Bab 1

Drama Series 1697

IMAN SAKINAH menggosok-gosok telinganya sepanjang Idris menyanyi. Sakit pula lubang telinganya dengan sumbangan suara Idris dipagi hari begini. Lagi-lagi mood masih tidak baik sejak dua, tiga hari ini. Biasalah orang baru putus cinta, jiwa dia tak sama dengan orang lain. Tambahan pula, nak dibandingkan pula dengan orang baru menjejakkan kaki ke alam percintaan. Memang tak akan pernah sama.
Dia tahu, Idris sengaja mahu mengenakannya. Seluruh ahli keluarga besar tahu yang dia sedang heartbroken. Ini semua gara-gara Puan Iqin yang memang tak boleh simpan rahsia dengan adik beradik termasuklah neneknya sendiri. Sekarang musim cuti sekolah pertengahan tahun, memang riuhlah rumah Mak Tok macam hari raya.
Idris masih dengan alam karaoke. Batang penyapu dijadikan sebagai mikrofon. Dia langsung tidak mempedulikan suasana pagi yang sungguh dingin. Kakinya sebelah kanan memijak tempat duduk di pangkin. Betul-betul bersebelahan dengan anak saudaranya, Iman. Lagu yang dipilih memang sesuai dengan tahap ketenteraman hati Iman. Sengaja dia berbuat demikian sebagai pengajaran buat Iman. Anak matanya masih terus merenung Idris. Tajam.
Yang tak ku relakan kau tak bahagia
Bersama dirinya kau jadi sengsara
Ku yang memujamu
Tak pernah terfikir untuk menyakitimu
Yang aku sesalkan kau bersamanya
Tapi tak bahagia dan penuh kecewa
Ku yang mencintaimu merintih
Menangis rasakan pedihmu
Ku tak rela
Ku ikhlaskan engkau pergi
Bersama…
“Bo lah Ayah Su…tak merdu langsung.” Ujar Iman kerana mahu menghentikan nyanyian bapa saudaranya itu. Dia tahu lagu ini pernah viral di Twitter, tapi dia sejenis tak suka dengar lagu apa lagi kalau bapa saudara sendiri yang menyanyi. Sumbang, katak menyanyi panggil hujan lagi sedap.
“Sedap lagu ni. Rugi mu tokse dengar.” Jawab Idris dengan loghat Kelantan yang pekat.
Iman tak boleh lawan cakap dengan loghat negeri kelahiran Puan Iqin. Dia sendiri gagal kalau setakat dua, tiga perkataan dia tahulah.
“Buke tokse dengar…suara macam katak panggil hujan. Macam mana Iman nak suka Ayah Su menyanyi pagi-pagi buta macam ni. Jiran sebelah rumah pun sumbat telinga pakai kapas tau. Dahlah, lagu jiwang. Semakin aku benci…semakin aku rindu.” Iman menarik muka. Suka sangat cari pasal dengannya.
“Pesanan Ayah Su untuk mu, Iman.”
“Pesanan ke perli?”
“Mu laa Iman, sibuk nok bergewe, pah kecewa. Lain kali tengok molek perangai semua dulu. Bo lah dok gewe pah ni. Nanti mu kecewa lagi.”
“Yaa…Iman tahulah. Semua cakap benda yang sama. Kalau nak ikut pyramid family, daripada Mak Tok, semua sepupu sepapat mummy dan termasuk Ayah Su, sepupu Iman sehingga cucu cicit Mak Tok pesan benda yang sama tahu tak? Bosanlah Iman dengar pesanan yang sama.” Iman merungut. Menyesal juga dia bagitahu Puan Iqin tentang cintanya yang tak kesampaian. Dia menggelengkan kepalanya. Sabar ajelah, duhai hati…
Idris ketawa mengekek. “Padan muka awok. Ore tuo kabo, tulah. Tokse dengar pese ore tuo.”
“Hish…Ayah Su ni. Ayah Su tu, bila nak kahwin? Sibuk aje dengan cinta putus tengah jalan orang. Kahwin-kahwinlah cepat Ayah Su. Dah tua sangat Iman tengok.” Iman memerli.
“Molek sikit mu. Ayah Su tuo beberapa tahun saja daripada mu. Tahun ni, Ayah Su genap 33 tahun tahu dok? Iman tu, 27 tahun sepatutnya dah bernikah sebab perempuan kena kahwin awal. Kalu tidok…”
“Kalau tidak apa?”
“Jadi anok daro tuolah mu…” Idris melarikan diri daripada Iman dalam keadaan ketawa. Suka betul dia menyakat anak saudaranya. Iman itulah selalu menjadi temannya bermain sewaktu kecil dahulu sebelum dia dan Puan Iqin pindah ke bandar.
Iman turut ketawa. “Tahu pun takut!”
Tawanya mati serta merta tatkala mindanya memikirkan malapetaka yang menimpa hidupnya.
“Janji macam-macam. Nak kahwin, nak dapat anak ramai, nak pergi travel luar negara apalah semua. Tapi, akhirnya dia yang tinggalkan aku. Cis! Janji lelaki memang tak boleh pakai. Nasib baik, aku ni bukan seorang yang mudah percaya pada mana-mana lelaki. Tapi, Iman Sakinah…kau kena sedar yang kau dah 27 tahun kot! Dulu waktu kau single, mummy sibuk cakap pasal jodoh. Ini pula, lepas dah ada pakwe kena tinggal pula. Dan mummy pula, sibuk cakap pasal pakwe baru…” Iman mengeluh panjang. Dia cuba untuk senyum.
“Sabarlah, mummy. Anak mummy ni, baru saja nak move on!” Iman memegang dadanya seraya mengangkat punggung mahu beredar. Dia sudah tidak mahu bersendirian di pangkin depan rumah Mak Tok. Keadaan rumah yang riuh rendah menarik dirinya untuk turut sama. Namun, hatinya lebih memilih untuk tenangkan diri sendiri tanpa gangguan.
Iman menapak ke belakang rumah Mak Tok. Mana tahu apa yang dicarinya ada. Kalau dulu, selalu membonceng dengan Idris masa kecil dulu. Semua tempat Idris ajak dia bersama termasuklah terjun parit, terjun sungai, padang bola dan pantai. Semuanya aktiviti lelaki yang dia lakukan semasa kecil dulu. Tapi kini tidak lagi, kerana dia sudah hidup di dalam suasana bandar. Semuanya berubah.
“Yes…aku dah agak. Memang confirm ada.” Iman menghampiri sebuah basikal yang tersandar pada dinding rumah. Dia tersenyum girang. Lama betul dia tidak berkayuh basikal, harapnya dia masih ingat untuk mengawal hand break dan keseimbangan badan. Iman sudah bersedia untuk menunggang basikal. Bibirnya tidak berhenti melukis senyum. Rindu betul zaman tadika dan sekolah rendah dahulu. Satu kayuhan dibuat dan dia terus menunggang basikal dengan hati yang girang. Macam budak-budak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience