Completed
72511
?EH, tu bukan husband kau ke, Tisya??
Ayat seperti ini sudah terlalu biasa dia dengari dan sering saja mendapat mesej daripada kenalannya tentang suaminya yang keluar bersama dengan seorang wanita. Tentunya bernama Amal Jasmina.
Kekasih paling setia suaminya dari sebelum mereka kahwin sehingga sudah berkahwin wanita itu masih kekasihnya.
Kenapa bukan wanita itu dikahwinkannya?
Sebab bukan jodoh.
?Biar jelah. Buat tak tahu je. Kan aku dah cakap buat tak nampak,? kata Batrisya sambil menikmati aiskrim Godiva yang baru sahaja dibeli dengan memakai duit nafkah bulanannya tanpa menyentuh gajinya.
?Weh, tu suami tau bukan kekasih ke tunang ke. Kau ni memang tak kisah langsung ke?? tanya Lily sambil matanya tetap memandang kemesraan dua makhluk itu yang tidak merasa bersalah dengan status masing-masing.
Batrisya senyum. ?Biarkan dorang. Selagi tak mendatangkan apa-apa masalah kat aku. Aku okey je. Lagipun, mana mungkin kita akan menang dengan perempuan yang dah jadi cinta pertama lelaki ni. Dia macam ada soft spot dalam hati dorang. Kau awaslah kalau nak kahwin nanti tanya tunang kau tu betul-betul.?
Sengaja Batrisya menyakat Lily yang mula berubah wajahnya.
?Kau ni kan. Aku jelah cinta hati Huzaifah tu. Aku je. Tiada yang lain. Ni bukan sekali dua kita nampak suami kau dengan perempuan tu. Bermesraan pulak tu,? rungut Lily yang pelik dengan sahabatnya ini.
Dia mula mengenali Batrisya semenjak bekerja di dalam satu sayrikat yang sama. Pada mulanya sukar untuk berkawan rapat dengan si gadis manis ini kerana suka menyendiri. Kerjanya hanya di hadapan PC membuat imbangan kewangan syarikat.
?Aku tak tahulah macam mana perasaan kau sekarang. Cuma yang aku boleh cakap kalau kita tak rasa apa-apa itu tandanya kita tak sayang sangat orang tu. Kalau kita rasa sakit itu sebab kita sayangkan orang tu,? kata Lily dengan tenang sambil menikmati aiskrim yang dibelanja oleh Batrisya yang berharga RM30 itu.
Batrisya hanya mengangguk berpura-pura tidak terkesan dengan apa yang dikatakan oleh Lily.
?Eh, kejap aku nak beli popcorn tu nak makan malam karang tengok movie.? Lily terus pergi ke kedai yang menjual popcorn.
Sekali lagi Batrisya terpandangkan Eusoff bersama dengan Amal Jasmina. Sekali pandang memang sama padan dan sangat romantik. Teringat kata-kata Lily tadi tentang perasaan ketika melihat suami dengan orag lain.
?Tak rasa apa-apa tu bukan sebab tak sayang tapi? sebab dah terbiasa.?
EUSOFF SYAH memimpin tangan Amal Jasmina sambil menemani Amal Jasmina mahu membeli beberapa barangannya di Sephora. Dia tahu isterinya melihat dia dan Amal sebentar tadi. Tapi, dia tidak merasakan apa-apa kerana antara dia dan isterinya hanya sebatas suami isteri dalam sijil nikah.
?Baby, malam ni you nak balik rumah ke nak lepak rumah I?? tanya Amal Jasmina.
?Boleh je sayang malam ni kat rumah you. Nanti belilah untuk dinner sekali senang tak payah nak keluar banyak kali,? jawab Eusoff Syah sambil merangkul bahu kekasihnya yang susah payah dia mengoratnya dahulu.
Tersenyum Amal Jasmina. Dia suka dengan kehadiran Eusoff Syah. Terlalu menenangkannya cuma belum saja ada kesempatan untuk menghalalkan hubungan mereka. ?Tisya tak bising ke??
?Pernah pulak??
Amal Jasmina mengangguk.
Dia sendiri tidak tahu punca dan sebab kenapa perempuan itu sanggup kekal dalam perkahwinan yang sepertinya tiada tujuan dan hanya membuang masa serta mendera perasaannya.
?Tidur dengan I tau sayang.?
Eusoff Syah tersenyum nakal dan pelukan dipereratkan.
?AKU memang tak puas hatilah sebab ni bukan kali pertama kita tengok ni dah kali kedua tau. Kau okey tak ni Tisya?? tanya Lily penuh prihatin. Dia memandang wajah tenang Batrisya yang hanya menikmati gigitan terakhir aiskrimnya.
Pandangan bersahaja dilemparkan kepada Lily. ?Aku nampak tak okey ke? Aku okeylah. Kau jangan risau okey.?
