Bab 2 - Babak Klise Novel

Romance Completed 96784

?WELCOME back, boss,? sapa Fikri dengan senyuman sumbingnya.

Mior Eidries hanya membalas dengan jelingan geram sahaja. ?Semuanya okey kan? Tak ada permintaan mengarut lagi kan?? tanya Mior Eidries kepada Fikri yang berjalan di belakangnya.

?Terkawal, bos. Semua dalam kawalan. Tetapi ada satu masalah yang bukanlah masalah sangat,? kata Fikri, nadanya serius.

Mior Eidries terus memasang wajah yang sama serius.

Tepat saat itu, pintu biliknya terbuka munculkan seorang lelaki tua berpakaian kemas, tampak segak seperti lelaki sudah berusia.

Mior Eidries mendengus. ?Assalammualaikum atuk.?

?Waalaikumusalam. Ikut atuk,? arah lelaki tua itu tanpa basa-basi.

?Ries belum pun nikmati bilik ni, tok.? Mior Eidries cuba berunding kerana dia sudah tahu apa yang bakal berlaku.

?Atuk dah arrange kan perjumpaan dengan Stella. Pergi jumpa dia,? kata Tan Sri Mior Said sambil menarik lengan cucunya tanpa peluang untuk menolak.

Mior Eidries sempat memandang Fikri meminta bantuan, tetapi Fikri hanya tersenyum manis, jelas mengejek.

Kurang ajar betul setiausaha ini, maki Mior Eidries dalam hati.

MIOR EIDRIES cuba berunding agar tidak diperkenalkan dengan anak rakan datuknya. Sudah ramai wanita diperkenalkan, namun tidak satu pun menarik hatinya. Mior Eidries punya prinsip orang yang bakal menjadi isterinya haruslah seseorang yang boleh membuatkan dia tersenyum dan memandang wanita itu dua kali serta pandangan itu haruslah membuatkan dia susah untuk dialihkan.

Oh, dan juga nama perempuan itu perlulah hanya sekali saja terus melekat di fikirannya.

Tapi itulah datuknya bukan nak faham pun. Sudah menjadi tradisi agaknya, sesiapa dalam keluarganya kena berkahwin dengan pilihan keluarga. Dia tahu dia tetap perlu bertemu wanita yang akan diperkenalkan. Tinggal satu sahaja tugasnya iaitu buat wanita itu hilang minat dan menolak dia.

Cuma? alasan apa lagi yang patut dia guna kali ini?

?Jangan cuba-cuba nak plan atau cari cara tak nak pergi ya, Ries,? tegur Tan Sri Mior Said, seolah-olah dapat membaca fikiran Mior Eidries.

Mior Eidries memandang malas. ?Atuk ini tak pernah nak sangka baik kat cucu sendiri.?

Namun dia tetap cuba memikirkan strategi. ?Atuk? sebenarnya Ries dah ada girlfriend cuma masih berkenalan.?

Tan Sri Mior Said berhenti melangkah. Dia berpusing memandang cucunya dengan wajah serius. Beberapa saat kemudian, dia berpusing semula dan terus berjalan. ?Atuk tak percaya,? katanya selamba.

Mior Eidries mengetap giginya geram.

Dia menarik lengan atuknya ke lorong yang tiada orang.

?Atuk, Ries serius. Ries dah berpunya. Ries tak naklah jumpa Sheity tu. Nanti girlfriend Ries cemburu, kalau dia merajuk and mintak putus habislah Ries, tok.?

Tan Sri Mior Said menatapnya lama. ?Stella.?

Mata redup cucunya adalah mata yang diwarisi daripada ibu Mior Eidries yang selalu membuat Tan Sri Mior Said lemah. Akhirnya lelaki tua itu mengangguk.

?Baik. Atuk percaya kali ini. Tapi, atuk nak jumpa girlfriend Ries. Tak kisahlah jumpa depan-depan atau video call ke. Janji atuk dapat tengok muka dia. Gambar atuk tak layan.?

Mior Eidries terus resah.

Aduh.

Fikir, Ries. Fikir cepat.

Namun tiba-tiba, ingatannya kembali pada wanita berambut panjang yang sedang berdoa pagi tadi.

?Okey, tapi? dia ada interviu kerja. Mungkin dia selesai waktu makan tengah hari macam tu. Tak naklah kacau dia sekarang. Makin stress pulak nanti dia.?

Tan Sri Mior Said merenung curiga.

?Family dia orang mana??

Mior Eidries berfikir seketika, kemudian memicing mata.

?Atuk ini? Atuk pandang orang tu dengan menilai dari mana asal dia dan dari mana latar belakang dia ke? Kena tahu dia ni anak orang kaya atau apa ke??

Tan Sri Mior Said menggeleng. Dia tidak pernah memandang pangkat atau harta.

?Taklah. Atuk tak kisah pun. Yang penting, gadis itu dari keluarga yang baik-baik. Tak pelik-pelik. Atuk restu je.?

Kemudian dia menambah dengan penegasan dan penuh ancaman.

?Bawa dia jumpa atuk sebelum habis waktu kerja. Kalau lewat? Ries tetap kena jumpa Stella, bukan Sheity. Kalau perlu, terus berkahwin pun atuk tak kisah.?

FIKRI masuk ke dalam bilik pejabat dan melihat Mior Eidries sedang tekun membelek fail yang dia minta siang tadi. Kelihatan sangat sibuk. ?Tan Sri Mior cari bos.?

Mior Eidries langsung tidak peduli telefon atuknya dari tadi, walaupun nada deringnya sudah ditetapkan khas.

Fikri menggeleng.

Bosnya ini terlalu cinta pada kerja sampai lupa memberi ruang untuk cinta pada manusia.

Mior Eidries memang pesan agar Fikri jangan jawab panggilan Tan Sri Mior Said. Tetapi selepas puluhan panggilan tidak berjawab, Fikri akhirnya keluar diam-diam dari bilik dan menelefon semula.

?Helo, Tan Sri. Maaf tadi saya tak dapat jawab. Saya? ada kerja dalam bilik Tuan Mior di dalam bilik.?

Fikri tergelak kecil.

?Sampaikan kat dia. Cakap mana girlfriend dia? Tak pun bagi details kat saya dan saya akan cari sendiri orangnya,? kata Tan Sri Mior Said.

Fikri terkejut. ?Girlfriend Tuan Mior? Tan Sri, dia bukan ke bujang tegar? Sama macam saya,? balas Fikri tanpa sedar dia sedang menyalakan api kecurigaan.

Tan Sri Mior Said diam seketika. Jelas curiga kembali.

?Buatlah apa pun cara supaya Eidries datang menghadap saya sekarang.?

Fikri tersenyum geram. ?Baik, Tan Sri. Saya akan uruskan.?

Fikri masuk semula ke bilik CEO dan berdiri mencekak pinggang di depan meja.

?Bos, apa lagi rancangan bos kali ini??

Mior Eidries memandang sekilas, lalu kembali pada dokumen.

Fikri tidak sabar. ?Mana datang bos ada girlfriend ni??

Mior Eidries perlahan-lahan meletakkan dokumen, berdeham, dan menjeling geram Fikri.

?Takkan semua benda awak kena tahu, Fikri??

Dia tidak berani jujur dengan Fikri. Lelaki itu terlalu rapat dengan atukny. Kalau Fikri tahu semuanya palsu, memang habislah.

?Siapa? Orang mana? Saya kenal? Cantik??

?Dahlah.? Mior Eidries menahan mulut Fikri dengan tapak tangan. ?Nanti tahu jugak.?

Fikri menolak tangan itu, masih tidak puas hati. ?Bos betul-betul ada girlfriend ke? Atau ini semua drama semata-mata??

Mior Eidries menghela nafas panjang. ?Saya penat sangat-sangat.?

Fikri mendengus. ?Tan Sri Mior Said paksa bos turun sekarang. Bos besar mahu bos kecik jumpa bos besar. Dan saya pula yang dimarah sebab tak tahu apa-apa. Tan Sri Mior Said pun sudah sampai kat bawah.?

Mior Eidries menutup mata, mengurut pelipisnya yang berdenyut.

?Temu duga pekerja baharu dah habis ke?? soal Mior Eidries tiba-tiba.

?Dah, baru kejap tadi ni. Kenapa??

Tanpa menjawab, Mior Eidries bangun dan keluar dari biliknya.

Fikri tercegat, terpinga-pinga.

Di tingkat bawah, suasana tidak begitu sibuk kerana waktu makan tengah hari. Kebanyakan pekerja berada di kafeteria atau keluar makan.

Mior Eidries bernafas lega. Dia mengintai lif pekerja. Sesekali matanya memandang lobi, di mana kereta datuknya sudah tiba, dan Tan Sri Mior Said sedang melangkah masuk.

Pada saat itu juga, lif pekerja berbunyi dan terbuka.

Mior Eidries tersenyum nipis apabila melihat wanita berambut panjang itu tadi. Kelihatan terhimpit di belakang orang ramai yang turun untuk makan.

Mior Eidries mengira peluangnya.

Dia berlari pantas dan menarik datuknya ke satu bahagian yang tersorok sedikit, sebelum datuknya sempat memarahinya.

Dalam hati dia berdoa? supaya wanita itu lalu di tempat yang sama.

SELEPAS interviu Ereena selesai. Dia berjalan menuju lif untuk pulang. Blazer hitamnya ditanggalkan dan dijinjing. Lengan kemejanya digulung. Jantungnya masih berdebar. Walaupun dia menjawab semua soalan dengan lancar, rasa takut tetap ada. Ini langkah penting untuk hidupnya.

Ereena masuk ke dalam lif yang kosong. Tapi bila lif berhenti di satu tingkat, ramai pekerja masuk untuk turun ke kafeteria. Ereena terhimpit di penjuru, dan tanpa sengaja dia mendengar perbualan mereka.

?Tan Sri Mior katanya nak bersara ya??

?Habis tu siapa ganti??

?Cucu dia yang pegang cawangan kat Thailand. Handsome teruk!?

?Mior Eidries Mior Ehsan? Yang jadi muka depan majalah terkenal kat Thailand tu kan??

?Ya!? sorak gegadis yang lain.

?Kalaulah dia ganti Tan Sri Mior? boleh cuci mata tiap hari. Dah boleh buang agaknya spek mata aku ni.? Berdekah mereka yang berada di dalam lift itu.

?Beranganlah. Kau ingat senang nak jumpa dia? Level pun lain.?

?Tapi mana tahu? jodoh takkan ke mana kalau sini jodohnya.? Ketawa mereka satu lift.

Ereena hanya diam dan mengangguk tanda faham walau dia tiada di dalam perbualan ini.

?Atok dia pun handsome. Apatah lagi cucu dia kan??

?Weh, lupa nak tanya. Korang tak tak pasal parents si Eidries ni??

Ting!

Pintu lif terbuka. Perbualan itu terputus. Dan, sekumpulan perempuan itu terus keluar dari lif sambil bersorak kecil dan bergosip sambil berbisik.

Ereena mengeluh kecil. ?Best jugak dengar orang bergosip? boleh pulak aku nak tahu jugak.?

Dia berjalan laju dan melalui satu lorong. Di situ, dia terdengar dua orang sedang bertengkar. Ereena jadi serba salah untuk melalui kawasan itu. Takut mengganggu pula. Nak patah balik, dah jauh pula.

Tiba-tiba, seorang lelaki keluar dari lorong itu dan terus terpandang Ereena. Mereka hampir bertembung. Cuak Ereena dibuatnya namun matanya sempat memerhatikan lelaki itu.

Tinggi, lebih kurang 185 sentimeter. Kulit sawo matang. Dan wajahnya?

Handsomenya.

Ereena terkaku. Sepanjang hidup, dia belum pernah melihat lelaki yang setampan itu berdiri betul-betul di hadapannya. Dan juga merenungnya.

Namun sebelum sempat dia memikirkan hal lain, lelaki itu melangkah mendekat dengan wajah tegang.

?Dah lama ke kat sini? Curi dengar??

Ereena menelan air liur. Suara lelaki itu pula? tenang tapi tegas. Entah kenapa, kedengaran sangat mempersonakan.

?Tak, encik. Saya baru nak lalu ni,? jawab Ereena cepat. ?Saya tak dengar apa-apa pun, serius.?

Lelaki itu semakin dekat. Jarak mereka tinggal sejengkal. Wangi minyak wangi yang maskulin membuatkan Ereena terasa tersangkut. Dia seperti mahu menghidu dengan lebih dekat.

Lagi dekat?

?Mior Eidries! Atuk belum habis bercakap!?

Seorang lelaki tua yang masih kuat datang melangkah. Wajahnya hampir sama dengan lelaki itu cuma sudah berusia.

Belum sempat Ereena menghadam apa yang sedang berlaku, lelaki itu tiba-tiba menggenggam tangan Ereena.

?Nilah girlfriend Ries,? katanya tanpa ragu. ?Atuk tak perlu cari jodoh untuk Ries lagi.?

Ereena hampir tercekik.

Atuk itu mengerutkan dahi, jelas tidak percaya. Ereena pula memandang lelaki itu dengan mata terbeliak.

?Sayang, awak yakin kan atuk please?? Lelaki itu bersuara lagi, seolah-olah semuanya masuk akal. ?Kita nak lunch sama kejap lagi ni kan??

?Hah?? Ereena hampir kehilangan kata-kata. Sudahlah dia baru terkejut mendengar nama lelaki itu. Nama lelaki yang dia dengari di dalam lif tadi. Mior Eidries.

Ini macam babak klise novel romantik CEO? tapi ini betul-betul berlaku?

Lelaki itu menguatkan genggaman tangan seolah-olah memberi isyarat. Ereena memandang tepat ke matanya.

Anehnya? Ereena faham. Dia tahu lelaki itu perlukan bantuan.

Ereena menarik nafas dan tersenyum manis.

?Ya? Tan Sri,? kata Ereena lembut. ?Nama saya Ereena. Saya? girlfriend Ries.?

Dia segera melepaskan tangan Mior Eidries dan bersalaman dengan Tan Sri Mior, lalu mencium tangannya dengan penuh hormat.

Tan Sri Mior tersenyum, seakan-akan terus suka kepada Ereena.

?Oh? rupa-rupanya Ries suka yang gadis local,? kata Tan Sri Mior Said sambil ketawa kecil. ?Patutlah kamu asyik tolak perempuan-perempuan mix yang atuk kenalkan. Ereena? lain kali datang rumah atuk ya. Kita berkenalan betul-betul. Mungkin boleh terus bincang pasal perkahwinan!?

Ereena ketawa kecil, cuba ikut rentak. ?Tan Sri ni? boleh saja. Nanti saya ajak Ries datang. Saya masakkan makan tengah hari untuk Tan Sri.?

Tan Sri Mior Said semakin gembira. ?Dahlah, panggil atuk jelah. Ereena pandai masak??

?Mestilah. Anak Puan Jumilah memang dah diajar masak sejak kecil,? jawab Ereena yakin. Walaupun entah datang dari mana keberanian dia ini.

Tan Sri Mior Said ketawa besar. ?Bagus! Atuk tunggu.?

?Jangan lupa ajak Ereena datang rumah. Jangan lupa!? arah Tan Sri Mior Said kepada Mior Eidries. ?Syukurlah cucu aku bukan gay.?

Ereena hanya mampu menelan air liur melihat Mior Eidries yang sepertinya sedang menahan marah.

?Jangan dengar cakap atuk saya. Saya normal je.? Dia memandang Ereena tepat. ?Ikut saya. Kita perlu berbincang.?

Matilah kau, Ereena.

Umi, abah tahu ni memang kau dah jadi yatim piatu nanti.

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience