E X T R A

Drama Series 3172

Fasha menyeka air matanya setelah mendengar cerita percintaan arwah mak dan arwah ayahnya . Dia merasa sangat bangga dengan mak dan ayahnya walauoun dahulu arwah ayahnya hendak memberinya kepada orang lain tapi dia rasa sangat bersyukur kerana arwah ayahnya tidak memberinya kepada orang lain .

" Dah dah , Fasha jangan nangis lagi ye cu . "

" Fasha gembira tok mak , Fasha gembira sebab mak bertaruhkan nyawa dia untuk lahirkan Fasha dan Fasha gembira jugak sebab ayah tak bagi Fasha dekat orang lain . Fasha sayang diorang walaupun Fasha tak pernah merasa kasih sayang diorang . "

" Alhamdulilah cu , tok ma yakin sangat , mesti sekarang ni mak dan ayah Fasha tengah bangga dengan kerjayaan Fasha sekarang ni . "

" Setiap kali Fasha rasa nak mengalah dan Fasha rasa sedih dengan kehidupan Fasha , Fasha mesti tengok gambar kahwin arwah mak dan arwah ayah . "

" Kadang-kadang , Fasha rasa bahagia bila tengok gambar diorang tok mak . Fasha nak suami macam arwah ayah yang sentiasa tunggu arwah mak dan sentiasa cintakan arwah mak walaupun arwah mak dah tak ada dekat sisi arwah ayah . "

" Dan tok mak rasa , si Thaqif tu sesuai sngat dengan Fasha . Tok mak nampak dalam mata dia bila dia tengok Fasha , tok mak rasa dia betul-betul cintakan Fasha sangat-sangat . "

" Fasha sedar akan kehadiran cinta dia pada Fasha tok mak tapi Fasha rasa ragu-ragu nak terima dia sebagai suami Fasha . "

" Kalau Fasha rasa ragu-ragu , Fasha solat istikarah . Insya allah , Allah dapat membantu kita lagipun Fasha dah 26 tahun . Tok mak nak sangat tengok cucu tok mak ni , kahwin , naik atas pelamin dan tok mak nak tengok Fasha Aulia ni merasa bahagia setelah sekian lamanya dia rasa sedih dan tok mak nak dia kaya kasih sayang lepasni . "

" Betul ke tok mak rasa Thaqif tu cintakan Fasha ? "

" Betul . "

" Kalau macam tu , Fasha nak call dia cakap Fasha terima lamaran dia . "

Cepat-cepat Fasha mencari nombor telefon Thaqif dan menelefon lelaku itu setelah dia menekan punat telefon di skrin telefon bimbitnya.

Telefon diangkat setelah beberapa saat berlalu .

" Yes Fasha ? "

" Saya terima lamaran awak Thaqif . "

" Betul ke ni ? "

" yes . "

" Okay nanti saya suruh ummi dan abah saya datang masuk meminang awak dekat kampung dan kita tunang terus . Lepas 3 minggu , kita kahwin . "

" Saya tak kesah asalkan awak cintakan saya seikhlas-ikhlasnya . "

" Saya janji Fasha , saya akn jadi suami terbaik untuk awak , jadi ayah terbaik untuk bakal anak-anak kita dan jadi lelaki terbaik dalam hidup awak. "

" Saya harap awak pegang dengan janji awak Thaqif . "

" Of course Fasha . "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience