaannya jika kelibatnya tiada di dalam rumah itu.

__________

Malam semakin larut, Dahlia masih lagi melayan lamunan di balkoni. Berdiri sambil menongkat tangan pada dagunya.

Bayu malam yang sedikit sejuk mencengkam kulitnya yang hanya bergaun tidur. Setiap hari hatinya mendesak untuk keluar dari sini. Entah sampai bila juga dia akan terus terkurung di rumah besar ini.

TOK...!!!

TOK...!!!

TOK...!!!

Hanya tiga kali ketukan, pintu bilik dibuka dari luar. Mak Kuntum tercegat di depan pintu, dengan tangannya menatang satu dulang berisi susu dan juga kudapan. Masa untuk 'supper'... Mewahnya makan di sini, enam kali sehari. Semuanya sedap - sedap, yang kadang - kadang tidak pernah terfikir dek akalnya akan menikmati makanan itu. Tidak seperti di rumahnya yang makan pun harus bercatu. Tapi dia bahagia tinggal di rumahnya sendiri berbanding di sini. Hatinya terjentik... Air matanya bergenang lagi...

Dahlia memandang tanpa perasaan, tiada senyum yang terpamer dari ulas bibirnya. Bukan marah pada Mak Kuntum tapi bagi menunjukkan dirinya yang sedang memprotes. Hanya dengan riak wajahnya dia dapat gambarkan jiwa dan perasaannya ketika ini. Walaupun ditahan tapi terlepas juga kerana dia hanya manusia biasa.

"Jauh Cik Dahlia mengelamun, fikirkan apa tu???... Masa untuk supper, Mak Kuntum letak kat atas meja ni yer, jangan lupa makan."

"Mak Kuntum, sampai bila Dahlia akan terkurung di sini? Dahlia rindu ibu Dahlia, Dahlia nak balik, kenapa mereka kurung Dahlia dekat sini???..." Dahlia meluah... Hari - hari soalan yang sama dia akan tanyakan. Tapi dia tau, jawapan yang dia terima tetap juga sama.

"Sabar Cik Dahlia. Mak Kuntum faham perasaan Cik Dahlia, tapi Mak Kuntum percaya, satu masa nanti Cik Dahlia akan bebas juga dari sini. Seandainya Mak Kuntum boleh bantu. Tapi daya itu tiada pada Mak Kuntum. Maafkan Mak Kuntum Cik Dahlia," lembut tutur katanya. Tau dia juga kesian akan gadis cantik ini. Tapi arahan dari atas juga dia kena ikuti, kerana apa, kerana dia hanyalah makan gaji.

Sudah dia agak, memang itulah jawapan yang akan dia terima jika soalan itu yang ditanya. Mak Kuntum seolah - olah menyimpan sesuatu daripadanya. Kerana setiap soalan yang dia tanya, mesti jawapan yang dia terima tidak pernah memuaskan hati.

"Tapi apa yang mereka hendak daripada Dahlia??? Tiada apa - apa yang istimewa pun daripada Dahlia. Dahlia hanya manusia biasa. Ada perasaan rindu dan tanggungjawab pada ibu Dahlia," Dahlia meluah rasa hatinya.

"Sabar sayang. Mak Kuntum faham perasaan Cik Dahlia. Tapi Mak Kuntum tak boleh berbuat apa - apa. Mak Kuntum hanya bekerja dan ditugaskan untuk menjaga dan memenuhi apa jua keperluan Cik Dahlia di sini, dan amanah itu akan Mak Kuntum jalankan dengan sebaiknya untuk memastikan Cik Dahlia selesa untuk tinggal di sini. Jika tidak teruk Mak Kuntum akan kena daripada Puan Sri. Puan Sri mahu Mak Kuntum penuhi apa jua keinginan Cik Dahlia di sini kecuali yang satu itu. Mak Kuntum harap Cik Dahlia faham." Giliran Mak Kuntum pula yang meluah. Dia bukan seorang manusia yang kejam. Andai dirinya mampu, akan dia keluarkan gadis itu dari sini. Tapi dia tak mampu.

GRRRRRGGGG....

ARGHHHHHH....

GRAAGGGHHH....

Dahlia tersentak... Cepat - cepat dia masuk dan tutup pintu sliding yang menghubungkan biliknya dengan balkoni. Walaupun setiap hari dia akan mendengar suara yang mengerang kuat dan seolah kesakitan itu. Tapi hatinya tetap masih terasa debarannya.

"Mak Kuntum, Dahlia takut. Suara tu... Suara tu setiap hari mengganggu hidup Dahlia," menggigil suara yang terlontar dari ulas bibirnya. Suara itu kedengaran sangat dekat pada telinganya.

"Tutup je pintu, Mak Kuntum keluar dulu, jangan lupa makan, nanti dah siap Mak Kuntum angkat," bimbang banyak lagi soalan yang akan ditanya oleh gadis itu. Mak Kuntum angkat kaki mahu cepat - cepat keluar dari situ. Sabar Cik Dahlia, satu hari nanti pasti akan terjawab juga setiap persoalan Cik Dahlia. Dia tersenyum nipis. Membawa langkah keluar dari bilik itu.

Dahlia duduk sambil berpeluk lutut. Hampir setiap malam juga suara itu menerjah gegendang telinganya. Dan setiap kali itu jugalah diri akan menggigil, risau, takut, dan entah apa lagi perasaan yang bertandang. Suara yang kedengaran kadang - kadang seperti manusia dan kadang - kadang juga seperti makhluk di dalam hutan. Adakalanya seperti kesakitan dan adakalanya seperti mengerang.

Happy reading semua... Perkenalkan novel baru dari EL... Love... -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience