Bengkel Motosikal Yamaha. Hudrina menurunkan cermin tingkap. Betul ke ni alamat yang dia dapat semalam? Selepas bersetuju dengan rancangan Arash, mereka sudah berjanji untuk berjumpa keesokan harinya. Jadi sekarang, dia sudah di sini.
"Pakcik balik dulu. Kalau saya nak balik nanti, saya call." Ujar Hudrina sebelum melangkah keluar dari kereta.
BMW itu meluncur pergi. Hudrina berjalan masuk ke dalam bengkel. Bengkel kecil yang tak terlalu besar. Bersepah dengan bermacam barang dan berbau minyak. Matanya meliar memandang ke arah beberapa orang pekerja yang seakan terkejut dengan kehadiran nya disana.
"Boy, mau apa datang sini? Motor rosak?" Tanya seorang lelaki cina.
"Tak. I nak cari Arash. Dia kerja sini?" Soal Hudrina sambil mencari lelaki itu.
Takda pun? Entah-entah dah kena scam.
"You duduk sini dulu lah, boy. Nanti I panggil dia."
Hudrina hanya tersenyum kelat. Dia masih berdiri tegak. Risau nak duduk. Kerusi pun nampak kotor semacam. Telefon di dalam poket di ambil sebelum di belek.
"Awal sampai." Tegur Arash yang baru saja munculkan diri.
Senyap. Hudrina masih leka dengan telefon di tangan. Sengaja buat-buat tak dengar.
"Hudrina. Ikut aku pergi belakang." Arah Arash.
Gadis itu hanya menurut. Kalau nak cakap dia tomboy, Arash akui. Rambut mullet Hudrina memang takda tandingan. Sekali pandang pun orang boleh cakap dia kacak, walaupun tengah pakai mask harini. Baju kemeja hitam dengan tshirt putih, jeans pendek hitam, mungkin itu memang gaya dia agaknya.
Mereka berdua duduk di ruangan rehat yang sedia ada. Melihat Hudrina masih berdiri tegak, Arash mencapai kain sebelum mengelap kerusi plastik itu.
"Princess, sila duduk."
"Tak payah sindir aku!"
Hudrina duduk di kerusi. Boleh tahan mamat ni, memahami.
Penampilan Arash agak biasa dari semalam. Macam budak lelaki comot yang tengah lari dari rumah. Ish, ish, susah sangat ke hidup dia sampai nak kena cari bapak tiri kaya?
"Aku tak sangka kau akan datang. Nampaknya kau berminat dengan rancangan aku." Arash senyum senget.
"Terpaksa berminat. Kalau tak, kau jadi abang tiri aku. Aku tak suka ada adik beradik lain. Sekarang boleh terus proceed? Aku takda masa." Hudrina belek jam tangan.
"Fine. Macam aku cakap semalam, kalau kita kahwin..umi aku sure akan stop dengan keinginan nak berkahwin dia tu. Papa kau pun sama. Takkan diorang sanggup kahwin sedangkan anak-anak diorang dah jadi suami isteri? Kau nak selamatkan family kau, aku nak selamatkan umi aku dari lelaki panas baran macam papa kau. Cara paling mudah, kahwin."
"Ada logik dan ada bodoh nya."
"Apa yang logik dan apa yang bodoh? Cuba kau explain bagi aku faham."
Hudrina betulkan duduk. Laju saja dia duduk bersila di atas kerusi plastik itu. Risau dengan gaya kasar Hudrina, kaki Arash laju menahan kaki kerusi. Ini kalau jatuh, mau dia sumpah seranah habis semua orang dalam bengkel ni.
"Logik sebab kahwin ni adalah satu ikatan yang boleh batalkan niat gatal papa aku dengan umi kau. Bodoh, sebab kau tak kenal aku. Kau tengoklah aku! Kau mesti menyesal kalau kahwin nanti!"
