Completed
26592
?TOLONGLAH buat sesuatu, abah?? Suri merayu sambil menggoyang perlahan tangan abahnya. Tangisnya tidak putus-putus.
Abah mengusap pipi Suri Hati, mengelap air mata yang jatuh tanpa henti.
Abah diam seketika, lalu bersuara lemah.
?Abah? ikut keputusan emak je??
Jantung Suri Hati seperti berhenti berdenyut. Abah yang dia sangka satu-satunya tempat berlindung? rupanya menyerah. Dan dia sudah dapat agak, keputusan emak pasti memihak Syaza Hani.
Namun Suri Hati masih menggenggam harapan.
Dengan sisa tenaga, dia merangkak menghampiri emaknya. Duduk bersimpuh, mata berkaca-kaca, suara penuh rayuan.
?Emak? macam mana ni? Ferhad nak batalkan pernikahan kami? dia nak kahwin dengan Syaza??
Emak memandang anak sulungnya. Wajah Emak nampak bimbang, bibir bergetar. Tetapi akhirnya, keputusan itu keluar juga.
?Mengalahlah untuk adik ya?? Suara Emak pecah. ?Biarkan Syaza Hani kahwin dengan Ferhad.?
Kata-kata itu meruntuhkan seluruh jasad Suri Hati.
Di sebalik dinding pemisah ruang tamu dan ruang makan. Syaza Hani muncul perlahan. Wajahnya tersenyum puas. Senyum orang yang menang.
Dalam hatinya Syaza bersorak.
Suri Hati terasa lututnya lemah. Tubuhnya seolah-olah hilang tulang.
Dia sedar? selama ini dia memang sendirian di rumah itu. Segalanya milik Syaza Hani. Dan kini? bakal suaminya juga bakal jadi milik adiknya.
?Kenapa? kenapa kak long yang selalu kena mengalah?? Suri Hati meracau, suaranya pecah. ?Kak long tak pernah kisah? duit kena bagi kat adik. Beg tangan, kereta baru kak long, baju baru kak long? ambillah! Semua boleh? tapi bukan bakal suami kak long!?
Dia ketawa dan menangis serentak. Ketawa kerana bodohnya dia, dan menangis kerana terlalu lama dia menelan semuanya.
Sakitnya? tidak tertanggung.
?Suri? tolong faham?? Emak merayu, air mata menitis. ?Kalau kehendak Syaza Hani tak ditunaikan? Emak takut dia jatuh sakit. Emak takut hilang dia? macam masa dia kecil dulu??
Suri Hati terdiam.
Tapi itu kisah lama. Sawan menangis itu biasa takkan sampai dibawa ke dewasa.
Dulu masa Syaza Hani umur enam tahun, dia merajuk mahu basikal macam kawan-kawannya. Abah belum mampu. Dia disuruh sabar. Tapi tak lama lepas tu Syaza demam panas, kejang, masuk hospital. Doktor kata kalau lambat sikit? nyawa Syaza mungkin tak sempat diselamatkan.
Sejak hari itu, kehendak Syaza Hani jadi nombor satu.
Suri Hati memandang abahnya yang masih diam, tunduk seperti orang yang sudah lama kalah.
Suri Hati menelan air liur, kemudian bertanya bertubi-tubi, penuh luka.
?Kalau macam tu? emak sayang Suri tak?? Suaranya tajam, tapi rapuh. ?Siapa yang emak lebih sayang? Suri? atau Syaza? Pernah tak sekali pun emak dengan abah fikir perasaan Suri??
Suri mengesat air mata dengan kasar.
Abah dan emak tunduk. Tidak mampu membalas.
Suri Hati merasakan tidak berguna lagi berada di situ. Dia cuba berdiri walau susah payah berpegang pada sofa supaya tidak rebah.
Lelah. Sakit. Luka. Kecewa.
Semua bercampur jadi satu.
Dia cuma mahu masuk bilik. Dia cuma mahu hilang daripada pandangan.
Tiba-tiba Syaza Hani melangkah keluar, wajahnya sengaja dicebikkan dan mukanya kelihatan pucat yang sebenarnya dia tidak memakai bedak seperti biasa. Suri Hati kenal benar dengan lakonan adiknya ini.
?Inilah anak yang emak dan abah bela selama ni?? Suri bersuara, tajam. ?Anak yang rampas bahagia kakak sendiri? Anak yang halalkan apa saja untuk dapat apa yang dia nak??
Suri melangkah, berdiri sama tinggi dengan Syaza.
?Tahniah ya?? katanya perlahan tetapi berbisa.
Suri merenung Syaza tanpa berkedip.
?Penyondol.?
Wajah Syaza Hani berubah merah padam. Matanya terbeliak, tubuhnya ke hadapan mahu menyerang.
Namun Puan Maimun cepat bangun, menarik tangan Syaza.
?Sudah, Syaza! Jangan tambah lagi! Masuk bilik sekarang!?
Emak menahan Syaza daripada terus meluru.
Dalam hati Puan Maimun, dia faham Suri sedang marah. Kata-kata Suri tadi hanyalah letupan emosi. Puan Maimun percaya seperti dulu-dulu. Suri akan reda juga.
PAGI esok, Suri Hati sudah siap mengenakan pakaian pejabat yang kemas, tudung yang sedondon warnanya terletak elok membalut wajahnya. Beg tangan berjenama tersangkut di bahu. Wajahnya sudah disapu bedak dan sedikit solekan, namun tetap jelas kelihatan mata yang sembap akibat menangis semalaman.
Namun itu tidak mematahkan semangatnya.
Lebih baik aku sibukkan diri bekerja daripada duduk di rumah meratap nasib, bisiknya dalam hati.
Apabila pintu bilik dibuka, kelihatan abah, emak dan Syaza Hani sudah duduk di meja makan. Serentak tiga pasang mata memandangnya.
Sunyi.
Tiada sapaan. Tiada senyuman.
Suri Hati berhenti sejenak. Pandangannya menyapu wajah mereka satu per satu. Namun dia tidak berniat menegur.
Tanpa sepatah kata, dia melangkah ke ruang tamu dan berhenti di sudut tempat kunci-kunci tergantung. Tangannya mencapai kunci kereta yang biasa digunakannya untuk ke pejabat. Ya, dia memakai kereta yang diberikan oleh syarikat tempat dia bekerja.
Dia melangkah menuju pintu.
Namun selepas dua langkah, dia terhenti.
Perlahan-lahan dia berpusing semula. Bibirnya mengukir senyuman sinis.
Kunci kereta itu diletakkan kembali. Tangannya kemudian mengambil kunci kereta yang selama ini selalu dibawa Syaza Hani. Kereta yang dia belinya dan membayar bulan-bulan yang sering dibanggakan adiknya di hadapan kawan-kawan.
Senyuman di bibirnya makin jelas.
Dia sudah dapat membayangkan reaksi Syaza nanti.
?Mulai hari ni? aku akan pertahankan apa yang memang hak aku.?
Dia menggenggam erat kunci itu, lalu melangkah keluar tanpa menoleh lagi.
HARI berlalu dengan kesibukan kerja. Walaupun hatinya masih luka, Suri Hati memaksa diri untuk fokus.
Bukankah bekerja itu cara terbaik untuk melupakan sakit hati?
Ya? sejak pengakuan Ferhad malam tadi, segalanya berubah. Dalam kamus hidupnya kini, Ferhad bukan lagi bakal suami.
Dia sudah jadi bekas.
?Suri? kau sakit ke? Muka kau pucat sangat ni.? Tegur Amira ketika mereka makan tengah hari di restoran berdekatan pejabat mereka.
?Aku okey je. Cuma kurang tidur semalam,? jawab Suri perlahan sambil mengacau minumannya dengan straw.
Kalau ikutkan hati, langsung tak berselera hendak makan. Tapi dia tahu dia perlu kuat. Dia tak boleh tumbang hanya kerana pengkhianat.
?Suri?? Amira teragak-agak. ?Pasal Ferhad semalam tu??
Suri menghela nafas perlahan.
?Kitorang tak jadi kahwin, Mira.?
?Apa?!? Amira hampir tersedak. ?Kenapa? Korang bergaduh ke??
Suri tersenyum tawar.
?Ferhad nak kahwin dengan perempuan lain.?
Dan mengalirlah kisah semalam dari bibirnya. Tentang pengakuan Ferhad. Tentang Syaza Hani. Tentang restu emak dan abahnya.
Amira berkali-kali mengurut dada. Hatinya yang sakit pula.
?Memang tak masuk akal adik kau tu, Suri! Aku tak faham langsung apa yang ada dalam kepala dia. Dan lagi pelik? Emak abah kau boleh sokong benda macam ni??
Nada Amira penuh geram.
?Eh, tapi kau tak rasa ke? mungkin Syaza tu cuma guna alasan sakit dia tu untuk dapatkan Ferhad? Aku memang lama dah rasa pelik. Mana ada orang tiba-tiba jatuh sakit setiap kali tak dapat apa dia nak. Dia bukannya ada penyakit kronik pun!?
Suri terdiam sejenak.
?Entahlah, Mira. Kalau betul dia guna alasan sakit pun? Ferhad tetap ada pilihan untuk tolak kalau dia betul-betul cintakan aku. Tapi dia tak tolak.?
Dia meneguk air perlahan. Haus.
?Sudahlah. Cukup semalam saja aku menangis. Mulai hari ni? aku nak belajar lepaskan dia. Orang yang tak cintakan aku? memang tak layak untuk aku kenang.?
Walaupun suaranya tenang, ada getar halus yang cuba disembunyikan.
Amira memandang sahabatnya dengan simpati.
?Tapi Suri? macam mana dengan duit kahwin yang kau dah bayar? Bukannya sikit. Kau sendiri cerita dekat aku dulu. Hampir semua pakai duit kau sebab Ferhad baru bukak kedai makan so banyak guna modal.?
Suri tersentak kecil.
?Ya Allah? kalau kau tak ingatkan, memang aku lupa terus.? Dia mengeluh panjang. ?Nanti aku fikirkan macam mana nak selesaikan. Aku takkan biarkan duit aku hangus macam tu je.?
?Kau kena pastikan semua tu dapat kat kau balik. Aku nak suruh kau lari rumah pun, yang kau duduk tu rumah kau beli jugak. Susah jadi kau ni, Suri? tapi tak sabar jugak nak tengok reaksi adik kau tu bila kereta kau ni kau ambil balik,? kata Amira tersenyum gembira.
?Ni baru sikit. Tengoklah apa aku buat nanti.?
Share this novel
Rebut semua rumah, kereta yg hak milik suri tp ferhad..talk to ur hand..never ever give 2nd chance sebab kalau betul dia cinta dia takkan jatuh cinta pd org lain & tahan godaan..alasan manja & masa is bullshit