EC - 4C

Romance Completed 91497

Hulaif memandang sosok yang seperti dia kenal itu dari jauh.

     Senyumannya meleret.

      Tyara!

      Laju kaki dia menukar arah tak jadi masuk ke dalam restoran itu dan berjalan ke arah kedai makan mamak di hujung lorong kedai.

         Tyara yang sibuk membuat pesanan dia tuju pantas.

      "Last air teh ais" pesan Tyara.

      "Bang, air sirap limau sekali eh?" Hulaif menyampuk, kerusi di depan Tyara dia tarik dan duduk selamba.

      Mamak yang ambik pesanan tadi menulis pesanannya.

     "Makan?"

     Hulaif melihat muka Tyara yang sudah berkerut melihat kewujudannya dia abaikan.

       "Bagi nasi dengan kari kepala ikan je" balas Hulaif.

      Melihat mamak tadi berjalan pergi untuk menyediakan pesanan mereka terus Tyara menyerang dengan soalan.

        "Kenapa awak ada dekat sini?" Soalnya muka jangan cakaplah, masam abis!

      Hulaif angkat bahu.

        "Entah, aku nampak dari jauh ada cahaya masa depan, sebabtu aku ada dekat sini" balasnya selamba.

      Tyara geleng kepala.

     Telefon Tyara berdering, Hulaif curi pandang.

     Tyara menjeling dan mengangkat panggilan itu.

     Telefon ditekap pada telinga kanan.

        "Haah Fael, tempat biasa, makanan kau pun aku dah oder, tunggu kau datang je ni, cepatlah ada pula tetamu tak diundang dekat sini" sempat Tyara memerli Hulaif.

        Tyara mematikan panggilan.

         "Bila kau nak terima lamaran aku Cempaka? Dah lama aku tunggu jawapan kau, kau selalu tolak" Hulaif membuka topik.

      Tyara mendengus perlahan.

         "Saya takkan terima lamaran Encik Hulaif, disebabkan Encik Hulaif, ayah saya masuk lokap, and mati! Kalau saya yang masuk sana mungkin ayah saya masih hidup!" Balas Tyara separa berbisik.

       "Kau ingat aku nak izinkan kau gadaikan masa depan kau disebabkan kesalahan ayah kau?" Hulaif memandang Tyara tidak percaya, walaupun benda sudah lama berlaku dia masih tidak faham dengan kehendak gadis ini.

      Tyara tergelak sinis.

       Ayahnya, Taqif Mohamad, dituduh membunuh kawannya atas asbab cuba mencabul kehormatan Tyara semasa dia berumur 18 tahun.

      Bila ayahnya dapat tahu yang kawannya Salim, cuba untuk buat benda tu dekat Tyara, ayahnya bertindak luar kawalan dan terbunuh Salim secara dia tidak sedar, marah mengusai diri ketika itu.

      Kenapa Hulaif boleh tau?

      Waktu tu , Hulaif pemilik kebun tempat ayahnya bekerja, konon dia jatuh cinta pandang pertama pada Tyara.

       Hulaif dapat tau dan cuba bantu Ayahnya lari dari masalah, dengan syarat supaya Tyara berkahwin dengan dia.

     Tyara menolak sekerasnya, dia pun pergi balai dan buat pengakuan yang dia bunuh Salim dengan alasan Salim cuba meragut kehormatannya.

      Hulaif apa lagi? Marah lah sebab pertaruhkan masa depan demi bapak sendiri, Hulaif tak setuju and terjah mahkamah dan serahkan bukti masa waktu perbicaraan.

     Ayahnya tetap kena tangkap dan masuk penjara 5 tahun, tapi tak lama selepas masuk penjara, ayahnya mati sebab wabak yang berjangkit dalam penjara.

         Ayah Tyara pernah berhutang dengan Hulaif sebelum kes tu, Hulaif nak tuntut hutang pada Tyara .

       Tyara pernah diculik dan diugut bunuh oleh Hulaif sendiri kalau tak dapat bayar hutang ayah dia.

      Tyara tetap Tyara, ugutan bukan masalah baginya, dia sempat kumpul sikit-sikit dan berikan pada Hulaif.

     Walaupun baki hutang masih ada tersisa hingga kini, Tyara tetap membayar dengan ansur.

     (Dulu Hulaif partime jadi ahlong HAHA)

        "Cempaka I'm talking to you!" Suara Hulaif meninggi apabila melihat Tyara yang lama mendiamkan diri.

      Tyara kembali ke realiti.

     Melihat makanan yang sudah siap terhidang membuatnya sedar dia mengelamun panjang.

        "Ayah tetap ayah, saya sanggup gadaikan masa depan saya demi ayah, ayah tiada ganti, biarlah orang nak cakap saya anak pembunuh, cuma saya yang tahu alasan kenapa ayah saya jadi macam tu! Awak tak da hak nak pertikaikan tindakan ayah saya!" Balas Tyara tegas.

      Hulaif senyum sinis.

         "Kau masih ada hutang dengan aku cempaka, tempoh kau untuk selesaikan semua makin singkat, ingat perjanjian kau dekat aku" Ujar Hulaif sinis.

     Tyara terdiam, dia masih ingat janji yang dibuatnya waktu dahulu sebelum bebas dari pemerhatian Hulaif.

       8 tahun.

     8 tahun tempoh untuk Tyara menyelesaikan hutang arwah ayahnya pada Hulaif berbaki lagi sebulan sebelum Hulaif menuntut janjinya untuk jadikan Tyara sebagai isterinya.

        Hulaif senyum puas melihat Tyara yang terdiam.

      "I hope kau tak lupakan janji tu Cempaka, 20 ribu in 1 month" Ujar Hulaif bersahaja sambil menyuap nasi ke dalam mulut seperti tiada apa yang terjadi.

     "Tya!" Nufael termengah-mengah mendapatkan Tyara.

       Nufael senyum kecil pada Hufail yang sedang menjamah makanan.

      "Duduklah Fael, makan" arah Tyara senada, Tyara mencapai mee gorengnya.

     Mee disimpul pada garfu dan menyuap masuk ke dalam mulut sambil matanya mengerling ke arah Hulaif yang sedang memerhatikannya.

      Nufael duduk disebelah Tyara.

      "Macam mana kau boleh muncul dekat sini bang?" Nufael menegur Hufail.

     Hufail menghirup air sirap limau nya perlahan.

       "I don't know, i saw someone i know then i join her" balas Hufail menyambung makan.

       Nufael mengangguk.

    Dia pandang Tyara yang hanya diam, makin hairan dia melihat keadaan Tyara itu.

       Suasana di meja makan ini seperi dingin dan suram.

    Nufael mencuit Tyara dengan hujung jarinya.

     "Kau okey?" Soal Nufael penuh perhatian.

      Tyara senyum nipis dan mengangguk.

        "Okey" sepatah.

     Hulaif hanya tersenyum senget.

     Nufael terus memandang Hulaif dingin.

       "Apa kau cakap dekat dia ha?" Soal Nufael .

     Hulaif senyum dan memandang Tyara .

      "Did he still don't know about you Cempaka?" Hulaif melontar soalan kepada Tyara pula.

     Tyara yang seakan teragak-agak mahu membalas itu buat Hulaif mengerti.

       "Should I tell him?"

       Tyara menghentak sudu dan garfu nya ke dalam pinggan, wajah Hulaif yang beriak bersahaja itu dia pandang tajam.

        "Nufael, kita makan tempat lain, aku tak ada selera dekat sini" Tyara mencapai beg galasnya.

      Nufael hanya mengangguk, mengikut kehendak Tyara.

       Hufail tergelak melihat langkah Tyara dan Nufael yang meninggalkan dirinya sendiri di meja makan.

        "I like see you mad Cempaka" Hulaif sambung makan seperti tiada apa yang berlaku.

 

...

      TYara menghirup air kopi espresso dengan sekali sedut.

      Nufael terdiam tak terkata melihat Tyara yang seperti kehausan melampau itu.

       "Tya! What happend on you?" Nufael merampas semula kopinya yang dicuri Tyara.

         Tyara mengeluh, dia tak menjawab pertanyaan Nufael dan bangun dari kerusi dan menuju ke kaunter untuk memesan air lagi.

      Nufael terkesima.

     Melihat Tyara datang semula dengan secawan kopi espresso sejuk dengan sepotong kek itu sudah buat Nufael mengerti apa perasaan Tyara kini.

       "Kau stress with something?" Lembut suara Nufael bertanya selepas membiar melantak kek seorang diri tanpa pelawanya.

        Tyara mengeluh, Nufael menarik tisu dan mengelap hujung bibir Tyara yang sedikit comot.

      "Thanks" Tyara mengambil tisu ditangan Nufael dan mengelap mulutnya sendiri.

      "So, tell me, kau courius pasal apa ni? Ni kalau bila banyak makan manis mesti kau tengah tension kan? So, what that?" Nufael meletakkan kedua tangannya diatas meja dan menompang wajahnya sendiri memberi penuh perhatian pada Tyara.

       "Nothing" mustahil dia nak cerita hal itu pada Nufael, susah payah dia jaga rahsia ni ingat mudahmudah dia nak buka cerita.

       "Aku kenal kau Tyara, Hulaif ada cakap apaapa dekat kau ke?" Nufael meneka.

     Tyara bijak mengawal eksperasinya, dia senyum saja.

       "Dari dulu aku tanya pasal kau dengan Hulaif, tapi langsung kau tak berjawab" Nadanya terdengar seperti seorang yang berjauh hati.

       "Bila aku dah bersedia, aku bagitau kau, okey?" Pujuk Tyara melihat muncung sedepa Nufael itu.

      Ni kalau peminat dia tengok muka mengada mamat ni mesti diorang rasa ringan tangan nak sedekah penampar.

       Ni kalau dengan orang lain, muka ketat macam tahan sembelit!

       "Yelah, yelah..." balas Nufael.

Kemudian Nufael berkerut sambil memegang perutnya sendiri.

     "Kau okey?" Laju Tyara bertanya menyedari riak muka Nufael.

     Nufael mengangguk sambil menahan sakit diperutnya, entah kenapa terasa memulas.

     Ada yang mengumpat pasal perut dia ke?

        "Kau ni betul-betul okey ke Fael? Risau aku tengok kau ni!" Tyara sudah berdiri disebelahnya dengan muka khawatir.

       "Okey, cuma tiba-tiba rasa sakit perut" Wajahnya berubah pucat.

       Tyara terus menekup mulut, mulut celupar! sumpah lagi muka dia macam tahan sembelit! kan dah termakbul!

       Tyara berlari ke arah kaunter dan meminta segelas air suam.

     laju Tyara mendapatkan Nufael, air suam disuakan pada Nufael, Nufael tanpa berlengah mengambil air ditangan Tyara dan meneguk air itu.

     Perlahan-lahan dia terasa tenang.

       "Jom lah balik, kau mesti dah terdesak nak melepaskan?" Bisik Tyara buat Nufael mengekek ketawa terasa lucu.

    Tyara menepuk kasar bahu Nufael dengan muka masam.

       "Jommm , aku drive" Tyara menarik Nufael bangun berdiri.

     Selesai membuat pembayaran menggunakan kredit kad Nufael mereka berdua berjalan keluar dari Falah Cafe itu.

Happy reading!! tq yg follow!! loveeee❤️❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience