Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Atas restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Atas restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku ingin milikimu
Ku pinang kau dengan Bismillah..
[ Ku Pinang Kau Dengan Bismillah - Cindi Cintya Dewi ]
Tok!
Tok!
Sarah masuk ke bilik Irsa selepas mengetuk pintu beberapa kali.
"Sarah! Kau dah siap?" tanya Irsa yang masih menadah wajahnya untuk disolek.
"Yalah, aku bukannya pengantin. Calit-calit gitu dahlah siap! Eh, Irsa. Kenapa eh aku tidak nampak pula batang hidung Luthfi kat bawah itu. Tidak kan dia tidak datang kau nak nikah. Kita dah decide nak pakai baju sedondon dah pun." ujar Sarah seraya duduk di birai katil.
"Alah, nanti dia datanglah itu. Kau ini risau sangat. Kalau dia tidak datang siaplah! Berani pula tidak datang time aku kahwin ya." jeling Irsa di balik cermin.
Mak Andam yang agak gempal itu memberikan sentuhan terakhir sebelum segalanya siap. Dia membetulkan awning selendang putih yang dipakai Irsa.
"Wau, one of my gorgeous bride! Okay, siap dah semua. Semoga dipermudahkan urusan ya. Tahniah, selamat pengantin baru dik! Jangan lupa sent gambar cantik-cantik tahu!" ujar Mak Andam di sisi Irsa sambil mengemas beg mekap di atas meja.
"Baik, terima kasih Kak Anne! Nanti Irsa whatsapp akak!" balas Irsa seraya mengiring Mak Andamnya keluar.
Klak!
Irsa menutup rapat pintu biliknya dan lekas memeluk Sarah di hujung katil.
"Sarahhhh! Okay tidak mekap aku?!" teriak Irsa dengan sengih yang melebar.
Sarah tertawa. Dia tahu kawan baiknya itu sedang melalui hari bahagianya dengan indah.
"Okay dah Irsa. Cantik sangat-sangat look ini. Tidak berat sangat pun mekap kau." jawab Sarah yang membalas pelukan Irsa. Irsa itu tidak mekap pun tetaplah cantik semula jadi.
"Ya Allah, aku dup dap dup dap macam nak tercabut jantung ini Sarah. Entahlah, aku happy sangat hari ini. Eii, tidak sabarnyaaa nak jumpa Raess!" Irsa menggenggam erat lengan Sarah.
Sarah menggeleng kepala.
"Ish, kau ini kan. Patutnya aku risaukan kau tahu tapi aku rasa sekarang ini aku yang patut risaukan si Raess itu. Risau, belum apa-apa kau dah terkam dia! Eh, risau!" Sarah menahan tawa.
Irsa turut tertawa.
"Kau, jangannn.." sengih Irsa kerana disakat. Ya, hatinya bahagia yang teramat. Menunggu ijab kabul yang diimpikan itu terlaksana.
Datin Alia menggenggam beberapa biji butang baju Melayu yang berwarna silver. Dia memasukkan satu-persatu ke dalam lubang baju suaminya itu. Hari pernikahan Irsa ini mereka sekeluarga memakai pakaian berona baby blue.
"Abang.." panggil Datin Alia dengan lembut. Sesekali dia mengusap lembut dada Dato' Widad.
"Herm, kenapa?" Dato' Widad menurunkan pandangannya yang sedang mendongak sebentar tadi.
Datin Alia menatap wajah suaminya meski tangannya tetap laju memasang butang.
"Abang rasa Irsa dengan Raess itu baik-baik sahaja ke ya? Saya macam tidak sangka Irsa akan kahwin secepat ini. Entahlah, saya rasa tidak sedap hatilah abang." luah Datin Alia pada suaminya. Entah kenapa dia mahukan Irsa berkenalan lebih lama dengan lelaki itu. Atau, sehingga hatinya cukup yakin bahawa Raess Uqail adalah lelaki terbaik buat anaknya Irsa Zulaikha.
Dato' Widad tersengih.
"Awak ini fikir banyak sangatlah. InsyaAllah Irsa dan Raess itu baik-baik saja. Kita doakan kebahagiaan dia orang. Abang tengok Raess itu baik dan hormat orang. Pasti dia boleh jaga Irsa dengan baik. Awak tidak payahlah fikir jauh sangat." bela Dato' Widad sambil mengusap bahu isterinya.
Datin Alia mengukir segaris senyum.
"Yalah, mungkin perasaan saya agaknya kan abang. Dahlah, dah siap kan jom turun nanti kelam kabut pula kita nak sambut tetamu." Datin Alia memimpin tangan Dato' Widad yang semakin dimamah usia.
Tett..
Tett..
Tett..
Raess mundar-mandir di kaki katilnya sudah acap kali. Air liurnya juga telah disedut hampir kering. Hatinya lebih gelisah apabila panggilan telefonnya masih tidak dijawab oleh Ilham.
Tett..
Tett..
"Hello, haa Ilham! Weh, aku nervouslah! Ilham, betul ke apa kita buat ini? Aku rasa aku tidak bolehlah. Aku tidak boleh nak ikut plan gila kau ini!" teriak Raess sambil mengurut ubun-ubunnya. Sebelum ini dia tidak pernah berasa apa-apa pun. Namun, beberapa hari melewati tarikh pernikahan ini hatinya mulai berdebar, gusar dan beberapa rasa yang sukar untuk diungkap. Walhal, Irsa itu bukanlah sesiapa dalam hatinya dan perkahwinan ini juga sekadar indah khabar dari rupa.
"Weh, kau jangan nak buat hal Raess! Kita dah sejauh ini dah pun. Kau nak nikah lagi berapa jam je kan? Kau, datang sini sekarang! Kau dah siap ke belum ini?" ujar Ilham yang juga tidak keruan. Mahu tidak risau jika Raess tiba-tiba mengubah fikiran saat-saat akhir.
Raess mengeluh. Dia memandang dirinya yang tegak memakai baju melayu serba putih lengkap bersampin di cermin panjang di pintu almarinya.
"Dah siap." jawab Raess lemah.
"Okay, please kau jangannnn nak fikir apa pun walau sekelumit. Kau datang sini sekarang. Aku cakap sekarang!" arah Ilham di hujung telefon.
"Erm." jawab Raess sepatah. Kata-kata Ilham itu tidak sedikit pun meredakan hati. Namun, ada betulnya. Jika dia berpatah balik saat ini, keluarga Irsa dan keluarganya jua yang pasti akan menanggung malu.
Raess menghela nafas sepanjangnya seraya mencapai sebuah songkok hitam di atas katil. Selepas memakainya di kepala dia melangkah lemah keluar dari bilik. Berharap yang semuanya bakal berakhir secepat mungkin.
Keluarga Raess yang telah sampai mengambil tempat seraya memenuhi ruang tamu. Raess juga sudah bersila dengan tenang di hadapan pelamin yang berona hijau putih dari bunga segar itu. Namun, keadaan jantungnya langsunglah tidak tenang!
Irsa yang baru turun ke bawah sambil memegang sejambak bunga baby breath berwarna kuning air telah menarik perhatian para tetamu. Baju kurung pahang yang disulami manik yang berkilau itu membuatkan Irsa kelihatan anggun sekali.
'Ya Allah, handsomenya Raess aku pakai baju melayu!' getus hati Irsa seraya memandang Raess yang tidak jauh di hadapan. Walhal, mana-mana lelaki dekat ceruk bumi ini pun kalau berbaju melayu terus je auto handsome. Tiber!
Semasa menunggu Tok Kadi mengeluarkan dokumennya Raess memandang Irsa sekilas dengan ekor mata. Matanya bertentangan dengan mata Irsa sejenak. Mengecap rasa dari alunan sang hati. Ya, hatinya bergetar kerana Irsa kelihatan sangat menawan. Benak akalnya seakan terpadam yang Mellinda itu masih mekar bertakhta di hatinya.
Luthfi yang baru tiba memejamkan matanya sejenak. Menggarap rasa hati yang kian pudar. Sebaik sahaja jiwanya kuat, dia melangkah perlahan memasuki rumah Irsa yang sudah dipenuhi para tetamu dan sanak-saudara.
Irsa terus melambai teruja dari atas pelamin selepas ternampak kelibat Luthfi. Sedaya upaya bibir Luthfi mengukir sekilas senyum demi Irsa. Majlis terus dimulai dengan bacaan selawat dan istighfar.
"Aku terima nikahnya Irsa Zulaikha Binti Widad Wafie dengan mas kahwinnya Rm300 tunai!" lafaz Raess dengan tenang setelah Dato' Widad mengikat ijab.
"Sah! Sah!" ujar saksi di sisi.
Masing-masing di segenap ruang tamu itu mengukir senyum yang melebar namun tidak bagi Raess. Bibirnya terasa berat untuk diangkat seusai melafazkan qabul. Dia menoleh memandang Irsa yang kelihatan sangat gembira seraya menelan air liur.
Sehingga upacara membatalkan air sembahyang pun Raess masih tidak dapat menerima hakikat yang dirinya sudah pun bergelar suami.
"Raess! Raess!" bisik Irsa di sisi.
"Haa?" Raess tersentak.
Irsa membuat isyarat mata agar Raess membalas salam yang dihulur. Fikiran Raess yang melayang sebentar tadi telah pun kembali nyata. Dia hampir lupa jurugambar di hadapan mereka ini sedang giat bekerja. Perlahan tangannnya menyentuh tangan Irsa walau gigilnya tidak jelas. Membenarkan Irsa mengucupnya dengan penuh kasih.
Raess mencium ubun-ubun Irsa dengan kekok. Hatinya kosong dan tawar. Kalaulah Irsa tahu isi hatinya yang satu itu..
Majlis bergambar diteruskan dengan kedua belah pihak keluarga. Sarah tersenyum melihat Irsa begitu bahagia. Dia menoleh ke arah Luthfi namun tiada bayang. Langkah kaki Sarah berlegar ke arah khemah mencari Luthfi.
"Laa, awak kat sini Luthfi? Kenapa tidak masuk dalam? Jomlah, kita ambil gambar dengan Irsa!" ujar Sarah dengan teruja.
"Kejap lagilah.." jawab Luthfi lemah. Dia memandang sayu cawan teh o panasnya. Entah kenapa tubuhnya terasa berat dan malas. Melihat Irsa di sisi Raess hatinya terasa begitu tersiat.
Sarah memandang Luthfi dalam-dalam. Dia tahu punca Luthfi begitu. Dia tahu hatinya sedang patah dan kecewa. Namun, dia tidak menyangka Luthfi tidak usaha menyorokkannya walau sedikit. Jelas terpapar riak wajah lelaki itu dipenuhi duka dan lara.
'Move on, Luthfi! Irsa dah kahwin!' teriak hati Sarah. Tanpa sedar, hati Sarah juga terkesan apabila Luthfi begitu.
Pak!
Pak!
Dato' Raid menepuk lembut bahu Dato' Widad disertai tawa. Sakan berborak sejak tadi.
"Lega saya anak bujang itu dah selamat. Semoga bahagia hendaknya Raess dan Irsa itu!" ujar Dato' Raid sambil tersengih.
"Yalah, InsyaAllah. Selamat juga berbesan ya kita. Tinggal si Ilham itu seorang jelah entah bila nak menikahnya pun tidak tahulah. Umur makin tua. Kita ini lagilah bertambah tuanya.." balas Dato' Widad seraya tertawa kecil.
"Erm, mummy balik elok-elok ya. Apa-apa nanti Raess call." pesan Raess seraya menyalam tangan Datin Zehan. Keluarganya itu mahu beransur pulang selepas selesai jamuan makan.
"Yalah, memang nak cepat balik pun. Entahlah, panas pula rasa!" jeling Datin Zehan pada anak lelakinya. Walhal, hatinya yang sedang panas terbakar kerana Raess masih tetap jua mahu mengahwini Irsa.
Irsa tersenyum. Dia bersalaman dan memeluk Datin Zehan. Dia tidak mahu berfikir yang bukan-bukan pada ibu mertuanya itu. Husnuzon sahajalah sebab panas dek cuaca dekat Malaysia ini kan sampai telur ayam pun boleh jadi telur rebus!
Klak!
"Ya Allah, penatnya badan. Nak tercabut aku punya segala sendi!" Irsa mengurut bahunya seraya melabuhkan punggung di atas katil.
Irsa membaringkan tubuh sambil menghela nafas. Nikmat betul dapat berehat. Dia memejamkan matanya. Lega kerana segala urusan majlisnya telah pun berakhir. Irsa tiba-tiba tersentak lalu bingkas duduk dengan laju. Terlupa jikalau Raess akan masuk ke biliknya bila-bila masa. Argh, detak jantungnya itu bagai nak gila berdetak!
Irsa melihat cincin perkahwinan yang tersarung di jari manis tangan kanannya. Jari-jemarinya dipenuhi ukiran inai yang merah menyala dan seperti itu jugalah hatinya dipenuhi akan rindu yang sakan membara.
"Agaknya Raess lama lagi kot nak masuk, baik aku siap dulu!" ujar Irsa seraya mencapai sehelai tuala putih di rak gantungan. Pintu bilik air dikuak lalu Irsa membersihkan diri.
"Raess, dah biarlah tidak usah kemas semua. Ilham itu ada. Nanti pandailah dia kemaskan. Pergilah naik atas, berehat. Bilik Irsa, betul-betul tepi tangga itu." ujar Datin Alia pada menantunya yang sejak tadi asyik mengemas barang di laman rumah.
"Err, baik ummi." Raess memberi senyum tawar dan berlalu pergi mengambil beg bajunya di dalam kereta. Dia melihat kereta Ilham tiada.
'Aduh, memang aku nak mengelat pun dari jumpa Irsa! Ilham pun tidak ada. Entah manalah dia pergi time-time macam ini kan.' Raess melangkah seperlahan mungkin agar jejaknya tiba selambat yang boleh.
Raess terpaku sejenak sebelum mengetuk pintu bilik. Beratnya hati hanya Allah saja yang tahu. Mengajar depan student yang penuh satu dewan itu pun tidak segelabah begini tahu!
Tok!
Tok!
Seusai masuk ke dalam, matanya terus menangkap sosok Irsa yang sedang mengelap rambutnya di depan meja solek. Selepas menutup pintu, Raess hanya berdiri kaku kerana melihat Irsa yang sudah tidak bertudung. Otaknya betul-betul jem!
Irsa mendekati Raess dengan senyuman. Langkah Irsa yang laju bak kilat itu membuatkan tubuh Raess tersandar di pintu. Tanpa sedar, wajah Irsa telah pun berada betul-betul di depan batang hidung Raess.
"A.. Ada apa Irsa?" tanya Raess dengan gagap. Matanya membutang menahan nafas. Jantungnya bergoncang tidak usah dikata.
"Beg." jawab Irsa sepatah. Senyumnya pada Raess bagai tidak boleh dihenti waktu.
Raess berkerut. Dia tidak memahami maksud Irsa. Takkan beg baju di tangannya ini pun mahu di spot checknya? Apa, bilik ini asrama sekolah ke?!
"Mehlah, saya bawakan. Awak perlukan apa-apa ke? Erm, air ke atau anything else yang awak nak cakaplah." Irsa mengambil beg di tangan kanan Raess dan meletakkan ia di atas katil. Sudah tentu selepas terlafaznya akad pagi tadi, tugasnya sebagai isteri telah pun bermula.
Mata Raess melilau.
"Err, saya.. saya nak.. nak mandi dulu! Sana eh?" Raess menunjuk ke arah sebuah bilik yang dia rasakan itu adalah bilik air.
"Aah, okaylah. Awak mandilah dulu. Saya turun bawah ya nak tolong ummi." Irsa melangkah walau berat.
Raess segera mengambil beg bajunya dan pantas memasuki bilik air. Dia mengunci pintu dan meletakkan begnya di atas penutup toilet bowl. Lekas dia mendail nombor Ilham. Namun, tidak berangkat. Dia terus menaip mesej pula buat lelaki itu.
Ilham
Weh, kau kena tolong aku!!
Macam mana aku nak tidur malam ini?
Bagilah aku tidur kat bilik kau.
Beberapa minit Raess menunggu jawapan. Detak hatinya lega kerana notifikasi telefon bimbitnya berbunyi.
Ilham
Tidak boleh. Nanti ummi ayah perasanlah sengal.
Pandai-pandailah eh kau settlekan sendiri.
Janji, ingat deal kita!
Sebab aku ingatlah yang jadi masalahnya sekarang!
Macam mana aku nak tidur kalau dah satu katil dengan Irsa?!
Hubungan kau kan dah halal.
Tutup mata tidur jelah. Sekatil kan bukannya sebantal!
Katil Irsa itu besar. Aku percaya kau boleh lalui dugaan malam ini.
Ingat, jangan lebih-lebih!!
Mulut Raess ternganga luas membaca mesej dari Ilham yang tiada satu pun berguna buat dirinya!
Raess mengetap gigi dan rakus memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg baju. Buat sakit hati sahajalah tanya si Ilham itu. Tidak kena batang hidung sendiri bolehlah cakap macam itu!
"Ish, Ilham ini!" bisik Raess sambil mengenggam buku lima.
Irsa mengerutkan kening. Telinga yang ditekap di muka pintu ditarik kembali. Sejurus Raess memasuki bilik air dia mencuri dengar gerak-geri suaminya itu. Namun, tiada satu bunyi pun yang kedengaran.
Hampir sahaja dirinya mahu merempuh masuk ke dalam kerana khuatir jika terjadi apa-apa pada Raess. Niatnya terbantut seusai bunyi air paip yang dibuka jelas kedengaran.
"Apalah yang dia buat kat dalam itu tadi?" Irsa tersengih dan tertawa kecil. Dia menggeleng kepala dan terus turun ke dapur untuk menolong Datin Alia.
Ting tong!
Ting tong!
Mak Pah membuka pintu pagar dari dalam kerana dia mengenali pemilik kereta berwarna hitam itu. Namun, kedatangannya ke rumah Dato' Raid tika ini betul-betul mengundang masalah!
"Cik Mellinda, Cik, tunggu sekejap!" Mak Pah cuba menahan Mellinda daripada terus meluru masuk ke rumah.
Datin Zehan yang baru menuruni anak tangga terkejut melihat kelibat Mellinda di rumahnya.
"Mel!" panggil Datin Zehan. Kedua matanya terbuntang.
"Surpriseee! I am back mummy!" teriak Mellinda namun tangannya ditarik laju oleh Datin Zehan. Mematahkan sengih Mellinda yang sedang melebar.
"Mummyyy.." rengek Mellinda.
"Mel! Bila balik? Kenapa tidak cakap nak datang?" tanya Datin Zehan yang menarik Mellinda sehingga ke dapur. Dia tidak mahu suaminya yang sedang tidur dalam bilik itu bangkit untuk jaga.
"Pagi tadi. Saja nak surprisekan Raess. Mana Raess mummy? Kereta dia tidak ada pun." Mellinda mula memuncungkan bibir. Dia meletakkan beg tangan kecilnya di atas kitchen island.
Datin Zehan memejamkan matanya sekilas. Sepatutnya Mellinda pulang beberapa hari lagi dan Raess akan menerangkan segala yang terjadi. Tapi, belum apa-apa Mellinda sudah pun terpacak di sini!
"Okay, Mel. I know this is sound crazy. This is totally weird but listen to me. Mel balik dulu sayang. Esok jumpa mummy dekat tempat biasa ya. Mummy nak beritahu Mel something about Raess. But tomorrow please, not now sayang. By the way, Raess okay je dia stay up rumah kawan sebab ada kerja sikit. So, Mel balik rehat-rehat dulu okay!" pujuk Datin Zehan sambil mengusap tangan Mellinda. Jika rahsia Raess pecah di sini mahu tidak menggila Mellinda itu teriak.
"Oo..kayy.." Mellinda mengerutkan wajah. Walau dia tidak mengerti maksud Datin Zehan itu, dia cuba juga untuk buat-buat faham. Dia menarik beg tangannya dan Datin Zehan mengiringinya ke muka pintu.
"I love you sayang. Drive baik-baik!" pesan Datin Zehan seraya melambaikan tangan. Lega betul selepas Mellinda beredar. Cukuplah jiwanya sesak melihat Raess menikahi Irsa pagi tadi. Tidak mahu dia menambah sesak dengan amarah dari Mellinda.
Klak!
Raess menutup pintu bilik dan menguncinya. Selesai solat dan makan malam dia membuntuti Irsa naik ke bilik. Raess menelan air liur kerana tidak tahu apa yang patut dibuat. Segala gerak-gerinya serba tidak kena.
Raess duduk di birai katil dengan senyap. Tidak sampai sesaat, Irsa menerpa di sisi dengan senyum yang melirik membuatkan Raess sedikit kaget.
"Awak nak saya urut?" tanya Irsa.
"Err, tidak." jawab Raess dengan janggal.
"Habis, awak nak saya peluk?" Irsa tersengih.
Pandangan Raess bergetar.
"Tidak, Irsa."
"Habis itu, apa yang awak nak?" Irsa sudah rasa seperti mahu merajuk.
"Maaf, Irsa. Saya.. saya tidak biasa dengan semua ini okay. Lagipun hari ini saya penat sangat. Saya nak tidur. Awak pun mesti penat juga tidurlah.." ujar Raess seraya membaringkan tubuh.
Irsa terpana. Dia kembali ke pembaringannya. Memahami adakah situasi ini normal sahaja.
'Baik sangat Raess aku ini jadi lelaki. Sampai dah kahwin pun malu lagi ke nak sentuh aku? Kalau orang lain itu tidak menyempat-nyempat dah selamat peluk cium dah!' bebel Irsa dalam hati.
Setelah agak lama melihat Raess yang diam membisu, Irsa menutup lampu dan memasang lampu tidur. Dia merapatkan tubuhnya di belakang badan Raess kerana lelaki itu membelakanginya. Dalam bayangan yang kelam, dia menatap wajah Raess dengan kasih.
Cup!
Irsa memberi satu kucupan hangat di pipi kanan Raess.
"I love you, Raess. Now and forever. Hari ini Irsa bahagia sangat. Terima kasih sudi terima Irsa Zulaikha dalam hidup Raess Uqail. I promise i will be your loyal wife till our ends.." bisik Irsa lembut di telinga Raess. Entah kenapa, dia mahu menutur bait itu walaupun dia tahu Raess sudah pun nyenyak dibuai mimpi.
Raess membuka perlahan kelopak matanya selepas Irsa membaringkan diri. Dia menelan air liur. Dipeluknya bantal peluk lebih erat. Hatinya bergetar. Dibuai rasa yang dititip Irsa.
'Aku tidak sayang kau Irsa. Dan tidak akan pernah menyayangi kau sampai bila-bila. Setelah semuanya selesai, aku pasti aku bukan sesiapa lagi dalam lubuk hati kau!' bentak Raess.
Jika sulitnya jiwa bertahan kerana cinta,
sulit lagi raga bila menapak pergi kerana kecewa..
Share this novel