Completed
96784
?NILAH girlfriend Ries,? katanya tanpa ragu. ?Atuk tak perlu cari jodoh untuk Ries lagi.?
Mior Eidries menutup mata seketika, bersiap menunggu reaksinya.
Gadis itu hanya terpukau dan terkejut.
Dan sekali lagi? Mior Eidries menahan ketawa.
Kelakar betul ni.
Mior Eidries tersenyum kecil, yakin rancangan ini akan berjaya. Memang selalunya rancangan last minute memang akan berhasil.
?Sayang, awak yakin kan atuk please?? Mior Eidries bersuara lagi, seolah-olah semuanya masuk akal. ?Kita nak lunch sama kejap lagi ni kan??
?Hah?? Gadis itu terpinga-pinga.
Ayat itu memang seperti cerita novel. Template yang sama untuk romantik komedi.
Namun Mior Eidries tidak boleh biarkan suasana canggung terlalu lama.
Dia menguatkan genggaman, cuba memberi isyarat.
Dia menatap gadis itu, memberikan kata-kata bantuan melalui isyarat mata.
Dan entah bagaimana? gadis itu faham.
Gadis itu membalas genggaman dengan lebih kuat.
Mior Eidries terkejut.
Kemudian gadis itu tersenyum manis. Senyuman yang entah kenapa membuat dada Mior Eidries menjadi berdebar yang menggila.
?Ya? Tan Sri,? kata Ereena lembut. ?Nama saya Ereena. Saya? girlfriend Ries.?
Mior Eidries membeku.
Jadi nama dia, Ereena.
Dia melihat Ereena bersalaman dengan datuknya dan mencium tangan dengan penuh hormat.
Datuknya terus tersenyum lebar. Dan, Mior Eidries dapat menghidu sesuatu?
Datuknya sukakan gadis ini.
?Oh? rupa-rupanya Ries suka yang gadis local,? kata Tan Sri Mior Said sambil ketawa kecil. ?Patutlah kamu asyik tolak perempuan-perempuan mix yang atuk kenalkan. Ereena? lain kali datang rumah atuk ya. Kita berkenalan betul-betul. Mungkin boleh terus bincang pasal perkahwinan!?
Mior Eidries memicing mata. Ini? bukan salah langkah kan?
Ereena ketawa kecil, cuba ikut rentak. ?Tan Sri ni? boleh saja. Nanti saya ajak Ries datang. Saya masakkan makan tengah hari untuk Tan Sri.?
Mior Eidries terasa pipinya panas.
Ries?
Kenapa panggilan itu manis sangat?
Tan Sri Mior Said semakin gembira. ?Dahlah, panggil atuk jelah. Ereena pandai masak??
?Mestilah. Anak Puan Jumilah memang dah diajar masak sejak kecil,? jawab Ereena yakin. Walaupun entah datang dari mana keberanian dia ini.
Tan Sri Mior Said ketawa besar. ?Bagus! Atuk tunggu.?
?Jangan lupa ajak Ereena datang rumah. Jangan lupa!? arah Tan Sri Mior Said kepada Mior Eidries. ?Syukurlah cucu aku bukan gay.?
Belum sempat Mior Eidries menjawab, atuknya sudah pergi dengan senyum bahagia.
Mior Eidries hampir menekup muka sendiri.
Atuk, tolonglah. Malunya aku.
Dia menarik nafas panjang, menyisir rambutnya ke belakang.
?Jangan dengar cakap atuk saya. Saya normal je.? Dia memandang Ereena tepat. ?Ikut saya. Kita perlu berbincang.?
Dia memandang Ereena, serius.
?Ikut saya. Kita perlu berbincang.?
Mior Eidries berjalan menuju ke arah parkir bawah tanah, dan Ereena mengikut di belakang.
Dalam kepala Mior Eidries, satu soalan bodoh tiba-tiba muncul. Dia dah kena masuk meminang anak orang ni ke? Jadi, bila dorang akan berkahwin?
Dia mengeluh.
Nampaknya? dia sudah benar-benar hilang kewarasan.
KINI mereka berada di sebuah kafe yang nyaman, suasananya tenang dan damai. Mereka duduk berhadapan, dengan segelas kopi pekat di hadapan Mior Eidries, dan segelas air coklat di hadapan Ereena.
Ereena tidak berani bertentang mata kerana kekok. Sesekali mereka akan meneguk minuman masing-masing, sekadar untuk mengusir gugup yang bertebaran di udara.
Namun selepas beberapa minit dalam diam yang terlalu panjang, Ereena akhirnya menguatkan diri untuk memandang wajah tampan di hadapannya.
Ya Allah? memang betul handsomelah.
Fikirannya sudah penuh dengan wajah lelaki itu sampai langsung tidak mampu memikirkan perkara lain. Tetapi ketika dia memandang lelaki itu dengan serius, ingatannya tiba-tiba terimbas perbualan pekerja-pekerja yang dia dengar dalam lif tadi.