Arash senyum comel. Alahai, itu je sebabnya? Dia pandang raut teruja Hudrina yang cuba yakinkan dia.
"Nak menyesal apa? Kau perempuan. Bukannya aku kahwin dengan lelaki. Kau tak payah risaukan benda-benda remeh macam tu. Aku akan pastikan kau tak menyesal jadi isteri aku!"
"Yakin betul kau. Kalau kita kahwin, aku ada syarat-syarat yang kau kena ikut!"
"Whoa. Semangat betul kau kan? Kau betul nak kahwin dengan aku ni!"
Pak!
Arash gosok kepala sendiri. Sakit kena tampar dekat belakang kepala. Boleh tahan. Nampak je kecik, tangan berbisa.
"Kita kahwin sebab nak selamatkan family masing-masing. Bukan atas dasar cinta atau apa. No hurt feeling and jangan harap apa-apa." Tegas Hudrina.
"Macam mana kalau salah seorang daripada kita jatuh cinta?" Tanya Arash.
"Tanggung sendiri semua risiko. Kita cuma akan berpisah kalau dah tak sefahaman atau kau dah tak perlukan aku."
"Kenapa pulak aku tak perlukan kau?"
"Mungkin kau ada kekasih? Dia terpaksa tunggu kita cerai dulu baru korang dapat bersama ke? Who knows. Aku bukannya kenal kau pun."
"Kau banyak sangat tengok drama ni! Terpengaruh dengan benda entah apa-apa!"
Arash tertawa perlahan. Kelakar. Dia sendiri nak letak syarat, dia sendiri sanggup tanggung risiko. Cuma sekarang, dia kena tahu kenapa Hudrina setuju.
"Cakap dengan aku, kenapa kau tak setuju papa kau kahwin dengan umi aku. Semalam, kau ada sebut mama kau. Mama kau masih hidup?" Soal Arash.
Hudrina angguk kepala. Dia menunduk lemah.
"Mama aku..ada bipolar. Lepas dia kemalangan dulu, dia jadi macam tu. Kadang-kadang dia mengamuk dalam rumah, lempar barang and kadang tu..dia pukul papa aku. Aku tak salahkan dia, sebab papa selalu takda masa untuk mama. Sejak mama sakit pun, dia abaikan mama. Aku ni, bukannya tak boleh kesiankan papa sebab takda siapa uruskan diri dia cuma aku kesiankan mama. Mesti mama akan mengamuk kalau dapat tahu. Setakat mengamuk je tak apa, aku boleh handle. Ini kalau dia nangis non stop? Gila aku nanti. Kau fikir logik, mama aku yang sakit pun papa aku abaikan..telah umi kau? Papa aku tu..buaya. Dia ada ramai perempuan. Jadi sekarang, aku nak selamatkan mama aku dan orang lain daripada jadi mangsa dia." Jelas Hudrina.
"Faham. Tapi Hud, kau bukannya sukakan aku pun. Tak mustahil kau halang semua ni sebab bencikan aku."
"Bencikan kau buat apa? Sebab kau anak penyondol?"
"Hudrina, jaga sikit mulut tu."
Gadis tomboy tu jongket bahu. Tayang muka tak besalah.
"Aku tak ada sebab untuk bencikan kau. Kita bukannya kenal pun. Kau pulak? Kenapa tiba-tiba keluarkan idea gila tu?" Tanya Hudrina.
Tatapan mata mereka bertaut dan Arash masih dengan senyuman dibibir. Manis dan tampak tenang.
"Aku kesiankan kau. Kalau dia papa yang baik, dia takkan tampar kau depan orang. Dia akan tegur kau cara baik. Kau pun mesti takkan tinggalkan suara kalau kau betul-betul hormatkan dia. Semalam, aku nampak macam mana dia bencikan kau, Hudrina. So, sebab tu aku rasa..aku perlu selamatkan kau."
