Bab 4

Romance Completed 27839

AIR matanya dari tadi langsung tidak berhenti. Pemandangan kelam malam ini dari luar biliknya sangat memahami dengan apa yang dia rasakan ketika ini. Angin malam yang memeluk tubuhnya seperti tahu dia selalu merasa kesunyian sehinggakan dia tidak ingat lagi bagaimana perasaannya dipeluk oleh seseorang.

Dia dibesarkan oleh keluarganya seperti minyak penuh yang ditatang. Dia tidak pernah bersendirian sering ditemani pembantu rumah dan bila berkahwin dia sangkakan hidupnya akan bebas. Namun, rupanya tidak. Dia terperangkap dengan sebuah perkahwinan yang tidak diinginkan oleh lelaki itu.

Kepada siapa dia mahu mengadu?

Dia tiada kawan-kawan. Hidupnya dahulu hanya dibesarkan di dalam rumah kerana mama dan papanya takut jika dia bergaul dengan orang yang salah.

Imbasan memori tentang wajah lembut dan gembira Fakrul Razi yang bersama dengan seorang perempuan yang cantik dan seorang bayi. Ia seperti keluarga yang lengkap. Dan, dia tidak pernah disapa sebegitu oleh Fakrul Razi.

Air matanya dikesat kerana dia yang bodoh tidak melarikan diri dari sini sedangkan dia dan Fakrul sudah?

Tok! Tok! Tok!

Berkerut dahi Casandra mendengar ketukan pada pintu. Pastinya itu bukan Fakrul Razi kerana dia tidak pernah mengetuk sebelum masuk. Lalu kakinya dibawa ke hadapan pintu dan dia membuka pintu itu. Nafasnya seakan-akan tersekat melihat satu wajah di hadapannya ini.

?Puan.?

Mata Karl jatuh pada tubuh seksi Casandra yang hanya memakai lingerie berwarna hitam. Walaupun badannya ditutup dengan kardigan satin nipis itu tapi masih membuatkan wanita di hadapannya itu kelihatan sungguh seksi.

Dengan wajahnya yang sembap seperti baru lepas menangis. Dan, entah kenapa tangan Karl diangkat dan menyeka air mata yang berada di hujung mata Casandra. Lalu, dia tersentak dan menundukkan semula kepalanya.

Tersentuh hati Casandra dan dia tersenyum kecil, baju kardigannya terlepas dari bahu dan dia membiarkan saja menayangkan tubuhnya yang terdedah itu. ?Yes, Karl? Awak datang sini kenapa? Ada apa-apa yang penting ke??

Perlahan Karl mengangguk dan menarik nafasnya. Dia tidak tahu apa keputusan yang akan diambilnya ini benar atau salah. Namun, satu yang Karl tahu dia kena berusaha mendapatkan duit yang diminta oleh Johari. Demi masa depannya dan rancangannya.

?Bila awak berdiri lama macam ni kan Karl. Awak macam belanja saya muka awak yang handsome ni,? ucap Casandra sambil bersandar di tepi tiang pintu bilik tidurnya.

?Saya ada benda nak bincang dengan puan. Pasal tawaran puan,? kata Karl yang mula resah gelisah.

?Oh, boleh je. Masuklah. Takkan nak bincang kat luar ni, nanti ada orang dengar pulak,? ajak Casandra.

Tiada pilihan lain. Terus Karl masuk ke dalam bilik Casandra yang sangat tersusun dan wangi itu. Bilik itu sangat tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku pada wanita di hadapannya ini. Dari belakang tubuh Casandra dipandang. Gila sungguh secantik ini tidak dihargai.

?Awak dah fikirkan ke pasal tawaran saya tu?? tanya Casandra yang sudah duduk di sofa yang berada di dalam biliknya. Senyuman Casandra terlihat manis kerana dia merasakan hidupnya bagaikan bererti semula walaupun ini hanyalah dibayar, tapi lebih baik bukan daripada tidak merasa apa-apa?

Karl membetulkan suaranya dengan berdeham. ?Ya, puan. Ke puan dah tak nak dah??

?Saya memang tengah tunggu awak, Karl. So, awak dah fikirkan ke dengan tawaran yang saya berikan tu?? tanya Casandra yang sepertinya sudah tidak sabar-sabar dengan rancangannya ini. Dia semakin suka dengan Karl.

Dengan penuh ragu-ragu Karl mengangguk. ?Ya, puan. Saya setuju dengan tawaran puan. Tapi, saya ada syaratnya juga dan permintaan dekat puan kalau puan tak keberatan nak dengar dan bersetuju.?

?Okey, cakaplah. Saya rasa saya okey je,? balas Casandra penuh tidak sabar.

Mata Karl dan Casandra bertentangan ada segaris perasaan menyapa hati kedua-duanya. Mungkin persamaan mereka, kedua-duanya penuh keterdesakan dalam menempuh hari esok.

Karl risau juga jika permintaannya ditolak oleh Casandra. ?Saya setuju untuk jadi teman kepada puan, tapi bukanlah sebagai seorang yang merosakkan rumah tangga puan. Saya sanggup dan sudi melayani puan sebagai? seorang kekasih melalui perasaan.?

?Perasaan. Dan, saya perlukan sentuhan juga, Karl.?

Tertelan liur Karl dibuatnya. ?Kita tengok macam mana dulu ya puan. Puan sedang buat keputusan dalam keadaan sedih. Dan, izinkan saya dengan cara saya sendiri.?

Casandra hanya terdiam. ?Itu saja ke??

Laju saja Karl menggeleng. ?Saya? saya perlukan duit sebenarnya. Saya nak hantar ke kampung.?

Tanpa banyak tanya terus saja Casandra bersuara. ?Berapa banyak??

?25 ribu.?

Casandra mengangguk. ?Okey, bila nak??

Tercengang Karl dengan jawapan bersahaja Casandra.

?Nak transfer sekarang ke?? tanya Casandra lagi sambil bangun dan mencapai telefon pintarnya itu.

?Kejap, puan. Boleh puan transfer ke akaun abang sepupu saya?? tanya Karl dengan serba salah dan malu yang sudah mengambil tempat sekarang ini.

Casandra mengangguk. ?Bagi nombor akaun.?

Terus saja Karl membacakan nombor akaun Johari dan Casandra hanya mengangguk-angguk dan terus menghantarkan wang kepada akaun Johari. Kemudian, ada panggilan daripada bank untuk mengesahkan tentang pengiriman wang itu.

?Okey dah,? kata Casandra sambil tersenyum manis.

Karl terkejut dan mengangguk. ?Sorry sebab saya memang memerlukan dana dan modal untuk teruskan tanah tanaman saya di kampung. Abang saudara saya yang jagakan kat sana untuk saya. Maaf sekali lagi kalau nampak macam terdesak.?

Hanya renungan lembut Casandra saja sebagai balasan kerana Casandra terfikir seronoknya punya aktiviti di luar dan mempunyai tanaman sendiri. Dia tidak pernah berada lama di dunia luar. Hidupnya banyak di dalam rumah saja.

?Puan, minta maaf kalau saya menyusahkan. Kalau tak ada apa saya keluar dulu,? kata Karl dengan gugup.

?Kejap Karl,? tegah Casandra perlahan.

?Saya takut nak berlamaan dalam bilik ni sebab ni adalah ruang peribadi puan dan tuan. Saya rasa tak patut ada kat sini,? balas Karl yang sudah berada di hadapan pintu.

Casansdra menggeleng. ?Ni bilik saya. Bilik tuan kat belah hujung sana. Kami sudah lama tidur berasingan dan bilik dia hanya boleh masuk jika dia ada kat dalam tu atau kalau dia perlukan saya untuk puaskan dia. Tapi, itu dululah.?

Malu Karl mendengarnya.

?Bilik ini akan jadi pertemuan kita juga nanti. Kita sudah ada perjanjian kan dan dah secara rasminya saya adalah kekasih rahsia awak, Karl.? Casandra merenung redup wajah kacak Karl yang kelihatan gugup itu.

Karl hanya mengangguk kecil.

?Baguslah kalau macam tu. So, sekarang saya perlukan awak. Saya nak awak datang dekat dengan saya dan peluk saya,? kata Casandra yang sudah berdiri rapat dengan Karl yang terpinga-pinga itu.

Jemari Casandra sudah melekap pada dada Karl yang tegap itu. Bauan wangi tubuh Karl sangat mengganggu warasnya ketika ini. Entah kenapa dia semakin menyukai lelaki ini.

?Tapi, puan??

?Saya perlukan sangat-sangat sentuhan fizikal jugak. Saya ni kurang kasih sayang. Saya ada duit dan segalanya tapi saya tak ada attachment perasaan dan fizikal. Saya perlukan dua ini dan saya harapkan awak boleh berikan kepada saya dan saya mintak sekarang ni,? kata Casandra dengan lembut langsung tiada nada seperti sebuah arahan.

Entah kenapa Karl merasakan Fakrul Razi rugi tidak melayani seorang perempuan seperti Casandra yang sangat baik dan lembut ini. Mata mereka saling berpandangan, dan entah kenapa Karl melihat mata Casandra yang bergenang.

Perlahan tangan Casandra ditarik perlahan dan terus dibawa ke dalam pelukannya. Terus saja Casandra menyembamkan kepalanya pada dada tegap Karl. Pinggang Karl dipeluk erat dan yang paling ditunggu Casandra adalah pelukan kembali Karl yang disertakan dengan usapan lembut pada belakangnya.

Air mata Casandra mengalir perlahan.

Adakah ini caranya menikmati sebuah pelukan?

Perlahan jemari Karl mengusap belakang kepala Casandra dan turun sehingga ke punggung Casandra. Mengusap dengan lembut tanpa perlu bernafsu dan seketika bilik itu hanya sunyi dan hanya ada dua manusia yang saling memerlukan antara satu sama yang lain.

Casandra mendongak memandang Karl dengan meletakkan dagunya pada dada Karl. Matanya mencari mata Karl.

Lalu, jemari Karl menghapuskan air mata Casandra. ?Jangan menangis lagi, puan. Saya ada dekat sini dengan puan.?

Selamat berkenalan semua. Ini dia Casandra dan Karl.

Share this novel

Normadiah 84
2026-05-18 11:15:39 

best

DHIA AMIRA.
2025-12-22 21:47:15 

best kish ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience