Bab 4

Romance Completed 72511

SEPANJANG perjalanan menghantar Lily pulang, Batrisya sempat berfikir untuk bermalam di rumah Lily sahaja. Namun sebaik terlintas di fikirannya bahawa Eusoff Syah pasti tidak akan balik kerana tentu malam minggu seperti ini dia akan menghabiskan masa di rumah kekasihnya itu. Jadi, lebih baik dia balik ke rumah mereka sahaja.

Seperti biasa, apabila Eusoff Syah tiada di rumah, Batrisya akan menjadikan ruang tamu tempat dia berehat. Dia akan membawa keluar selimut dan bantal, lalu berbaring di atas sofa. Sepanjang malam dia akan menonton rancangan kegemarannya sambil menikmati makanan yang dia pesan di Grab.

Namun malam ini, rancangannya tidak menjadi.

Eusoff Syah ada di rumah.

Ergh!

Lelaki itu sedang duduk santai di sofa ruang tamu. Rasa janggal terus menyelinap. Batrisya pura-pura tidak nampak dan berjalan lurus menuju ke pintu biliknya.

?Hari tu kau kutuk apa je dengan member kau pasal aku?? suara Eusoff Syah tiba-tiba memecah suasana.

Langkah Batrisya terhenti. Dia menghela nafas perlahan sebelum berpaling. ?Kutuk awak nak buat apa? Fikir saya ni suka mengutuk orang ke? Banyak benda saya kena buat daripada nak mengutuk orang.?

Eusoff Syah menyandar, senyum sinis di bibir. ?Banyak benda apa yang kau buat? Kerja akauntan kau tu pun bukan busy mana pun. Kalau busy tak adanya sibuk nak enjoy masuk mall. Beli-belah.?

Kening Batrisya terangkat. Nada suara lelaki itu cukup menjengkelkan. ?Ya, walaupun saya tak sesibuk awak. Tapi, saya masih adalah masa juga untuk hiburkan diri. Tapi, tak sangka jugak orang berjawatan penting macam awak ada masa nak uruskan banyak benda dalam satu masa.?

Eusoff Syah mendengus kecil. ?Jangan nak sibuk hal aku. Banyak membeli dengan duit yang aku bagi tiap bulan??

?So far okay je. I?m happy with my purchase.?

Eusoff Syah mengibaskan tangan memanggil Batrisya. ?Duduk sini kejap. Ada benda aku nak bincang dengan kau.?

Batrisya memandang sekilas, jelas tidak berminat. ?Esok jelah. Itu pun kalau awak tak sibuk keluar lagi.?

?Aku nak cakap sekarang.? Nada Eusoff Syah kali ini tegas, tidak memberi ruang untuk dibantah.

Batrisya akhirnya berpaling sepenuhnya dan berjalan menghampiri Eusoff Syah. ?Hish, kuku besi betul. Cakaplah awak nak cakap apa sebab saya penat nak bergaduh mulut dengan awak yang asyik salahkan saya ni.?

Eusoff Syah mengangkat bahu. ?Apa lagi kalau kau dah penat dengan aku??

?Eh, awakkan better awak lepas ni berhati-hati daripada tunjuk kekasih awak tu. Saya bukan apa banyak mata yang memandang maksudnya banyak saksi yang menyaksikan dan jangan terkejutlah kalau papa tahu pasal perangai anak bongsu dia ni,? kata Batrisya dengan menyampah.

Eusoff Syah mengeluh kecil. ?Kau suruh jelah dorang diam.?

?Senangnya. Awak buat hal, saya pulak yang nak kena tutup lubang,? balas Batrisya dengan malasnya.

?Encik Eusoff Syah yang terhormat lagi disanjungi? dengar sini baik-baik. Sebenarnya saya takkan rugi apapun kalau semua orang tahu pasal hubungan awak dengan Amal tu. Langsung tak terkesan sebab bukan saya buat hal.? Suaranya rendah, tetapi penuh tekanan.

Eusoff Syah mengetap rahang.

?Kau fikir duit nafkah aku bagi tu saja-saja. Itu semua bayaran untuk kau tutup apa yang aku tengah buat,? balas Eusoff Syah.

Batrisya ketawa kecil. ?Saya tak dapat nak bagi jaminan kat awak dengan apa yang dah makin menjadi-jadi ni. Sebabkan keberanian awak dan kekasih awak tu nanti tengoklah apa yang akan terjadi nanti.?

Reaksi Eusoff Syah berubah serta-merta. ?Kau janji tak akan ganggu Amal.?

Batrisya tersenyum sinis. ?Bukan saya??

Dia mendekat sedikit, berbisik perlahan. ?Tapi keluarga awak. Kalau kita cerai? siapa yang paling terjejas??

