Bab 1 - Bertentang Mata

Romance Completed 96784

PAP!

Komputer ribanya ditutup dengan separa kuat kerana merasa kecewa dengan nasib dan rezekinya yang tidak berapa baik. Semua kawan-kawannya sedang meniti hari-hari bahagia di syarikat idaman mereka atau di syarikat yang memberi gaji yang lumayan.

Sudah banyak yang dia memohon tidak kurang juga ada yang melalui ejen sehingga dikenaka wang pendaftaran.

?Tak best betul lah jadi orang tak ada duit. Tak ada pengaruh. Susahnya hidup zaman sekarang sebab semua nak bersaing. Aku nak kaya, nak kaya. Nak jadi orang kaya. Nak kaya sangat-sangat! Takkan nak kena jual diri. Eh, astaghfirullah al-azim. Ya Allah, maafkan aku. Dosa, dosa.? Ereena menepuk mulutnya berkali-kali.

Lalu dia berguling ke kiri dan?

Gedebuk!

?Ereena Sabri!? laung dari luar biliknya. Pastinya suara umi yang kedengaran lalu membuka pintu biliknya yang tidak berkunci. Terkejut Puan Jumilah melihat Ereena yang sedang menyeringai kesakitan di lantai di sisi katil.

Ereena tersengih. ?Umi? jodohkanlah Reena dengan orang kaya tujuh keturunan yang duitnya tak habis-habis. Reena penatlah hidup susah.?

Puan Jumilah menjeling geram? kemudian mencapai satu botol krim di tepi pintu itu dan membaling tepat pada badan Ereena. ?Sebab tu orang cakap lepas subuh jangan tidur. Mulalah pasang angan-angan sedangkan kena bangun cari rezeki.?

Ereena berdesis. Tidak sakit pun sebenarnya. Tapi dia geram kerana tepat pula balingan uminya ini dan dengan pakej bebelan uminya yang tidak pernah tepat mengenainya juga.

?Umi? tolonglah doakan yang baik-baik untuk anak umi yang cantik lagi manis ni umi.?

Puan Jumilah membalas sambil berpaling pergi. ?Tiada yang percuma di dunia ini, Reena. Nak doa dari umi sila tolong umi kat dapur. Jangan nak melingkau macam ulau.?

Tergelak kecil Ereena dengan balasan uminya itu. Dia tahu uminya selalu mendoakannya kerana setiap malam pastinya umi dia akan menjenguk ke dalam dan menyebut doa yang baik-baik untuknya.

KATA orang bila badan terkena matahari dan angin luar pastinya akan memberi tenaga positif kepada badan. Ereena menghela nafasnya dan duduk di bangku yang kosong dan memandang pemandangan tasik di hadapannya ketika ini.

?Kau nampak tegang ya?? tanya Suria dan duduk di sebelah Ereena.

?Yalah. Cari kerja susah betul. Aku fikir nak kerja retail dulu sambil tu cari kerja yang sesuai. Kalau duduk macam ni je mana duit nak masukkan. Aku nak buat affiliate aku tak rajin dan kreatif. Nak berniaga takut risiko. So, makanlah gaji.? Ereena mengeluh kecil.

Suria mengangguk faham. ?Ha, aku ada kerja. Kau nak tak?? Suria, sahabat Ereena yang hidupnya jauh lebih senang itu menyenggol lengan Ereena yang sedang termenung.

?Kerja apa? Jangan yang macam dulu, kau bagi kerja jadi perempuan simpanan lelaki kaya. Semiskin-miskin aku pun, aku masih ada maruah tau.? Jeling Ereena. Geram dengan sahabat baiknya ini.

Suria ketawa kecil, lalu menghulurkan telefon pintarnya keluaran terbaru jenama epal gigit itu. ?Relaks. Yang ni halal sikit. Ni, kawan ayah aku tengah cari isteri. Dia kaya. Lepas ni hidup kau confirm tak susah lagi.?

Ereena mendengus dan rasa macam nak tampar saja sahabatnya ini. ?Aku belajar dua tahun setengah ambil diploma, tiga tahun ijazah. Impian aku nak kerja kat syarikat besar, gaji boleh cecah lima angka, tak pun empat ke lima ribu sebulan. Bukannya nak jual diri kahwin dengan lelaki tua kesepian yang nakkan isteri.?

Lain betul Ereena. Pagi tadi bukan main nak kaya, sekarang berlagak tak nak pula.

Suria angguk. ?Kalau macam tu, kau kerja dekat company ayah aku. Nanti aku cakap dengan ayah aku.?

Ereena menggeleng sambil minum dari air botol yang dia bawa. ?Tak nak. Aku nak masuk syarikat dengan usaha sendiri. Aku tak suka guna kabel. Aku anti-nepotisme.?

Suria menjeling geram. ?Kadang-kadang kau ni menyusahkan diri sendiri. Yang penting kau kerja dulu, dapat pengalaman. Lagipun ayah aku bukan main ambil orang sesuka hati. Kau tetap kena interviu. Jangan fikir sebab kau kawan aku, kau terus diterima. Who knows, mungkin kau pun kena tolak.?

Ereena terdiam. Ada betulnya juga.

?Tapi? betul-betul tak apa ke? Aku tak sedap hati kalau masuk sebab kau,? kata Ereena perlahan.

?Tak apa. Kita kawan baik. Kalau kau rasa ayah aku layan kau tak adil, kau boleh berhenti. Aku faham prinsip kau.? Suria memujuk.

Sebenarnya Suria sudah banyak kali menawarkan peluang ini, tapi Ereena selalu menolak kerana tidak mahu masuk melalui kabel. Namun ayah Suria, Dato? Nasir, tetap memberi ruang jika Ereena mahu.

Ereena mengangguk. Dia sebenarnya bukanlah tidak cukup atau serba kekurangan. Uminya masih ada duit sampingan dari hasil kebun di kampung. Manakala ayahnya sudah pencen. Cuma dia selalu menjadi tunggak keluarganya.

Ting!

Perlahan jemari Ereena melihat kandungan e-mel yang masuk dengan malasnya. Namun, dahinya berkerut-kerut membaca isi kandungan e-mel itu.

Hi Ereena Sabri,

Congratulations! You have been shortlisted for the Finance Analyst position at Zenx Star. We would like to invite you for an interview at our Head Office.

Please reply to confirm your attendance. If you need a different time slot, feel free to share your availability and we will arrange accordingly.

?Yes!?

?Kenapa weh??

Ereena tersenyum. ?Company yang aku nak kerja sangat tu. Zenx Star. Aku dapat shortlisted. Doakan aku wehhh.?

Terus saja Suria menjerit kesukaan juga. ?Aku doakan kau. Aku akan puasa 3 hari kalau kau dapat kerja ni.?

?Kau ni, biar betul.?

Suria angguk laju. ?Doa aku untuk kawan baik aku ni.?

PELUKAN dilepaskan dan Puan Jumilah membisikkan doa di telinga Ereena. Semoga anaknya mendapat kerja di tempat idaman anaknya itu. ?Baca doa banyak-banyak. Semoga lancar semuanya. Jangan lupa baca doa Nabi Musa. InsyaAllah, anak umi boleh.?

?Terima kasih, umi.?

?Nah, ni nanti lepas habis interviu pergi minum-minum air viral ke atau makan ke. Tak banyak tapi abah tetap nak bagi anak abah ni,? kata Encik Sabri sambil menghulurkan RM50.

Ereena serba salah untuk mengambil, namun dia tetap ambil dan bersalaman dengan abahnya lalu dia memeluk orang tuanya. Semoga doa mereka diangkat dan Allah setuju dengan doa umi dan abahnya.

MIOR EIDRIES menghela nafas kasar, jelas kesal. Dia yang sudah menjawat jawatan sebagai CEO cawangan Thailand selama lima tahun, kini terpaksa merelakan kerusinya kepada bapa saudaranya semata-mata kerana datuknya terus merajuk dan memaksanya pulang ke Malaysia.

Dia sangat tahu apa alasan sebenar atuknya memaksa dia kembali. Tidak lain dan tidak bukan? soal perkahwinan.

Ya, pada usia yang sudah mencecah 35 tahun, masih belum ada tanda-tanda dia mempunyai pasangan. Atuknya semakin risau, lebih-lebih lagi kerana pernah tersebar khabar angin kononnya dia seorang gay.

Astaghfirullah? betul-betul mengarut.

Mior Eidries masih sangat menghargai keindahan seorang wanita. Tidak masuk akal dia dituduh menyukai sesama jenis.

Akhirnya, sebab paling kuat dia bersetuju pulang dan menjawat jawatan CEO di ibu pejabat Malaysia adalah kerana datuknya menyenaraikan senarai ugutan yang sangat luar biasa.

Kini Mior Eidries berdiri di luar lapangan terbang, menanggalkan cermin mata hitam dari batang hidungnya yang mancung. Tangannya menarik bagasi dan menghulurkan kepada pemandu yang menjemputnya.

?Selamat kembali pulang, Tuan Eidries. Tuan sihat?? tanya Pak Tam.

Mior Eidries hanya mengangguk. ?Alhamdulillah sihat. Terima kasih, Pak Tam.? Kemudian masuk dan duduk di bahagian belakang, iPad sudah berada di tangannya.

?Fikri mana? Dia tak ikut jemput saya??

Fikri Jamil ialah setiausaha peribadi Mior Eidries yang dia bawa bersama untuk berpindah ke ibu pejabat. Pada awalnya Fikri tidak begitu setuju, tetapi setelah dijanjikan kenaikan gaji, lelaki itu akhirnya pulang awal ke Malaysia untuk menguruskan persiapan kepulangan Mior Eidries termasuk susun atur bilik CEO yang sangat cerewet.

Dan orang yang paling memahami kehendak Mior Eidries sudah tentu hanya Fikri, yang telah menemaninya lebih daripada 10 tahun.

?Encik Fikri sedang ada mesyuarat dengan Dato? Mior Said, tuan. Katanya, beliau akan sambut tuan di pejabat,? jawab Pak Tam.

Mior Eidries mengangguk, kemudian kembali fokus pada tabletnya.

Sejam minit kemudian, mereka tiba di lobi sebuah bangunan korporat besar. Mior Eidries turun dan melangkah masuk.

Jam masih menunjukkan pukul 9.00 pagi. Dia melihat ramai yang mengenakan pakaian formal dan memegang fail.

Oh ya? hari ini ada sesi pengambilan pekerja baharu.

Mior Eidries memandang sekeliling, lalu matanya tertancap pada seorang wanita berambut panjang yang cantik teralun kelihatan gelisah, mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya sedang berdoa.

Mior Eidries tersenyum kecil kerana merasakan sangat comel kelakuan itu. Kemudian, matanya saling bertukar pandangan dengan wanita itu. Wanita itu memutuskan pandangan itu begitu juga dengan dirinya.

Dan, entah kenapa... matanya mahu memandang wanita itu. Buat pertama kali matanya susah untuk dialihkan.

p/s: Yuhuuu. Ya, novel baru. Novel ringan dan santai untuk semua pembaca.

Share this novel

Hayatiazizan Hayati
2026-04-25 16:20:06 

wahhhh menarik... harus ada Seterusnya... rasa berbunga-bunga jhaaa.. rasa senang jha.. hati ni. yahhhh... sambung yok geng..

cik sue
2026-03-10 04:17:44 

best mcm reality

Nurul Ammar
2026-03-09 17:01:15 

I like


NovelPlus Premium

The best ads free experience