AKU bergerak untuk mengubah posisi tidurku membelakangi dinding. Mimpi itu tidak terasa begitu indah. Aku sedang berbaju pengantin berwarna putih. Dengan hanya jarak beberapa langkah ada seorang lelaki sedang memandang aku yang sedang terjatuh. Wajah dia tidak jelas didalam mimpi itu.
Tawa kecilnya menyapa telingaku, suaranya seperti pernah aku dengari. Tangisku tidak dipedulinya.
"Papa!" Panggilku kepada lelaki yang baru sahaja meninggalkanku dengan lelaki yang turut berbaju pengantin itu.
"Adyra, bangun." Lelaki itu mengarahku. Tangannya dihulur untuk membangunkan aku yang masih di atas lantai. Badannya digunakan untuk melindungiku daripada terik matahari.
"Adyra?" Soalku sambil memandang dia. Wajahnya yang sudah jelas tapi seperti tidak aku kenali.
"Jom sayang, anak kita dah tunggu. Amani Humayra dah tunggu kita. Dia rindukan sayang." Ujarnya sambil turut menepis air mataku yang tidak berhenti.
"Amani Humayra?"
Lelaki itu terangguk-anggukkan kepala sambil mempamerkan senyum sinisnya.
"Papa!" Panggil anak kecil itu lalu menarik perhatian lelaki yang sedang memayungiku untuk memandangnya.
"Papa, jom kita pergi dekat aunty Amani."
Lelaki itu menganggukkan kepala sekali lagi sebelum berdiri semula. Mataku melihat susuk tubuh seseorang yang memiliki rupa paras seirasku dan turut sama berpakaian pengantin sedang berdiri di suatu sudut.
Tangan yang tadi dihulur ditarik semula oleh lelaki itu.
"Jangan!" Kataku sambil menarik tangan itu. Wajah itu aku pandang semula dan...
"Jom ikut abang balik, tempat Amani bukan dekat sini. Amani bukan untuk dia. Selamanya Amani akan dijaga oleh abang." Kata lelaki yang memiliki iras wajah lain. Iras wajah Harith. Tapi ada susuk wanita yang sedang berdiri disebelahnya. Aku cukup kenal tapi tidak ingat siapakah dia.
"Adik!" Aku segera memandang pemilik suara itu yang sedang berdiri jauh bersama lelaki yang aku panggil 'papa' dan ada wanita lain disisinya. "Jangan,adik! Jangan ikut cakap Harith dan Hana! Mereka pembunuh Mayra."
"Lari,adik! Lari dan pergilah pada Huzaimi dan Amani, suami dan anak adik. Kakak minta maaf, kakak tak boleh nak tolong adik! Lari,adik! Sebelum adik betul-betul hilang." Tambah wanita itu lagi sebelum bayang mereka perlahan-lahan sirna.
"Adik?" Soalku yang kebingungan. "Tunggu! Siap adik? Siapa Huzaimi?!"
Aku memandang kembali dua susuk yang sedang tersenyum sinis dan menghadang pandanganku daripada mengekori langkah lelaki yang sedang mendukung seorang kanak-kanak perempuan.
Aku cuba memanggil dia namun jarak antara kami semakin jauh aku rasakan. Tiba-tiba saja belakang badanku terasa pedih. Kepalaku mula terasa pening. Badanku terasa lemah sekali. Baju yang berwarna putih sudah mula bertompokkan warna merah.
Badanku terjatuh ke lantai bumi. Pandanganku kabur tapi dapat aku lihat lelaki yang memayungiku tadi dan wanita yang seiras denganku pergi bersama anak perempuan mereka.
"Bye sayang, abang pergi dengan Adyra dan Amani dulu." Ujar lelaki itu separa menjerit dek kerana jarak kami berdua.
"Selamat tinggal, Amani." Ujar Harith kepadaku.
