Pintu bilik bacaan dia rempuh. Dia tau Puan Sri Rozana ada di dalam bilik itu kerana kebiasaannya pada waktu pagi selepas sarapan dan Tan Sri Khalil sudah beransur ke pejabat, dia akan duduk di dalam bilik bacaan itu. Tidak lama di situ kerana Puan Sri Rozana perlu menguruskan makan cucunya pula, memandangkan Tuan Andika tidak mahukan orang lain.
Sofea meluru masuk dan berdiri di sebelah sofa yang diduduki oleh Puan Sri Rozana. Kelihatannya wanita itu sedang membaca surat khabar.
"Saya nak berhenti, saya dah tak boleh bekerja dekat sini lagi."
Puan Sri Rozana angkat wajahnya memandang tepat ke arah wanita muda itu.
"Tapi kenapa awak nak berhenti?" soal Puan Sri Rozana dengan dahi berkerut. Elok je sebelum ni wanita itu bekerja di sini.
"Saya dah tau hal sebenar. Kenapa Puan Sri tak berterus terang dengan saya?" balasnya terus. Cuba untuk bertenang seboleh mungkin.
"Tau hal sebenar??? hal apa yang awak tau???" Puan Sri buat - buat bertanya, sedangkan dia dapat mengagak akan hal itu.
"Tentang Tuan Andika..."
Terdengar keluhan panjang dari mulut Puan Sri Rozana. Memang betul agakannya.
"Kenapa Puan Sri??? saya ni ditugaskan untuk menjaga keperluan Tuan Dika, sepatutnya saya harus tau hal yang berkaitan dengan Tuan Dika," tukas Sofea.
"Jadi awak dah tau???... Maknanya awak dah langgar arahan saya supaya jangan keluar dari bilik selepas jam 12.00 tengah malam..." Tegas nada Puan Sri Rozana, serius wajahnya.
Sofea telan liur... Cuak wajahnya. Terkelu lidahnya. Tau akan salah dirinya.
"Awak tak perlu tau semua Sofea. Tu adalah rahsia keluarga saya. Saya bayar awak untuk servis awak, jaga keperluan dan ubatan Andika." Terang Puan Sri Rozana. Mata tunak memandang ke arah Sofea.
"T...Tapi, saya perlu juga tau Puan Sri. Saya keluar bilik tengah malam tadi pun sebab nak pergi dapur ambil air. Saya perlu tau keadaan Tuan Dika supaya senang untuk saya merawat dia," Sofea membela diri. Masih lagi berdiri tegak di hadapan Puan Sri Rozana.
"Tiada ubatan moden pun yang boleh rawat dia, cukuplah awak tau tentang itu. Keputusan itu saya letak pada tangan awak samada nak terus bekerja di sini atau tidak. Terpulang pada awak." Sejurus melontarkan kata - kata itu, Puan Sri Rozana bangun dan keluar dari bilik.
Sofea ditinggal termangu - mangu di dalam bilik itu. Tak boleh nak berfikir dia sekarang ini. Buntu... Lain penjelasan yang dia inginkan, lain pula yang dia dapat.
Puan Sri Rozana keluar dari bilik. Sebal pula hatinya apabila ada orang luar yang nak menyibuk perihal diri keluarganya. Dah diberikan kerja tu, buat ajelah kerja. Hmmm... Dia mahu pergi melihat cucunya. Sebelum ke situ kaki laju melangkah menuju ke arah tangga. Satu - persatu dia membilang anak - anak tangga sehinggalah ke anak tangga paling bawah. Arah dapur dia tujui.
"Bik Sari, makanan untuk Tuan Dika dah siap?" soalnya kepada salah seorang pembantu rumahnya itu.
Wanita yang memakai uniform itu berpaling. "Sudah Puan Sri, dah boleh bawa naik atas?"
Puan Sri Rozana mengangguk. Dia berlalu dari situ terus naik ke tingkat atas. Langkah dia hala ke arah bilik cucunya. Diikuti rapat dari belakang, Bik Sari membawa dulang makanan.
Sampai sahaja depan pintu, tombol dia pulas perlahan. Wajah dia jengah ke dalam. Bilik yang mempunyai suasana suram itu menjadi hidangan pada pandangan matanya. Perlahan langkah dia atur ke dalam bilik.
Matanya tertancap ke atas katil. Kosong...
"Takpe Bik Sari, letak dulu dekat atas meja tu, Bik Sari boleh keluar." Cepat sahaja dia meminta pembantu rumahnya itu keluar kerana Andika tidak suka ada orang lain di dalam bilik itu. Sebab itu dia tidak mahu menggangu mood Andika pagi - pagi.
"Dika..."
Senyap sunyi bilik, kelibat si cucu tidak kelihatan. Hati Puan Sri Rozana mula resah. Matanya melilau ke arah sekeliling bilik.
"Sayang cucu Tok Ma..." Panggilan manja pula dia cuba setelah panggilan awalnya tiada sahutan.
Laju langkah kaki dia bawa ke arah bilik air. Tombol pintu bilik air dia buka. Juga kosong...
Puan Sri Rozana mula cuak. Ke mana pula dia pergi??? Seluruh bilik dia dah cari, tapi kelibat Andika tetap juga tiada. Mata tertala ke arah pintu sliding yang memisahkan bilik dengan balkoni.
Bergegas dia pergi ke situ. Ada kesan pintu tidak ditutup rapat. Dalam fikiran sudah berfikir hal yang bukan - bukan. Puan Sri Rozana menolak pintu sliding kaca itu. Keluar ke balkoni bilik, mata tertampan ke arah satu rumah sederhana besar di dalam kawasan berpagar tinggi tidak berapa jauh dari rumah ini, nampak jelas jika dilihat dari bilik Andika. Balkoni bilik ini mengadap balkoni rumah dua tingkat itu. Bilik Dahlia. Sengaja dia letakkan Dahlia di bilik itu dulu. Taman yang dia buat lima tahun yang lalu. Memang sengaja dia adakan taman itu.
Teruskan sahaja melangkah ke depan sehingga sampai ke penghadang balkoni. Kaki terpijak segengam bulu kasar. Buntang mata Puan Sri, terus dia berlari anak keluar dari bilik. Memang sah, Andika telah keluar dari bilik ini melalui balkoni.
Suasana riuh di aras bawah. Dua orang bodyguard dan tiga orang pengawal keselamatan yang ditugaskan untuk menjaga keluarga dan rumah ini turut dipanggil.
"Andika dah lari keluar, kamu semua tak buat kerja ker?" melengking suara Puan Sri Rozana. Masih lagi berusaha untuk bertenang.
"Kami dah meronda satu kawasan ini Puan Sri. Tak ada pula perkara yang mencurigakan," seorang pengawal keselamatan bersuara.
Mereka dan lain - lain menunduk. Tak nampak pula sesuatu yang pelik semasa mereka meronda. Setiap masa mereka meronda kawasan.
"Habis tu macam mana Tuan Dika boleh terlepas keluar? Saya dah pesankan, jangan leka. Saya tak nak dengar apapun alasan yang kamu bagi. Cepat cari cucu saya sampai jumpa. Cepat pergi Cari..." Arahan mandatori dia sudah keluarkan. Dadanya berombak kencang. Turun naik nafasnya. "Sabar... Sabar," ujarnya perlahan sambil urut dada.
"Ke mana kamu pergi ni sayang??? kamu buat Tok Ma risau." Dia melangkah ke arah sofa di ruang tamu. Tak tenang hidupnya selagi cucunya itu tak ditemui.
Sebelum ni pernah sekali cucunya itu buat hal. Itupun semasa mula - mula dia terkena sumpahan itu lima tahun yang lalu, ketika itu umurnya baru menjejak ke angka 20. Malam selepas sambutan hari lahir. Kehidupan ceria Andika berubah secara total. Sudah puas berubat di merata tempat kerana memikirkan si cucu terkena sihir. Akhirnya terjumpa seorang pawang dan di situlah dia mengetahui yang Andika terkena sumpahan. Sumpahan keluarga dari moyang keluarga suaminya dengan moyang keluarga pada belah ibu Dahlia. Susah untuk dia rungkaikan. Kenapalah harus terkena pada Andika.
________
Dahlia yang baru lepas membersihkan diri mengelap rambut separas pinggangnya dengan tuala. Ada pengering rambut. Mak Kuntum sudah ajarnya cara menggunakan pengering rambut semasa mula - mula dia menjadi tetamu terhormat di sini. Tapi dia tidak berapa suka menggunakan pengering rambut itu kerana baginya, dia lebih suka membiarkan rambutnya mengering secara semula jadi.
Dalam keadaan berkemban dengan menggunakan tuala, dia bergerak menuju ke arah almari. Pintu sliding almari dia tolak perlahan. Mata melilau mencari baju untuk dia pakai. Terfokus pada satu dress labuh berwarna biru muda separas tumit kakinya yang diperbuat dari material chiffon. Laju tangannya mencapai dress itu. Belum pernah dia pakai, kerana dress itu baru sahaja Mak Kuntum berikan padanya dua hari lepas. Dapat lagi baju baru. Dalam seminggu dua kali dia akan mendapat baju baru. Itulah yang dia hadap sejak tiga tahun lepas. Dah penuh baju dalam almarinya. Terlepas keluhan dari bibir. Hanya di sini dia dapat merasa pakai baju mahal - mahal dan makan makanan sedap - sedap. Jika di kampungnya , pakaian hariannya hanyalah t'shirt dan seluar. Itupun yang emaknya belikan di pasar malam dan kedai Kemboja. Tapi tetap juga dia merasa tersangat bahagia jika nak dibandingkan hidup di sini yang dia ibaratkan seperti terkurung di dalam sangkar emas. Mendapat kemewahan dan kesenangan hidup tetapi tetap tidak bebas dan berasa terkurung.
Laju dress itu dia sarungkan ke tubuh. Rambut separa basahnya dia biarkan mengurai. Lepas bebas. Setelah bersiap ala kadar, dia turun ke aras bawah untuk bersarapan.
Bau masakan menusuk ke seluruh rongga hidungnya. Hanya Mak Kuntum tempatnya menumpang kasih sepanjang dia berada di sini. Seorang janda yang tiada anak. Sebab itu banyak masanya dia habiskan di sini. Mencurah segala tenaga dan baktinya untuk berkhidmat pada Puan Sri yang tidak pernah dia jumpa dan lihat wajahnya itu.
"Mak Kuntum masak apa tu? ada apa - apa yang boleh Dahlia tolong?" sapanya apabila sampai di dapur. Ketika itu Mak Kuntum asyik membersihkan sesuatu di sinki dapur.
"Oh, Cik Dahlia... Mak Kuntum masak nasi lemak je pagi ni. Cik Dahlia dah lapar ker? dah siap dah pun, tinggal nak kupas telur dengan potong timun jer," balasnya sambil menyambung kerjanya kembali.
"Mak Kuntum sedang kupas telurkan, bagilah Dahlia potong timun." Dahlia mahu membantu. Dia datang merapat pada Mak Kuntum...
"Eh, takpe, biar Mak Kuntum je yang buat, sikit je ni. Cik Dahlia tunggu jer kat meja makan." Hmmm, begitulah selalu, bila dia nak minta tolong, mesti tak dikasinya oleh Mak Kuntum.
"Takpelah kalau macam tu, biar Dahlia angkat bekas nasi dan sambal ni ke depan yer." Malas dia mahu beria, selama ni kalau dia beria - ria nak membantu pun, Mak Kuntum tetap juga tak bagi tolong. Dah masak sangat dengan perangai Mak Kuntum.
Mak Kuntum angguk. Dahlia bergerak ke meja makan. Selang lima minit, Mak Kuntum datang ke meja makan membawa bersama pinggan berisi timun dan telur. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Dahlia. Mula mencedok nasi lemak dan disuakan kepada gadis itu.
Masing - masing hanya diam dan fokus mengadap makanan masing - masing. Begitulah selalu. Tidak banyak perkara yang mereka sembangkan. Kerana,,, apabila dia memulakan bicara menyoal perihal Puan Sri, Mak Kuntum seakan mengelak. Lebih baik diam sahaja. Bercakap jika ada hal yang penting - penting sahaja. Pelik,,, Selalu di sebut - sebut, tetapi apabila ingin bertanya tidak pula mahu merungkaikan.
Dahlia membawa pinggan makannya yang telah kosong ke sinki dapur. Kembali semula ke meja makan.
"Mak Kuntum, Dahlia nak ke sungai sekejap, nanti tengahari Dahlia balik." Usai mengatakan itu, dia berlalu ke bilik. Mengambil kertas lukisan, papan lukis dan alatan melukis serta mewarnanya. Dia berlari anak menuruni anak tangga.
"Jaga diri baik - baik Cik Dahlia," sempat mengingatkan apabila Mak Kuntum bertembung di kawasan tangga paling bawah.
Dahlia membalas dengan senyuman dan bergerak keluar menuju ke pintu utama. Dia mengenakan cardigan labuh kerana suasana pagi yang masih terasa sejuk dan berembun.
Mak Kuntum memulakan rutinnya apabila kelibat Dahlia hilang dari pandangan. Dia menggeleng kepala. Kesian yang teramat pada gadis malang itu. Mesti tersangat merindui keluarganya. Tapi dia tiada daya untuk membantu kerana periuk nasinya di sini. Puan Sri ni pun satu, sampai bila nak dikurungnya anak dara orang dekat rumah ni, macam budak ni takde keluarga. Dia pula membebel pada majikannya itu sambil tangan laju membuat kerja.
Dahlia berjalan menuju ke sungai yang tidak berapa jauh dari rumah itu. Tempat redup dengan pokok buluh dan pokok berakar tunjang tumbuh di tebing sungai itu. Pokok - pokok renek berbunga cantik juga tumbuh menghiasi lantai tebing sungai itu. Dia mengambil tempat yang biasa dia duduki. Atas batu besar yang terhampar rata. Besar sehingga muat untuk dia berbaring di situ. Di situlah tempat untuknya habiskan masa sehari - hari. Dia tiada kawan. Hanya Mak Kuntum peneman hidupnya di sini.
Papan lukisan dia letak di atas batu. Setelah kedudukan papan itu stabil, dia memulakan contengannya. Papan dan set lukisan ini dia jumpa di dalam almari. Entahlah,,, memang sudah ada di situ atau memang sengaja diletakkan untuk dia guna. Tak habis untuknya fikir.
Leka melukis. Pandangan mata dia hala pada keindahan alam yang ada di depan matanya untuk dijadikan objek di dalam lukisannya. Rambut yang panjang itu sesekali beralun ditiup angin. Bosan melukis, dia lunjurkan kaki ke dalam air sungai. Air sungai yang mengalir itu menyejukkan kakinya ditambah lagi dengan suasana pagi yang masih berembun. Air sungai yang jernih dengan bunyi aliran air yang mengalir begitu mendamaikan jiwanya. Hujung dress labuh yang tersingkap sedikit itu menampakkan betisnya yang putih mulus.
"Apa yang emak tengah buat sekarangni? Dahlia rindu mak. Jangan pernah ingat yang Dahlia dah mati. Dahlia masih hidup lagi mak. Doakan Dahlia agar dapat berjumpa dengan mak kembali. Dahlia sendiri tak tau, di mana Dahlia berada sekarang ni." Dia merintih. Hari - hari wajah kesayangannya itu tidak pernah luput dari ingatannya. Air mata menitis setitik demi setitik di pipinya. Dia seka dengan tangan. Entah sampai bila nasibnya harus begini.
Mata tertancap ke arah satu pokok bunga ros kuning yang cantik berkembang mekar di tepi pokok jambu air. Hati terjentik mahu pergi ke situ. Dia bingkas berdiri, belakang punggung dia kibas - kibaskan dengan tangan kanannya, seolah - olah mahu membuang sesuatu yang melekat pada pakaiannya itu.
Perlahan dia atur langkah ke situ. Jarak pokok bunga ros kuning yang lebih kurang sepuluh langkah dari tempat duduknya itu dia hampiri.
Wangian semerbak bau bunga ros itu menusuk ke rongga hidung apabila dibawa angin sepoi - sepoi bahasa. Terleka dia nenyedut haruman itu. Sungguh mengasyikkan.
Semakin dekat menghampiri pokok bunga ros kuning itu, dia memanjangkan tangan mahu memetik satu kuntum daripada beberapa tangkai yang ada di situ.
Baru mahu mencapai sekuntum bunga, matanya tertancap ke arah satu tubuh manusia yang terbaring tidak jauh dari pokok jambu air. Paling ngeri dalam hidupnya, manusia yang berupa seorang lelaki muda berkulit cerah itu tidur terbaring dalam keadaan tidak berpakaian. Tercabul matanya. Dia menutup Matanya sejenak...
Happy reading semua... -Es Lilin-
Share this novel