Completed
26592
?SURI? sorry biy baru sempat nak call balik tadi busy sangat sampai tak sempat nak jawab call apa semua. Biasalah weekend memang busy macam ni. Lepas tu, tadi ni Ilya bagitahu yang awak datang kedai ya sayang? Sorry, masa tu biy dah on the way dah. Kalau tunggu kejap mesti kita dah jumpa.?
Akhirnya, panggilan daripada Ferhad. Suara lelaki itu kedengaran tenang dan bersahaja sepertinya tiada apa-apa yang terjadi.
Suri Hati terdiam lama. Hatinya berkecamuk antara marah, kecewa dan takut untuk tahu kebenaran. Dia menghela nafasnya dan cuba bersabar serta melapangkan dadanya. Mungkin ini hanya gangguan emosinya sahaja.
?Sekarang biy dekat mana? Boleh kita jumpa tak??
Terdengar ketawa hambar daripada Ferhad entah apa yang lawaknya membuatkan Suri Hati rasa geram pula. Dia masih menantikan balasan daripada lelaki itu.
?Baik. Malam ni biy datang rumah sayang.?
?Baik. Saya tunggu.?
Telefon diletakkan di atas meja sisi katil. Dadanya terasa sesak, seolah-olah ada batu besar menindih. Dia menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri. Namun bayangan kemungkinan terburuk silih berganti dalam fikirannya.
Kalau benar dia khianat aku macam mana? Ke patut aku suruh dia ambil gambar dia sekarang dan aku tengok dia pakai baju apa?
Air mata bergenang, namun dia tahan. Entah kenapa dia takutkan sangat dengan apa yang terjadi nanti.
Akhirnya keletihan menguasai diri. Dia terlelap juga dengan hati yang sarat beban.
MAKAN malam berjalan dengan lancar. Semua menu masakan malam ini benar-benar menyelerakan bagaikan dapat Suri Hati melupakan apa yang telah terjadi hari ini. Dia memandang adiknya yang seperti sedang ingin cuba berkata sesuatu.
?Syaza okey tak ni?? tanya Suri Hati.
Semua mata tertumpu pada Syaza Hani. Tiba-tiba Syaza Hani bersuara.
?Emak, abah? Syaza nak kahwin.?
Sudu yang dipegang Encik Ismail terhenti. Puan Maimun memandang anak bongsunya dengan wajah seperti tidak percaya. Suri Hati pula terpaku dan tergerak hatinya seperti ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.
Pasti akan ada. Sebab dia percaya apa sahaja yang keluar dari mulut adiknya pasti akan buruk-buruk saja berlaku.
?Kenapa Syaza cakap macam tu?? Suara Encik Ismail serius. ?Memang tengah bercinta ke sekarang ni? Dah periksa betul-betul lelaki tu kena dengan Syaza tak? Karang tak jadi lagi, penat je nanti.?
?Confirm, abah. Kali ini memang betul. Syaza yakin dengan pilihan Syaza dan ni adalah lelaki yang baik dan dah stabil. Dia janji dalam masa terdekat dia akan kahwin Syaza,? ucap Syaza dengan senyum bangga dan bahagia, seolah-olah sedang mempamerkan kemenangannya.
?Siapa laki tu?? tanya Suri Hati, cuba berlagak tenang walaupun hatinya mula tak sedap. ?Bawalah jumpa kami.?
Sunyi.
Mata Syaza Hani melirik sekilas ke arah emak dan abahnya sebelum tunduk ke pinggan. Encik Ismail dan isterinya berpandangan sesama sendiri. Ada sesuatu yang mereka sembunyikan itu yang jelas pada pandangan Suri Hati.
?Kak long kenal ke lelaki tu?? tanya Suri lagi, makin ingin tahu.
Syaza teragak-agak.
Ting! Tong!
Loceng rumah berbunyi, memecah ketegangan.
Suri Hati terus bangun.
?Mungkin Ferhad kut sebab tadi dia kata nak datang. Tak tahu awal macam ni pulak. Bolehlah ajak makan sekali,? kata Suri Hati sambil bangun dan menuju ke pintu rumah. Jelas kelihatan wajah Ferhad yang tersenyum hambar. Dia terus membuka pagar dan membenarkan lelaki itu masuk.
?Awalnya??
Ferhad berdeham. ?Semua ada ke??
Suri Hati merasakan tidak sedap hati dia tidak boleh tersenyum wajahnya hanya dingin. ?Masuklah.?
Ferhad melangkah masuk dan duduk di sofa.
?Nak makan sekali tak?? pelawa Suri Hati.
Ferhad menggeleng. ?Tak apa saya tunggu kat ruang tamu.?
Suri Hati mengangguk.
15 minit kemudian, Suri membawa dulang berisi dua cawan teh. Tiada mood dia untuk keluar bersama-sama dengan tunangnya ini. Entah kenapa hatinya seakan-akan sudah pun terluka walau hal itu belum disahkan.
?Macam mana persiapan kahwin kita, Suri?? Ferhad bersuara.
?Macam tu jelah. Tinggal menu dan cetak kad jemputan.?
Nada Suri dingin, tidak berperasaan.
Kemudian dia terus memandang tepat ke mata lelaki itu.
?Ferhad? ada apa-apa yang awak sembunyikan daripada saya??
Ferhad tersentak. ?Apa maksud awak??
Tanpa berkata apa-apa, Suri hanya merenung mata lelaki itu seakan-akan menggunakan pendekatan yang dia seperti tahu sesuatu sedangkan dia cuma meraguinya sahaja. Tugas lelaki itu adalah kena meyakinkannya.
Tapi? Wajah Ferhad terus pucat.
?Suri? saya boleh jelaskan.?
?Memang awak kena jelaskan.?
Ferhad menarik nafas berat. ?Baiklah. Mungkin ini masanya. Suri? rasanya kita tak boleh teruskan perkahwinan ni.?
Pang!
Seolah-olah dunia berhenti berputar.
?Apa maksud awak?? Suara Suri bergetar. Tidak sangka, sangkaannya tepat mengena.
?Saya tak boleh kahwin dengan awak sebab saya nak kahwin dengan orang lain. Saya minta maaf sebab buat keputusan mendadak macam ni,? kata Ferhad dengan penuh berhati-hati.
Air mata yang ditahan akhirnya bergenang.
?Awak jangan buat lawak macam ni? kita dah hampir selesai semua persiapan. Semua orang dah tahu?? Suaranya pecah. Bukan hanya soal hati, tetapi maruah dirinya juga.
?Maafkan saya, Suri.? Ferhad tunduk.
Suri menarik nafas panjang. Cuba untuk jadi kuat. ?Baik. Siapa perempuan tu??
Dia bersedia untuk mendengar nama yang mungkin akan menghancurkan seluruh hidupnya.
Ferhad menelan liur.
?Syaza.?
Ferhad menunduk, tidak berani langsung memandang Suri Hati. Jarinya saling berpaut, seolah-olah itu sahaja yang mampu menahan gemuruh dalam dadanya.
Suri Hati tersentak, tangannya pantas memegang dada. Walaupun sejak awal dia sudah bersedia untuk menerima kemungkinan paling buruk? tetap juga sakitnya menikam sampai ke tulang. Dia berharap, sungguh dia berharap, semua ini cuma mimpi buruk.
Kini segala curiga sejak tengah hari tadi terjawab.
Air mata yang sudah lama bertakung di hujung kelopak akhirnya tumpah juga. Bibirnya bergetar. Nafasnya semput. Dia teresak seperti anak kecil yang baru saja dirampas dunianya.
?Sejak bila korang? ada hubungan ni?? Suara Suri Hati serak, namun tajam. ?Sejak bila korang buat benda ni belakang aku? Korang? memang jahat, kan??
Ferhad masih menunduk, suaranya perlahan seperti orang bersalah.
?Sebenarnya sebelum majlis pertunangan tu kitorang dah start rapat. Kemudian, lepas majlis pertunangan hari tu? kitorang mula serius. Mula-mula dekat media sosial? lama-lama jadi biasa. And, ke mana saya menghilang hari ni betullah saya keluar dengan Syaza sebab dia teringin nak makan kat kafe tu.?
Suri Hati memejam mata sekejap. Dadanya naik turun, menahan gelora yang makin membuak.
?Tapi? kenapa mesti Syaza Hani?? Dia menengking, hampir hilang kawalan. ?Kenapa adik aku, Ferhad?!?
?Saya? saya harap awak jangan marah.? Ferhad mula berani bersuara, tapi nada masih berdalih. ?Saya salah sebab jatuh cinta dengan dia. Dia manja dan terlalu menyenangkan hati saya. Pandai layan saya masa saya sunyi. Dan, dia tak macam awak susah betul nak yakinkan untuk berkahwin. Dia pilih saya dengan sekelip mata je,? terang Ferhad.
Suri Hati ketawa kecil. Ketawa yang pahit, yang berbaur tragis.
?Jadi maksud awak? Awaklah calon yang sesuai untuk dia?? Suri menyoal, air mata tidak berhenti mengalir. ?Dan? awak cakap awak jatuh cinta dengan dia? Awak lagi cintakan Syaza Hani daripada saya yang sepatutnya jadi isteri awak??
Ferhad tiba-tiba meninggikan nada, seolah-olah dia pula yang tertekan. ?Suri, tolong jangan pentingkan diri! Awak kan tahu adik awak tu? dia manja dan polos. Tak semua orang mampu jaga dia. Dia percaya kat saya dan saya dah jatuh cinta dengan dia.?
Suri Hati terkedu.
?Apa? saya pentingkan diri?? Suaranya bergetar kuat. ?Aku yang jadi mangsa, Ferhad! Aku yang kena pijak? tapi kau kata aku pentingkan diri?!?
Ferhad menarik nafas panjang, kemudian melepaskan segalanya seperti orang sudah tidak mahu berselindung.
?Baik. Aku jujur. Sebenarnya? kitorang dah bincang dengan emak dan abah awak.?
Sekali lagi dada Suri Hati terasa sesak seperti dihentam batu besar. Wajahnya pucat.
?Jadi? abah dan amak dah tahu?? bisiknya. ?Patutlah tadi masa makan malam? muka mereka lain macam bila Syaza Hani cakap nak kahwin??
Sunyi.
Yang tinggal hanya esak tangis Suri Hati yang pecah-pecah.
?Suri?? Ferhad perlahan, akhirnya berani memandang. ?Saya harap awak tak benci kitorang. Kitorang minta maaf. Tolonglah? mengalah untuk Syaza Hani.?
?Korang kejam!? Suri Hati menjerit, nafasnya penuh. ?Aku takkan maafkan korang! Takkan!?
Ferhad menghela nafas, wajahnya sugul.
?Kalau awak tak mampu maafkan sekarang? saya faham. Awak tenang dulu. Saya balik dulu. Nanti bila awak dah reda, kita bincang lagi.?
Ferhad bangun dan melangkah pergi.
Share this novel
bodoh sangat lelaki nie
Lelaki munafik