"Selamat tinggal, Adyra." Ujar Hana kepadaku. "Terima kasih abang, selamanya rahsia Hana akan terkubur."
"Adyra... Amani..." nama itu disebut sebelum mataku terpejam rapat.
Aku terus bangun dari tidurku sebaik sahaja mimpi itu berakhir. Kepalaku dipegang. Sakit yang amat. Adyra. Nama itu bermain difikiranku. Nama itu seperti sudah biasa didengari sebelum ini.
"Tolong Dyra!" Ujarku sambil mengetuk-ngetuk kepalaku yang masih terasa sakit.
Sesekali aku mengerang kesakitan kepalaku. Siapa Harith dan Hana? Siapa Huzaimi dan Adyra?
Tiba-tiba terasa seperti badanku didakap oleh seseorang.
"Are you okay, Amani?" Soal Fahim. Tubuh Amani ditarik kedalam dakapannya. Rambut itu dibelainya. Tangan Amani yang tidak berhenti mengetuk kepalanya sendiri ditarik lalu dia mengurut kepala itu. Dapat dia rasakan kepala itu sedang berpeluh walaupun pendingin hawa sudah mencecah suhu yang minima. Dia terjaga saat wanita itu mula meracau sendirian. Adyra, nama itu memeranjatkannya apabila disebut oleh Amani.
Suara lelaki yang menyoalku itu telah menarik perhatianku untuk memandangnya. Fahim? Terus aku menolak tubuh itu daripada terus memelukku.
"Apa yang you buat dalam bilik i ni, Fahim?!" Soalku seraya bangun daripada katil. Terus selimut di katil aku tarik untuk menutup tubuhku daripada dilihatnya.
"I cuma nak pujuk you je, Amani. You meracau dalam tidur. I risau!" Balasnya sambil mendekatiku.
"Apa yang you buat dalam bilik i ni, Fahim? Itu soalan i. Macammana you boleh ada kat dalam ni?" Soalku sekali lagi dengan nada yang sedikit tinggi.
"You tak kunci pintu, i masuklah. Lagipun kita dah nak kahwin dah pun. Apa salahnya?"
"You jangan tipu i, Fahim! I memang hilang ingatan, tapi i bukan pelupa!" Kataku sambil membina jarak antara aku dengannya.
"Yes, betul. Memang i masuk guna spare key. I sayang you, Amani. I nak kahwin dengan you. I lamar you baik-baik, you tolak. Jadi i terpaksa buat cara kasar untuk you kahwin dengan i." Jawabnya sambil mendekati Amani.
"Jangan, Fahim! Jangan dekat dengan i! Kalau tak..."
"Kalau tak? You nak call polis? Nak call boyfriend you si Farish tu? Call lah! I don't care! Polis kat sini pun Harith yang kawal, apatah lagi boyfriend you. You ingat boyfriend you tu hebat sangat ke?" Fahim menyoal sebelum laju menolak aku semula ke katil.
"Aku luahkan perasaan aku dekat kau, kau tak nak. Tapi kalau si Farish yang kau baru jumpa sebulan dua tu, kau nak pulak?! Tak apa, aku akan ajar apa erti kasih dan sayang yang sebenar kepada kau,Amani!" Ujar Fahim yang terus menerkam Amani.
"Jangan, Fahim! Jangan!" Rayuku sambil dia menarik kasar selimut itu.
Pintu kamar diketuk apabila azan subuh berkumandang. Aku masih merenung pintu itu sambil mendakap selimut itu. Air mataku sudah kering, namun tanganku masih terketar-ketar mengingati peristiwa hitam tadi.
Bagaimana aku hendak memberitahu mummy dan daddy? Bagaimana dengan Huzaimi? Aku sendiri jijik dengan diri aku. Aku rasa kotor. Aku taknak jadi isteri kepada Fahim Ziyad. Lelaki yang bertuhankan nafsu. Aku benci kau!
