“SAYANG! Apa sayang buat dekat kawasan pokok getah ni? Kenapa ni sayang?” Ahmad menyoal tetap cuba mahu membantu Halina untuk bangun walau Halina menolak akan bantuannya itu. Ahmad tak peduli, dia tunangan Halina bukan Wan Haikal malahan dia lebih berhak! Dalam masa sama, Wan Haikal mengetap bibir menahan dua asakan amarah. Pertama kenapa Halina boleh berada dalam kawasan berdekatan rumah pawang tua itu bukankah sepatutnya berada di dalam kawasan rumahnya? Yang kedua pula, Ahmad memaksa Halina supaya naik keretanya. Ingin sahaja rasanya dia keluar dari belakang pokok rendang tersebut. “Aku kata masuk, lebih baik kau masuk. Aku ni tunang kau, ...