ARIA keluar hospital dengan menandatangani borang Surat Akuan Discaj Atas Risiko Sendiri kerana dia tetap bertegas mahu keluar dari hospital. Selepas keluar dari hospital, Aria pulang ke rumahnya dulu untuk bersihkan diri kemudian dia pergi menuju ke Rumah Kasih.
Aria minta Syed Hilman menunggunya di Rumah Kasih. Selepas urusannya dengan Syed Hilman selesai, Aria boleh terus bertemu dengan Puan Amina.
“I dah sampai…You kat mana?” tanya Aria yang hubungi Syed Hilman.
“I kat bilik mama… I tunggu sini…” balas Syed Hilman dengan dingin.
“No…you datang sini. I tunggu you kat lobi,” bantah Aria.
Aria tak mahu selesaikan urusan mereka di depan Puan Amina. Lebih tepat Aria tidak mahu Puan Amina sedih melihat pengakhiran hubungannya dengan Syed Hilman.
Tak sampai 5 minit, Syed Hilman muncul bersama Syarifah Mazni. Ibu mertuanya itu kelihatan sombong memandang Aria seperti selama 4 tahun ini Aria bukan sesiapa dalam keluarga mereka.
“Buat apa you pergi jumpa mama? Dah tak sabar nak bagi tahu mama yang you nak ceraikan anak dia?” Aria terus sembur Syed Hilman.
Nasib baik tiada orang lain selain mereka di lobi. Syed Hilman terus hulurkan beberapa helai surat pada Aria. “Sign semua ni… I akan settle bil mama you…”
Aria tahu Syed Hilman berdebar-debar menantikan reaksinya. Aria terus ambil dan cari tempat duduk untuk baca semua dokumen yang peguam mereka sudah sediakan mengikut arahan Syed Hilman.
Aria terkejut baca syarat-syarat yang Syed Hilman kenakan padanya. Lagi-lagi bila Syed Hilman mengambil semula saham Aria dalam syarikat mereka.
“You nak ambil semua saham I?” Tegang wajah Aria.
“You lupa ke? I lebih berkuasa dalam company? I yang labur duit untuk bangunkan BookRead,” balas Syed Hilman angkuh.
Selama 4 tahun perkahwinan, Aria bukan berusaha menjadi isteri yang terbaik untuk Syed Hilman tapi dia juga berusaha bantu Syed Hilman kembangkan perniagaan mereka. Semua keringat Aria membuahkan hasil sehingga BookRead Publishing menjadi syarikat penerbitan yang dikenali dengan hasil keluaran majalah, buku dan novel yang berkualiti dan disukai orang ramai.
“I yang bagi you dan I ada hak untuk ambil balik apa yang semua I pernah berikan pada you… Sebagai ganti, I akan bagi you sejumlah duit yang boleh you guna untuk sara diri you lepas ni dan I akan jelaskan semua tunggakan yuran mama you sehingga hari ni. Asalkan you sign surat cerai ni diam…diam…”
Aria cuba bertenang. Aria sedar dia tidak sumbang dari segi duit dalam pelaburan syarikat mereka tapi dia telah berikan banyak usaha, tenaga dan titik peluh dalam BookRead Publishing.
“I tak nafikan BookRead tu guna duit you. Sama juga you tak boleh deny usaha dan sumbangan I selama ni sampaikan you dapat rasa makan hasil untung company dari usaha bini you sendiri,” perli Aria dengan geram.
“Amboi! Sedap mulut kau cakap eh? Kau tu tetap kuli je memang patut la kau buat kerja elok-elok. Kalau bukan anak aku, kau pun tak merasa dapat pangkat besar la…Anak aku boleh cari pengganti kau yang lagi bagus la untuk company dia,” sampuk Syarifah Mazni dengan kasar.
Macam cari pengganti yang boleh gantikan Aria mengandungkan anak Syed Hilman? Kutuk Aria dalam hati.
Dari dulu lagi Syarifah Mazni tidak sebulu dengan Aria kerana ibu mertuanya itu lebih suka mengawal Syed Hilman. Syarifah Mazni pantang jika Syed Hilman lebih mendahului Aria daripadanya. Tak pelik kalau Syarifah Mazni lebih berpihak pada Emma kerana bukan sebab soal cucu saja tapi dari dulu lagi Syarifah Mazni tidak berkenan dengan Aria yang dirasakan suka tunjuk pandai daripadanya.
Aria sambung baca semula syarat-syarat mengarut daripada Syed Hilman. Patutlah Syed Hilman tidak teruskan jatuh talak padanya kerana Syed Hilman mahu guna kuasanya untuk merampas semua sebelum buang Aria jauh-jauh.
“So you nak I serahkan semua projek I pada you?” Sinis Aria. “You nak suruh siapa handle? Bini baru you tu? Pandai ke dia bagi you untung lain selain body dia…” perli Aria dengan sinis.
Syed Hilman ketap gigi menahan bengang kerana Aria mengutuk Emma yang tidak berkelulusan tinggi dan bekerjaya seperti Aria.
“Semua projek milik company, Aria…” Syed Hilman perbetulkan. “You perlu tinggalkan company tanpa banyak bunyi…”
“You tahu kan kita berdua takkan boleh bekerja dalam satu bumbung yang sama dengan keadaan kita sekarang ni…Jadi fikir betul-betul, Aria…”
Hati Aria masih berbekas rasa sakit tapi apa yang dikatakan Syed Hilman ada benarnya. Tak mungkin Aria boleh bekerja sebumbung dengan Syed Hilman lepas ini. Ini juga peluang untuk Aria bebaskan dirinya daripada Syed Hilman dan keluarga mertuanya walau Aria terpaksa korbankan segalanya.
“I akan move on dengan kehidupan baru I. You pun patut move on juga…”
Aria tarik nafas panjang. Dia menutup mata seketika bagi mengawal rasa marahnya. Cukuplah Syed Hilman menyebabkan Aria tekanan emosi sampai kehilangan anaknya.
Bila Aria mampu bertenang. Dia buka matanya yang sudah menitiskan air mata di pipi. Mungkin air mata terakhir untuk lelaki seperti Syed Hilman.
Aria pandang tepat wajah Syed Hilman. Wajah lelaki yang pernah dicintai seluruh jiwanya.
“You are right, Hilman. I tak patut ada kaitan lagi dengan you. I menyesal. I menyesal semuanya… I menyesal mencintai you, Hilman…Mulai sekarang I hanya akan membenci segala-galanya tentang you,” ujar Aria dengan tekad.
Syed Hilman agak terpana mendengar kata-kata Aria.
Aria terus menandatangani semua surat dengan wajah tidak berperasaan.
“Sekarang tunaikan kata-kata you. Bayar semua tunggakan bil mama,” ujar Aria setelah melempar semua surat pada wajah Syed Hilman.
Syarifah Mazni sakit hati lihat sikap Aria yang kurang ajar itu. Kalau ikutkan hatinya, satu sen Syarifah Mazni tidak mahu Syed Hilman berikan pada bekas menantunya yang dibenci itu.
Tanpa tunggu lama, Aria terus meninggalkan Syed Hilman dan Syarifah Mazni di lobi. Urusan mereka sudah tamat. Sekarang Aria mahu berjumpa dengan Puan Aminah. Insan yang boleh mengembalikan semangat dan kekuatan Aria.
“ANAK mama…”
Aria terus meluru ke dalam pelukan Puan Amina yang nampak kurang sihat.
“Mama…Aria minta maaf…” Aria mula menangis teresak-esak dalam pelukan Puan Amina.
“Anak mama mana ada buat salah. Kenapa minta maaf ni?” Puan Amina usap belakang tubuh Aria dengan kasih sayang. Terubat rindunya melihat wajah anak kesayangan.
Aria mula menyesal selama ini dia hanya cuba menjalankan tanggungjawab isteri dengan baik saja tapi dia lalai dengan tanggungjawabnya sebagai anak.
Walau Puan Amina dengan rela hati mahu tinggal di rumah penjagaan orang tua tapi Aria tetap jarang mengunjungi mamanya itu kerana terlalu sibuk dengan kerja dan rumah tangganya. Aria selalu telefon bertanyakan khabar saja. Sekarang Aria mula rasa tak berbaloi.
“Lepas ni Aria akan jaga mama ya…Aria akan pastikan mama selalu sihat dan gembira.”
Puan Amina usap kepala Aria. “Mama Cuma demam rindu je. Tapi sekarang mama dah dapat ubatnya…”
Aria memeluk Puan Amina dengan erat seperti tidak mahu lepas. Cuma seketika sebelum dia menatap wajah Puan Amina yang dimamah usia. Berat hati Aria mahu beritahu apa yang sudah terjadi pada rumah tangganya.
“Kenapa muka anak mama pucat ni? Aria tak sihat ke?”
Aria geleng kepala. Dia tidak mahu buat Puan Amina berasa susah hati jika tahu Aria baru lepas keguguran.
“Ma…” panggil Aria bersama air mata yang jatuh di pipi.
“Tak apa sayang… Aria ada mama…” Puan Amina pegang muka Aria.
“Hilman dah beritahu mama?” tanya Aria dengan rasa berdebar-debar.
“Syarifah Mazni dah cerita segalanya. Mama minta maaf tak dapat pertahankan Aria.”
Makin kuat tangisan Aria apabila Puan Amina rasa bersalah dengan apa yang terjadi padanya. Makin benci Aria pada Syed Hilman sekeluarga. Sudah tentu Syarifah Mazni mengeji Aria pada Puan Amina.
“Tak ma…tak…Aria yang patut minta maaf sebab dah buat mama rasa susah hati ada anak macam Aria…”
Puan Amina terus memeluk anak tunggalnya itu. Dia memang rasa sedih dengan apa yang berlaku dalam rumah tangga anaknya tapi Puan Amina tahu anaknya yang lagi sedih dan sakit menanggungnya.
“Aria sayang kan mama…Mama jangan tinggalkan Aria ya…”
“Mama tak tinggalkan Aria…Aria jangan sedih lagi ya sayang… Aria masih ada mama…” pujuk Puan Amina.
Walau Puan Amina rasa gembira kerana dapat melepaskan rindu tapi dia rasa kasihan akan nasib anaknya. Patutlah gerak hatinya mahu ketemu dengan anaknya sampai kesihatannya merosot kerana demam rindu. Rupanya sesuatu telah berlaku pada anak kesayangannya.
ARIA menemani Puan Amina sepanjang hari sehingga mamanya sudah tidur. Tahap kesihatan Puan Amina juga sudah bertambah baik kerana suhu badan Puan Amina kekal normal. Tidak kena serangan demam lagi. Baru Aria terfikir akan kesihatan dirinya pula.
Bukan senang Aria mahu keluar dari hospital. Beberapa prosedur Aria perlu lakukan. Pihak hospital juga bekalkan Aria pelbagai jenis ubatan untuk Aria ambil sepanjang berehat di rumah.
Aria mula bertenang setelah semua urusan sudah berakhir termasuklah bayaran tunggakan yuran penjagaan Puan Aminah. Tadi Puan Umi sudah maklumkan pada Aria.
“Suami puan dah selesaikan semua bayaran Puan Amina selama 4 bulan…”
“4 bulan? Bukan tunggakan 3 bulan je?” Terkebil-kebil Aria bila dimaklumkan oleh Puan Umi.
“Suami puan terus sekali bayar untuk bulan ni juga… Mulai bulan depan baru puan boleh mula bayar sendiri, kata suami puan.”
Aria ketap bibir. Syed Hilman nak tunjuk baik untuk terus sakitkan hati Aria.
“Baik la... bulan depan saya akan bayar ikut waktu… dan lagi satu, Encik Hilman dengan saya bukan suami isteri lagi jadi apa-apa yang berkaitan dengan mama saya, tak perlu maklumkan pada dia lagi ya…” ujar Aria jelas.
“Saya minta maaf puan…Saya tak tahu…”
Aria hanya senyum dalam keadaan terpaksa. Bukan salah Puan Umi kerana dia pun baru saja selesai menamatkan rumah tangga mereka di atas kertas.
Bunyi telefon bimbit Aria mematikan lamunanya. Dahi Aria berkerut kerana nombor yang tak dikenali tertera di skrin.
Aria malas nak jawab. Dia bukan suka jawab panggilan dari nombor yang tak dikenali.
Tiba-tiba Aria terima satu WhatsApp dari nombor yang tak dikenali juga.
“Huh! Kau nak hantar gambar apa lagi hah?” Aria fikir nombor dari orang yang sama kantoikan kecurangan Syed Hilman rupanya tidak.
Bulat mata Aria bila membaca kiriman WhatsApp tersebut.
+
Siapa izinkan you keluar hospital? You nak lari sebelum I tuntut janji dari you?
“Tuntut?” Otak Aria ligat fikir sampailah dia teringat akan seseorang. Laju Aria balas WhatsApp tersebut.
ARIA
Tengku Ziyad Sayf?
+ is typing…
Hati Aria mula rasa berdebar-debar kalau betul Tengku Ziyad Sayf yang hubunginya.
+
Rajin you taip nama penuh I? Balik hospital sekarang. I dah tahu apa yang I nak tuntut dari you.
Aria gigit bibir. Kenapa Aria dengar seperti satu arahan yang tak patut dibiarkan? Aria mula terbayang wajah Tengku Ziyad Sayf yang dingin macam ais.
DALAM sekelip mata Aria sudah berada di atas katil hospitalnya semula. Siapa lagi yang baik hati tolong check in kan Aria sambung menginap semula dua hari di hospital. Yang pelik Aria boleh turutkan saja.
Adakah Aria takut dengan Tengku Ziyad Sayf yang terlebih tunjuk prihatin mengalahkan suaminya? Eh, bekas suami!
“You tahu? Nurse dan doktor kat luar sana tu hampir nak kena pecat sebab benarkan you keluar dari hospital.” Tengku Ziyad Sayf bersuara.
“Kenapa nak pecat dorang pula? I sendiri yang sign AOR tau. Siapa yang pandai-pandai nak pecat dorang? Tengku?” soal Aria pula tak puas hati.
Jangan cakap hospital ini juga salah satu milik kekayaan keluarga Tengku Ziyad Sayf. Tapi apa kena mengena dengan Aria?
Seperti selalu Tengku Ziyad Sayf kelihatan tenang dan berkuasa. Tambah pula dengan wajah kacaknya yang terlalu sempurna. Dengan tulang rahang yang tajam, hidung yang mancung dan mata coklat yang mempesonakan mampu buat ramai wanita di luar sana terjatuh hati pada lelaki ini.
Tengku Ziyad Sayf juga mempunyai aura yang begitu berwibawa sekali gus mencerminkan dirinya yang mempunyai kuasa dan pangkat.
“Mana Tengku dapat nombor I?”
Aria tanya soalan yang tak perlu ditanya. Sudah tentu dengan mudah Tengku Ziyad Sayf boleh dapat nombor telefonnya.
“Now baru I faham why musuh I tu boleh terjatuh suka pada perempuan macam bini baru dia tu…” Tiba-tiba Tengku Ziyad Sayf ungkit pasal Syed Hilman. Bukan jawab pertanyaan Aria.
Aria buat muka tak puas hati. Nak cakap perangai dia yang kuat melawan ini menyebabkan Syed Hilman curang pada perempuan gedik macam Emma?
“Tak payah la tarik muka sampai 14 inci. I puji you kut,” ujar Tengku Ziyad Sayf selamba dengan muka tak berperasaan.
“Puji apa bendanya?” rungut Aria.
“Fikir la sendiri. Takkan you tak tahu apa yang you lagi bagus dari perempuan tu.”
Aria diam. Bagus macam mana dia pun tetap Aria kalah pada Emma.
Tengku Ziyad Sayf perasan wajah Aria mula bertukar mendung. Aria mula merenung dengan pandangan kosong.
“You pergi mana sampai sanggup sign AOR?” Tengku Ziyad Sayf ubah topik.
“I pergi jumpa mama…” jawab Aria lemah yang mula rasa penat dengan dirinya seharian ini.
“Kenapa dengan mama you?” tanya Tengku Ziyad Sayf ingin tahu.
“Mama I tak sihat…”
“You pun tak sihat juga.”
Aria bertentang mata dengan Tengku Ziyad Sayf. Mungkin lelaki ini tahu ada perkara lain yang buat Aria terdesak mahu keluar dari hospital.
“I pergi jumpa Hilman juga.” Aria cuba lihat reaksi Tengku Ziyad Sayf.
Macam biasa Tengku Ziyad Sayf kelihatan tenang saja. Takkan lelaki ini nak mengamuk pula?
“I dah sign surat cerai. Macam Tengku cakap, I bukan pesaing you lagi. Hilman dah rampas semuanya…”
“Musuh I tu ada ugut you apa-apa ke?”
Aria ketawa. Kendengaran sadis saja.
“I dah tak kisah semuanya. Yang penting I dah bebas sekarang. I sendiri yang rela lepaskan semuanya kalau dia tak ugut sekalipun.”
Aria tersandar lemah. Agak perit dia mahu menelan kenyataan tapi jika itu adalah jalan untuk mulakan semula hidupnya tanpa orang-orang yang tak menghargainya maka itu lebih baik.
“Mama you macam mana? I boleh suruh…”
“Cukup, Tengku…”
Sekali lagi Aria bertentang mata dengan Tengku Ziyad Sayf.
“Macam I cakap sebelum ni, Tengku tak perlu susahkan diri lagi. Cukup Tengku pernah selamatkan I.”
“You risau ke?” tanya Tengku Ziyad Sayf tiba-tiba.
“You risau I akan tuntut macam-macam dari you?” Tengku Ziyad Sayf angkat kening.
Aria diam. Memang Aria tak nak makan banyak budi daripada Tengku Ziyad Sayf kerana hubungan mereka tidak pernah rapat. Ini pun Aria ceritakan semuanya pada Tengku Ziyad Sayf kerana dia memerlukan seseorang untuk mendengar luahannya supaya Aria tidak kembali rasa tertekan lagi. Dia pun tak perlu nak rasa malu bercerita kerana Tengku Ziyad Sayf juga sudah tahu segalanya.
“Don’t worry, Aria. I tak berminat nak claim macam-macam dari you. So tak payah risau berapa banyak you termakan budi yang I hulurkan.”
Aria diam lagi.
“I cuma perlu you tunaikan satu permintaan saja. Itu yang I mahu tuntut sekarang.”
Barulah Tengku Ziyad Sayf kelihatan tidak tenang pada ketika ini dan Aria tidak dapat agak apa yang berada dalam fikirkan Tengku Ziyad Sayf waktu ini.
“Apa permintaan, Tengku? I akan cuba tunaikan,” balas Aria dengan rela hati.
Tengku Ziyad Sayf menatap ke dalam anak mata Aria sebelum bersuara… “Lepas you habis iddah, kahwin dengan I.”
Melopong mulut Aria. Seluruh badannya rasa terkejut mendengar lamaran Tengku Ziyad Sayf.
“W…What?” Aria masih tak percaya lagi.
“Tengku…jangan main-main…”
“No… I’m being serious.”
Wajah Tengku Ziyad Sayf tampak serius dengan permintaannya sehingga Aria yang hilang kata-kata.
Terima lamaran daripada musuh bekas suami? It sound crazy!
Terima kasih korang sukakan novel ni. Teruskan support dan baca novel ni tau. Mari kita nantikan kegilaan Aria menerima lamaran daripada musuh bekas suami sendiri hehehe jangan lupa tinggalkan rasa keterujaan korang di ruang komen.
Share this novel
selanjutnya bila . x sabar nk membacanya
selanjutnya . bila
kena bayar ke klau nk sambung bab 5?