Mior Eidries?
Mata Ereena terbeliak, tepat ketika Mior Eidries juga memandangnya.
Tunggu? Mior Eidries? Bukan ke dia ni CEO baru company Zenx Star?
Mior Eidries menghela nafas perlahan, lalu melipat kedua-dua tangannya di atas perutnya.
?Semua yang bermain di fikiran awak itu benar,? katanya tenang. ?Perkenalkan, saya Mior Eidries Mior Ehsan, cucu kepada Tan Sri Mior Said, dan CEO baru di tempat awak interviu kerja hari ini.?
Ereena menahan diri daripada membuat muka meluat.
Berlagak betul. Reaksi dan mimik muka tu memang ergh?
Walaupun lelaki itu kacak, kalau sikapnya macam ni, Ereena boleh hilang minat.
Mior Eidries sedang berusaha keras menyembunyikan gugupnya.
Ereena tampak terlalu menarik pada matanya ketika ini. Padahal, ramai perempuan yang jauh lebih cantik dan lebih menawan pernah diperkenalkan oleh Tan Sri Mior Said. Tetapi entah bagaimana, gadis ini? terasa paling tepat.
Sejujurnya, kalau ditanya ciri-ciri wanita idaman, Mior Eidries sendiri tidak mampu menghuraikannya.
Sejak dulu dia hanya menjawab,
Wanita yang akan menjadi pasangannya ialah wanita yang membuatkan dia pandang dua kali pada pandangan pertama dan pandangan itu mesti lama seperti terpukau.
Jawapan itu pernah ditertawakan oleh orang sekelilingnya, khususnya Fikri. ?Bagaimana kalau wanita yang buatkan bos macam tu adalah nenek tua? Tak kelakar, kan??
Namun nasib baiklah, wanita yang membuatkan Mior Eidries bersikap sebgitu hari ini ialah gadis di hadapannya.
Masih muda. Masih segar. Jauh daripada apa yang dibayangkan Fikri.
Ereena sudah rimas dengan situasi sebegini, dia rasa dia masih sedang tidur dan belum mencelikkan mata. Dia mencubit sisi pahanya dan aduh, sakit betul.
Kenapa tiba-tiba dia terheret masuk ke dalam drama keluarga jutawan yang menakutkan begini?
Ereena menarik nafas, lalu bercakap dengan nada formal yang dia susun rapi.
?Tuan Mior Eidries yang dihormati. Nama saya Ereena Sabri. Dan benar seperti yang tuan nyatakan tadi, saya juga adalah salah seorang daripada calon pekerja yang interviu di Zenx Star Berhad.?
Dia berhenti seketika, kemudian menyambung lebih serius.
?Tetapi sebelum kita berbicara lebih jauh, secara profesional saya ingin memohon maaf atas insiden yang berlaku sebentar tadi. Saya berharap perkara itu tidak mempengaruhi penilaian saya untuk menjadi sebahagian staf di syarikat ini.?
Ereena menarik nafas lagi.
?Saya berani memberi jaminan bahawa saya benar-benar tidak mencuri dengar perbualan tuan dengan Tan Sri Mior Said. Saya cuma kebetulan lalu. Saya berhenti sebab saya terdengar suara macam orang bergaduh dan saya bercadang nak berpatah balik. Tetapi isi perbualan itu, saya memang tak dengar.?
Panjang lebar penjelasannya, dan dia bangga kerana mampu berkata formal sebegitu lancar. Dia bersyukur kerana pengalaman selalu menjawab dengan uminya dapat digunapakai ketika ini.
Mior Eidries menahan ketawa.
Nasib baik wajahnya memang kaku.
?Terima kasih atas explanation panjang awak, Ereena Sabri,? kata Mior Eidries dengan nada yang dibuat-buat tenang. ?Jadi girlfriend saya boleh??
Ereena terpinga.
Ayat itu keluar begitu sahaja dari mulut Mior Eidries, selaju fitnah yang dia tidak sempat ditapis.
Ereena ternganga, seolah-olah otaknya berhenti berfungsi.
?Tuan? tuan ni ambil barang ke?? Ereena bersuara dramatik.
Mior Eidries menghela nafas panjang.
?Saya masih waras lagi.?
Ereena menegakkan tubuhnya, lalu menatap lelaki itu dengan penuh curiga.
?Tuan, macam nilah eh. Kita baru pertama kali jumpa tau hari ini, betul??
?Betul,? jawab Mior Eidries.
?Kita baru tahu nama masing-masing beberapa saat tadi, kan??
Mior Eidries menjawab selamba. ?Correct.?
?Kita pun tak tahu latar belakang masing-masing. Macam mana kalau saya ni scammer ke dan gangster ah long ke? Penagih ke??
Mior Eidries gagal menahan ketawa.
Dia benar-benar ketawa.
Ereena pula termangu melihat lelaki itu ketawa dan dalam hatinya dia hampir menjerit.
Ya Allah? kenapa kacak sangat makhluk ini bila dia ketawa?
Ereena cepat-cepat kembali kepada isu utama.
?Tuan, saya serius. Cara tuan ajak saya jadi girlfriend tu macam nak beli nasi kerabu kat tepi jalan. Ini mesti ada agenda di sebalik ini semua. Saya pernah tengok scene macam ni tau. So, untuk awal ni saya tolak. Saya memang puji tuan ni handsome orangnya. Tapi, saya dah start curiga ni.?
Dia membebel tanpa sedar bahawa dia sedang memarahi CEO di tempat kerja yang dia impikan.
Mior Eidries berhenti ketawa, lalu menyandarkan wajahnya pada satu tangan di atas meja. Dia menatap Ereena lama.
?Awak ni lawak tau,? katanya perlahan. ?Dan ya. Saya serius ajak awak jadi girlfriend saya. Tentang latar belakang saya, awak boleh Google atau ChatGPT je. Tentang keluarga saya? awak pun dah jumpa atuk saya tadi. Siap nak masak untuk dia lagi.?
Mior Eidries berhenti seketika sebelum menyambung.
?Untuk latar belakang awak, kita boleh kenal secara perlahan-lahan. Tetapi saya boleh jamin awak bukan orang jahat. Zenx Star tak akan lepaskan orang yang berbahaya walaupun hanya sebagai calon. Dan, pihak kami sangat menapis setiap calon yang menghadiri interviu.?
Ereena menarik nafasnya.
Lelaki ini kacak? tetapi pelik. Yalah, macam perempuan cantik, tapi bimbo. Eh, tak? tak. Dia cantik lagi bijak.
?Tuan sedar ke tak ni? tuan ni pelik?? Ereena bersuara jujur, sudah tidak peduli lagi.
Mior Eidries menyandarkan tubuhnya pada kerusi.
?Saya tahu. Walaupun saya belum pernah bercinta sepanjang hidup saya, ini memang pelik.? Dia memandang Ereena serius. ?Tetapi awak satu-satunya perempuan selepas ibu saya yang membuatkan saya terfikir tanpa henti.?
Ereena mengerutkan dahi. Manis ya mulut buaya ni.
?Eh, seriuslah?? Suaranya penuh sangsi.
Mior Eidries mengangguk bangga. ?Yes.?
Ereena menolak mentah-mentah. ?Ni semua ayat buaya tau.?
Mior Eidries duduk tegak, sedikit tersinggung.
?Saya ni ada ciri-ciri buaya ke? Nampak sangat ke muka penipunya tu??
Ereena memandang lelaki itu dari atas ke bawah dengan yakin.
?Tak percayalah?? Ereena menunjuk wajah Mior Eidries. ?Rupa tuan, fizikal tuan, dan apa yang tuan ada? semuanya terlalu lengkap. Kalau orang kata tuan ini tak pernah ada sesiapa, itu memang susah nak percaya. Berapa umur tuan??
Mior Eidries memotong. ?Saya 35 tahun.?
Ereena terbeliak.
?Mak ai! 35 tahun! Siapa yang percaya tuan masih bujang selama 35 tahun? Kalau nak membohong pun. Agak-agaklah.?
Mior Eidries menghela nafas, jelas letih.
?Saya tak pernah ada girlfriend. Saya ramai kawan tapi apa masalah awak ni.?
Mior Eidries terdiam seketika sebelum menyambung dengan senyuman geram. ?Kalau semua yang awak puji tadi betullah kan? maksudnya awak pun seorang yang sanggup beratur untuk jadi kekasih sayalah kan??
Ereena berdecit.
?Adalah rasa macam tu. Tapi, lepas dah duduk semeja. Tengok perangai tuan yang angkuh dan liar ni? saya mula hilang minat.?
Dia menambah tanpa bersalah, ?Bukan hilang sepenuhnyalah. Cuma? tinggal sikit jelah.?
Mior Eidries mengurut tengkuknya. Kenapalah dia boleh layan perempuan gila ni?
?Eh, awak pun boleh tahan juga. Kemain tolong saya menipu tadi. Bukan main lancar tadi awak menipu dengan atuk saya. Awak sedar ke tak ni apa yang awak cakap tadi tu buatkan awak dah terikat dengan saya secara tidak langsung?? soal Mior Eidries.
Ereena terdiam.
Ya? betul juga.
Bodohnya aku.
?Awak kena bertanggungjawab,? sambung Mior Eidries sambil meneguk air kopinya.
Ereena terus buat muka bersalah.
?Tuan? saya bukan mengandungkan tuan pun.?
Mior Eidries hampir tersembur kopinya.
Ya Tuhan.
Gadis ini memang di luar jangkaan.
Share this novel