Completed
72511
MALAM ini Amal Jasmina kelihatan begitu menakjubkan. Kecantikan, keindahan dan keanggunan sang kekasih seindah namanya membuatkan pandangan Eusoff Syah sukar beralih daripada ciptaan Tuhan yang satu itu. Walaupun degupan di dadanya tidak lagi sekuat dahulu seperti pada awal mereka bercinta, Eusoff Syah tetap tidak dapat berhenti memuji kekasihnya.
?I rasa you makin cantik malam ni, baby,? ujar Eusoff Syah sambil tersenyum.
Amal Jasmina ketawa kecil. ?You ni? dari tadi asyik puji I je.?
?Because it?s true. I tak boleh berhenti tengok you.?
?Betul ke atau you cuma nak pujuk I?? usik Amal Jasmina.
?Both,? jawab Eusoff Syah santai. ?Tapi serius? you memang nampak fantastic malam ni.?
Mereka berdua sama-sama bahagia. Malam ini terasa begitu menyenangkan. Amal Jasmina tidak berhenti tersenyum dan hal itu membuatkan Eusoff Syah berasa lega. Rasa bersalahnya juga perlahan-lahan menghilang.
Tidak menyangka ini adalah tahun kedua mereka sambut ulangtahun hubungan mereka sebagai pasangan kekasih. Untuk meraikannya, Amal Jasmina meminta diajak makan malam di luar. Restoran di salah satu hotel ini sengaja dipilih Eusoff Syah demi mengelakkan pertemuan tidak sengaja dengan orang yang mungkin mengenalinya.
Sebenarnya dia mampu membawa kekasihnya ke tempat yang jauh lebih baik dan mewah. Tetapi dia hanya mahu berhati-hati agar hubungan mereka tidak dihidu oleh lebih ramai orang.
Namun dia tidak menyangka mempunyai isteri yang sangat merelakan semua ini terjadi. Batrisya kelihatan tenang ketika dia memberitahu tentang kewujudan Amal Jasmina dalam hidup mereka. Malah Batrisya mampu bersikap seolah-olah tidak kisah.
Sikap tidak peduli Batrisya itulah yang diinginkan Eusoff Syah. Dengan begitu dia tidak perlu bimbang Batrisya akan menyakiti kekasihnya atau merosakkan hubungan mereka.
Ketika Amal Jasmina berada bersamanya, Eusoff Syah masih boleh melindunginya. Tetapi bagaimana jika mereka berjauhan? Amal Jasmina tidak boleh terluka kerana konflik dalam keluarganya.
Cuma pilihan yang lebih baik adalah Batrisya memohon fasakh di mahkamah. Mereka bercerai akan membuka ruang kepada hubungannya dan Amal Jasmina. Keluarganya menentang hubungannya dengan Amal Jasmina kerana Amal Jasmina yang pernah berkahwin muda dahulu dan kini memegang gelaran janda muda.
?Kalau macam ni you boleh dapat masalah lagi kan, sayang?? Suara Amal Jasmina memecah lamunannya. ?I selalu risau kalau Batrisya report kat family you. Yang jumpa dia hari tu ada apa-apa ke dia cakap??
Dia tersenyum santai. ?You relax je, baby. Batrisya takkan buat macam tu.?
?Kenapa you yakin sangat ni?? tanya Amal Jasmina, sedikit terganggu dengan keyakinan Eusoff Syah.
?Selama setahun ni takkan dia tak ada rasa apa-apa? Yalah, you bukan je tak layan dia. And, you tak balik rumah kadang-kadang. Mesej pun benda penting lepas tu call? Lagilah tak ada. Apa yang dia nak lagi dalam marriage korang ni?? tanya Amal Jasmina dengan dahi yang berkerut.
Eusoff Syah menoleh, melihat wajah cemas Amal Jasmina.
?Dia cuma mahukan duit family I. Seriously,? katanya.
Amal Jasmina mendesis tidak percaya.
?Dia kahwin dengan I cuma sebab duit I.?
Amal Jasmina mencapai jemari Eusoff Syah yang berada di atas meja. ?Baby?? katanya perlahan. ?You bila nak jadi duda ni??
Eusoff Syah terdiam seketika.
?Kita mesti kahwin, baby. I tak nak selamanya jadi macam ni. Sekarang memanglah tak peduli antara satu sama lain. Tapi siapa tahu nanti? Boleh jadi dia jatuh cinta kat you.? Amal Jasmina risau dan takut.
?Sorry baby.? Eusoff Syah mengusap lembut jemari Amal Jasmina. ?Kalau Batrisya yang minta cerai, barulah kitorang boleh berpisah. Kalau tak? susah.?
Memang menyusahkan apabila dia harus mengakui bahawa nasib perkahwinannya sebenarnya berada di tangan Batrisya. Dia mahu bercerai, tetapi tidak boleh menceraikan. Batrisya boleh meminta cerai, tetapi tidak mahu melakukannya.
?Berapa lama I perlu tunggu you? You tak sayang I ke??
?I sayang you sangat-sangat,? jawab Eusoff Syah. ?Buktinya I masih dengan you walaupun I dah berkahwin.?
Amal Jasmina merajuk, bibirnya sedikit muncung.
Namun Eusoff Syah menahan diri daripada menciumnya.
Dia tidak mahu keadaan menjadi lebih panas sehingga mereka akhirnya terpaksa kembali ke hotel untuk menyewa bilik.
Bersama Amal Jasmina, tidak pernah ada kata cukup atau sekejap.
?Kalau macam tu? I nak jadi isteri kedua you,? kata Amal Jasmina tiba-tiba. Asalkan kita cepat kahwin. I tak kisah jadi yang kedua dulu. Lepas you dan Batrisya cerai, akhirnya I jadi satu-satunya isteri you kan??
Eusoff Syah hanya mampu tersenyum pahit.
?Keluarga I takkan terima I berpoligami, baby.?
?Kita nikah Siam jelah,? pujuk Amal Jasmina. ?Nikah diam-diam.?
Eusoff Syah menggeleng. ?Kalau kantoi. I jadi pengemis rasanya. Itu yang apa papa cakap kalau I ambil mudah dalam perkahwinan kitorang. I tak sanggup nak hidup susah dan mula dari bawah. Kerja macam orang lain, duit habis kat komitmen.?
?Jadi you nak kita terus macam ni?? keluh Amal Jasmina. ?Jumpa diam-diam? Pergi mana-mana pun tak bebas? Sentiasa sembunyi sebab takut orang kenal you??
?Lama-lama I penat juga tau, Eusoff.?
Amal Jasmina tidak selalu bersikap manja. Kadang-kadang dia keras kepala, degil, tidak suka dibantah dan bertindak tanpa berfikir panjang.
?Dari awal I dah serahkan keputusan kat you,? kata Eusoff Syah perlahan. Nada separuh memujuk ?Kalau you masih nak bersama I, kita kena bertahan macam ni sampai waktu yang I sendiri tak pasti. Dalam masa itu I akan cari cara supaya Batrisya yang minta cerai.?
Sudah penat dia melayan kasar dan tidak peduli dengan Batrisya, namun wanita itu tetap bertahan dan sanggup mengikut rentaknya. Benarlah duit boleh membeli segala-galanya kerana dia juga tunduk dengan harta dan duit keluargnya.
?I tak nak kita putus. I dah sayangkan you sangat-sangat.? Suara Amal Jasmina perlahan dia memandang sekeliling yang tiada orang kerana memang sengaja Eusoff Syah menempah tempat yang privasi untuk mereka.
?Tapi sampai sekarang you masih belum jumpa cara untuk buat Batrisya minta cerai, kan??
Eusoff Syah menghela nafas panjang. ?I tak jumpa cara yang tepat lagi. I percaya satu hari nanti dia pasti tak tahan dengan hubungan yang macam ni.?
?Apa kata you pregnantkan I je terus??
Share this novel