?Jangan risau kau kata? Laki kau Eusoff Syah tu bukan sembarangan orang dia tu kacak lagi kaya. Kalau tak kisah pun mestilah takut kalau tempat kau dirampas nanti,? bebel Lily dengan wajah yang tidak percaya dengan sikap sahabatnya ini.
Tergelak kecil Batrisya. ?Yang kaya tu bapak dia. Dia tu menumpang je. Lily, kau tahu tak aku ni sangat berpegang pada jodoh, rezeki, maut semua Allah dah tentukan. Kalau aku nak marah-marah pasal laki aku tu, buat buang tenaga je. Sebab apa. Sebab kalau dia nak buat dia akan cari 1001 cara untuk buat jugak.?
Lily diam dan mencerna apa yang dikatakan oleh Batrisya itu yang semestinya ada benarnya.
?Apa yang buat kau sure perasaan Huzaifah akan selamanya dengan kau? Dan, apa yang buat kau yakin yang perasaan kau takkan berubah kat Huzaifah?? tanya Batrisya dengan senyuman yang manis.
Lagi sekali Lily terdiam.
?Aku doakan kau dengan Huzaifah dilindungi di dunia yang jahat ni. Lily, aku bukan tak ada perasaan cuma aku tak nak habis tenaga kat sini,? kata Batrisya yang tidak mahu memanjangkan cerita.
?So, kau nak biarkan je??
Dengan santai Batrisya menjawab, ?Ya, biarkan je.?
?Biarkan je? Kuat betul hati kau, Tisya.?
?Selagi dia tak mengganggu aku, dia bebas nak buat apa saja dengan girlfriend dia tu.? Kini mereka sudah di tingkat lain dan langsung tidak nampak batang hidung sepasang kekasih sejoli itu.
Lily menggeleng. ?Tenang sungguh ya. Kau pun macam dah kenal sangat girlfriend dia tu.?
?Ya. Girlfriend yang dah dia dah lama couple sebelum dengan aku katanya. Sayangnya keluarga dia tak restu sebab perempuan itu pernah kahwin muda sebelum ni. Tu yang family dia tak nak,? jelas Batrisya tanpa rasa perlu lagi menyembunyikan apa-apa. Selepas hari ini, Lily juga pasti akan bersikap tidak peduli.
?Siapa nama dia? Kau kenal ke??
Ketenangan Batrisya membuat Lily menggeleng tidak percaya. Jika dia berada di tempat Batrisya sekarang, tampar dan tarik rambut saja rasanya belum cukup untuk melepaskan kemarahan. Perempuan tadi pasti sudah dikitai-kitai olehnya. Gelaran perampas suami orang pasti akan menghantui kehidupan perempuan itu selepas ini.
Walaupun tiada cinta, lelaki yang menjadi suaminya tetap tidak akan dia biarkan berlaku curang. Walaupun tempoh bercinta mereka lebih lama daripada usia perkahwinannya dengan lelaki itu.
Itu bagi Lily, tapi tidak tahu bagaimana Batrisya.
?Amal Jasmina.?
?Patutlah suka buat kerja amal. Kerja amal jaga suami orang,? bebel Lily lagi.
?Sejak bila kau tahu laki kau ada girlfriend?? tanya Lily lagi mahukan cerita yang lebih tepat.
?Sebelum kahwin lagi aku dah tahu. Dia sendiri yang bagitahu aku masa kitorang dijodohkan tu.? Tenang saja Batrisya bercerita kerana baginya ini sebuah kebenaran memang pahit tapi untuk apa dia mereka cerita.
Bulat mata Lily. ?Suruhlah dia putus.?
Batrisya menggeleng. ?Susah sebab dia baru dapat tackle perempuan paling hot kat uni dorang masa tu.?
?Patutnya kau suruh diorang putus dulu sebelum kau kahwin dengan dia. Dah susah macam ni terpaksa berkongsi,? kata Lily dengan hampa.
?Buat apa? Sama je nanti dorang akan bercinta kat belakang. Lagipun, kitorang dah setuju nak buat hal masing-masing je nanti.? Selepas mereka berkahwin ternyata semuanya seperti dipermudahkan untuk dia dan Eusoff Syah.
Berkerut dahi Lily. ?Dengan korbankan perkahwinan??
?Lily? Aku kahwin dengan dia sebab duit je sebenarnya.?
Lily merasakan seperti dia tersalah dengar. Takkan disebabkan itu. ?Sebab duit??
Itu antara alasan yang tidak munasabah kerana Batrisya seorang yang suka bekerja keras dan sangat baik juga berpelajaran.
?Sumpah memang sebab duit.?
?Bukan sebab kau ada perasaan kat Eusoff??
Batrisya melepaskan nafasnya mungkin ini adalah orang pertama yang mengetahui sisi gelapnya dalam perkahwinannya bersama dengan Eusoff Syah.
?Jangan beritahu sesiapa tau. Aku tak nak dan tak akan bercerai. Sebab aku masih perlukan duit keluarga dia.?
Share this novel