BAB 2

Romance Completed 24260

Seminggu bekerja dengan keluarga Puan Sri Rozana. Sofea dapat melakukan rutin tugasannya dengan baik.

Dalam seminggu setiap hari telinganya dihidangkan dengan caci - maki lelaki itu. Tadahkan sahaja telinga. Kalau tak difikirkan bayaran gaji lumayan yang akan dibayar untuknya, tidak mahunya dia hadap kerja yang harus dia lakukan sekarang ni.

Sofea membawa dulang berisi sarapan pagi naik ke tingkat atas. Menu yang telah disediakan oleh pembantu rumah, tinggal dia ambil sahaja.

Dengan menggunakan tangan kanan dia pulas perlahan tombol pintu, sementara tangan kiri dia pegang dulang. Jam baru menunjukkan angka 8.00 pagi.

Mata menjengah ke dalam bilik. Selangkah demi selangkah kakinya melangkah. Bilik itu seperti biasa suram kerana Tuan Dika tidak sukakan cahaya terlampau terang.

Dulang di tangan dia letakkan di atas meja. Ada satu meja yang memang sedia ada di tepi katil itu. Setiap hari jantungnya akan berdetak laju apabila menghampiri katil itu. Tapi tetap dikuatkan juga semangat di dalam dirinya.

Lelaki itu masih tertidur lena. Setiap perbuatannya juga dia lakukan dengan perlahan dan berhati - hati, risau jika lelaki itu akan terjaga. Kalau terjaga, habislah dia nanti.

Mata melilau memandang ke atas lantai. Barang - barang yang bersepah dan pakaian yang bertaburan dia kemaskan. Setiap hari itulah yang dia lakukan, membantu memudahkan kerja pembantu rumah. Ubat penenang dia akan bagi setelah lelaki itu selesai bersarapan pagi.

Dengan cahaya yang minimal daripada pintu bilik yang sengaja dia bukakan sedikit, dapatlah dia melihat suasana di dalam bilik itu.

Sekejap lagi pembantu rumah akan datang mengambil baju - baju kotor Tuan Dika. Dia menunggu di situ sehingga Tuan Dika bangun untuk memastikan lelaki itu bersarapan. Tidak mahu mengejutkan, biarlah dia bangun sendiri.

"Kau memang tak faham bahasakan, dah berapa kali aku cakap, jangan masuk bilik aku lagi. Mana telinga kau."

Suara garau seakan merengus dari atas katil mengejutkan Sofea yang ketika itu leka memandang ke arah katil. Walupun dalam keadaan marah. Suara husky lelaki itu tetap juga menyedapkan pendengaran telinganya.

"Tuan Dika kena makan. Sarapan dah ada atas meja." Arahnya datar, lembut sahaja suaranya. Dalam getar itu dia terpaksa memberanikan diri juga. Sudah menjadi kerjanya. Haruslah dia hadap.

Sofea bangun. Dia bergerak ke arah katil. Meja beroda yang dia letakkan makanan itu tadi, dia rapatkan pada katil. Agak dekat dengan lelaki yang masih berbaring itu. Matanya membalas pandangan mata helang yang memandang tajam ke arahnya.

"Sila makan Tuan Dika, nanti perut tuan masuk angin. Lagi sakit jika diserang gastrik."

Mencerlung mata itu memandang ke arah Sofea. Jantung Sofea semakin berdetak laju.

Lelaki itu bingkas.

PRANGGG...!!!

Bertaburan makanan bersepah di atas lantai bersama kaca yang pecah berderai. Pinggan makanan di atas meja itu dia tolak kuat. Hmmm, Pembantu rumah ni pun satu, diberinya pinggan kaca, macam takde pinggan plastik pula di dalam rumah ini.

Terangkat bahu Sofea dengan aksi sepontan itu.

"Ini makan kau perempuan. Aku dah cakap, jangan masuk bilik ni lagi tapi kau degil. Tak dengar cakap aku," dengan nafas laju Andika memarahi Sofea. Cukup pantang dia apabila kata - katanya tidak diendahkan. Terkepal kedua tangannya menahan amarah.

"Saya hanya menjalankan tugas saya Tuan Dika. Saya dibayar gaji...."

"Kau keluar sekarang, aku benci tengok muka kau." Belum habis kata - kata yang terluah dari mulut wanita itu. Andika sudah memintas.

Sofea hanya membatukan diri. Dia sendiri terkelu untuk bertindak.

"KELUARRR...!!!"


Jeritan lebih kuat bergema. Terhinggut lagi bahunya. Lama - lama kalu kena macamni boleh terkena serangan jantung. Mati katak dia dekat dalam bilik ni. Tidak menunggu lama dia angkat kaki keluar daripada bilik itu.

"Tuan Dika buat hal lagi ker?"

Hampir terlanggar Tan Sri Khalil yang ketika itu berada betul - betul depan tangga, bersiap mahu ke pejabat.

Sofea yang masih terkejut itu membalas dengan anggukan.

"Takpelah, bagi dia tenang - tenang dulu, nanti maklumkan pada Puan Sri. Biar Puan Sri yang uruskan hal makan Andika.


"Baik Tan Sri," balasnya sepontan. Dia bergegas mencari Puan Sri Rozana di dalam rumah itu.

Selang beberapa minit kemudian, giliran pembantu rumah Puan Sri Rozana pula yang menatang satu dulang berisi makanan naik ke tingkat atas. Puan Sri Rozana menyusul selepas itu. Lift ada disediakan di dalam rumah itu, tapi dia lagi suka menggunakan tangga. Dapat bersenam katanya.

Sofea membontoti belakang Puan Sri Rozana. Masuk sahaja ke bilik. Buntang mata Puan Sri Rozana melihat lantai yang bersepah.

"Sofea,,, minta tolong kamu ke aras bawah, panggilkan Bik Yanti. Suruh di kemaskan bilik Tuan Dika," tegas kata - kata yang terpacul dari bibir Puan Sri Rozana. Bik Yanti yang dimaksudkan adalah tukang cuci di dalam rumah itu. Kepala dia geleng beberapa kali. Cucunya ini tidak mahu orang lain yang uruskan makannya. Hanya dia sahaja yang cucunya mahukan.

"Sayang, kenapa macam ni. Sofea cuma nak jalankan tugas dia. Dika kena bertolak ansur. Jangan buat perangai macam ni lagi. Bolehkan sayang???" kepala si cucu dia gosok perlahan. Dia melabuhkan duduknya di sebelah Andika. Dulang makanan sudah dia letakkan di atas meja beroda sebelah katil Andika.

"Dika tak suka dia dan Dika tak suka semua orang luar masuk ke dalam rumah ni." Datar sahaja balasannya.

Sekali lagi Puan Sri Rozana melepaskan keluhannya.

"Takpelah, Dika makan dulu, selepas makan Dika mandi yer," pinggan berisi sandwich itu dia suakan ke mulut Andika.

Lega rasa hati apabila Andika membuka mulutnya. Dia pandang ke arah pintu, kelihatan Bik Yanti melangkah masuk diikuti oleh Sofea di belakang.

Bik Yanti memulakan tugas membersihkan lantai bilik itu. Faham sangat dengan sikap kepala angin cucu majikannya ini. Pantang silap sikit semua nak dihamunnya. Kalau sebelum ni nak bercakap pun seperti ada emas dekat dalam mulut tapi sejak dua menjak ni makin baran pula dia.

"Minum susu. Bagi bertambah sedikit tenaga tu." Disuakan gelas berisi susu ke mulut cucunya.

Puan Sri Rozana menyuakan sehelai tuala kepada Andika. "Pergi mandi dulu. Dah berbau dah badan tu."

Tuala beralih tangan. Ada masa perangai cucunya itu seakan boleh dikawal. Tahu nak urus diri - sendiri dan adakalanya juga dia seolah - olah seorang budak kecil yang tidak tau apa - apa.

Selang lima belas minit, Andika keluar dari bilik air. Dengan rambut separa basahnya dia mengatur gerakan kakinya menuju ke arah katil. Dia mencapai baju yang tersedia di atas katil. Menyarungnya cepat - cepat apabila memastikan dua wanita itu keluar dari biliknya.

"Dah rasa segar sikit???" soal Puan Sri Rozana.

Tiada jawapan walaupun hanya sekadar anggukan.

"Sofea..."

Puan Sri Rozana memanggil. Sofea terkocoh - kocoh masuk ke dalam bilik.

"Yer, Puan Sri."

"Bagi Tuan Dika ubat penenang mengikut dos yang ditetapkan. Jangan risau saya tunggu di sini sehingga selesai."

Sofea mengangguk dan bersedia memulakan tugasnya memberi suntikan kepada Tuan Andika. Walaupun sudah seminggu perkara ini menjadi rutinnya tapi debaran itu tetap juga tidak mahu hilang.


"Dika,,, ambil ubat dulu yer sayang, Tok Ma ada teman Dika. Nak baik cepatkan..."

Andika kelu seribu bahasa. Sudah lali dia dengan jarum suntikan, entah bila semua ni akan berakhir. Dia akur dengan kata - kata Tok Manya. Dia duduk diam di atas katil.

Sofea memberi satu suntikan kepada Andika. Usai tugasnya, dia keluar. Tugasnya akan bermula lagi lapan jam kemudian.

Puan Sri Rozana juga keluar, membiarkan Andika seorang diri di dalam bilik.

Andika duduk sambil memanggung lutut. Entah bila semua ni akan berakhir. Sudah tidak sanggup dia nak menanggungnya lagi.

________

Sofea berpusing ke kiri dan ke kanan di atas katil. Susah benar dia mahu melelapkan mata.

Tekaknya tiba - tiba terasa haus. Tangan kanan dia gagau bekas minuman di atas meja kecil sebelah katil. Ringan... Dia goncang - goncangkan bekas minuman itu. Laaa, dah kosong. Malasnya mahu turun ke bawah ambil air dekat dapur. Tekak pula terasa haus.

Sofea gagahkan juga diri untuk bangun. Tak boleh tidur kalau dalam keadaan dahaga macamni. Dia menyarung cardigan labuh bagi menutup baju tidur bertali halusnya.

Pintu bilik dia tarik perlahan dan keluar kepala sedikit, keadaan suram di kawasan itu kerana semua sudah masuk ke bilik masing - masing. Mata dia paling ke belakang, mahu melihat jam di dinding. Sudah menunjukkan angka 12.00 tengah malam. Patutlah sunyi, desis hatinya. Tapi... Puan Sri Rozana pernah melarang jangan keluar dari bilik selepas jam 12.00 tengah malam... Nak keluar ke taknak keluar??? Sofea berkira - kira di dalam hati. Tapi tekak tersangat dahaga. Langgar je la...

Perlahan dia bawa langkah kakinya keluar dari bilik menuju ke arah tangga, di tangan dia bawa bersama bekas airnya.

"ARGHHHHH..."

"GRRRRRGG..."

"SAKITTT..."

Terhinggut bahunya. Jantung mula mengepam laju...

Dia amati bunyi suara itu...

"ARGHHHHH....."

Panjang pula bunyi yang dia dengar kalini. Sah, memang tak syak lagi, bunyi dari bilik Tuan Andika.

"Kenapa pula ni??? sakit ke dia???" Sofea bercakap seorang diri. Selama seminggu ni tak pernah pula dia keluar dari bilik malam - malam, ni kali pertama dan tak pernah dengar pula suara - suara erangan seperti menahan kesakitan dari bilik lelaki itu.

"Nak tengok atau tak? kalau tengok confirm kena tahan telinga..." Sofea bercakap seorang diri.

Ahhh, pergilah jenguk kejap, entah apa kena dia mengerang malam - malam buta ni, Sofea mendengar kata hati. Perlahan langkah dia hala ke arah pintu bilik lelaki itu.

"Bagus, tak kunci..." Mungkin Puan Sri terlupa nak kunci dari luar, biasa pintu bilik ni akan dikunci apabila malam menjelang dan apabila tugasnya selesai.

Dalam gementar dia membuka tombol pintu. Risau pula jika ada apa - apa yang jadi pada cucu majikannya itu.

Bilik yang gelap gelita hanya terbias oleh sedikit cahaya dari cahaya bulan yang menembusi langsir tingkap bilik itu. Takde pula bunyi yang dia dengar seperti tadi.

Mata dia jengah ke arah katil. Tuan Andika tiada di situ. "Ke mana pula dia pergi??? Tandas kot..." Sendiri tanya, sendiri juga yang jawab. Sedangkan di dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Macam nak pecah dadanya.

Dalam takut - takut itu, kakinya melangkah juga masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dia biarkan terbuka. Jika ada apa - apa yang tak diingini senang dia nak angkat kaki.

Mata melilau memandang ke seluruh bilik. Hampir lima minit Tuan Andika masih juga belum keluar dari bilik air.

"Pengsan ke dia??? mana dia pergi???"

Sofea mendengar dengusan nafas dari arah balik langsir. Dia gagahkan diri menghala ke situ, risau jika ada apa - apa yang berlaku pada cucu majikannya itu.

Dengan sedikit keberanian yang tersisa dia selak langsir berwarna grey itu.

"Hahhh..."

Buntang matanya melihat ke arah objek yang sedang duduk memanggung wajah ke lutut itu. Tangan kanan dia tutup ke mulut.

Apa yang dia lihat adalah bukan Tuan Andika tetapi adalah makhluk aneh berbulu yang serupa orang utan. Kakinya terpaku di situ dan sudah menggigil hebat. Peluh dingin semakin banyak merembes di dahi. Dadanya juga semakin berombak laju.

"Kenapa kau ada dekat sini??? mana Tuan Dika??? sempat dia menyoal. Jelas kedengaran suara gigilannya.

Makhluk itu angkat kepala. Matanya mencerlung tajam memandang ke arah suara wanita yang dia dengar di telinganya.

GRRRRRGG...!!!

Suara merengus...

"Berani kau masuk bilik aku lagi..."

Lagi buntang matanya apabila mendengar suara makhluk itu yang sangat mirip dengan suara Tuan Andika.

"Tu...Tu... Tuan ke ni??? kenapa tuan jadi macamni" Sofea tergagap - gagap menahan rasa gementar.

"Kau dah tau siapa aku yang sebenarnyakan..."

Makluk itu bersuara. Dia bangun dan berdiri betul - betul di hadapan Sofea. Dia semakin datang mendekat. Sofea beranjak sedikit ke belakang. Tapi kakinya seakan berat sangat untuk melangkah.

Tangan berbulu itu mencengkam mulut Sofea, menyebabkan wajah wanita itu sedikit mendongak.

Di dalam hati dia baca semua ayat - ayat suci al - quran yang dia hafal.
Semua bacaan yang dia baca itu seolah bercampur aduk di dalam hati. Berterabur bacaannya dek kerana takut yang teramat. Air matanya sudah semakin laju mengalir si pipi.

Makhluk itu menolak badan Sofea merapat ke dinding. Sepertinya mahu mencekik wanita itu. Sedikit hilang kewarasan di dalam dirinya.

Sofea meronta - ronta. Dengan sedikit kudrat yang tersisa, sekuat hati dia hempuk kepala makhluk berbulu itu dengan bekas besi minumannya. Rasa sakit cengkaman pada leher dan mulutnya sudah tidak dapat dia tahan lagi. Rasakan...

ARGHHHHH...

Makhluk itu mengerang kuat dan memegang kepalanya.

Akhirnya cengkaman itu terlepas. Tanpa membuang masa dia angkat kaki dan terus keluar dari bilik itu. Sempat dia tarik dan menutup rapat pintu bilik itu. Yang penting selamatkan diri dahulu. Terbatal juga hasratnya mahu turun ke dapur untuk ambil air. Hilang terus dahaganya. Tidak dia fikirkan lagi apakah yang terjadi kepada makhluk itu sekarang ini.

Masuk ke dalam bilik, dia mengunci pintu rapat - rapat. Sebelum ini dia ingatkan lelaki itu hanya sakit mental, sebab dia hanya diarahkan untuk berikan lelaki itu ubat penenang, tapi sekarang adalah sebaliknya. Adakah betul itu Tuan Andika??? Dia masih lagi tidak percaya. Sofea tampar pipinya kiri dan kanan. Dah memang sah - sah dia bukan bermimpi.

"Tak boleh jadi ni, aku kena tanyakan pada Puan Sri. Aku dah tak boleh nak teruskan kerja dekat sini lagi. Tak pasal - pasal dengan aku - aku pun terikut jadi gila nanti. Sebab tu masa awal - awal dia diterima kerja dan hari pertama masuk ke dalam rumah ini dulu, Puan Sri tak membenarkan dia keluar dari bilik selepas jam 12.00 tengah malam, adakah kerana sebab ini?" Sofea menyimpul pelbagai persoalan dalam dirinya.

Dia masih lagi mengomel seorang diri. Hilang terus rasa kantuknya pada malam itu. Tak terfikir dek akal apa yang dia lihat sebentar tadi.

Dia mengelinjang tengkuknya. Masih terasa tangan berbulu itu memegang leher dan mulutnya sebentar tadi. Rasa geli - geleman apabila bulu - bulu kasar itu menyentuh permukaan kulitnya.

Terlena juga dia dalam emosi yang tidak stabil itu.

Happy reading semua :-) -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience