Bab 2

Romance Completed 26601

?KEJAP? cap ni dengan jam tu? Ini macam??

Mata Suri Hati terbuka luas. Mulutnya ternganga kecil. Jantungnya seakan-akan terhenti seketika. Dia terkejut apabila menyedari pakaian yang dipakai lelaki dalam story itu sama seperti yang pernah dipakai oleh tunangnya, Ferhad.

?Takkanlah? Eh, taklah. Tak mungkin. Mungkin orang ni sama, ke aku dah gila bayang dengan tunang aku sendiri?? Seribu satu persoalan berlegar-legar dalam fikirannya. Hatinya mula terasa ngilu.

Tanpa berlengah, Suri Hati menangkap layar gambar itu lalu segera menghubungi Ferhad. Namun panggilannya ditolak berkali-kali. Dadanya terasa makin sesak. Akhirnya dia menghantar mesej.

+ Biy kat mana? Nak jumpa boleh? Urgent ni +

Mesej itu dihantar.

Kemudian dia membuka semula media sosial untuk melihat gambar itu tadi yang di post oleh adiknya.

?Hah? Dah tak ada? Dia dah padam?? gumamnya perlahan, suaranya bergetar.

Mungkin adiknya sedar dia sudah melihatnya.

Tidak lama kemudian, mesej masuk daripada Amira, rakan sekerjanya.

+ Suri, tadi aku nampak Ferhad dekat Freek A Cafe. Aku nak tegur, tapi tak jadi. Aku ingat dia dengan kau? rupa-rupanya dia dengan adik kau. Sebab gaya dah macam kau, patut panggil tak nyahut +

Bum!

Jantung Suri Hati berdegup kencang. Seakan-akan mahu pecah dari dada. Mesej itu bagaikan tamparan yang kuat. Kini segala prasangka terasa semakin nyata.

Amira memang kenal Ferhad dan Syaza Hani. Dia pernah datang ke rumah mereka dan hadir ketika majlis pertunangan Suri Hati dan Ferhad baru-baru ini.

Tanpa membalas mesej Amira, Suri Hati bingkas bangun dari katil. Dengan tangan yang menggigil, dia menukar pakaiannya. Air matanya hampir menitis, tetapi dia tahan. Dia perlu lihat dengan mata kepalanya sendiri. Kenapa adiknya perlu bertemu dengan Ferhad? Dan, bukankah Ferhad mengatakan sibuk dan berada di kedai makan?

Dia terus memandu keluar dari kawasan perumahannya.

LANGSUNG sosok yang dia cari tiada kelihatan di situ. Dia terduduk dan mentertawakan dirinya mungkin kerana takut pada kemungkinan yang dia fikirkan. Ah, ini smeua salah cerita dari Indonesia. Terutama cerita Ipar Adalah Maut. Sesungguhnya dia benar-benar terganggu dengan cerita-cerita sebegitu.

Dadanya ketat. Air matanya mengalir perlahan entah kenapa dia terlepaskan kesedihan di sini. Dia sebenarnya tidak sabar untuk berkahwin dan keluar dari rumah itu. Dia mahu punya hidup yang baru dan sendiri.

Perlahan dia bangun dan membuat pesanan air kegemarannya untuk melegakan hati dan perasaannya. Langkahnya lemah.

Dalam perjalanan pulang, fikirannya masih berserabut. Namun, sengaja dia menuju ke kedai makan milik Ferhad.

?Hai, Ilya? Ferhad ada kat dalam tak?? tanya Suri Hati, cuba mengawal nada suaranya. Dia memang sering datang ke situ. Semua pekerja kenal dirinya sebagai tunang Ferhad.

?Abang Ferhad tak ada, Kak Suri. Tadi pagi dia datang sekejap je, lepas tu keluar balik,? jawab Ilya sambil tersenyum sopan.

?Oh, ya ke? Tahu ke dia pergi mana?? soal Suri Hati lagi, cuba menyembunyikan keresahan.

Ilya menggeleng. ?Sorry, kak. Tak sure pulak.?

Suri Hati tersenyum dan mengangguk. ?Tak apa. Akak tanya je. Hmm, pagi tadi ada penghantaran barang tak??

Laju saja Ilya menggeleng. ?Tak ada, Kak Suri. Biasanya penghantaran hari bekerja je. Hari minggu memang tak ada sebab Abang Ferhad tak nak ganggu waktu cuti macam ni. Dia suruh fokus untuk persiapan kedai je.?

Suri Hati menelan liur. Terasa sungguh kelat. Jadi, benarlahkan? Ferhad menipu dirinya sekarang ini. Rasa pedih itu semakin dalam.

SETIBANYA di rumah, kelihatan sebuah kereta Myvi hitam milik Syaza Hani terparkir di garaj.

Bukan.

Itu kereta miliknya.

Kereta yang dibelinya hasil titik peluh sendiri. Dahulu ayahnya ada sebuah kereta, dan dia semasa belajar hanya menaiki kenderaan awam sahaja. Tidak seperti Syaza Hani yang sebaik saja menyambung pelajaran. Kereta ayahnya itu diberikan kepada Syaza Hani untuk digunakan semasa belajar.

Kemudian, bila Suri Hati sudah bekerja. Dia masih menaiki kenderaan awam sehinggalah dia berjaya membeli sebuah kereta idamannya pada masa itu iaitu sebuah kereta Myvi hitam. Baru sahaja sebulan dua dia menggunakan kereta itu. Datang emak dan abahnya meminta untuk memberikan kereta itu kepada adiknya kerana adiknya tidak boleh membawa kereta lama ayahnya yang kerap rosak itu.

?Bagi lah kereta tu kat Syaza. Tukarlah dengan dia. Kesian kat adik tu.?

Dengan hati yang hancur, dia mengalah lagi.

Dan hari ini? kereta itu terparkir megah di depan rumah.

Di ruang tamu, Syaza Hani duduk menonton televisyen sambil makan kek. Kotak kek itu memang dia tahu datang dari mana.

Freek A Café.

?Kal long dari mana ni? Ingat tak keluar,? tanyanya selamba.

?Dari kedai Abang Ferhad.? Sengaja Suri Hati berkata jujur sambil melihat wajah adiknya itu. Sedangkan hatinya ketika ini berdebar-debar.

Tiba-tiba Syaza Hani terbatuk kuat. Dia mencapai air di hadapannya sambil diperhatikan oleh kakaknya. Mata Suri Hati tetap tajam memandang tingkah laku adiknya ini.

?Ada orang mengumpat Syaza lah tu,? kata Suri Hati perlahan tetapi tajam.

?Biasalah orang cantik memang selalu jadi kejian orang. Abang Ferhad ada ke kat kedai tadi??

Suri Hati membeku. ?Tak ada. Adik tahu ke ke mana Abang Ferhad pergi??

Wajah Syaza Hani berubah pucat. ?Eh? oh, tadi Syaza terserempak dengan dia dekat jalan. Jadi Syaza agak je dia tak ada kat kedai. Alah, dia bos kut suka hati dialah nak ke mana-mana kan.?

?Dekat mana Syaza nampak dia??

?Dekat? dekat lampu isyarat.? Jawapannya semakin tidak meyakinkan.

Suri Hati menggenggam penumbuknya. Hatinya sakit. Terlalu sakit. Dia mahu menjerit. Mahu bertanya terus terang. Tetapi dia masih bertahan. Dia ingin tahu punca dan sebab kenapa adiknya bertemu dengan Ferhad dan kenapa tunangnya itu menipunya.

?Syaza masuk bilik dulu. Kepala Syaza sakit sebab tu Syaza ambil benda manis nak bagi okey sikit,? kata Syaza Hani lalu berlalu pergi.

Suri Hati berdecit kesal.

Alasan sakit lagi. Puihhh?

Share this novel

adeqsha
2026-02-24 12:02:53 

Ambik la semua cik syaza yg sakit oooiii…ambik ferhad sekali yg red flag tu…but not the other mr perfect 10


NovelPlus Premium

The best ads free experience