Bab 2

Romance Series 239933

DI hospital Syed Hilman memujuk Emma yang masih menangis. Emma risau jika keadaan kandungannya makin teruk dan dia bakal kehilangan anak mereka. Syed Hilman memeluk bahu Emma untuk menenangkan isterinya itu.

“Stop crying, my dear…Everything will be okay…You dengar tak cakap doktor tadi? Our baby is safe,” pujuk Syed Hilman lembut. Tangannya mengelap air mata yang membasahi wajah isterinya.

“I takut…I tak nak hilang our baby…” Wajah Emma berlinang air mata menunjukkan kesedihan.

“Sayang, kita mungkin akan hilang anak kita. Perempuan tu betul-betul dah gila. Sanggup nak cuba bunuh anak kita.” Emma mula tak tentu arah kerana rasa takut dan marah pada Aria.

“I tak nak tinggal rumah family you lagi. I takut dia akan apa-apa kan I lagi. Lebih baik I pergi jauh dari sini selagi you tak bercerai dengan dia. I nak hidup tenang tanpa gangguan isteri you tu.” Emma mula tekad. “Why you masih tak cerai kan dia lagi hah?”

“I minta maaf sayang… I tahu semua ni salah I. You jangan risau, I akan ceraikan Aria secepat mungkin supaya dia tak boleh terus ganggu you lagi. I akan jaga you dan our baby dengan baik.”

Syed Hilman memeluk Emma dengan erat. Dia tidak mahu berjauhan dengan Emma jika isteri barunya itu berkeras mahu berjauhan dengan dia kerana takutkan Aria yang masih sah status sebagai isterinya.

“Please…jangan tinggal kan I…I janji akan ceraikan Aria dan kita berdua akan hidup bahagia lepas ni bersama anak kita.” Syed Hilman sentuh perut Emma dengan rasa syukur kerana kandungan Emma baik-baik sahaja.

Lepas ini Syed Hilman akan selesaikan urusan ceraikan Aria dengan cepat. Ada sebab kenapa Syed Hilman tidak teruskan cerai Aria tanpa kerelaan isteri pertamanya itu setelah tahu perbuatannya kerana Syed Hilman tidak mahu korbankan sesuatu.

“Betul ni…You janji…” tanya Emma minta kepastian.

Syed Hilman angguk. Wajah Emma dipegang lembut.

“Sekarang ni I nak you berehat je dulu. Tak payah fikirkan pasal orang lain. Biar I teman you tidur nak?”

Emma angguk manja sambil melentok kepala di dada Syed Hilman. 

Syed Hilman mula rasa lega bila Emma sudah berhenti nangis dan kini mula terlena di dalam pelukannya. Syed Hilman terus mengusap belakang Emma sehingga dia membaringkannya di atas katil untuk keselesaan Emma.

Syed Hilman perhatikan wajah cantik Emma yang sudah kering air matanya. Sungguh dia tak sangka boleh terjatuh cinta pada Emma walau nama Aria sudah bertakhta dalam hatinya bertahun-tahun. Syed Hilman teringat kembali kali pertama dia bertemu dengan Emma setahun yang lepas.

“Tolong tuan…Jangan apa-apa kan saya…Saya cuma nak cari rezeki je kerja di sini.” Emma merayu dalam ketakutan apabila ada seorang pelanggan menarik dia keluar ke tempat gelap luar dari belakang restoran tempat dia sedang bekerja.

Lelaki miang itu memeluk Emma sambil bibirnya mahu merayap ke seluruh wajah cantik Emma. 

Emma cuba beranikan diri dengan menendang celah kangkang lelaki itu untuk larikan diri. Dia tidak mahu menjadi mangsa hawa nafsu lelaki miang yang menjadi pelanggan setia di restoran tempat dia mencari rezeki.

Masa itulah muncul Syed Hilman yang datang menjadi hero selamatkan Emma. 

“Terima kasih encik…Kalau encik tak ada… saya tak tahu apa akan jadi pada saya…” ujar Emma tersedu-sedu.

Syed Hilman simpati pada nasib wanita muda cantik seperti Emma yang menjadi mangsa hawa nafsu lelaki tak guna.

“Jangan risau…You dah selamat sekarang…” pujuk Syed Hilman.

Emma yang rasa bersyukur terus memeluk Syed Hilman tanpa teragak-agak. Terkejut Syed Hilman dengan tindakan spontan wanita muda itu tapi tangannya juga mengusap belakang tubuh Emma untuk menenangkan dan beri semangat pada wanita itu.

Bermula dengan pertolongan, hubungan Emma dan Syed Hilman makin rapat kerana dia selalu bertemu dengan klien syarikat di restoran Emma bekerja sampai satu hari Syed Hilman sendiri yang ajak Emma keluar bersama sehingga wujudnya bibit cinta antara mereka.

Emma yang bersifat manja mampu buat Syed Hilman tergoda dengan perwatakan wanita itu. Emma juga apa kurang cantik dan seksi di mata Syed Hilman sehingga dia makin lupa rasa cinta pada Aria. Syed Hilman mula angau pada Emma sehingga hubungan mereka mula terlanjur.

Syed Hilman tidak mahu anggap Emma seperti perempuan simpanannya lalu dia terus melamar Emma untuk jadi isteri keduanya. Awalnya Syed Hilman risau kerana Emma mungkin rasa tertipu dengan status perkahwinannya tapi rupanya tidak.

“You betul sudi jadi isteri I walau you tahu I suami orang,” tanya Syed Hilman.

“Bakal jadi bekas suami orang kan?” jawab Emma dengan senyuman manjanya.

Syed Hilman tersenyum. Sewaktu hubungan dia dan Emma makin intim, Syed Hilman dan Aria sudah berbincang untuk berpisah. Bezanya Aria tidak tahu alasan kenapa Syed Hilman tidak teragak-agak mahu berpisah setelah berbincang bersama.

“Tapi you sudi tak jadi isteri kedua I buat sementara waktu? I tak rasa I boleh tunggu lama lagi untuk bersama dengan you… Setiap hari I mahukan you…” Syed Hilman juga risau mereka makin terlanjur jadi dia mahu halalkan hubungan bersama dengan Emma secepat mungkin.

“I cintakan you. I sudi asalkan I dapat bersama dengan you…”

Keputusan Syed Hilman mengahwini Emma juga mendapat restu dari keluarganya. Lagi-lagi Syarifah Mazni yang memang mahu Syed Hilman berkahwin lain kerana Aria masih belum hamil lagi. Syarifah Mazni makin gembira selepas Emma disahkan hamil dan hajatnya untuk menimang cucu bakal tercapai.

Bagi Syed Hilman, Emma dan anak mereka tidak salah. Jadi Syed Hilman tak boleh terima apa tindakan Aria hari ini. Dia tahu Aria mahu salahkannya kerana sudah menipu dan beri harapan jika rumah tangga mereka masih boleh diselamatkan tapi perbuatan Aria itu tetap salah. Berniat untuk cederakan kandungan Emma. 

Jadi Syed Hilman sudah buat keputusan untuk cepatkan penceraian mereka apatah lagi semua dokumen sudah siap. Syed Hilman tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“Hilman tak salah. Korang dah kahwin hampir 4 tahun dan Aria tetap tak boleh lahirkan anak untuk kamu. Hilman dan Emma sudah ditakdirkan untuk bersama.”

Kata-kata Syarifah Mazni membawa Syed Hilman ke realiti. 

Syarifah Mazni sudah lama perhatikan Syed Hilman yang termenung dari tadi. Dia tidak mahu Syed Hilman mula rasa serba salah kerana Aria tetap pernah dicintai oleh anaknya itu sepenuh hati.

“Sekarang kita perlu fokus pada kandungan Emma dan pastikan Aria sudah tiada kaitan dengan keluarga kita dan syarikat kamu,” ujar Syarifah Mazni dengan tegas.

“Mommy tolong tengok kan Emma kejap…”

Syed Hilman bangun. 

Syarifah Mazni perhatikan saja Syed Hilman yang keluar dengan wajah tegangnya. Syarifah Mazni tersenyum. Dalam hati gembira kerana Syed Hilman sudah tekad mahu buang Aria dalam hidupnya.

SYED HILMAN yang sudah berada di luar bilik Emma laju hubungi Aria. Keningnya bertaut kerana tidak dapat menahan rasa marah ketika menunggu Aria menjawab panggilannya. Berani Aria mahu melarikan diri kerana kesalahannya.

Lama baru Aria menjawab panggilannya.

“You nak apa lagi Hil…” 

“You gembira sekarang? Puas hati you, Aria? I hampir kehilangan anak I sebab perbuatan you. Ni yang you nak balas dendam sangat?” Syed Hilman terus melemparkan kemarahan pada Aria.

“Tapi you tak hilang anak you kan?” Lemah saja suara Aria. 

Sikit pun Syed Hilman tak perasan. Lagi dia mahu maki Aria adalah.

“You bukan setakat isteri tak berguna yang tak mampu lahirkan anak untuk suami tapi you juga perempuan yang tak ada hati perut. Memang patut pun you mandul. Perempuan macam you tak layak jadi seorang ibu.”

Kata-kata Syed Hilman langsung tak pedulikan hati dan perasaan Aria. 

“Even Emma keguguran sekali pun I takkan ubah keputusan untuk ceraikan you. I dengan Emma boleh ada anak yang lain tak macam I dengan you yang sampai bila-bila I takkan merasa jadi seorang ayah.” 

Sungguh berlagak kata-kata Syed Hilman seperti rezeki itu berada di tangannya.

“You memang langsung tak nak pedulikan perasaan I kan? You tak nak tahu langsung apa yang sedang I lalui sekarang ni… Kalau la you tahu…”

“I tahu Aria…” Sekali lagi Syed Hilman potong cakap Aria. “I tahu, I dah curang dengan you. I dah sakitkan hati you tapi tak ada bezanya dengan apa yang you dah buat pada I sekarang ni. You cuba sakitkan wanita yang sedang hamilkan anak I sedangkan you tahu semua ni bukan salah Emma tapi kehendak hati I sendiri.”

Syed Hilman boleh dengar keluhan Aria dalam talian. Aria cuba pertahankan dirinya.

“You just…”

“Cukup Aria! I dah tak nak dengar alasan you lagi. I dah buang you dalam hidup I…” marah Syed Hilman sebelum mematikan panggilan. Syed Hilman puas hati dapat melampiaskan rasa marahnya yang terbuku dari tadi.

ARIA tunduk lemah setelah Syed Hilman mematikan panggilannya. Syed Hilman hanya hubunginya semata-mata mahu menyakitkan hatinya lagi sedangkan dia baru bertenang selepas meraung kehilangan anaknya. Lantas Aria teringat kembali rasa sakit kehilangan itu.

“I nak anak I…anak I…” Aria menangis bagai orang gila bila tahu anak yang dikandung sudah tiada. Aria sudah keguguran.

“Bertenang, Aria… bertenang…”

Aria tak peduli. Dia masih meraung kesedihan. Dia kehilangan anak yang dinantikan selama bertahun-tahun dalam sekelip mata saja.

“I’m sorry, Aria…I tak sempat nak selamatkan baby you…” ujar seseorang yang dari tadi setia menunggu Aria sedar.

Aria menoleh ke arah lelaki yang berada di tepi katilnya. Bukan Aria tidak dapat cam terus siapa lelaki tersebut. Dalam ramai-ramai manusia kenapa lelaki ini yang bantu dia?

Tengku Ziyad Safy. 

Pemilik Blooms Publishing. Pesaing syarikat penerbitan Aria dan Syed Hilman. Lebih tepat musuh bakal bekas suaminya.

Tengku Ziyad Safy bukan calang-calang oranngya. Lelaki kacak yang digilai ramai perempuan ini datang dari keluarga kaya-raya yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan. 

Peliknya, Tengku Ziyad Sayf sanggup bantu Aria? Bukan Tengku Ziyad Safy juga benci Syed Hilman? Tak mungkin Aria tak turut dibenci sekali.

Tengku Ziyaf Sayf masih perhatikan wajah basah Aria yang tak berhenti menangis dari tadi. Aria memiliki wajah cantik dan kulit yang halus idaman ramai wanita. Rambut perang aslinya lagi menambahkan keanggunan wanita ini. Belum lagi tubuh badan yang cantik dan mempesonakan tanpa perlu berpakaian terdedah sana sini. Aria merupakan idaman ramai jejaka di luar sana tapi Syed Hilman, musuhnya yang berjaya memiliki Aria. 

Sekarang, Aria sungguh berbeza. Aria tak peduli langsung penampilan dirinya. Aria tak peduli rambutnya yang tak terurus setelah sedar tadi. Hanya Aria tahu menangis tanpa henti setelah menerima berita kehilangan anaknya.

“Apa maksud you, Tengku?” tanya Aria dengan tersedu-sedu menahan esakannya.

“Aria, baby you…” Tengku Ziyad Safy teragak-agak mahu jelaskan pada Aria yang bakal mengundang rasa sedih wanita itu lagi.

“Kenapa dengan baby I, Tengku?” Aria masih ternanti-nanti kata-kata Tengku Ziyad Safy.

Tengku Ziyad Safy mengeluh berat sebelum bersuara dengan nada simpati. “You lost the baby even before I bring you to the hospital.”

Aria terdiam. Maknanya dia tak berpeluang langsung selamatkan anaknya kerana dia sudah keguguran dulu sebelum sempat sampai ke hospital.

“I’m sorry for your lost…”

Air mata Aria kembali bergenang sebelum suaranya bergetar-getar… “Tak mungkin…tak mungkin…Tak mungkin I tak dapat cuba selamatkan anak I…”

Aria kembali meraung. Hatinya lagi sakit mengenangkan anaknya tak dapat cuba diselamatkan.

“Dah bertahun-tahun I tunggu selama ni…” jerit Aria kesakitan. Lagi sakit menanggung dari kecurangan Syed Hilman.

Aria teringat susah payah dia berusaha untuk mengandung tapi sekelip mata dia kehilangan anaknya. Kenapa Aria rasa terlalu kejam apa yang berlaku padanya?

Aria mula mengamuk tak dapat terima kenyataan. Habis dibaling semua benda disekelilinginya. Aria tak peduli Tengku Ziyad Safy di sebelahnya.

“Bertenang, Aria…You kena terima kenyataan…” Tengku Ziyad Safy cuba halang Aria dari terus mengamuk.

“No…I tak boleh…” 

Sekelip mata Aria berada dalam pelukan Tengku Ziyad Safy. Lelaki itu cuba memujuk Aria. 

“I said calm down, Aria… You kena kuat…You masih ada orang yang you sayang lagi…” Tengku Ziyad Safy usap belakang tubuh Aria untuk menenangkan wanita yang masih menangis dalam pelukannya.

“I dah tak ada sesiapa lagi. I dah hilang semuanya…” ujar Aria bersama tangisannya. Aria sudah tidak peduli siapa Tengku Ziyad Safy pada mereka sebelum ini. Dia hanya terus menangis dalam pelukan lelaki itu.

“I benci Hilman…I benci Hilman…” Ulang Aria berkali-kali. 

“Ini semua salah lelaki tak guna tu. Dia yang bunuh anak I… Pergi mampus dia dengan perempuan sial tu…”

Tersentak Tengku Ziyad Safy mendengar kata-kata Aria. Sekarang dia baru faham kekecewaan wanita ini.

“You kena kuat kalau you tak nak lihat kebahagian mereka…”

Aria mula termakan pujukan Tengku Ziyad Safy. Tak mungkin dia mahu biarkan Syed Hilman dan Emma bahagia atas deritanya.

