Afya mengeluh perlahan. Bekas lebam di tubuhnya masih tidak hilang sedangkan tarikh perkahwinannya sudah hampir dekat. Bagaimana kalau dia sudah kawin nanti. Pasti Fahmi merasa jijik melihat tubuhnya yang tidak cantik seperti gadis lain. Tarikh perkahwinan mereka belum ditentukan. Tapi Fahmi kata dalam masa terdekat juga mereka akan kawin setelah semua urusannya selesai. Afya menyentuh lengannya yang masih luka itu. Dia merintih perlahan. Dia sangka luka itu tidak akan meninggalkan rasa sakit kerana luka itu hampir menjadi parut rupanya masih saja sakit. "Haih macam mana nak hilangkan semua ni?" Kata Afya dengan kesal. Afya terus merenung dirinya di cermin meja ...