Mama... papa... Mayra... nama itu kembali menerpa didalam fikiran. Aku masih tidak ingat siapa mereka namun seperti pernah mengenali mereka. Huzaimi, nama yang disebut oleh perempuan bernama Mayra didalam mimpi tadi. Siapa dia yang sebenarnya? Siapa Adyra? Dan siapa aku yang sebenarnya?
Sakit dikepalaku kembali menyerang. Kepalaku diketuk-ketuk.
"Amani, dah bangun ke?" Soal suara itu. Aku tahu itu mummy.
Ruang katil disebelah aku jeling. Sudah kosong. Lelaki itu sudah pergi sebelum waktu yang mummy dan daddy sudah bangun.
Kepalaku dipicit-picit sambil tanganku mengambil cardigan dan memakainya. Pintu aku buka lalu aku mempamerkan senyuman pahit kepada gerangan itu.
"Yes,mummy. Dyra dah bangun dah." Ujarku.
"Dyra? Who's Dyra?" Soal mummy sambil menaikkan sebelah keningnya.
Aku menampar dahiku. "Tak, maksud i, Amani. Tu lah malam tadi i tengok drama, nama heroin tu Adyra."
Mummy menganggukkan kepalanya sambil meletakkan sebelah tangannya pada pinggang. "Yalah, baguslah tu kalau dah bangun. Pergi solat." Pesannya sebelum memulakan langkah untuk pergi.
Aku menahannya. Tangan itu aku tarik. "Mummy, Fahim mana?" Tanyaku kepadanya.
"Fahim? Dia kan tidur rumah kawan dia. Amani lupa, ya?" Soal Datin Finas sambil menepuk bahu Amani. Dia terasa seperti ada perkembangan positif di antara Amani dan anaknya, Fahim. Tidak pernah pula gadis itu menyoal keberadaan anak lelakinya itu sama ada hari bekerja atau hari cuti. Fikirnya, mungkin dengan adanya perkahwinan ini membuahkan perasaan di hati gadis itu. "Nanti mummy pesan kat dia suruh balik awal sikit, kot dia pun rindukan Amani,kan?"
Aku mengangguk perlahan dan memberi senyuman tawar kepada mummy sebelum wanita itu sirna ke dalam kamarnya.
Aku laju bergerak ke arah katil. Nombor Huzaimi dicariku.
Kita kena jumpa, hari ni juga. - Amani.
Hari ni, i tak free. Esok, boleh. - Huzaimi.
Jumpa hari ni, atau semalam adalah perjumpaan terakhir kita. - Amani.
You ni, sabarlah. Kan i cakap hari ni tak free, fahamlah sikit. - Huzaimi.
Okay, fine. Amani hari ni dengan you ke? - Amani.
Amani duduk dengan mak i. I told you, i tak free hari ni. - Huzaimi.
Aku menggigit bibir. Telefon itu aku genggam dan mataku terpejam rapat. Huzaimi, siapa Amani dan siapakah aku?
Mesej itu aku biar tidak berjawab. Pancuran air itu membasahi seluruh tubuhku. Tangisku mengalir serentak. Aku buntu dengan keadaanku yang sekarang. Huzaimi tidak membantu. Fahim mengeruhkan keadaan. Harith pula menghantuiku. Seeloknya aku mati saja dari kemalangan itu, jadi tidak perlulah aku perlu menghadapi semua perkara ini.
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku sebelum ini. Aku dah tak tertanggung derita ini. Aku sudah terasa seksa untuk terus berada didalam ujianMu ini. Aku mohon agar Kau jumpakan aku dengan keluargaku semula. Aku tidak kisah dengan orang sekelilingku ini. Huzaimi, Fahim dan keluarga mereka. Jauhkan aku daripada mereka semua. Lindungi aku daripada kerja jahat mereka. Bantulah aku untuk temukan aku dengan ahli keluargaku semula. Aku mohon kepadaMu,ya Allah."
Tangisku mengalir sekali lagi. Aku rindukan keluarga aku. Kalau cintaku kepada Huzaimi terpaksa dikorbankan demi keluargaku, aku rela. Cukuplah dengan perkara jijik malam tadi. Aku tidak perlukan lelaki atau bantuan sesiapa. Mama, papa... tunggu Adyra. Dyra akan cari mama papa walaupun wajah mama dan papa tak jelas dalam mimpi tu. Tunggu Dyra!
"Nak pergi mana tu, Amani?" Soal daddy yang sedang menonton berita pagi di televisyen.
Aku mendekati lelaki itu dan cuba mengorak senyum walaupun senyuman itu mungkin tidak kelihatan manis pada pandangan Dato Jamal.
"Dyra... eh Amani nak pergi jogging, daddy. Amani banyak sangat test resepi masakan sampai dah naik dah berat Amani ni. I pergi dulu ya, papa. Eh, daddy." Kataku sambil menyalami tangan itu.
Dato Jamal terangkat kening dan mempamerkan riak pelik kepada gadis dihadapannya.
"Amani dah mula ingat sesuatu ke?" Soal Dato Jamal.
Aku menggelengkan kepalaku. Aku terus melebarkan senyumanku kepadanya. "Semalam Amani tengok drama tu nama heroin dia Adyra. Dia panggil bapa dia tu, papa. Tersasul sampai sekarang. Best, daddy cerita tu." Ujarku sambil menaikkan ibu jariku.
"Oh, drama rupanya. Pergilah jogging cepat. Jangan lama-lama sangat, Harith dan on the way dari airport. Fahim dah datang ambil dia tadi." Balas daddy. Aku meneguk liurku.
"Kata abang Harith datang Ahad ni? Awalnya sampai." Kataku.
"Dia kata saja nak tengok Malaysia, lama dia tak jalan-jalan sini." Balas daddy lagi. Aku mengiyakan sebelum menapak keluar dari rumah.
Terketar-ketar aku memakai kasut sukan itu. Aku berjalan keluar daripada perkarangan rumah dan terus mengeluarkan telefon pintarku dari dalam poket.
Aplikasi Grab aku buka dan terus aku mencari pemandu untuk membawaku pergi. Kemana sahaja aku pilih untuk pergi, asalkan aku perlu menjauhkan diri daripada keluarga ini. Topi di kepala aku betulkan dan pelitup muka aku pakai. Aku bimbang jika ada yng akan mengenaliku dan akan menghebahkan keberadaanku ini.
Tadika Caliph itu menjadi lokasiku. Tidak begitu jauh tetapi tidak akan menjadi laluan utama mereka untuk keluar dan masuk ke kawasan rumah.
Sepanjang perjalanan itu hanya bunyi radio sahaja yang kedengaran. Fikiranku melayang jauh. Kepercayaanku kepada lelaki seakan pudar. Huzaimi, kekasih yang aku jangka akan berada disisiku disaat aku memerlukannya akan tiba namun sebaliknya yang terjadi. Fahim, lelaki yang aku tidak pernah jangka akan melakukan perkara itu kepadaku akhirnya menunjukkan belangnya. Harith, lelaki itu tidak pernah berbuat baik kepadaku sejak hari pertama aku terjaga dari koma. Rahsia apakah yang disebut oleh wanita bernama Hana didalam mimpiku malam tadi?
Akhirnya aku akan sendirian juga. Siapalah aku dimata mereka semua? Adakah mereka semua berkomplot untuk memperlakukan aku sebegini? Siapakah pelindung aku yang sebenarnya atau tiada siapa yang akan melindungi diriku?
Hujan tiba-tiba turun dan serentak dengan itu aku keluar daripada kereta. Cepat-cepat aku bergerak ke tempat perhentian bas di hadapan tadika itu.
Aku mendakap diriku sendiri. Angin kuat membuatkan badan ini terasa kedinginan. Aku menangis sendirian. Dekat mana mama dan papa sekarang ni? Adyra rindukan mama dan papa!
"Kenapa duduk seorang diri kat sini?" Soal lelaki yang tidak aku kenali. Tapi raut wajahnya seperti aku kenali.
"Puan Adyra tak kenal i ke?" Soal lelaki berbangsa cina itu. Aku menjawab dengan gelengan kepala.
"Ni i lah, Ah Lee. Your private investigator." Tambah Ah Lee lagi. Aku memandang tangannya yang bertatu naga itu. Pakaiannya sangat kemas walaupun hanya dengan kemeja T sahaja.
"I rasa you salah orang, i bukan Adyra. I Amani." Jawabku sambil menjauhkan diri daripadanya. Nafasku tidak sekata. Fikiranku terbayangkan peristiwa hitam malam tadi.
"Amani Binti Abdullah, pernah berada di Amerika selama 4 tahun sebelum kembali ke Malaysia semula pada lima bulan lepas. Amani telah pun diagnosis dan mempunyai Amnesia Retrograde oleh doktor semasa di Amerika. Amani sekarang ni berada dibawah jagaan keluarga Dato Jamal dan Datin Finas. Am i right?"
"Sorry i tak boleh nak percayakan orang baru sekarang ni." Kataku sambil bangun daripada tempat duduk itu.
"Puan Adyra tak boleh nak percayakan orang baru sebab tengah keliru siapa yang baik dan siapa yang jahat sekarang ni,kan? Apa yang i boleh katakan sekarang, jauhi keluarga Dato Jamal. Mereka tahu tentang segalanya pasal puan Adyra. Mereka tahu puan adalah Adyra dan bukannya Amani." Kata Ah Lee yang turut sama berdiri.
Langkahku mati apabila kata-kata itu keluar dari mulut lelaki bernama Ah Lee. Badanku kembali berpaling kepadanya.
"Saya akan bawa puan berjumpa dengan keluarga puan yang sebenar. Encik Rizman dan Puan Azlia adalah ibubapa puan yang sebenar."
"Macammana saya nak percayakan awak, Ah Lee? Apa yang jadi pada saya selama ni, dah buatkan saya takut untuk percayakan orang lain. Saya tak kenal awak atau sesiapa pun kat dunia ni. Diri saya sendiri pun saya tak kenal!"
"Mungkin puan tak kenal siapa diri puan yang sebenar, tapi ujian DNA ni mampu memberikan jawapan kepada puan." Balas Ah Lee sambil menyerahkan sampul surat itu kepadaku.
"Puan adalah ibu kepada Amani Humayra. Anak kepada Fathi Huzaimi. Nama sebenar puan adalah Adyra Nur Qaisara Binti Muhammad Rizman."
Sampul itu bertukar tangan dan membaca isi kandungannya sebelum aku menjadi kaku. Aku terkejut dengan isi didalamnya. Bibirku perlahan-lahan melorek senyum dalam tangis. Aku bukan Amani, aku Adyra. Amani tu anak aku! Jadi nama yang aku ingat bila aku sedar adalah nama anak aku sendiri. Ya Allah, aku tak sedar selama ni aku dah guna nama anak aku sendiri. Mesti aku terlalu rindukan anak aku sampai nama dia aku ingat bila aku terjaga dari koma. Amani Humayra, anak mama. Amani sayang anak mama! Patutlah aku suka sangat melihat dia. Aku rasa seperti mahukan dia sentiasa. Terasa bahagia apabila melihatnya tersenyum. Tak sangka, dia adalah anak kandung aku sendiri. Anak aku dengan Huzaimi. Aku kena bagitahu Huzaimi, dia peru tahu tentang perkara ini.
"Ah Lee, tolong bawa saya berjumpa dengan ahli keluarga saya. Saya merayu pada awak." Kataku kepadanya.
Share this novel