saat sha sedang bergegas ke masjid, dari jauh sudah kelihatan banyak anak-anak santri di kawasan masjid. ada yang duduk di dalam, ada yang berada di luar masjid. sha merasa resah kerana disitu kebanyakkan nya adalah lelaki, bagaimana mungkin bisa masuk tanpa mereka perasan kehadirannya.
"aduhhhhh, dah kenapa pulak dia orang semua ni ada dekat sini! macam mana aku nak masuk kalau dah depan pintu pun ada diorang. tidak apa laa redah je la masuk, aku tak nak lewat jumpa Allah."
- kata sha dalam hati
Sha beranikan diri untuk masuk juga kedalam masjid walaupun perlu berhadapan dengan sekumpulan santri lelaki. walaupun perasaaan malunya sudah sangat tinggi, tetapi tidak mampu melawan hasratnya untuk segera Berhadapan dengan Allah SWT.
sha segera masuk dan seperti jangkaannya santri-santri itu memandangnya. sha tidak suka menjadi pusat perhatiaan, tetapi itu jugalah yang sering ia hadapi. kaum perempuan tidak banyak di situ. kebanyakkan dari mereka sudah berada di dalam dan ada yang belum sampai. disebabkan dia seorang sahaja perempuan yang ada disitu, santri-santri itu melihatnya dengan riak wajah yang hairan ada beberapa yang menundukkan pandangan tetapi tidak sengaja membuat pandangan mata ke mata.
siap sahaja dari mengambil wudhuk sha keluar dengan tergesa-gesa dan ingin cepat untuk masuk ke ruangan solat wanita. sebaik sahaja keluar ia tidak sengaja terlanggar seorang santri.
"Eh maaf, saya ndak sengaja."
- santri
sha yang sedang kusut memikirkan apakah wudhunya batal atau tidak, sudahlah hampir masuk waktu dzuhur boleh pulak terlanggar lelaki bukan mahram.
"kamu- iya gapapa."
Dari awalnya sha yang ingin marah sempat menahan amarahnya, sha tahu dia tidak menyentuh kulit lelaki itu. jadi wudhunya masih belum batal.
"maafin saya, salah saya karena gak liat-liat"
"nggeh, udah ya, dzuhur sudah hampir masuk."
"nggeh, ati-ati ya. makasih udah maafin saya."
sha hanya membalas dengan senyuman. guru mursyidnya sudah memberi peringatan jangan senyum lebar pada lelaki, kerana senyuman sha sangat indah. seorang lelaki pernah berkata padanya "senyuman kau buat orang terpukau" di saat itu baru sha sedar, tetapi tanpa sengaja sha senyum lebar pada santri itu. seketika santri itu kaku sambil tersenyum melihat sha berlalu pergi. sejenak dia tersedar.
"Astagfirullahal'azim."
Dia pun bergegas untuk menunaikan sholat dzuhur.
pada masa yang sama, saat sha sudah menghampiri pintu masuk. ada seorang lelaki yang berpakaian serba biasa dan kelihatan tergesa-gesa juga. mata mereka bertembung. mereka tersenyum pada satu sama lain, dan terus berlalu masuk untuk menunaikan ibadah dzuhur. selesai saja sha memakai telekung, di saat itu juga azan berkumandang.
setelah selesai sholat, sha berdoa dan memgambil masa untuk berdzikir menggunakan tasbih kayu asli Indonesia. setelah selesai semuanya, sha bersiap-siap untuk meneruskan perjalananya. sebaik sahaja keluar, sha menoleh kebelakang dan melihat lelaki yang bertembung di pintu masuk tadi sedang berdzikir dengan memegang tasbih yang hampir mirip dengan tasbih miliknya. tasbih milik sha berwarna coklat, sedangkan tasbih milik lelaki itu berwarna hitam.
saat sha melihat wajah lelaki serba biasa itu, entah mengapa jantung sha tiba-tiba berdegup laju. wajah lelaki itu sangat tampan, kulitnya putih, memakai T-shirt putih serta kemeja kotak berwarna hitam. memakai seluar jeans yang longgar, tidak ketat seperti fashion terkini. rambut nya pendek dan lurus. sha bukan seorang yang memilih rupa, sha juga tidak pernah jatuh hati pada seseorang hanya kerana rupa. kerana sha adalah seorang yang suka dengan kenyamanan. jika seseorang itu memiliki sifat yang membuatnya nyaman, maka ia akan memilih orang itu. bukan semata-mata rupa.
"Astagfirullah, perasaan ni dah datang lagi. kenapa ya Allah? siapa hamba mu itu sehingga engkau membuat hati ku berdegup laju ketika melihatnya."
sha menoleh ke depan semula dan terus keluar masjid. tanpa disadari, santri berumur 17 tahun itu melihatnya dari jauh.
"Aku kagum sama cewe ini, dari wajahnya terlihat kayak orang yang galak banget. tetapi ketika ia senyum, dari senyumannya itu aku yakin dia sudah memaafkan ku. dia sangat berbeda sama Ayu."
- kata santri itu di dalam hati
Sha melanjutkan perjalanan nya. sudah pukul 12:30 tengah hari. kelihatan ramai orang yang berada di pinggir jalan, sha cepat-cepat pergi kesana
"Mungkin disana lah kedai makan Yang aku cari dari tadi. ramai betul orang kat situ, aku ambil kerja basuh pinggan je, kalau jadi waiter atau cashier nanti takut aku tak faham apa orang kata, yela kat sini kan banyak orang jawa. aku faham sikit je."
