EC - 1C

Romance Completed 91497

'Kehadapan cik Tyara Cempaka binti Taqif Mohamad, anda dengan segala hormatnya dijemput hadir ke majlis hari lahir Edry Nufael bin Qawie Al-haz yang ke 26, bertempat di Dewan Alfa's Hotel, bertarikh 10 Februari , harap Cik dapat hadirkan diri disana'

      Bibirnya mencebik menyampah saat membaca ayat di dalam kad jemputan itu.

      "dah tua-tua nak buat majlis apa ntah, paling koman nak menunjuk je mamat ni" ujarnya sendiri, air kopi yang dibiarkan sejuk dia capai da hirup perlahan.

    Argh... nikmatnya.

        Deringan telefon itu menganggu ketenteraman seorang Tyara Cempaka yang sedang menikmati kopi sambil menikmati keindahan alam.

        Tyara mengerling nama si pengganggu yang memanggilnya kini.

     Melihat nama yang naik di skrin Iphone 11 miliknya terus dijeling meyampah.

    Selepas dibiarkan berdering begitu saja , dia angkat jua panggilan telefon itu.

          "Yes? Tyara speaking" Sapa Tyara dengan lagaknya.

      'poyo gila kau ni' suara garau itu mengekek ketawa kecil.

     Tyara buat muka jengkel, dia ada buat kelakar ke?

     Tak kot.

        "Lantak lah, pahal?" Kasar saja bunyi.

     'dah dapat ke assistant aku hantar kad jemputan tu?' dia bertanya.

     Tyara berdehem saja membalas pertanyaan lelaki bernama Edry Nufael itu!

       'Jangan lupa datang au, kad kau paling special dalam semua kad, disebabkan kau kawan terbaik aku' Tyara geleng kepala meyampah.

    Berlagak tak abis abis.

     Tyara hanya membalas dengan berdehem saja.

       'kau ni, asyik dok ha hm je ngan aku, apahal? Geram betul la aku, orang lain elok je , mai tang kau nak tak nak layan aku, eee' Dia tahu Nufael sedang menahan marah kini.

        "In Shaa Allah aku datang, aku tak ada baju sesuai untuk majlis besday kau nanti" balas Tyara perlahan.

        Nufael ketawa disana.

      'please! Don't make me laugh Cik Tyara Cempaka! Sejak bila kau peduli pasal outfit kau ni? bukan kau sejenis pakai main redah je ke? Tak kira majlis apa pun?' perli!

       Kalau Nufael ada depan muka dia ni, dah lama dia belasah jantan ni.

        "Kau tak payah acah kenal aku la Fael! Suka hati lah! Dah la malas aku nak datang!" Memberontak.

      'Elele, sorry la my darling bucuk ucuk, ok ok nanti aku hantarkan baju yang sesuai okey? Don't worry darling' Nufael memujuk Tyara dengan nada memerli.

       "Tak payah! Aku takkan datang! Mesti kau ajak semua budak study dulu kan? Aku malas nak jumpa diorang! Ni bukan majlis hari jadi je, kang bertukar jadi reunion je nanti"

       Kisah di sebalik itu hanya Nufael seorang saja yang tahu.

     Nufael satu-satunya orang yang ingin berkawan dengannya semasa Tyara disisihkan dari semua orang.

        'syup darling, look's, aku ada dengan kau kan? Apa diorang boleh buat? Selagi kau dengan aku, diorang tak berani kacau kau' lembut saja Nufael memujuknya kali ini.

     Tyara terdiam.

      Kopi yang makin sejuk itu dia pandang sepi.

        'Biarlah diorang benci kau, aku tetap suka kawan dengan kau, look, sampai harini kita still berhubung kan?'

     "hm" Geli juga kalau Nufael kadangkala memberi kata-kata motivasi yang tak termotivasi itu kepadanya.

        'Datang au, aku tunggu kau' ujar Nufael sebelum kami mematikan panggilan.

      Tyara mengeluh.

...

    
      Tyara berdiri di depan hotel gah itu.

     Alfa's Hotel.

      Satu-satunya hotel paling ternama di negara ini.

        Nak jejak kaki ke lobi pun dia tak sanggup, dirinya bagai terhalang oleh sesuatu.

     Alfa's Hotel juga terselit dalam kisah lampau kehidupannya.

       Ianya kisah perit.

      Disaat orang lain mengatakan owner Alfa's Hotel ini penuh dengan hati budi yang baik kepada masyarakat , dia menyangkal semua itu.

      Tyara tahu isi dalaman owner Alfa's itu , Hulaif Al-Fiz penerus legasi Alfa's Hotel.

       Tyara mengeluh.

     Dia menarik nafas panjang dan menghembus penuh semangat.

    Dress berwarna gold dan tudung sain yang dipasang sesuai dengan bajunya semua pemberian dari Nufael.

     Semua outfitnya malam ni atas tajaan penuh tuan majlis.
  
      Tyara mengemaskan pakaiannya dan melangkah masuk penuh semangat.

      Selepas bertanya di mana arah dewan itu Tyara melangkah dengan penuh elegan ke arah dewan yang masih belum dipenuhi orang.

      Kad jemputan di suakan pada penjaga pintu.

      "Cik kad vip, mari saya tunjukkan tempat duduk cik" salah seorang dari mereka memimpin jalan Tyara.

     Nak di hairan tapi Nufael sendiri yang kata Tyara salah satunya pemegang kad jemputan yang istimewa darinya.

       Pelayan itu menarik kerusi yang betul-betul dibahagian depan pentas kepada Tyara.

     Tyara melihat namanya yang terletak elok di meja itu.

      "Terima kasih" sopan Tyara memberi ucap kepada pelayan itu.

     Tyara duduk dikerusi itu, matanya melilau mencari keberadaan Nufael.

       Namun hampa, Nufael tak kelihatan.

      Tapi sosok lelaki yang dia tak sangkakan pula yang muncul , malah kami berdua saling bertentangan mata.

      Tyara menelan air liur perit melihat dia berjalan dengan penuh gaya ke arah Tyara.

      Tyara mendongak memandang lelaki tinggi lampai berdiri dihadapannya dengan kedua tangan di masukkan ke dalam kocek seluar.

        "Look who i see here, hello sweetie?" Dia dengan muka sinis tak boleh dipisahkan.

    Keturunan ke?

     Tyara jeling.

        "Who's your sweetie?" Tyara memerli lelaki itu.

     Dia tertawa mengejek, kerusi disebelah Tyara dia tarik dan duduk sesuka hati.

        "Siapa izinkan awak duduk sini?" Garang.

      Dia buat muka selamba, tag nama dia tunjuk depan muka Tyara.

        "Hulaif Al-Fiz bin Hud Al-Falah, buta? Tak nampak?" Kening sebelah diangkat tinggi.

       Tyara berdengus, macam mana boleh lupa yang mamat ni ada kena mengena dengan Nufael.

       Tyara menarik kerusi sedikit menjauh dari Hulaif.

       "You look so pretty, like a gorgeous" pujinya tiba-tiba.

        "I don't need your pujian, just keep it" Tyara membalas dengan jelingan.

        "Tyara! So pretty my darling! It's suit on you! Neomu yeppooo!!" Suara Nufael yang kegedikan itu menyapa.

     Tyara menoleh ke arah Nufael yang segak berpakaian baju kemeja warna putih.

       "Thanks Fael, kau pun apa kurang kacaknya?" Tyara senyum.

       Nufael ketawa, dia terpandang wajah Hulaif yang bersahaja itu.

         "And see who here, aku ingat kau tak datang bro" mereka berdua berjabat tangan.

      Hulaif sempat jeling aku dengan senyuman sengetnya.

       "Aku dapat info someone aku tunggu join majlis kau, so that why aku datang , even busy" saat Hulaif membalas pertanyaan itu matanya tetap pada Tyara.

     Tyara pura-pura tak nampak.

     Nufael senyum hambar memandang Hulaif dan Tyara silih berganti.

        Nufael terus berpaling ke arah Tyara dan berpura-pura membetulkan shawl yang dipakai Tyara.

        "Gosh darling, why tudung kau senget? Nanti tak cantik laaaa" suara Nufael mengada-ngada.

      Tyara sengih kekok melihat kelakuan tiba-tiba Nufael itu, banyak mata yang sudah memandang ke arah mereka berdua.

       "Apa kau buat ni?" Bisik Tyara saat Nufael mendekatkan wajahnya pada wajah Tyara.

        "Hulaif pandang kan?" Bisiknya perlahan.

    Tyara terus pandang Hulaif, Hulaif yang hanya melihat kami berdua tanpa emosi.

        "Bukan setakat Hulaif, malah semua orang yang ada dekat majlis ni tengah tengok kita" balas Tyara turut berbisik dengan tegas.

     Nufael terus menjauhkan diri, dia tersenyum manis.

       "I love to see you in this outfit, much love, that's why la aku makin sukaaa" ujarnya gembira.

      Aneh sungguh perangai Edry Nufael seorang ni, cakap main ikut sedap mulut.

         Tyara mengeluarkan sesuatu dari dalam beg tangannya dan disuakan kepada Nufael.

     Nufael senyum membelek kotak kecil yang dibalut kemas oleh Tyara itu.

        "Aku tak kaya nak bagi hadiah mahal macam orang lain bawa, aku harap kau terima" ikhlas dari lubuk hati Tyara.

      "Apa je kau bagi semua bermakna untuk aku, kau datang ni pun dah cukup buat aku bahagia Tya, thanks for coming" balasnya bersama senyuman.

       Tyara mengangguk.

       "Elok-elok eh, aku nak ke sana kejap" Nufael terus berlalu pergi.

     Tyara duduk ditempatnya semula.

        "Best friends? Or boyfriend?" Suara itu menyinis.

        "None of you business" balas Tyara langsung tak berminat dengan soalan murah Hulaif.

         "Kau tau aku suka kau, tapi kau masih buat tak peduli" Dia merenung Tyara tajam.

       Tyara pula pandang Hulaif sinis.

        "Suka? Awak hampir bunuh saya Hulaif! Orang kaya macam awak ni gunakan orang miskin macam saya atas kepentingan diri sendiri! Saya benci golongan macam awak ni!" Dengan nada perlahan dia mengujar kasar.

Mengingatkan semula kisah lama buat dia geram!

         "Edry pun termasuk dalam golongan orang kaya macam aku? Kau tak kesah pulak?" Nadanya penuh cemburu ataupun lebih kepada dengki.

      "Nufael kawan saya, family dia saya dah kenal lama dari saya kenal awak! Awak orang kaya paling gila saya pernah kenal!" Langsung Tyara berlalu pergi dari meja itu.

     Tak kuasa dia nak duduk semeja dengan lelaki macam Hulaif tu.

     Hulaif melihat langkah Tyara yang menjauh dengan sinis.

         "More pretty when you mad , Cempaka..."

kita kembali with new babyy! Follow tau kalau nak dapatkan notif baru dari Honeypea!! tataaa

Share this novel

Guest User
2024-04-28 00:55:50 

hi


NovelPlus Premium

The best ads free experience