Bab 1

Romance Completed 27774

LANGKAHNYA laju dibawa ke ruang tamu, dia sentiasa bersedia dan bersiap cantik untuk menyambut lelaki yang sentiasa dia menunggu. Dunianya hanyalah lelaki itu dan buku-buku yang dia baca.

Tersenyum dia melihat sosok seorang lelaki yang sedang berdiri menunggunya. Walaupun wajah lelaki itu sentiasa tegang dan serius, namun sikit pun tidak mengurangi perasaannya kepada lelaki itu. Fakrul Razi.

?Abang?? Tangan dia dihulurkan dan dia terus mencium tangan Fakrul Razi.

?Cas, kenalkan ni Karl. Bodyguard yang abang bayar untuk ada setiap masa dan bila-bila yang Cas perlukan. Dia bukan je akan jadi guard, tapi boleh jadi kawan Cas jugak,? kata Fakrul Razi sambil memperkenalkan seorang lelaki yang dipanggilnya Karl atau nama sebenarnya Haikal Eidrees.

Terkejut Casandra dengan kata-kata suaminya.

?Casandra Imani dengar tak apa abang cakap ni?? tanya Fakrul Razi dengan suara tegasnya.

?Bodyguard? Untuk apa? Saya tak perlukan bodyguard. Yang saya perlukan tu abang bukan orang lain. Apalagi bodyguard lelaki. Ni semua tugas abang kenapa nak bagi pada orang lain?? Casandra terus protes tidak puas hati. Dia sentiasa mendambakan kehadiran suami dalam kehidupan sehariannya.

Berdecit dan garang sungguh wajah suaminya ketika ini. ?Dahlah Cas. Janganlah nak manja macam ni sangat. Dia macam biasa je. Abang hire Karl bukan sebab sembarangan. Dia bagus, dia bekas tentera dan macam-macam dia mahir. Ha, lagipun dia lebih kurang je umur dengan Cas.?

?Tak apa, tak apa. Saya lebih rela tak ada. Lagipun, saya nak abang dengan saya bukan setiap hari. Waktu weekend je. Lagipun, kita dah lama tak borak-borak macam dulu. Abang pun banyak tak tahu pasal saya dah. Apa semua tu seorang bodyguard boleh buat ke? Sampai abang rasa dia lebih layak dan nak bayar dia? Tak, abang! Semua ni akan burukkan lagi hubungan kita,? luah Casandra dengan geram. Apa suaminya tidak boleh berfikir?

Sanggup suaminya mengupah seseorang untuk menggantikan kehadirannya sebagai suami. Gila sungguh seorang Fakrul Razi ini.

?Tengoklah. Cas yang rumitkan semua benda. Abang dah buat apa yang abang mampu dan Cas sebagai isteri tak faham tuntutan kerja abang yang memang busy. Ni hanya cuma jalan sementara. Tak boleh nampak lagi ke?? kata Fakrul Razi yang mula hilang sabar.

?Ni bukan jalan keluar, tapi jalan??

?Dah! Abang tak mintak pendapat Cas pun. Jangan buat abang marah. Abang busy cari duit bukan buat apa pun. Untuk kesenangan kita semua jugak. Cas hanya perlu ikut cakap abang je,? sampuk Fakrul Razi yang sudah panas hati di rumah itu.

Fakrul Razi jelas tidak senang hati apabila Casandra terus membantah. Pada fikirannya, Casandra seharusnya faham dan tidak perlu terlalu banyak kerenah. Wanita itu sepatutnya menerima sahaja keputusan yang telah dibuatnya. Semuanya demi kebaikan Casandra sendiri. Tidakkah Casandra sedar apa yang sedang berlaku dalam hubungan mereka yang begitu kompleks ini.

?Abang, tapi saya??

?Sudah, cukup!? potong Fakrul Razi dengan nada keras. ?Abang tak ada masa nak berdebat dengan Cas lagi. Abang kena pergi sekarang, banyak kerja nak kena buat. Cas pergilah jalan-jalan ke mana-mana yang Cas mahu. Beli apa saja yang Cas nak. Abang dah transfer duit untuk Cas berseronok,? katanya tanpa memberi ruang untuk Casandra bersuara.

?Pergi kerja lagi, bang?? Suara Casandra meninggi, nafasnya mula tidak teratur. ?Abang, sekarang dah pukul 6.30 petang. Ini waktu balik rumah. Sepatutnya waktu abang dengan saya! Cas pun perlukan abang jugak.?

Baru sahaja dia meluahkan bantahan terhadap keputusan Fakrul Razi, lelaki itu sudah bersiap untuk meninggalkannya sekali lagi.

?Abang dah kata jangan ajak abang berdebat, Casandra. Abang sibuk! Abang tak ada masa nak layan perangai Cas yang macam budak kecik tak matang ni!? bentak Fakrul Razi.

Tanpa menghiraukan rayuan Casandra, Fakrul Razi terus melangkah pergi. Ada sesuatu yang menunggunya, dan dia perlu segera beredar.

?Abang! Tunggu! Abang tak boleh tinggalkan saya macam ni! Kita belum habis bercakap, Abang!? jerit Casandra sambil mengejar.

Dia tidak mahu lelaki itu pergi kali ini. Dia perlukan lelaki itu. Namun malangnya, Fakrul Razi seolah-olah tuli. Enjin kereta dihidupkan, dan dalam sekelip mata, lelaki itu memecut pergi, meninggalkan Casandra terpaku sendirian.

?Abang memang jahat. Abang? buat saya macam kain buruk,? bisik Casandra dengan suara bergetar, air mata mengalir deras membasahi pipinya. ?Macam mana abang sanggup buat saya macam ni? Abang memang dah tak ada hati??

?Puan, maaf, saya??

?Awak bodyguard saya, kan?? Casandra tersu bersuara sambil menatap Karl yang rupanya mengikutinya. Dia mengesat air mata dengan kasar.

?Ya, puan,? jawab Karl sambil mengangguk.

?Kalau begitu, tolong saya,? kata Casandra tegas. ?Saya nak tahu kerja apa yang suami saya buat sampai langsung tak ada masa untuk saya. Saya dah penat diduakan dengan kerja dia. Kadang-kadang saya rasa macam nak hancurkan saja syarikat yang buat dia jadi macam ni!?

?Tapi, puan? kalau tuan tahu nanti??

?Itu urusan saya, Karl!? potong Casandra keras. ?Tugas awak cuma ikut arahan saya. Ingat, suami saya bayar awak mahal untuk buat apa yang saya mahu. Jadi buat je!?

Karl terdiam seketika sebelum mengangguk. ?Baik, puan.?

Casandra menyerahkan kunci kereta kepada Karl dan meminta lelaki itu memandu. Dia mahu mengekori suaminya. Tertangkap atau tidak, dia tidak peduli.

?Kita nak ke mana, puan?? tanya Karl selepas mereka meninggalkan rumah.

?Bos awak tu tak jauh lagi dari sini. Kejar dia,? arah Casandra.

Karl menekan pedal minyak. Kereta dipacu laju, memotong satu demi satu kenderaan di hadapan. Mereka mesti mengejar Fakrul Razi.

Dengan bantuan Casandra yang sangat mengenali kereta lelaki itu, akhirnya mereka berjaya mengekorinya pada jarak yang selamat agar tidak disedari. Tambahan pula, kereta yang mereka gunakan ialah hadiah ulang tahun daripada Fakrul Razi sendiri. Mustahil lelaki itu tidak mengenalinya jika terlalu dekat.

Sepanjang perkahwinan, Casandra tidak pernah merungut tentang duit atau kemewahan. Fakrul Razi menyediakan segalanya tanpa diminta. Wang bulanan yang diberi juga terlalu besar nilainya, khusus untuk Casandra sahaja. Keperluan rumah pula diuruskan berasingan oleh ketua pembantu rumah di banglo mewah mereka.

Dari luar, hidup Casandra kelihatan sempurna. Suami tampan, kaya, berkerjaya hebat. Namun tiada siapa tahu, di sebalik kemewahan itu, Casandra merasa sunyi. Casandra hanya patung yang menghiasi rumah itu. Dia juga hampir gila dengan hubungan mereka ini.

Dalam tempoh setahun lebih perkahwinan, mungkin hanya beberapa kali sahaja Fakrul Razi menyentuhnya kini tidak lagi. Lelaki itu sentiasa sibuk. Kadang-kadang dalam sebulan, hanya satu atau dua malam sahaja dia tidur di rumah. Malah pernah hampir sebulan.

Casandra bukan sekali dua meluahkan perkara ini, tetapi Fakrul Razi tidak pernah peduli. Dia hanya meminta Casandra memahami kesibukannya dan menutup segalanya dengan duit dan kemewahan.

Tanpa disedari Fakrul Razi, apa yang Casandra perlukan bukan duit? tetapi kehadiran seorang lelaki dan melayannya sebagai seorang isteri.

Lamunan itu membuat dada Casandra sesak.

Tiba-tiba, dia tersentak apabila menyedari mereka memasuki kawasan perumahan elit.

?Karl, awak pasti ini betul? Ini bukan jalan ke pejabat. Ini kawasan perumahan!? tegur Casandra.

?Maaf, puan. Saya cuma ikut kereta Tuan Fakrul Razi,? jawab Karl sambil menunjuk ke depan.

Casandra menelan air liur. Perasaan tidak sedap mula menyelinap masuk ke hatinya. Mereka tersekat di pintu pemeriksaan kawalan oleh pengawal di situ. Keluhan Casandra kuat didengari oleh Karl.

Dengan mata yang tajam dan fikiran yang pantas berfikir. Matanya juga tertancap pada nombor-nombor rumah dan juga ada yang tertera pada papan kenyataan di dalam ruang pondok pengawal.

?Yes, sir??

?Kitorang sepatutnya masuk sekali dengan Tuan Fakrul Razi yang baru lepas tadi. Dia mintak pesan dekat guard macam tu je,? kata Karl bersahaja sambil tersenyum manis.

Pengawal keselamatan di situ mengangguk kerana nama itu sangat terkenal antara mereka. Seorang lelaki yang sangat garang.

?Rumah nombor 45C.? Sengaja Karl menyebut nombor rumah sembarangan itu.

Laju pengawal keselamatan itu menggeleng dan tanpa sedar dia memberitahu nombor rumah. ?25B?

?Oh, sorry. I salah ingat. Mati I kalau Tuan Fakrul marah. Thanks.? Terus saja Karl memandu masuk dengan yakin dan berpuas hati dengan apa yang dia lakukan. Tidak lama kemudian, kereta Fakrul Razi berhenti di hadapan sebuah banglo mewah. Casandra dan Karl terpaksa parkir di seberang jalan.

Dengan jantung berdegup kencang, Casandra turun dari kereta.

?Puan, tunggu! Kalau puan ke sana dan tuan nampak, dia boleh mengamuk nanti. Lebih baik kita tunggu je sini. Mungkin tuan cuma jumpa rakan kerja dia je,? pujuk Karl.

?Saya tak boleh tunggu lagi,? jawab Casandra tegas. ?Saya kena tengok sendiri apa yang dia buat.?

Casandra berlari ke pagar besi. Dari celah pagar, dia melihat Fakrul Razi turun dari kereta, membawa jaket dan beg kerja seperti seorang suami yang baru pulang ke rumah selepas seharian bekerja.

Jantung Casandra seakan-akan berhenti.

Beberapa saat kemudian, pintu rumah terbuka. Seorang wanita muncul, mendukung seorang bayi. Wanita itu tersenyum ceria menyambut Fakrul Razi. Lelaki itu mengucup dahi wanita tersebut, kemudian mengambil bayi itu dan mencium pipinya berkali-kali.

Satu pemandangan keluarga bahagia terpampang jelas di depan mata Casandra.

Air matanya jatuh tanpa henti.

Kini dia faham segalanya.

?Jadi ini kebenarannya?? bisiknya dengan suara hancur. ?Ini sebabnya abang layan saya macam orang asing selama ni? Sebab abang ada keluarga lain di belakang saya? Siapa perempuan tu dan anak tu? yang menyambut kepulangan abang dengan senyuman bahagia??

Suara Casandra bergetar, antara sakit dan marah. Sementara hatinya hancur berkecai.

Share this novel

Nira
2026-06-06 18:44:32 

sadd

khairunnisa
2026-03-21 16:24:18 

aku yang baca aku pula yang geram

Normadiah 84
2026-03-10 08:04:16 

best


NovelPlus Premium

The best ads free experience