- sha
sha akhirnya bertemu dengan pengurus kedai dan berbincang dengan nya.
"Asalamualaikum" - sha
"wa'alaikumussalam, oh jadi kamu ini yang mau kerja cuci piring disini?, ayo minum dulu"
pengurus kedai menawarkan cendol special mereka, sha meminumnya dan langsung terus ke berbincangan mereka.
"Cendolnya enak, gini saya mau kerja mencuci piring karna saya juga orang baru disini, ga punya ktp. saya juga tidak berapa bagus berinteraksi menggunakan bahasa jawa. ga terlalu mnegerti saya. jadi buat mengelakkan kekeliruaan pelanggan-pelanggan, saya ambil kerja yang tidak akan menyusahkan sesiapa terutamanya ibu pengurus kedai ini. apa bisa saya kerja disini ya bu?"
- sha
"gini, saya sebenarnya sayang sama guru kamu itu. jadi saya mau bikin dia seneng, dan dia pasti seneng jika kamu hidup lebih aman. bagaimana kalo kamu kerjanya cuci piring, dan membersihkan kedai ini setiap sebelum pulang kerja. dan setelah pulang kerja, kamu ke rumah saya aja bersihin rumah saya setiap hari. gimana, mau?"
"iya mau bu, gajinya berapa?"
"1000 ringgit sebulan, canda!"
sha dan pengurus kedai ketawa bersama, sha gembira melihat pengurus kedai sangat mengalu-alukan kedatangan nya. sehingga mahu bergurau senda.
sha diterima bekerja dan boleh bekerja mulai esok hari. sha mengambil gaji bulanan.
sebelum tiba di Indonesia sha sudah menghabiskan duitnya dengan membeli emas untuk digadaikan semasa dia di Indonesia. sha ingin membeli satu rumah kecil buat dirinya.
sewaktu perjalanan balik, sha memberitahu guru mursyidnya melalui handphone. bahwa ia ingin pindah di kawasan yang dekat dengan tempat pekerjaan nya itu. guru mursyidnya itu mengizinkan. tetapi sha juga tidak mahu terlalu jauh dari gurunya itu. jadi dia membuat pilihan untuk berpindah beberapa kilo meter sahaja dari bilik lamanya agar tidak terlalu berjauhan dari gurunya itu.
sehari selepas sha tinggal di kampung itu. heboh lah di seluruh kampung mengenainya, kecoh satu kampung bercerita tentang seorang penduduk baru berasal dari malaysia.
Pagi itu sha keluar dari biliknya untuk bertemu gurunya selepas itu ia hendak ke tempat kerja barunya. dipertengahan jalan, sha bertembung dengan sekumpulan anak remaja yang melihatnya lalu bercakap-cakap tentang sesuatu kepada kawan-kawannya. sha tahu dirinya dibicarakan ramai orang, tetapi sha bersangka baik bahwa mereka sedang bercerita tentangnya dengan hal-hal yang baik sahaja. tetapi saat sha berjalan di sebelahan anak-anak remaja perempuan, mereka memandangnya sinis dan seolah-olah mengolok-olok kan nya. sha hanya berdiam diri kerana tidak mahu berburuk sangka.
sha bertemu guru mursyidnya untuk belajar ilmu. selesai belajar, guru mursyidnya menjelaskan bahwa ada orang sudah menyebarkan fitnah.
sha hanya berdiam diri untuk beberapa minit.
"saya sudah duga perkara begini ibu, saya redha dengan ujian yang Allah berikan. ini semua kehendak Allah, saya terima dengan ikhlas hati." - sha
"bagus nak, ibu bangga punya anak murid seperti kamu. mudah menerima segala kehendak Allah. ujian mu berat itu tandanya derajat mu sudah semakin diangkat. semakin tinggi derajat seseorang, semakin besar ujian nya."
- guru mursyid
sha hanya diam dan mengangguk sahaja, lalu sha pulang ke bilik untuk mengemas kerana tidak lama lagi sha ingin berpindah. ketika di dalam bilik, sha menangis seorang diri dan cuba untuk terus menguatkan diri dengan berdoa pada Allah.
"ya Allah, sesungguhnya engkau menjadi saksi. bahwa aku tidak melakukan apa-apa kesalahan pada mereka sehingga mereka berbuat sesuatu yang buruk pada ku. hukum aku jika aku punya salah ya Allah. tetapi jika aku tidak punya apa-apa kesalahan, kau ampuni lah orang yang memfitnah ku serta pengikutnya. dan jadikanlah mereka lebih baik lagi, bukakan pintu taubat sebesar-besarnya buat mereka ya Allah. kau kuatkan lah aku untuk menempuhi semua ujian mu ini ya Allah." - Sha
sambil berjalan menuju ke tempat kerjanya itu,
ia mengambil tasbihnya untuk beristigfar dan menyebut kalimat "Laa ilaha illa Allah" dengan niat untuk bisa mendapatkan Redha Rabb nya.
Terima kasih sudah membaca, kalau suka comment laa saya suka membaca pendapat-pendapat orang mengenai novek yang saya tulis. pendapat anda juga bisa membantu saya untuk menjadi penulis novel yang lebih professional selepas ini. terima kasih dengan sokongan anda.
Share this novel