Tengku Ziyad Safy mula rasa lega apabila tangisan Aria mula tidak kedengaran. Bermakna wanita itu sudah berjaya mengawal emosinya.

“Aria…” panggil Tengku Ziyad Safy. 

Aria yang terleka dalam pelukan Tengku Ziyad Safy mula sedar keadaan mereka sekarang ini. Lagi-lagi Tengku Ziyad Sayf memeluknya dengan erat semata-mata mahu mengawal dirinya tadi.

“I minta maaf Tengku…” ujar Aria sambil melepaskan diri dari pelukan lelaki itu lagi.

“And thank you so much…” tambah Aria lagi. Walau Aria tak faham kenapa lelaki ini sanggup memujuknya dan memberinya sokongan, Aria tetap rasa berterima kasih pada Tengku Ziyad Safy. Jika tiada lelaki ini sudah tentu Aria masih bersedih dan cuba melakukan sesuatu yang buruk pada dirinya.

Terima kasih pada Tengku Ziyad Safy yang memberi kesedaran padanya.

“No problem…yang penting you dah stabil sekarang. You jangan fikir bukan-bukan lagi. You patut fikirkan kesihatan you dulu.

Aria hanya diam. 

“I akan teman you…”

Tengku Ziyad Safy tunaikan kata-katanya. Sedari tadi lelaki itu menemani Aria sepanjang hari di hospital. Ketika Syed Hilman hubunginya tadi pun, Tengku Ziyad Safy tetap pasang telinga juga.

“Are you okay?” tanya Tengku Ziyad Safy pada Aria yang termenung selepas menerima panggilan daripada Syed Hilman.

Aria pandang Tengku Ziyad Safy. Pasti lelaki ini fikir Aria akan meroyan sekali lagi.

“Tengku jangan risau. I takkan meraung macam orang gila untuk lelaki tak guna macam Hilman,” jawab Aria yang lebih tenang sekarang.

Tersungging senyuman Tengku Ziyad Safy. “Good…”

Nampaknya Aria bukan perempuan lemah yang hanya meratapi nasib sahaja. Mungkin Aria sudah puas menangis tadi.

“I rasa Tengku dah boleh balik sekarang. Tengku tak perlu la teman kan I lagi… Mesti I dah ganggu kerja Tengku…” 

Aria lihat sekeliling bilik. Bila Aria terpandang jam sudah ke angka pukul 10 malam mula dia rasa bersalah pada Tengku Ziyad Safy yang terpaksa korbankan masa untuk menemaninya. Sedangkan hubungan mereka tidak pernah rapat. Aria lebih mengenali Tengku Ziyad Safy sebagai musuh Syed Hilman merangkap pesaing syarikat mereka. Hari ini Aria pula yang bergantung pada pertolongan lelaki itu.

“Are you sure?” Tengku Ziyad Safy angkat kening.

Aria tahu lelaki ini pasti curiga padanya.

“I takkan sia-siakan pertolongan Tengku…” Walau Aria tak tahu macam mana Tengku Ziyad Safy muncul sebagai penyelamatnya tapi Aria tetap hargai pertolongan lelaki itu.

“Satu hari nanti I janji akan balas jasa Tengku… Kalau Tengku perlukan apa-apa, I sudi hulurkan bantuan walau tak seberapa…” Aria cuba pandang Tengku Ziyad Safy.

Buat pertama kali Aria melihat senyuman Tengku Ziyad Safy yang nampak dingin selama ini. Terpesona Aria melihatnya seketika.

“Ingat janji you pada I, Aria…I akan tuntut pada masanya nanti. Sekarang you sambung rehat dulu. I akan datang lawat you lagi…”

Tengku Ziyad Safy tidak menunggu balasan Aria kerana dia terlebih dulu keluar dari bilik wanita itu yang terpinga-pinga dengan kata-katanya.

Bila Aria bersendirian, dia mula fikirkan kata-kata Tengku Ziyad Safy yang buat hatinya mula rasa berdebar-debar. 

Apa yang Tengku Ziyad Sayf mahu tuntut daripadanya nanti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience