Bab 1
“Umaira Natasha! Bangun!” Bahu Umaira terhinjut apabila lengannya ditempik kasar. Bagai mahu terloncat keluar jantungnya dikejutkan sebegitu rupa. Lalu, terpisat-terpisat matanya bangun dari pembaringan dengan degup jantung yang laju.
“Apa ni, ibu…” rungutnya meleret manja dengan suara serak-serak basahnya. Sambil itu, tangannya terus menggosok mata yang terasa perih.
“Haaa…” Mulutnya menganga luas menguap, jelas menunjukkan dia masih mengantuk.
“Hish! Anak dara ni.” Puan Kartina menggigit bibir geram melihat tingkah-laku anaknya itu. “Dah nak jadi isteri orang, boleh pula dia masih tidur. Tu ha, Zakuan dah tunggu dekat bawah tu. Lupa ke? Kursus nikah,” bebelnya yang duduk di birai katil.
“Hah?” Umaira yang menggeliat tubuh, meregang urat, terus mendadak kejung. Jam di dinding dilirik pantas.
9.15 minit pagi!
Semerta mata terbuntang luas.
“Oh shit!” Dengan kalut, Umaira turun dari katil.
“Eh! Eh! Budak ni!” Puan Kartina terus menampar geram punggung Umaira yang sudah pun berdiri itu. Mana tidaknya, pahanya dijadikan tempat tangan anak satu-satunya itu menolak tubuh kerdil untuk bangun.
Umaira terus saja meraih tuala yang disangkut di sudut ruang bilik tidur, lalu melangkah laju masuk ke dalam bilik mandi.
“Bagitahu abang Wan suruh tunggu. Maira nak mandi dulu!” Sempat Umaira menitip pesanan pada Puan Kartina sebelum dia menutup daun pintu.
Puan Kartina mencebik dan menggeleng. Tak ubah seperti memberi arahan pada orang suruhan sahaja bunyinya. Mengada betul!
Lantas Puan Kartina bangun dari duduknya lalu melangkah keluar dari bilik tidur Umaira.
****
“Abang…” rengek Umaira manja. Senyuman paling manis dihadiahkan buat bakal suami yang sedang memandu itu.
Zakuan meliriknya sekilas. Mereka baru sahaja selesai dari menghadiri kursus nikah. Dan sekarang, mereka dalam perjalanan menuju ke sebuah restoran kegemaran mereka untuk mengisi perut yang sejak tadi berkeroncong minta diisikan.
“Hmm… Apa?”
“Nanti kan… “ Terdengar meleret suara Umaira ketika itu. “… Lepas kita kahwin, sayang nak abang nyanyikan sayang lagu yang abang selalu nyanyi untuk sayang masa dekat hospital tu.”
Zakuan terus menghela nafas perlahan. Dia memang sudah mengagak permintaan itu pasti akan diungkit lagi. “Abang dah tak berapa ingat lagu tu dah. Kan dah lama,” ujarnya.
“La… tak kan abang dah lupa.” Mulut Umaira sudah memuncung seperti mulut itik. “Sayang rindu nak dengar abang nyanyi lagu tu untuk sayang tiap-tiap hari masa tu.”
Kali ini, Zakuan melepaskan keluhan lebih panjang lagi.
“Okay lah, abang cuba nanti ye… Tapi, tak janji tau.” Zakuan melirik sekilas memandang Umaira. “Kalau tak sedap macam dulu, jangan gelak pula,” ucapnya sekadar ingin bergurau senda dengan tunang yang sangat dicintainya itu.
Umaira terus tersenyum lebar.
“Tak apa. Janji dapat dengar suara abang yang serak-serak basah tu. Dah kira happy sangat-sangat,” ucapnya bersama tawa kecil bagai anak kecil yang manja. “Bukan senang dapat dengar suara abang yang seksi tu. Masa sayang koma je sayang dapat dengar. Dah sedar, abang tak nak nyanyi dah. Rindu tau…”
“Suara abang mahal. Tu lah, time sayang tak sedar je boleh dengar,” ujar Zakuan memuji diri dengan selamba.
“Hish! Angkat bakul pula dia.” Umaira terus menampar manja lengan Zakuan yang sasa itu.
Zakuan tergelak kecil apabila memandang sekilas wajah geram Umaira. Siap dengan jelingan manja Umaira sekali. Tercuit rasa hatinya.
****
Umaira duduk di kerusi di luar kafe sambil menyedut milo ais. Sesekali dia mengerling jam di tangan nya. Hari ini, dia bercadang mahu meluangkan masa sepuas-puasnya bersama teman rapatnya, Syafiqa, sebelum dia menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
“Hey babe!” sergah Syafiqa yang baru tiba dari arah belakang.
Umaira sedikit terkejut. Hampir-hampir sahaja milo ais yang sedang disedutnya, tersembur keluar. Lekas-lekas dia menutup mulutnya dengan tangan kiri. Gelas minuman di letakkan kembali di atas meja.
“Sorry, lambat. Traffc jam. Biasalah kan tengah hari,” ujar Syafiqa lalu menghempas punggung di hadapan Umaira. Tubuhnya terus disandar penuh di dada kerusi dek kelelahan mengejar waktu.
Umaira mencebik. “Hmm, ye lah tu. Bukan ke, semalam aku dah beritahu awal, sebelum pukul 12 meet up dekat sini,” ujarnya.
Syafiqa terus tersengih seperti kerang busuk. Memang salahnya, kerana terlalu lalai berborak sakan dengan rakan sekerja sehingga terlupa akan temu janji mereka hari ini.
“Siapa belanja hari ni?” soalnya ingin mengubah topik bicara.
“Aku…” Suara Umaira sedikit mendatar. Sempat lagi dia menjeling sebal Syafiqa yang sudah tersenyum lebar menayangkan gigi putih yang tersusun rata itu.
“Yes! Macam tu baru lah sahabat!” ucap Syafiqa, senang hati.
“Kau mesti murah hati dengan aku, supaya nanti perkahwinan kau sentiasa berkat dengan pahala dan rezeki yang melimpah ruah. Amin.” Syafiqa meraup wajahnya dengan kedua tangannya yang ditadah tadi.
Umaira memutar bebola mata ke atas. “Nak bodek tu, agak-agak lah, fiqa.”
“Hish! Tak baik tau cakap macam tu. Aku ikhlas doakan kau,” ucap Syafiqa sambil mengerdip matanya berulang kali.
“Amiiiinnn… Terima kasih atas doanya.” Umaira terus meraup wajah dengan kedua telapak tangannya. Ikhlas tak ikhlas, itu belakang cerita. Apa yang penting, setiap patah perkataan yang keluar dari mulut, adalah menjadi satu doa.
“Order lah dulu. Lepas ni, kita pergi shopping,” ujar Umaira. Tangan diangkat memanggil salah seorang pelayan kafe yang berdiri tidak jauh dari situ. Pelayan lelaki itu segera menghampiri mereka berdua.
“Yes, ma’am.” Pelayan itu sudah bersedia mencatit pesanan dengan mengeluarkan buku nota kecil bersama sebatang pen dari saku baju.
“One Chicken Wrapped in Parma Ham and Lychee Iced Tea, please.” Lancar sahaja Syafiqa memesan tanpa melihat buku menu. Mereka berdua sememangnya sudah hafal kesemua menu-menu di kafe kegemaran mereka itu, kerana hampir setiap hujung minggu mereka akan hi-tea disitu menghabiskan masa lapang. Pemilik kafe itu juga turut sama mereka kenal. Sangat peramah orangnya.
“Okay, Cik Umaira pula?” soal pelayan itu penuh sopan dan lembut.
Umaira menggeleng. “No, just her.”
Pelayan lelaki itu mengangguk nipis lalu mengatur langkah pergi.
“Eh! Kau tak nak makan apa-apa ke? Nanti kena gastric pula nanti,” ujar Syafiqa sedikit bimbang.
“Don’t worry. Aku dah makan sikit tadi dekat rumah before keluar,” ujar Umaira sambil tersenyum nipis.
“Eleh… Nak jaga badan lah tu sebelum kahwin,” usik Syafiqa.
“Well…” Umaira mengangkat kedua bahunya.
Sedang mereka berdua asyik berbual, pelayan lelaki tadi datang menghampiri lalu menghidangkan makanan dan minuman yang telah dipesan oleh Syafiqa.
“Thank you,” ucap Syafiqa.
“Enjoy your meals, Cik Fiqa.” Pelayan itu memberikan senyuman manis sebelum pergi. Tanpa membuang masa, Syafiqa terus membaca Bismillah lalu menyedut minumannya dengan sedikit rakus. Kehausan gayanya sehingga kedua pipinya mencengkung.
“Uhuk! Uhuk!” Syafiqa tiba-tiba terbatuk-terbatuk. Dada yang terasa perit dek tersedak, ditepuk berulang kali.
“Ha! Kan dah tersedak. Tu lah, gelojoh sangat! Macam tak minum sebulan!” bebel Umaira lalu memberi sehelai tisu kepada Syafiqa.
Syafiqa dengan cepat-cepat menyeka air hidungnya yang hampir meleleh. Nanti buruk pula imejnya yang sentiasa mementingkan penampilan bak diva itu.
Sambil itu, matanya tidak berhenti dari berkelip-kelip memandang ke arah hadapan sambil berdehem beberapa kali. Yang pastinya, bukan ke arah Umaira. Tetapi, di belakang Umaira. Dia melihat seorang lelaki yang segak bergaya memakai kot hitam sedang duduk menjawab panggilan telefon.
Ini lah punca mengapa Syafiqa tersedak tiba-tiba tadi. Gara-gara terpegun melihat ketampanan wajah lelaki tersebut. Pada awalnya, wajah lelaki itu tidak kelihatan dek dihalang oleh surat khabar yang dipegang. Dan kini, wajah lelaki itu terpampang jelas di depan mata setelah surat khabar dilipat dua lalu diletakkan di atas meja.
Kening Umaira sedikit mengerut bila menyedari Syafiqa seolah-olah sedang mengintai seseorang. Dengan tubuh sedikit menyenget ke kanan.
“Kau tengok siapa tu?” soalnya lalu menoleh ke belakang.
“Jangan tengok belakang!” Tegah Syafiqa lalu menggenggam lengan Umaira yang berada di atas meja. “Nanti dia perasan.”
Semakin berlapis-lapis kening Umaira, hairan dibuatnya. “What?”
“Sini.” Syafiqa terus merapatkan tubuhnya ke meja.
“Apa?” soal Umaira lalu merapat tubuhnya ke meja. Telinga kanan di hala ke arah Syafiqa. Dia tahu Syafiqa ingin membisik kan sesuatu.
“Lelaki yang duduk di belakang kau, handsome lah. Tapi sayang, tua,” bisik Syafiqa lalu terkekek kecil.
“Hish! Bodoh lah kau! Gatal! Ingat apa tadi.” Umaira mendesis sebal.
Terkekek-kekek Syafiqa ketawa sambil menekup mulut dengan tangan.
“Kau rasa, dia masih single ke?” Syafiqa masih menilik lelaki itu dengan mata keranjangnya. Umaira terus menampar lengan Syafiqa.
“Hish! Mana lah aku tahu! Entah-entah laki orang! Kau juga yang kata, dia dah tua!” tempik Umaira dengan suara rendah, takut jika lelaki yang duduk di belakangnya terdengar akan perbualan mereka berdua.
“Mana lah tahu kan, masih bujang tapi terlajak tua. Zaman sekarang ramai lelaki tua belum kahwin. Konon nak enjoy puas-puas dulu,” ujar Syafiqa masih ingin mengusik Umaira.
“Sudah lah kau. Lebih baik kau makan. Nanti sejuk pula makanan kau tu.” Umaira malas mahu melayan perangai sengal Syafiqa. Nanti semakin meleret-leret pula.
Syafiqa terus meraih sudu dan garfu yang telah disediakan. “So, lepas kahwin nanti, apa plan korang? Honeymoon dekat mana?”
“Tak tahu lagi. Ada dua pilihan. Paris atau Rome,” jawab Umaira sambil menyedut minuman nya.
“Confirm kau excited sangat kan, sampai tak tahu nak pilih honeymoon dekat mana,” ujar Syafiqa setelah menghabiskan kunyahan nya. Air Lychee disedut bagi melancarkan penghadaman.
“Excited juga lah. Tapi, ada satu benda yang buat aku lebih excited dari honeymoon.” Umaira terus tersenyum lebar.
“Apa dia?”
“Zakuan janji, lepas kami nikah nanti, dia akan nyanyikan lagu yang dia selalu nyanyikan untuk aku masa aku koma dekat hospital dulu tu. Yes!”
Syafiqa terus mencebik apabila melihat wajah teruja Umaira. “Hek eleh! Tak habis-habis lah kau dengan lagu tu. Apa lah yang istimewa sangat dengan lagu tu.”
“Kau tak tahu, babe. Sebab dia selalu nyanyikan lagu tu lah, aku jatuh cinta dekat dia masa koma. Hari-hari tau dia main gitar. Kalau tak petang, malam,” jawab Umaira sambil mengenangkan kisah silamnya. Sumpah, dia terlalu rindu mendengar suara lelaki itu. Kerana suara merdu serak-serak basah itu lah, yang didengarnya selalu sepanjang dia di dalam keadaan koma. Pada awalnya, dia kirakan hanya mainan mimpi semata-mata. Namun, setelah dia membuka mata, orang pertama yang dipandangnya adalah Zakuan.
“You’re very lucky, dapat lelaki yang setia macam Zakuan tu. Dia sanggup tunggu kau sampai kau sedar. Siap nyanyi lagu romantik hari-hari. Kalau aku ni, heh! Nan hado!” ujar Syafiqa lalu mencampak tisu yang digunanya tadi di atas pinggan.
“Kau tu bukan tak ada yang setia tunggu kau. Ada, cuma kau tu yang terlalu cerewet. Si Haiqal tunggu kau dari tahun lepas lagi, sampai sekarang kau buat ‘derk’ je dekat dia. Kesian aku tengok Haiqal tu dok terhegeh-hegeh kejar kau dalam office tu hari-hari,” ujar Umaira.
“He’s not my taste lah, babe,” rungut Syafiqa.
“Habis tu, taste kau yang macam mana?” soal Umaira.
Syafiqa melorek senyum miangnya lalu mendekatkan tubuhnya ke meja. Dia kembali berbisik.
“Macam lelaki yang duduk dekat belakang kau tu,” usik Syafiqa kembali terkekek-kekek ketawa.
“Hish! Tak habis-habis lah kau ni. Handsome sangat ke, hah?” soal Umaira. Dia cuba menoleh ke belakang namun sekali lagi dihalang oleh Syafiqa.
“Hish! Jangan tengok lah.”
Tiba-tiba, lelaki itu melirik mata memandang ke arah Syafiqa. Mungkin sahaja lelaki itu terdengar, membuat Syafiqa terkedu lalu cepat-cepat mengalihkan pandangan ke arah lain.
“Damn it!” desis Syafiqa.
Umaira yang mendengar dengan jelas, terus merenung wajah cuak Syafiqa. “Kau kenapa?”
“Lelaki tu tengok aku tadi,” bisik Syafiqa.
Mulut Umaira terus menganga seolah tidak percaya. Namun kenyataan nya, dia hanya ingin mengusik Syafiqa.
“Entah-entah, dia dengar kot. Habis lah kau!”
“Hish! Kau ni!” Syafiqa menampar lengan Umaira. Umaira terus melepaskan tawa kecil.
“Weh! Weh! Weh! Dia bangun lah.” Semakin gabra Syafiqa ketika itu. Mana tidaknya, lelaki itu memandangnya tepat disaat ini sambil memperbetulkan kot.
Mata Umaira terus membulat. Entah mengapa, dia juga turut sama merasa cuak tiba-tiba.
“La, dia pergi rupanya…” ujar Syafiqa, bernada hampa.
“Hah?” Umaira terus menoleh pantas ke belakang. Terlihat lelaki itu sedang melangkah dengan penuh bergaya. Dia juga turut sama merasa hampa kerana dia tidak dapat melihat wajah lelaki itu. Apa yang jelas, tubuh belakang lelaki itu kelihatan sasa dengan bahu sedikit melebar, tinggi lampai serta rambutnya nampak beruban.
“Aku ingatkan dia nak minta nombor aku tadi,” ujar Syafiqa dengan suara kendurnya. Tubuh yang tegak tadi, kembali disandar di dada kerusi.
“Serius lah, taste kau macam lelaki tu?” soal Umaira seolah tidak percaya. Kali ini, tiada niat mahu mengusik Syafiqa lagi. Dia malah serius.
“Entah lah, wei! Dia memang nampak tua, tapi handsome. Ada aura and hot gitew!” ujar Syafiqa sambil mengangkat keningnya berkali-kali.
“Cis! Geli pula tekak aku dengar. Dia bukan nampak tua, tapi dah memang tua pun! Rambut dia pun beruban aku tengok tadi. Sejak bila pula kau berubah taste nak lelaki tua ni?” perli Umaira kegelian.
“Sekali-sekala tukar taste lah, babe. Apa salahnya kan, selagi bukan suami orang.” balas Syafiqa selamba.
Umaira terus menggeleng kepala. “Ada-ada jelah kau ni.”
Syafiqa tersengih seperti kerang busuk. “Dah lah! Jom kita pergi shopping.” Dia terus bangkit dari duduknya. Di ikuti oleh Umaira.
“Kejap, aku bayar dulu.”
Share this novel