Bab 4 - Setuju

Romance Completed 96784

?EH, asal awak mintak kerja kat sini ya? Kenapa tak join audition Maharaja Lawak je?? tanya Mior Eidries yang sedang menahan ketawanya. Dia menarik nafas dan mengubah nada.

Ereena menjeling geram.

?Okey. Kita straight to the point. Saya ada tawaran untuk awak dan menguntungkan kita berdua. Kita buat secara profesional.?

Ereena berkerut dan serius.

?Saya berhak reject kan kalau saya tak setuju? Dan, saya awal-awal cakap saya tak nak ditawarkan masuk kerja sini sebab atas tawaran tuan ni. Saya suka semuanya dalam keadaan yang adil. Anti-nepotism.?

?Wow, sure.? Mior Eidries mengangguk. ?Saya faham. Ada perkara orang tak suka pijak orang lain untuk berada di atas. Tapi saya harap awak terima.?

Ereena memandang tajam. ?Kedengaran seperti macam memaksa ya.?

Mior Eidries menghela nafas lagi. Geram sungguh dengan perempuan banyak menjawab ni.

?Dengar. Ini tak ada kaitan dengan Zenx Star. Awak jangan takut saya takkan guna kuasa atau pengaruh saya untuk mempengaruhi keputusan interviu awak.? Mior Eidries menatap Ereena dalam-dalam.

?Saya nak awak bekerjasama dengan saya. Berlakon jadi girlfriend saya cuma di hadapan atuk dan setiausaha saya, Fikri.? Mior Eidries berhenti seketika.

Selepas melihat Ereena yang masih tekun mendengar dengan alis matanya yang sangat cantik itu, Mior Eidries menarik nafas dan berdebar menunggu balasan Ereena.

Ereena mengangguk perlahan.

?Hubungan ini dirahsiakan??

?Ya, terpulang. Saya okey kalau ada yang tahu.? Mior Eidries mengangguk. ?Saya hanya perlukan status itu di hadapan atuk saya dan Fikri.?

Ereena berfikir secara mendalam.

?Kalau tuan kata ini kerjasama? maksudnya pihak saya jugak akan dapat kebaikan daripada hasil kerjasama ini. So, apa dia kebaikan yang saya dapat??

Mior Eidries tersenyum puas.

?Untuk saya, kebaikannya ialah saya dah ada girlfriend yang boleh menghentikan segala tohmahan orang. Yang paling penting, atuk saya akan berhenti memperkenalkan saya dengan wanita pilihannya. Saya perlukan masa untuk bertemu dengan gadis saya nak, cuma saya guna jalan shortcut dengan bekerjasama dengan awak. Jadi, saya boleh kawal hubungan ni.?

Mior Eidries menunduk sedikit, kemudian menyambung dengan tenang tetapi jelas.

?Untuk awak pulak? awak boleh anggap saya sebagai sumber kewangan awak. Banker awak. Berapa pun yang awak perlukan sebagai ganti rugi atau pampasan, mungkin. Saya akan bagi.?

Ereena menjeling geram kerana memang dia terpancing dengan wang ringgit. Ereena diam, menimbang. Kalau difikirkan, tawaran itu memang menguntungkan secara logik.

Dia cuma perlu berpura-pura menjadi teman wanita seorang CEO. Atuknya kelihatan baik. Dan Mior Eidries juga? bujang seumur hidup, bermakna tiada bekas kekasih yang akan mengganggu.

Tiada drama.

Namun? Ereena memegang prinsip bahawa hubungan cinta seharusnya lahir dari hati, bukan main-main. Dia sangat menghormati satu bentuk perasaan kerana perasaan ini cinta tak boleh dibuat main.

Pada usia yang tidak lagi terlalu muda, dia rasa dia tidak punya masa untuk bermain dengan perasaan. Tambahan pula, jurang sosial mereka terlalu jauh. Dia tidak benar-benar mahu masuk ke dunia orang kaya yang penuh agenda.

Dia mahu pasangan yang sekufu supaya tiada jurang yang boleh melukakan kemudian hari.

Dan Mior Eidries jelas bukan sekufu mengikut definisinya.

Tetapi lelaki itu nampak serius.

Lalu? bagaimana mahu dia menolak?

?Saya beri awak masa tiga hari untuk fikir,? kata Mior Eidries sambil menghulurkan kad nama. ?Ini kad saya. Awak boleh call atau text saya bila-bila masa jika awak dah ada jawapan.?

Ereena mengambil kad itu. Dan itu membuatkan dia semakin yakin, hubungan dengan lelaki ini adalah sesuatu yang hampir mustahil dalam hidupnya.

?Tuan? saya??

Kring! Kring! Kring!

Telefon Ereena berdering.

Nama uminya muncul pada skrin. Ereena terpaksa mengangkat panggilan.

?Saya kena jawab call penting ni,? kata Ereena.

Mior Eidries mengangguk.

?Ya, umi. Reen tak settle lagi??

Sunyi.

Tiada jawapan selain esakan dan getaran suara yang berat dan tersekat.

Ereena merasakan ada sesuatu yang telah terjadi. Jantungnya semakin laju, dia seperti dapat mengagak apa yang sedang berlaku. ?Umi? Perlahan-lahan cakap.?

?Umi kat hospital. Abah kena serangan tadi kat luar rumah masa nak ke pasar.?

Dunia Ereena seolah-olah berhenti. Air matanya mahu tumpah, namun dia tahan. ?Allah. Reen datang sekarang umi. Apa-apa terus call Reen. Ereena mematikan panggilan, lalu berdiri segera.

?Saya kena pergi. Sorry.?

MIOR EIDRIES hanya memandang Ereena yang sedang menuju ke lobi sambil sesekali dia seperti menghubungi seseorang. Dia memandang gerak laku Ereena yang kelihatan sangat sedih dan ketakutan.

Kemudian selang 10 minit sebuah kereta datang mengambil Ereena, mungkin Grab yang ditempahnya. Terus saja Mior Eidries menghubungi Fikri.

?Ya, bos? Bos kat mana tu?? Nada suaranya dingin dan geram.

Kemudian dia berkata, ?Fikri, tolong cari maklumat salah seorang calon temuduga hari ini. Namanya Ereena Sabri.?

Mior Eidries menamatkan panggilan. Kemudian dia mendapat mesej berbentuk arahan dan terus dia memanggil pemandunya untuk menghantar kereta kepadanya lalu terus saja memandu menuju ke sebuah rumah besar yang membuatkan dia merasa pelbagai perasaan.

Ya, rumah datuknya.

?Assalammualaikum, tuan. Tan Sri Mior dan Wan Syazana sudah menunggu di ruang makan,? kata seorang pembantu rumah separuh umur, lalu mengiringinya ke meja makan yang penuh ketegangan.

?Wah, tengoklah siapa yang dah balik ni,? sindir Wan Syazana, ibu saudara kepada keluarga Mior Eidries. ?Baru sampai sini, bukan melawat keluarga, tapi terus bekerja.?

Hubungan Mior Eidries dengan Wan Syazana memang tidak baik. Wan Syazana memang tidak suka dengan kehadiran seorang Mior Eidries sejak lahir lagi.

Mior Eidries memandangnya tanpa senyum.

?Banyak kerja yang nak kena buat. Lagipun, mak su bukannya suka dengan saya. Jadi saya tak rasa penting pun nak terkejar balik ke sini.?

Wan Syazana berang. Makin sakit hati dibuatnya.

?Atuk.? Mior Eidries memilih untuk duduk di sebelah kiri Tan Sri Mior Said. ?Atuk panggil Ries ada apa ya sebab Ries masih ada kerja lagi kat office. Belum nak faham lagi cara kerja di sana.? Mior Eidries mengurut keningnya.

Tan Sri Mior Said memandang Mior Eidries serius.

?Mak su kata? Ries bercinta dengan Shiela dan khianat dia.?

Mior Eidries terpaku.

?Hah? Fitnah datang dari mana ni?? Mata Mior Eidries terus memandang Wan Syazana.

?Kalau nak fitnah pun buatlah cerita yang munasabah sikit. Masuk akal dan logik ya. Benda sekarang semua ada teknologi. Apalah fitnah bodoh macam ni.?

?Shiela.? Tan Sri Mior Said membetulkan.

Mior Eidries menarik nafas, hampir hilang sabar.

?Fine? siapa pun namanya. Atuk panggil Ries hanya untuk cerita macam ini? Atuk sepatutnya orang yang paling kenal Ries.?

Wan Syazana tersenyum sinis, lalu menghulurkan telefon.

?Ada bukti. Mak su dapat daripada kenalan.?

Pada skrin, kelihatan video seorang lelaki dan wanita berjalan terhuyung-hayang masuk ke bilik hotel. Memang sosok mirip Mior Eidries tetapi jika diteliti, itu bukan dia.

Mior Eidries menolak telefon itu. ?Terang lagi bersuluh orang tu bukan Ries. Atuk tengoklah. Ries tinggi lelaki dalam ni langsung tak macam ketinggian Ries.?

?Tapi wajahnya hampir sama. Ketinggian tu bukanlah boleh compare dalam video.? Wan Syazana berdalih.

Tan Sri Mior Said mengetap bibir. Jelas memang itu bukan cucunya.

?Sudah. Lain kali pastikan semua berita sahih. Jangan melulu macam ni. Lagipun, Ries dah ada girlfriend. Jangan nak cuba cari-cari salah atau layankan fitnah orang dekat Ries. Kita sebagai keluarga kena bersatu dan saling menjaga.?

Mior Eidries tersenyum mengejek ke arah Wan Syazana, membuat wanita itu semakin geram.

?Siapa girlfriend Ries? Kenapa tak bawa ke sini? Ke menipu lagi??

Tan Sri Mior Said bertegas. ?Syazana, cukup. Papa dah jumpa dengan girlfriend Ries. Dia nampak baik. Papa tak peduli dari keluarga mana. Yang penting, dia beradab.?

Terus saja berubah wajah Wan Syazana sepertinya tidak percaya. Dia bangun dan meninggalkan dua beranak itu. Tidak pernah sekali pun dia pernah berbaik dengan Mior Eidries ini kerana sikap dendamnya kepada ibu bapa Mior Eidries.

Setelah menemani datuknya minum. Mior Eidries meminta diri untuk kembali ke pejabat. ?Atuk, apa-apa janganlah layan fitnah murahan macam tu. Ries ni ada agama macam keluarga kita dah ajarkan kat Ries. Ries bawak nama baik atuk. Atuk kenal Ries macam mana kan? Lagipun apa kata girlfriend Ries bila dia dengar benda macam ni yang datang dari keluarga Ries sendiri.?

Tan Sri Mior Said mengangguk perlahan. Terus rasa bersalah. ?Entahlah. Mungkin atuk kesian dengan mak su kamu tu. Mungkin dia tengah serabut dengan masalah suami dia sendiri.?

Mior Eidries menghela nafas. ?Mak su bukan budak kecik yang ada tantrum.?

Dia teringat Ereena yang tadi seperti sedang menahan tangis.

?Sebab isu tadi, Ries terpaksa tinggalkan Ereena dalam keadaan dia tengah sedih. Dia ada masalah keluarga tadi tu. Ries tak dapat nak temankan dia. Kecewa jugak sebab tak dapat ada dengan Ereena masa dia perlukan Ries. Risau kena tinggal lagi je,? luah Mior Eidries. Sengaja cetuskan drama.

Tan Sri Mior Said terkejut. ?Tapi, takkanlah Ereena nak mintak putus hal macam tu kan??

Putus?

Mior Eidries tiba-tiba tersenyum dalam hati.

Bukankah itu peluang yang sempurna?

Kalau Ereena menolak tawaran menjadi teman wanita palsunya, dia boleh kata dia sudah diputuskan dan atuknya tidak boleh memaksa lagi. Lebih lagi ia berpunca daripada panggilan datuknya sendiri.

Namun? jauh di sudut hati, dia tetap berharap Ereena menerima.

Mior Eidries menunduk, kemudian beraksi dengan wajah sedih.

?Itulah yang Ries takutkan, atuk. Ries sedih? Ries memang letak sepenuh harapan dan cinta Ries kat dia. Kalau dia pun dah tak nakkan Ries. Memang Ries akan tutup pintu hati ni.? Sengaja Mior Eidries mencari jalan keluar untuk isu ini.

Tan Sri Mior Said terus lembut.

?Jangan sampai macam tu. Pujuk Ereena supaya dia tak marah. Kalau Ries tak berjaya, atuk akan bantu. Atuk akan pujuk dia.?

Mior Eidries mengangguk. ?Ries pergi dulu.?

LANGIT malam yang terbentang luas dipandang, sudah lama dia tidak menikmati malam begini di Kuala Lumpur yang penuh dengan pencemaran cahaya itu. Namun, namanya saja kota pastilah akan sentiasa terang berlampu.

Mior Eidries meregangkan tubuhnya yang kaku kerana terlalu lama menghadap komputer tadi. Dia membuka cermin mata yang selalu menemaninya jika dia memandang komputer terlalu lama.

Suasana malam ini sangat sunyi?

Kring! Kring! Kring!

Telefon berdering.

Dia memandang nombor baru yang tidak disimpannya itu. Dia tersenyum manis dan entah kenapa dia sangat bersemangat. Sebenarnya nombor itu telah dia hafal bila dia mendapat maklumat tentang gadis itu daripada Fikri.

?Helo?? Suaranya sengaja dibuat lemah.

?Saya, Ereena.? Suara di hujung talian kedengaran sayu. ?Tentang tawaran tengah hari tadi? masih dibukakan? Sebab tuan bagi masa tiga hari kan??

Mior Eidries terasa berdebar.

Namun dia menjawab tenang. ?Of course. Kita bincang kontrak tu esok. Details saya akan send kat mesej.?

Pap!

Dia mematikan panggilan dan dalam hati, dia rasa dirinya seperti lelaki tidak beradab. Dia gembira mendengar Ereena menerima? walaupun dia sedar ada sesuatu yang buruk memaksa Ereena bersetuju.

Angin malam ini menyapa dengan cara yang lebih tenang dan misteri.

Walaupun sesuatu yang buruk membuat dia bersetuju. Mior Eidries akan pastikan hanya perkara baik yang akan datang dalam hidup Ereena.

p/s: Semoga anda semua terhibur dengan novel ini. Jumpa di bab yang seterusnya.

Share this novel

Murziani Mahmud
2026-04-30 05:50:17 

more pls

Siti Fauziah
2026-04-23 09:37:24 

episod 5


NovelPlus Premium

The best ads free experience