Dia menarik nafas perlahan. ?Dan awak tahukan Amal memang tak disukai dalam keluarga awak. Lebih lagi dengan status keluarga awak. Dan, dengan isu yang hangat di media sosial tentang penyondol ni. Awak rasa Amal nanti dapat hidup dengan tenang ke??

Eusoff Syah mengetap gigi. ?Amal bukan perampas, Batrisya. Kau tahu tu.?

?Tapi orang luar tak tahu,? balas Batrisya tanpa ragu. Yang awak bernikah tu dengan saya. Bukan dia.? Dia bersandar sambil melipat tangan. Dan, jangan haraplah saya nak bela dia. Saya kan mangsa keadaan.?

Sunyi seketika.

Batrisya tersenyum puas melihat perubahan wajah Eusoff Syah.

Lemah.

?Berani eh kau ugut aku balik?? Eusoff Syah akhirnya bersuara, cuba mengawal diri.

Batrisya mengangkat bahu. ?Next time? be more careful.? Terus saja Batrisya melangkah untuk meninggalkan ruang tamu yang tegang dan panas itu. Dia juga letih pada hari ini kerana terlalu banyak kerja di pejabat.

?Kau pergi pejabat agama and minta fasakh. Aku nak kahwin lain, tapi Amal aku tak nak bermadu,? luah Eusoff Syah secara terus terang.

Tersenyum dan tersengih nakal Batrisya. ?Tak nak.?

?Apa yang kau nak? supaya kau setuju untuk cerai?? Soalan itu membuatkan Batrisya terus berpaling semula.

Dia terdiam seketika.

?Serius?? Keningnya terangkat. ?Awak nak tahu??

Tergelak kecil Eusoff Syah sebab benar kata Rasheed yang wanita di hadapannya ini memang mata duitan dan mahukan duit semata-mata.

?Aku nak duit.?

Eusoff Syah tersenyum sinis.

?Aku dah agak.?

Dia menyandar. ?Berapa??

Batrisya memandangnya tanpa berkelip. ?Pertama, berapa harga nilai Amal pada mata awak itulah jumlah yang awak kena bagi pada saya.?

?Kurang ajar?? Bergetar suara Eusoff Syah.

?Nampaknya memang susahlah kan?? potong Batrisya.

Eusoff Syah bernafas dengan tenang. ?Lain??

?Kedua, saya nak harta sepencarian yang dibayar dalam 3 kali ganda??

?Kau nak peras ugut aku ke?? Baran Eusoff Syah.

Batrisya terus berjalan. ?Kalau macam tu lupakan jelah.?

?Kejaplah!?

Batrisya tersenyum kecil. Umpan mengena.

?Seterusnya??

Dia kembali memandang Eusoff Syah. ?Lepas cerai? awak tetap kena bagi saya duit bulanan. Tiga kali ganda daripada sekarang. Rumah awak kena bagi saya, kereta juga. Oh, dengan maid sebab saya busy dan susah nak mengemas.?

Sunyi.

Eusoff Syah membuka mata perlahan. Semua yang dikatakan oleh Batrisya amat berat untuknya. ?Kalau kau jumpa suami baru? Semua ni akan gugur??

Batrisya mengangguk polos. ?Mungkin. Kita tengok pada situasi kita tu nanti.?

Kesabaran Eusoff Syah akhirnya meletup. ?Pergi masuk bilik sekarang.?

Batrisya tersenyum gembira. ?Jadi? kita setuju??

Eusoff Syah berdiri, wajahnya keras. ?Aku akan cari cara untuk buatkan kau sendiri minta cerai. Sebab aku tahu pasti ada caranya.?

Suaranya rendah tetapi penuh tekanan.

?Dan bila itu jadi kau takkan dapat satu sen pun daripada aku.?

Batrisya tersenyum. ?Good luck, suamiku.?

Senyumannya semakin lebar memandang wajah bengis suaminya. ?Sementara awak sibuk cari cara. Saya akan berusaha pertahankan perkahwinan kita.?

Eusoff Syah ketawa sinis. ?Pertahankan perkahwinan demi duit??

Batrisya menjongket bahu. ?Mungkin. Awak kahwin jelah. Saya takkan kacau awak. Lagipun, bukannya berkongsi badan pun kita ni.?

Sakit sungguh hati Eusoff Syah kalau bercakap dengan perempuan bernama Batrisya ini. Memang hatinya langsung tiada ruang dan tertutup dengan perempuan ini walaupun ramai yang mengatakan Batrisya lebih cantik daripada Amal.

?Kau dengar sini? Bila papa meninggal dunia je jatuh talak kau sebagai isteri aku. Ingat, jatuh talak.?

p/s: Semua okey? Hai, bertemu lagi dengan karya yang baru. Selamat membaca semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience