Bab 3

Romance Completed 72511

?KENAPA nak paksa orang mintak cerai? Lepas tu kenapa nak kena cari kelemahan isteri sendiri ni?? Pertanyaan itu semakin memberat pada kepala seorang Eusoff Syah.

Ibu jari kanan Eusoff Syah yang tadi asyik menekan butang remote televisyen terus berhenti. Sejak tadi dia hanya menukar siaran kerana tidak ada rancangan yang menarik perhatian.

Dia memandang Rasheed yang sedang bersandar di sofa sambil sibuk menaip sesuatu di papan laptopnya. Walaupun matanya pada skrin, lelaki itu tetap menjawab setiap kata-katanya.

?Maksud aku? kenapa nak kena cari kelemahan Batrisya,? kata Rasheed lagi apabila tidak mendapat jawapan. ?Jangan sampai kau ingat aku tengah cakap pasal rancangan TV tu pula.?

Rasheed akhirnya mengalihkan perhatian daripada mesej isterinya dan memandang Eusoff Syah. Bukannya kelihatan gembira selepas keluar bersama Amal Jasmina tadi, sahabatnya itu datang ke apartmen dengan muka kusut seperti orang baru kalah judi.

Rasheed sebenarnya ada satu tekaan selepas mendengar cerita Eusoff Syah tadi.

Tapi rasanya mustahil kalau lelaki itu benar-benar terganggu hanya kerana terserempak dengan Batrisya ketika bersama Amal Jasmina.

Melihat bagaimana Eusoff Syah langsung tidak peduli tentang Batrisya dan perkahwinan mereka, perkara itu memang tidak masuk akal. Eusoff Syah memilih untuk datang ke apartmennya dan dijadikan basecamp mereka.

Eusoff Syah memberitahu yang dia sedang mengalami masalah besar.

Dia mula bosan dengan isterinya sendiri.

Kalau kebosanan itu tidak dilepaskan di tempat lain, katanya dia mungkin akan mengajak mana-mana perempuan asing yang menegurnya untuk tidur bersama tanpa fikir panjang.

?Kau sebenarnya dah jumpa kelemahan Batrisya tu,? kata Rasheed lagi sambil meregangkan badan. ?Malah sebelum kau kahwin pun kau dah tahu.?

Eusoff Syah berkerut.

Dia sendiri tidak tahu kelemahan apa yang sudah dia temui.

Batrisya tidak mempunyai kekasih ketika rancangan perjodohan mereka dibincangkan oleh mama dan papanya. Lagi pula Batrisya seorang anak yatim piatu.

Eusoff Syah pernah dengar hubungan terakhir Batrisya adalah ketika zaman universiti.

Selepas tamat belajar, tidak ada lelaki yang kelihatan rapat dengannya.

Walaupun Eusoff Syah pernah memerhatikan, langsung tidak ada tanda Batrisya keluar berjumpa lelaki secara sembunyi.

Rutin Batrisya sepanjang perkahwinan mereka juga sangat membosankan.

Batrisya pergi ke tempat kerja, balik ke rumah. Kalau hari cuti dia akan singgah hospital atau tempat dia membesar di rumah anak-anak yatim itu.

Di mata Eusoff Syah, Batrisya hanyalah perempuan miskin yang gilakan duit. Dia masih ingat kata-kata Batrisya setahun lalu ketika dia meminta perempuan itu menolak pernikahan yang akan menyatukan mereka.

?Kalau awak tak nak kahwin. Awak boleh cakap sendiri kut dengan keluarga awak. Sebab dari side saya, saya okey je kalau dijodohkan. Saya percaya dengan setiap aturan yang papa dan mama buat. Dari dulu lagi mama dan papa nak yang terbaik dari kita semua. Lagi-lagi saya yang makan budi ni,? jelas Batrisya tanpa perasaan.

Eusoff Syah mengeluh kuat. Kepalanya makin serabut. ?Kau nak duit je kan? Kau tak nak hidup susahkan? Yalah, macam aku tak tahu setiap anak yatim yang dah cukup umur dia kena sara hidupnya sendiri. Ha, macam kaulah. Yalah sebelum ni mama papa aku yang tanggung masa kau kat rumah anak yatim tu. Mesti kau takut susah kan??

Lama Batrisya memandang Eusoff Syah. Hatinya tidak terkesan kerana semua ini hanya perkataan biasa. ?Macam awaklah. Awak pun takut nak tolak perkahwinan ni sebab takut papa suruh awak kerja sendiri dan cari kehidupan sendiri kan??

?Kau ni kan?? marah Eusoff Syah.

?Kita semua takut susah dan tak nak lalui kesusahan. Jadi, kita teruskan jelah perkahwinan ni yang menguntungkan kita,? ucap Batrisya dengan bersahaja.

Lamunan Eusoff Syah terhenti apabila Rasheed bersuara lagi.

?Kau cakap Batrisya takut jatuh susahkan? Itulah kelemahan dia. Apa kata kau bagi dia berapa jumlah yang dia nak daripada kau. Mesti ada amount yang dia nak. Percayalah. Orang macam tu otak dia akan ingat duit je,? kata Rasheed sambil mengangkat kening nakal.

Kalau difikirkan semula, perjanjian mereka sebenarnya lebih menguntungkan Batrisya.

Daripada nafkah, larangan dalam perkahwinan hingga kepada urusan perceraian, semuanya hampir tidak merugikan Batrisya langsung.

?Kenapalah dulu aku boleh bodoh sangat sampai sign tanpa fikir panjang dulu?? keluh Eusoff Syah.

Hanya kerana Batrisya bersetuju tidak mengganggu hubungannya dengan Amal Jasmina, dia terus lupa memikirkan perkara lain yang lebih penting. Sepatutnya perjanjian itu lebih memihak kepadanya.

Ketika itu Eusoff Syah terlalu yakin.

Dia percaya dia pasti mampu membuat Batrisya meminta cerai.

Namun selepas setahun berkahwin?

Dia masih tidak mendapat apa-apa.

Yang dia dengar hanya rengekan Amal Jasmina yang mahu dikahwini dengan segera.

Dan yang dia lihat hanya Batrisya hidup senang-lenang menggunakan duit pemberian nafkahnya.

?Gunakan duit untuk berunding dengan Batrisya,? sambung Rasheed sambil tersenyum licik. ?Bagi tawaran yang susah dia nak tolak.?

?Memang cadangan yang bagus, Shees,? balas Eusoff Syah sinis. ?Memang sesuai untuk buat aku jatuh miskin.?

Rasheed ketawa besar. ?Dengan senang hati dia mungkin minta semua harta kau.?

?Yalah tu!? kata Eusoff Syah. ?Perempuan tu memang akan buat macam tu punya. Lepas tu dia cari lelaki lain yang kaya jugak dan kahwin. Dia hidup senang lenang. Aku pula papa kedana.?

?Wow, sungguh tragis perkahwinan kau ibarat drama Melayu pukul 7.00 malam,? tambah Rasheed selamba.

Eusoff Syah terus memandang tajam. ?Memang taklah aku nak biarkan semua ni jadi.?

?Aik, kenapa pulak?? tanya Rasheed yang pelik dengan sahabatnya ini. ?Bagi jelah apa yang dia minta. Aset-aset kau, simpanan kau semua tu. Bagi je ni semua untuk kau capai impian kau nak kahwin dengan Amal. Biar Amal nampak usaha kau nak peristerikan dia.?

?Kau gila?? Eusoff Syah terus kuat suaranya.

Rasheed terus ketawa besar melihat wajah merah sahabatnya itu. ?Aduh? serius sangatlah muka kau ni. Macam baru kena rampas tanah pusaka.?

?Cadangan kau tadi tu memang menyakitkan hati! ?Tak boleh ke sebelum bercakap tu kau fikir dulu? Sekurang-kurangnya bagi cadangan yang masuk akal!? Eusoff Syah membentak.

Rasheed masih tersengih.

?Aku fikir cadangan tadi tu dah cukup baik dah untuk kau rupanya tak ya. Tak apalah yang yang penting kau dapat nak bercerai. Lepas tu kau boleh mula hidup dari bawah dengan kekasih kau yang tercinta tu.?

Dia sempat menangkap bantal sofa yang dilontar Eusoff Syah kepadanya.

?Kau fikir senang nak mula dari bawah? Huh, tengok kehidupan kau pun aku dah seram. Ini kan nak mula semula dari bawah. Tak pernah aku fikir pasal ni.? Eusoff Syah membalas geram. Disangkanya dapatlah idea yang bernas rupanya menyakitkan hati saja.

Rasheed mengangkat kening. ?Biasalah tu. Pemikiran budak kaya yang dari kecil dah disuap duit keluarga. Belum cuba tapi dah tahu tak boleh.?

Eusoff Syah mengetap gigi. Geram. ?Dahlah, kecohlah kau.?

Rasheed menghela nafas panjang lalu bersandar santai. ?Alaaa? Syah? Kau sendiri cakap yang kau akan lakukan apa saja untuk dapatkan Amal. Nanti kang kalau kau tak ada usaha nak kahwin dengan dia. Aku risau dia cakap kau tak serius je nanti.?

Sebenarnya dia sangat ingin tahu bagaimana rupa kalau Eusoff Syah benar-benar jatuh miskin.

Adakah Amal Jasmina akan tetap setia? atau terus angkat kaki?

Eusoff Syah mendengus.

?Aku masih waraslah, Sheed. Aku takkan biarkan Batrisya senang lenang. Cukuplah mama papa aku dah sara dia sepanjang dia kat dalam rumah anak yatim tu. Itu pun budak tu masih tamak ya,? bebel Eusoff Syah.

Rasheed mencebik.

?Sepatutnya sebelum kau kahwin dulu kau berjuang habis-habisan untuk dapatkan restu hubungan kau dengan Amal. Bukan ambil jalan mudah kahwin dengan Batrisya dan berharap boleh buat dia minta cerai.? Rasheed memandangnya sambil menggeleng.

?Oh ya? aku rasa aku kena ingatkan kau satu benda ni.? Dia menepuk bahu Eusoff Syah perlahan.

?Sekarang ni? kau dan semua aset kau sebenarnya dah jadi milik Batrisya.?

Eusoff Syah pandang wajah Rasheed dengan geram.

?Bukan akan jadi, tapi dah jadi harta dia pun.?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience