EC - 3C

Romance Completed 91497

Tyara menutup pintu kereta rapat.

    Cermin kereta diturunkan.

     Wajah Nufael yang tersenyum ceria muncul .

      "Masuklah, Goodnight Tya" arah Nufael.

     "Thanks tumpangkan aku" Tyara senyum nipis.

    Nufael mengangguk.

        "No hal darling, anything for you, ni kereta kau rosak ke?" Nufael curi pandang ke arah kereta myvi putih milik Tyara.

     Tyara turut memandang keretanya.

        "Macam biasalah, merajuk" balas Tyara.

    Nufael ketawa dengan anggukan kepala mengerti kerenah Myvinya.

       "Esok aku jemput kau, memandangkan esok aku dah nak jawatan , so aku sebagai boss yang baik kena layan pekerja aku yang special ni baik-baik" sempat dia bergurau.

       Tyara tertawa kecil.

       "Beres boss, baliklah" Tyara menjauh dari kereta.

       "Kau masuklah dulu, aku pergi lepas tengok kau selamat masuk dalam rumah" ujar Nufael sikit tegas.

        Tyara angguk saja, dia tahu Nufael akan setia menunggu diluar sehingga dia masuk dalam.

        "Hati-hati Fael" pesan Tyara sebelum menutup rapat pagar rumah dan masuk ke dalam rumah.

     Nufael senyum puas melihat rumah Tyara yang sudah bercahaya dari dalam.

        Nufael terus berlalu pergi bersama keretanya.

...

         Tyara tergagam melihat suasana asing dan baru itu.

      Dan apabila dia tiba di pejabat pagi ini dia dikejutkan dengan satu berita.

     Tyara Cempaka di naikkan pangkat menjadi PA kepada Edry Nufael!

       Kenapa dia merasa ini semua seperti tidak adil kepada pekerja yang lain?

     Mesti orang lain menganggap dia gunakan Edry untuk naik pangkat bersamanya!

     Ini yang Tyara tak suka.

      Bilik Nufael dia terjah.

     Nufael yang sedang tersenyum seperti sudah bersedia menyambut tetamu itu mendongak.

       "Welcome my new assistant!" Nufael menepuk tangan bahagia.

     Tyara mengecilkan mata dan merenung tajam wajah Nufael.

        "Kenapa aku tiba-tiba jadi PA kau ni? Cukuplah dulu aku jadi penolong manager kau , sekarang kau heret aku sekali sedangkan kau dah ada Sara as kau punya assistant?" Tyara memberontak, dia tak suka jika terlalu dikaitkan dengan Nufael.

        Mereka berdua boleh dikatakan bagai belangkas dalam syarikat ni!

       Dulu dia pekerja bawahan, and Tyara diarahkan jadi penunjuk ajar.

     Selang dua tiga tahun, Nufael dinaikkan pangkat jadi manager, and seperti kamu sangka, dia Tyara Cempaka kena jadi second assistant kepada Edry Nufael.

       Sara tu bagai PA disaat Nufael perlukan bantuan sahaja bila Tyara tiada.

        "Ish merungut, kan aku dah cakap, kalau kau tak ada hidup aku tak tenteram tahu?" Ujarnya selamba.

     Tyara mengurut pelipis perlahan, haru sungguh!

          "Tolonglah, biar aku kembali ke jawatan aku sebagai penolong pengurus, pengurus baru mesti dah masuk" Tyara sedikit merayu, demi air mukanya dia perlukan belas ehsan lelaki ini.

        Nufael senyum misteri.

        "Yes, pengurus baru dah masuk, and assistant dia , Sara! Sara jadi assistant dia disamping gaji dia aku double sebab dia masih aku perlukan" selamba badak dia je gunakan orang bila perlu.

      Tyara terus terdiam tidak terkata.

      "Kita bakal digosip kalau masih teruskan dengan keadaan macam ni tahu!" Tyara meninggikan suara.

     Nufael masih berwajah tenang.

      "Gosip apa?" Dengan muka polos dia bertanya.

    Tyara yang penat berdiri terus duduk secara kasar dikerusi depan Nufael.

       "Kau pura-pura tak tau ke Fael? Ke kau pekak?" Tajam sungguh pertanyaan Tyara, geram!

       Nufael tergelak melihat wajah Tyara yang sudah merah kerana marah itu.

        "Apa nak dikisah Tya? Biarlah, mulut orang kita tak boleh nak tutup, aku minta babah naikkan jawatan kau sebab kau layak, kau paling layak jadi pembantu kau, cuma kau seorang faham kehendak Edry Nufael" lembut suaranya membalas .

     Tyara berdengus tak puas hati dengan sikap tenang Nufael.

         "Kau sukalah bila orang cakap aku ni gunakan kau? And kau suka lah bila orang hina aku, yang aku ni si perempuan miskin, yatim dekat dengan kau sebab nak cepat naik jawatan? Macam tu?" Tyara masih dengan sikap aura negatif.

      Nufael hanya senyum, tenang bro.

        "Siapa yang hina kau? Siapa cakap kau gunakan aku? Aku yang gunakan kau selamani Tya, aku tak kesah Tya, Tya... Abaikan orang cakap, diorang taktau dalaman kita, kita tau diri kita macam mana, baik buruk kita , kita ja tau, kalau kita buat baik orang tetap akan judge kita jahat, kalau buat jahat? Lagilah! So Cik Tyara Cempaka, abaikan kata negatif orang, fokus on your life, you deserve get this position, believe me" Nasihat Nufael sedikit lebar.

       Tyara diam dan mengangguk, sedikit tenang.

        "Thanks Fael" akhirnya Tyara mengalah dan menerima takdirnya.

      "Anything for you Tya" senyum.

...

        Gara-gara mendengar kata Nufael dia kini tenang membuat kerja.

      "Hebat kau terus naik jawatan?" Satu tangan singgah di atas mejanya.

     Tyara mendongak.

    Qairina dengan muka tak puas dia pandang malas.

     Sekilas saja Tyara melihat muka kakak tirinya.

       Oh, Qairina juga bekerja disini sebagai pegawai bahagian pemasaran.

         "Kau nak apa?" Malas-malas Tyara bertanya.

      "Baru jadi PA dah berlagak!" Pen yang Tyara pegang buat menulis dia tolak begitu saja.

     Tyara melihat kertasnya yang sudah tercoret itu.

     Dia menahan geram, wajah Qairina dia pandang dengan senyuman paksa.

        "Kau nak apa dekat sini?" Sekali lagi Tyara bertanya.

    Qairina bermain-main dengan fail di mejanya.

      "Saja nak perhatikan kau, telinga aku dah nak berasap dengar gosip kau dengan Edry yang kononnya diam-diam bercinta sampai naik pangkat sama-sama!" Balas Qairina.

       Tyara mengangkat bahu.

      "Gosip murahan langsung aku tak ambil port" Ujar Tyara, eleh baru lepas kena ceramah auto tak ambik kesah lah!

      Qairina menyinis, langsung tak percaya.

        "Ingat Tyara, kalau kau taknak aib kau tersebar jaga batas kau dengan Edry!" Bisiknya.

     Tyara hanya diam dan perhati tindak tanduk Qairina itu.

     Pintu pejabat Nufael terbuka, Nufael keluar dari biliknya.

     Meja kerja Tyara dia tuju bersama muka dingin.

       "Tya, jom ikut aku" arahnya.
  
     "Nak kemana?" Tyara memandang Nufael, hal Qairina dia abaikan sekejap.

     "Ada kerja dekat luar, bawa fail meeting tadi sekali" pesan Nufael.

    Tyara mengangguk terus mendengar arahan dan mengemas barang-barangnya.

      "Congrats atas jawatan baru you..." Meleret suara Qairina.

    Tyara hanya perhati mengunakan ekor matanya.

       "Hm" acuh tak acuh saja Nufael membalas layanan Qairina.

        Qairina masih tersenyum manja.

      Hujung rambut disimpul.

        "Ni you nak ajak Tya ke mana?"

    "Meeting" sepatah.

      Mukanya tetap dingin, bagai tiada mood.

      "You-"

     "Stop boleh? Ni pejabat kau dekat sini ke? Ni jam kerja tau yang kau nak melencong sampai sini? Kau cuba nak curi tulang ke?" Tegas sekali Nufael membidas kata Qairina.

    Qairina terus terkaku dan gagap untuk membalas.

        "Ma..maaf- I cuma nak jenguk-"

     "Jangan nak beralasan depan aku, pergi turun ke tempat kerja kau sekarang!" Garang!

    Tyara yang melihat hanya mampu diam dan menelan air liur menyaksikan kegarangan Nufael untuk kali pertama.

     Qairina terketar-ketar dan berlari anak bersama skirt sendatnya.

      Nufael terus memandang Tyara , wajahnya yang menyinga tadi terus berubah.

       "Garang tak? Mesti kau pun kecut kan?" Nufael ketawa selepas itu.

     Tyara menghembus nafas panjang, bagai ada dua orang berbeza tadi.

         "Apa kau ni, baru jadi boss terus garang, sepatutnya-" belum nak bebel Nufael terus cantas katanya.

       "Tyara Cempaka, just follow what I say! Jangan nak melawan!" Nufael cuba jadi garang.

     Tyara mengemam bibir dan tertawa.

      "Gosh! Macam beruk tak dapat makanan!" Tyara terus melepaskan tawanya melihat muka garang yang dibuat oleh Nufael.

      Nufael senyum redha mendengar Tyara menyamakan dia yang kacak bak Putera raja ni dengan seekor beruk yang asyik muncung mulut lebarnya?

        "Dah jom, kang lambat" Nufael berkata lembut.

     Tyara yang masih ketawa mengangguk dan membuntui langkah Nufael dari belakang.

Anything tak kena just komen je, kita cuba fahami dan perbetulkan, tq ❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience