EC - 2C

Romance Completed 91497

Majlis menjadi makin meriah dengan sambutan yang agak hangat itu.

       Awalnya memang majlis hari lahir Nufael, tiba-tiba ayah Nufael naik pentas buat pengumuman penting.

       "Harni saya nak bagi satu hadiah hari lahir anak kedua saya iaitu Edry Nufael bin Qawie Al-haz, akan menjadi CEO eksekutif syarikat AlHaz Corporation!!"

     Bergema satu dewan memberikan tepukan gemuruh kepada pelantikan tiba-tiba oleh Qawie kepada Nufael.

      Nufael yang duduk disebelah Tyara terus terkedu, matanya berkelip-kelip tidak percaya.

         "Fael! Congrats!" Tyara bersuara ceria, lengan lelaki itu yang berlapik dia goyangkan.

       Nufael toleh pandang wajah Tyara.

      "It's not a dream right?" Soalnya masih tidak percaya.

      Tyara senyum lebar, bahagia untuk Nufael .

         "Memandangkan abang dia Luqmanul Adha telah saya hantar menjadi orang bertanggungjawab pada syarikat saya di luar negara, jadi Edry Nufael akan menjadi CEO syarikat saya, AlHaz Corporation di Malaysia! come son, here with babah" Qawie memanggil Nufael yang masih terpinga-pinga itu.

      "Go Fael" bisik Tyara.

      Nufael terangguk-angguk dan berjalan ke atas pentas.

     Kerlipan cahaya kamera hanya tertumpu kepada Nufael seorang, dah macam artis!

        Tyara bangga dapat melihat kawan yang dia saksikan bersusah-payah untuk naik, akhirnya berjaya!

      Tyara menepuk tangan kepada Nufael yang sudah berdiri di atas pentas.

     Hufail buat muka bosan, dia turut menepuk tangan dengan malas-malas.

       "aaa, hai?" Suara Nufael bergema.

     Seluruh dewan senyap seketika memberi ruang untuk Nufael berucap.

      Tyara pandang Nufael yang sedikit gugup.

    Nufael memandang Tyara dan bertentangan mata seketika.

     Tyara memberi semangat dari jauh.

     Nufael senyum dan mengangguk kecil.

       Wajahnya terus berubah penuh keyakinan.

     "Alhamdulillah, syukur kepada Allah dah bagi saya rezeki ni, and thank you so much babah bagi Edry position ni, walaupun Edry masih dalam fasa belajar, babah dah bagi Edry tanggungjawab yang besar ni..." Nufael menggengam tangan tua ayahnya.

         "Edry akan usaha banggakan babah and nama syarikat kita, I love you Babah, Mama" Nufael pandang ke arah Nedina yang dari tadi hanya tersenyum lebar memandang anaknya dengan bangga.

        Nufael pandang Tyara pula, dia senyum manis.

     Tyara membalas senyuman Nufael.

       "And thanks to my beloved friend Tyara Cempaka yang sentiasa bagi semangat kepada saya, sentiasa disaat saya susah dan senang, kejayaan saya juga kejayaan dia" tiba-tiba nama Tyara disebut.

     Tyara tergagam, dia menekup muka malu.

      Tepukan juga diberi, ada juga yang berbisik-bisik.

      Tyara senyum kekok dan menundukkan kepalanya kepada mata-mata yang memandang ke arahnya.

...

          "Aunty..." Tyara menyalam tangan wanita yang sudah separuh usia itu sopan.

      Nedina mengusap belakang kepalanya lembut.

       "Tya cantik sangat malam ni, aunty sampai tak cam tau!" Pujinya ceria.

       Tyara senyum malu, tangan tua yang masih cantik itu dia genggam.

     "Thanks Aunty, Aunty pun cantik sangat malam ni" Tyara memuji semula.

      Nedina terus ketawa.

            "Aunty cantik apa nya, dah 50!lebih dah" mengekek kami berdua ketawa. Seperti tidak menyangka umurnya makin meningkat.

      Tyara berdiri disebelah Nufael saat melihat Qawie memeluk mesra bahu Nedina.

         "Awak masih lagi cantik sayang, umur pun tak boleh halang awak dari jadi tua tahu?" Sungguh romantik!

        Tyara senyum, benarlah apa yang dikata Qawie, wajah mereka seperti awet muda, langsung tak dimamah usia.

         Nedina terus tersipu malu dipuji begitu.

       Melihat ada sosok lain yang menghampiri terus Tyara memberi ruang kepada pasangan itu.

      "Tahniah Edry dah jadi CEO" Mesra wanita separuh usia itu mengucap tahniah kepada Nufael.

       "Thanks Aunty Dara" balas Nufael.

      "Kenalkan, ni Tyara Cempaka, kawan Edry, and Tya, ini Aunty Dara and Uncle Hud, parents Hulaif you know right?" Ujar Nufael buat Tyara bersalaman dengan wanita bernama Adara itu.

      Adara menyambut salam Tyara dengan mesra.

      "Takkan kawan je?" Aunty Adara mengusik.

     Tyara ketawa kecil memandang Nufael yang turut tersengih itu.

       "Best friend katanya" Sampuk Hulaif entah dari mana muncul.

        Mereka berdua saling bertentang mata seketika sebelum Tyara melarikan pandangannya.

        Lalu mereka sekeluarga berbual, Tyara meminta izin pamit ke tandas dan ingin berlalu pulang kerana sudah hampir lewat malam.

...

     

         Tyara melihat pantulan dirinya didalam cermin.

     Tudung dibetulkan sedikit, puas dengan penampilannya dia terus keluar dari tandas.
     
        "Edry akan buang kau tak lama lagi, jangan nak bangga sangat" tiba-tiba ada suara yang mendengki yang menyergahnya saat berada diluar toilet.

      Tyara melihat sekeliling sebelum matanya melihat si empunya suara.

     Ada seorang yang amat dia kenali sedang bersilang tangan dengan muka berlagaknya sedang bersandar di dinding.

        "Sorry?" Soal Tyara kurang mengerti apa yang mahu dimaksudkan.

        "Edry dah jadi CEO, kau tau kan syarikat ayah dia, syarikat kedua ternama lepas Alfa's group?" Soal Qairina.

      Tyara mengangguk, ya dia tahu.

      Qairina senyum sinis dia berdiri tegak di hadapan Tyara.

        "Kau rasa lepas dia dah naik jawatan dari manager kepada CEO dia akan pandang or berkawan dengan perempuan miskin macam kau lagi?" Senyum mengejek di tujukan pada Tyara.

       Tyara senyum nipis.

         "Biarlah dia nak berkawan aku ke tak, aku tak pernah nak halang dia nak berkawan dengan aku, aku pun tak pernah paksa dia kawan dengan aku, kitaorang neutral" tenang sekali jawapan dari Tyara.

       Qairina jeling dengan muka jengkel.

         "Kau tak payah acah macam dia yang kejar kau la, aku rasa dia berkawan dengan kau selamani sebab kesian yang kau anak yatim piatu or lebih tepat lagi anak kepada pembunuh?" Bisiknya.

      Tyara mengepal tangan dalam diam.

    Riak muka masih dikawal.

      Tyara Cempaka seorang yang pandai mengawal emosi.

        Tyara tersenyum, dia pandang muka Qairina dengan senyuman lebar .

          "Terima kasih ingatkan aku yang dia beria-ria nak berkawan dengan aku" Tyara masih lagi tersenyum, bermain psikologi dengan minah ni.

      Dari dulu sampai sekarang masih aja dengki.

         "Kau ingat dengan family dia kenal kau , kau dah rasa kau hebat?" Qairina menunding jari tepat wajah Tyara.

       Tyara menepis perlahan tangan Qairina.

        "Aku tak pernah rasa kau hebat kenal dengan family dia,yang kau dengki sangat apasal? Ada aku cakap aku dengan dia bercinta ke?" Geram je.

      Persahabatannya antara Nufael disalah erti.

         "Edry belum kisah kau kan? Aku tak rasa dia akan still terima kau kalau dia tau kisah hitam ayah kau , kan?" Qairina pandang Tyara dengan muka acah cantiknya.

           Tyara diam, ya tiada siapa tahu kisahnya kecuali Qairina dan seseorang itu, Qairina adalah bekas kakak tirinya sebelum maknya bercerai mati dengan ayah Tyara.

        Qairina puas hati melihat kebisuan Tyara.

      "Aku sukakan Edry, so kalau kau nak aib keluarga kau selamat, just kekalkan persabahatan korang tu okey?" Qairina mendekatkan mukanya pada Tyara, perli.

     Tyara mengeluh dan tidak membalas.

       "Aku balik dulu" Tyara betulkan beg tangannya dan meninggalkan Qairina.

      Tyara menarik nafas panjang dan menghembus perlahan saat sudah berada diluar hotel itu.

      Tyara menoleh belakang sekejap sebelum mengeluh lagi.

      Iphone dikeluarkan dari dalam beg, nombor grab dia cuba cari.

     PIN!

      Bunyi hon kuat itu menyentak Tyara.

     Tyara melihat kereta mewah yang berhenti didepannya kini.

     Cermin dibuka.

         "Hai sweetie?" mukanya menjengul sedikit.

     Tyara terus menjeling dan menumpukan perhatian pada telefon semula.

      Agaknya ada lagi tak grab waktu macam ni?

      Hulaif keluar dari keretanya dan mendekati Tyara, pintu sebelah penumpang dibuka olehnya.

    "Get in Cempaka" Telefonnya dirampas.

     Tyara mengangkat kening kepada Hulaif.

       Tyara lihat Hulaif memeriksa telefonnya, Tyara mencapai telefonnya semula, namun Hulaif yang lebih tinggi mengangkat telefon tu ke atas.

      "Dah pukul 11 macamni grab tak ada, kalau ada pun semua tak boleh percaya, so biar aku hantar kau" Iphone milik Tyara dia suakan kembali.

       "Awak pun saya tak percaya, so saya tolak pelawaan awak encik Hulaif" Tyara merampas kasar telefonya semula ditangan Hulaif.

         "Cempaka, dah banyak kali aku minta maafkan? lupakan hal lama, so renew our relationship back boleh?" Mukanya separuh ikhlas.

     Tyara senyum sinis.

       "Never! Ever! Pergilah Encik Hulaif, saya taknak" Tyara bersuara perlahan, dia penat.

      Hulaif memegang lengan Tyara dan menariknya ke arah kereta secara paksa.

      "Encik lepas lah! Tak elok orang pandang!" Tyara melihat sekeliling, mujur tak berapa nak ramai.

       "Aku ajak cara baik kau tolak, so i need to forced you" Ujar Hulaif masih menarik tangan Tyara.

    Tyara mengeraskan badan.

     Terasa sebelah lagi tangannya turut ditarik.

     Tyara dengan muka berkerut memandang siapa yang menarik tangannya yang satu lagi ini.

       "Let she go" Mukanya dingin menatap Hulaif tajam.

    Tyara melihat kedua lelaki ini yang masing-masing bertatapan penuh amarah dengan tangan masih memegang dirinya yang kerdil ditengah.

       Tyara mengeluh, apa ni? Ingat drama ke?

happy reading, n tq for those who follow me❤️

Share this novel

Eepah Sharif
2024-02-15 08:16:28 

awet muda bukan awek muda


NovelPlus Premium

The best ads free experience