Completed
27774
CERMIN pandang belakang dilihat dan ditenung dengan rasa bercampur baur. Ada satu garisan antara mereka yang dia tidak boleh langgar atau cuba masuk. Dia hanya diam dan memandang majikannya itu.
Entah berapa lama Casandra menangis di dalam kereta. Dia dan Karl masih berada di hadapan rumah mewah yang baru sahaja diketahuinya sebagai rumah lain milik suaminya. Dadanya terasa sesak, seolah-olah ada batu besar yang menghimpit di situ. Hakikat pahit yang baru terbongkar benar-benar menghancurkan dirinya.
?Dia? dia yang nak kahwin dengan saya. Paksa saya jadi isteri dia. Memang atas permintaan keluarga kami. Tapi? saya korbankan semuanya untuk jadi isteri dia. Saya langsung tak ada kawan sebab nak jadi isteri yang taat,? luah Casandra dengan pilu.
?Saya hilang kawan-kawan dan mengharapkan dia saje dalam hidup saya sebab saya sangat percaya dunia seorang isteri adalah suaminya.? Tangisan pilu Casandra kedengaran
Karl hanya berdiam diri, tidak mengganggu Casandra yang sedang meluahkan kesedihan. Dia dapat melihat betapa wanita itu sangat terluka. Walaupun dia seorang lelaki, Karl memahami betapa sakitnya dikhianati oleh insan tersayang. Sakit yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Namun selepas sekian lama Casandra menangis, rasa simpati Karl semakin menebal. Dia terus memandu keluar dari kawasan itu kemudiannya dia terlihat ada kedai makan dan turun dari kereta untuk membeli air minuman. Dalam masa yang sama, dia berniat bertanya kepada penduduk sekitar tentang Fakrul Razi dan wanita itu. Mungkin saja mereka tersilap sangka. Mungkin wanita itu hanyalah saudara, bukan isteri Fakrul Razi.
Karl terlebih dahulu membeli air minuman di sebuah kedai makan yang tidak jauh dari kawasan perumahan Fakrul Razi. Selepas itu, dia ditegur oleh sekumpulan lelaki yang berpakaian seperti pemandu bagi orang-orang kaya.
?Bro, kau driver Tuan Fakrul ke?? tanya salah seorang lelaki di situ.
Terdiam Karl dan dia hanya mengangguk. ?Macam mana tahu??
?Nombor plat tu ha yang kitorang tahu. Lagipun, rumah dia pun ada kat sini jugak kan,? sampuk seorang lagi yang berada di situ selepas menghembuskan asap rokoknya.
Karl tersenyum dan mengangguk. ?Terang lagi bersuluhlah kan. Cuma aku baru kerja. So, baru nak tahu selok belok sini.? Perlahan Karl cuba mencucuk jarum dia yakin lelaki itu mengetahui siapa pemilik rumah berkenaan dan hubungan mereka.
?Entahlah, ada driver sini cakap ni memang rumah Tuan Fakrul Razi dengan isteri dia, Puan Karina. Dorang baru dua ke tiga bulan lepas dapat anak lelaki,? jelas lelaki yang awal menegurnya itu tadi.
?Weh, asal kau bagitahu dia. Benda ni kan tak ada siapa tahu,? tegur salah seorang lelaki di situ. Tercengang semua dengan kelancangan mulut kawannya itu.
Laju saja Karl menggeleng dan menenangkan mereka. ?Relaks. Cerita sini habis sini. Memang prinsip driver-driver vvip kan. Sesama kita memang akan bercerita tapi cerita ni hanya habis kat kita. Jangan risaulah.?
Karl menghela nafas panjang. Pandangannya beralih ke arah keretanya, tempat Casandra masih menangis pilu sejak tadi.
?Aku gerak dulu. Terima kasih korang.?
Dengan perasaan bercampur-baur, Karl kembali ke kereta. Kasihan dia dengan Casandra, namun apa saja yang mampu dia lakukan. Dia juga mempunyai masalahnya yang tersendiri. Terkejut dia melihat wajah Casandra yang sedang memandangnya.
?Minum dulu, puan. Puan dah terlalu lama menangis. Nanti tekak puan kering,? kata Karl sambil menghulurkan air minuman.
Tanpa berkata apa-apa, Casandra mengambil botol itu lalu meneguknya sehingga tinggal separuh.
?Puan masih nak kita tunggu kat sini atau kita balik?? tanya Karl perlahan.
?Betul ke apa yang saya dengar daripada geng meja tepi tu? Pasal perempuan tu dengan Fakrul?? Suara Casandra terhenti.
Karl serba salah dan hanya mengangguk. ?Puan dengar ke tadi tu??
Casandra menyeka air mata yang kembali mengalir. Dia mengangguk perlahan, tanda dia mendengarnya dan memang kebetulan dia juga sedang menurunkan cermin dan dia terdengar perbualan mereka semua. Kebetulan kereta memang sangat rapat diparkirkan dengan tempat lepak mereka.
?Terima kasih, Karl. Rupanya saya dah lama kena tipu. Mungkin dari awal lagi dia dah ada orang lain belakang saya. Sampai sekarang saya tak tahu kenapalah dia setuju kahwin dengan saya. Bodoh punya jantan!?
Casandra menarik nafas berat. Suaranya bergetar sakit dan marah bercampur menjadi satu.
?Kenapa awak diam je Karl? Awak rasa benda ni normal ke?? tanya Casandra dengan nafas yang tertahan.
Laju Karl menggeleng. ?Saya orang luar dan ini bukan dalam tugasan saya. Tugas saya melindungi dan menjadi bodyguard kepada puan. Itu saja. Saya tak nak cari pasal dengan Tuan Fakrul.?
Casandra mengeluh kuat. ?Kita balik sekarang.?
Walaupun bingung, Karl tidak membantah. Dia segera memandu meninggalkan kawasan itu.
Mungkin Casandra memang perlukan masa untuk menenangkan diri dan menghadam kenyataan pahit yang baru terbongkar. Kebenaran yang datang bagai petir menyambar kala langit tidak gelap.
Sepanjang perjalanan, hanya sunyi yang menemani mereka. Casandra tidak lagi menangis. Dia termenung memandang keriuhan kota di luar tingkap. Karl tahu, di sebalik diam itu, terlalu banyak luka yang dipendam.
Setibanya di rumah, Casandra terus masuk tanpa sepatah kata. Karl hanya mampu memandang penuh kerisauan, takut wanita itu bertindak di luar kawalan.
?Karl, kenapa dengan puan?? tanya Kak Sal, ketua pembantu rumah.
Karl menghela nafas. ?Saya ni cuma bodyguard je, kak. Saya bertanggungjawab menjaga keselamatan dan diri puan. Kalau Kak Sal nak tahu, lebih baik tanya sendiri pada Puan Casandra.?
?Ya Allah, kau ni kan. Tak reti nak bergosip betul,? rungut Kak Sal. ?Mungkin Puan Casandra sedih lagilah tu kena tinggal je. Rumah ni dah biasa dengar Puan Cas asyik panggil Tuan Fakrul. Kitorang kat rumah ni pun dah tak sanggup nak tengok drama dorang.?
Karl memandang sepi rumah itu. Misinya di sini hanya menjaga wanita sepi itu. Langkahnya dibawa berdekatan bilik Casandra, berjaga-jaga sekiranya wanita itu memerlukannya.
?BODOH!?
Prang!
Bingkai gambar perkahwinannya dengan Fakrul sebesar kertas A4 dihempas kuat pada bucu meja agar retak dan terbelah dua yang sememangnya itu adalah niatnya. Kewarasannya hampir hilang kerana dia setia menunggu di rumah ini, digantung seperti ini. Dikurung seperti di dalam penjara.
?Kau tipu aku, Fakrul! Kau simpan aku buat apa lagi. Sentuh aku pun kau tak nak, jaga aku pun kau tak nak. Apa kau nak dengan aku ni bodoh! Rupanya kau dah jumpa perempuan yang kau boleh luahkan rasa kau.?
Tangisannya semakin kuat. Mimpinya tentang rumah tangga yang bahagia dan zuriat musnah sekelip mata. Dengan senyuman pahit, Casandra bangun dan melangkah keluar. Karl yang berada di luar terus berdiri tegak.
?Sejak bila awak ada kat sini?? tanya Casandra dengan wajah yang sembap.
?Sejak puan masuk bilik,? jawab Karl jujur.
?Maafkan saya, puan. Saya cuma mahu pastikan puan baik-baik saja.?
?Berapa suami saya bayar awak?? tanya Casandra tiba-tiba. Entah angin apa yang merasuk badannya dan terus saja dia hilang pertimbangan tentang apa yang terjadi.
?12 ribu, puan.?
?Apa tugas awak?? Casandra pandang Karl yang sememangnya mempunyai raut wajah yang sangat kacak dan sebenarnya kurang sesuai sebagai bodyguard. Namun, rangka badan dan tubuh yang tegap membuatkan Karl sangat sesuai dengan kerjaya melindunginya.
?Menjaga dan menemani puan bila-bila masa diperlukan.?
Casandra menarik nafas panjang. ?Saya akan bayar awak lebih. Tapi awak kena buat apa yang aku mahu.?
Karl terdiam.
?Apa yang puan nak saya buat??
?Jadi kekasih saya, Karl. Jadi orang ketiga dalam hidup saya. Saya akan bayar awak dua kali ganda daripada apa yang Fakrul bagi.?
Share this novel
best la novel yang ini saya sokong