"Kau tak payah acah nak jadi hero lah. Andai kata, kita kahwin. Aku jadi isteri kau. Semua orang akan cakap isteri kau tomboy. Kau boleh tahan ke? Papa aku sendiri hari-hari sindir aku walhal dia punca aku jadi macam ni."
"Aku ikhlas terima kau kerana Allah. Tomboy ke apa, aku tak kisah. Aku bukannya peduli dengan cakap orang. Aku boleh bimbing kaulah."
Meletus tawa Hudrina. Dia ketawa kuat sebelum menampar bahu Arash. Kelakar. Nak bimbing orang, diri sendiri belum tentu lagi dah ok. Ingat senang nak kembalikan dia ke asal?
"Kau nak cakap yang kau lelaki soleh yang boleh bimbing akulah? Kononnya kau ni lelaki green flag yang boleh buatkan aku jatuh cinta? Kelakarlah! Siapa yang terpengaruh dengan drama ni?" Hudrina tampar bahu lelaki tu berkali-kali.
Arash masih tenang. Tersenyum melihat perangai Hudrina. Banyak kali pulak dia ketawa harini.
"Aku tak pernah main-main dalam setiap percakapan aku. Aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku, Hudrina." Tekadnya.
Tawa gadis tomboy itu mati. Dia hanya meraup muka sebelum membetulkan rambut mullet dikepala. Cool and handsome. Kenapa agak-agak dia macam ni?
"Sebelum kita kahwin, kita kena tunjuk dekat diorang yang kita dalam fasa bercinta. Supaya takda rasa kekok and payah nak berlakon depan diorang nanti." Arash sudah menukar topik perbualan.
"Aku pandai berlakon. Kau jangan risau!" Ujar Hudrina dengan bangga.
"Bukan lakonan biasa. Diorang orang tua, banyak makan garam daripada kita. Kalau diorang detect kesalahan kecil satu pun, habislah rancangan kita."
"Habistu kau nak aku buat apa? Cium kau depan diorang?"
"Astaghfirullahalazim. Tak adalah sampai ke situ aku nak suruh kau buat. Hud, kau tahu macam mana pengalaman bercinta?"
Hudrina geleng kepala. Tak tahu sebab dia tak pernah ada boyfriend. Yang perempuan datang mengurat adalah.
"Aku tak pernah bercinta. Kalau dekat kolej, dulu ramai junior senior mintak jadi girlfriend aku!"
"Tak payah sengih!"
"Mulut aku, suka hati akulah!"
Arash betulkan duduk. Sebelah tangannya memeluk belakang kerusi Hudrina. Dia mendekatkan badan mereka bersama.
"Depan diorang, jangan gaduh. Kau kena biar aku handle keadaan. Kalau kau macam sekarang, sudah terang lagi bersuluh diorang tak percaya! Senang cakap, kau biar je aku buat apa pun, ikut je flow aku."
"Kau tak niat nak raba aku kan?"
"Astaghfirullah! Kau ingat aku ni jahat sangat ke?"
"Takda. Tapi muka kau macam orang pecah rumah!"
"Kau mulut!"
"Najwa Hudrina!"
Mereka menoleh serentak. Pemilik suara lantang yang memanggil nama Hudrina sudah tiba. Dato' Jaafar merenung tajam pada mereka. Tambahan lagi dengan kedudukan mereka yang begitu hampir.
"Papa buat apa dekat sini?" Tanya Hudrina, berbasa basi.
"Cari kamu. Kamu buat apa dekat sini? Arash, don't touch her!" Dato' Jaafar menyeringai.
Arash tarik kembali tangannya. Nak masuk daun, bapaknya dah datang. Nasib baik on time.
"Papa dah cakap kan, papa nak kahwin dengan aunty Emma. Kenapa Hud tak faham? Papa tak kira, apa saja hubungan kamu dengan Arash, putuskan. I want to marry her mom!"
"No!"
Hudrina tarik tengkuk Arash supaya mendekat. Dia melekapkan pipi mereka bersama. Rasa malu kena tolak tepi dulu. Arash? Dia dah jadi patung takda suara.
"I want to marry him, papa! Kami dah lama bercinta! Hud dah buat macam-macam dengan dia, takkan papa tak nak bagi kitorang kahwin?" Ujarnya dengan selamba.
Arash sengih. Mampus aku.
"Papa tak nak bising dekat sini, balik nanti bawak Arash sekali! Papa nak cakap sikit!" Dato' Jaafar terus berlalu pergi dari situ.
Melihat Dato' Jaafar sudah tiada, Arash terus menolak kepala Hudrina sudah menjauh. Bahaya betul. Suka hati dia reka alasan.
"Kau ni! Janganlah cakap macam tu!"
"Cakap apa? Salah ke apa aku cakap?"
"Salah! Cara kau bagitau papa kau tadi dah macam kita pernah buat lebih daripada ni! Boleh jatuh fitnah tau tak?!"
"Fitnah apa? Bukannya kita buat pun. Tak payah nak kecoh sangat! Lagipun kau busuk!"
Hudrina pekup hidung sendiri. Busuk peluh!
"Busuk? Sini, aku ambik muka kau letak dekat ketiak aku!"
"Tak payahlah! Arash! Janganlah!"
Hudrina cuba menolak Arash sekuat tenaga. Pegangan pada kepalanya terasa kuat. Sikit je lagi nak masuk dalam ketiak Arash.
"Arash!!!"
Jeritan Hudrina buatkan beberapa orang pekerja disana menoleh. Terus Arash jarakkan diri. Dia membetulkan baju. Hudrina pulak dah merah muka. Tahu pun malu. Ceh!
"Tomboy apa kau ni? Sikit-sikit blushing!" Ujarnya.
"Kau kurang ajar kan! Mulut macam longkang!" Hudrina tunjal bahu lelaki tu.
"Sama ja macam kau, mulut longkang jugak! Cakap aku anak penyondol semua tu. Dahlah, aku nak sambung kerja. Kau nak tunggu aku atau balik dulu?" Soalnya.
"Kalau aku tunggu sini boleh ke? Kalau balik pun, bukannya boleh buat apa."
"Mama kau?"
"Mama ada appointment harini dengan doktor dekat rumah. She's safe."
"Ok. Tunggu sini, jangan usik apa-apa!"
Arash sudah berjalan pergi. Hudrina hanya memandang. Bengkel yang agak buruk dan teruk. Bau minyak hitam yang kuat menusuk ke dalam hidung. Laju saja Hudrina membetulkan mask dimuka. Bengkel buruk macam ni, apa ada? Dia hanya bermain telefon sambil menunggu Arash habis kerja.
Pomen motor orang panggil. Arash nampak sibuk ke sana sini dengan beberapa barang ditangan. Sekejap dia tukar tayar motor, sekejap dia bukak enjin motor. Tangan dia pun dah penuh dengan minyak hitam. Cuma yang dia puji, dengar je Azan Asar, mamat tu cepat-cepat cuci tangan sebelum masuk ke bilik rehat untuk solat.
Hudrina bersandar pada dinding. Bosan menunggu. Nak buat apa lagi? iPhone miliknya sudah kehabisan bateri. Dia tak bawak powerbank tadi.
"Kau kenapa? Bosan?" Tanya Arash yang muncul bersama air kotak Laici ditangan.
"Bosanlah. Kau lambat lagi ke?" Tanya Hudrina sambil membuka air kotak.
"Pukul 6 aku baliklah. Phone kau mana? Mainlah game, tiktok ke apa. Tu pun kena ajar?"
Hudrina julingkan mata. Meluat. Ada saja Arash nak sindir dia.
"Phone aku habis bateri. Kedai kau pun, buruk sangat! TV pun tak ada! Bosanlah!" Hudrina tendang perkakas spanar dengan kaki.
"Dah nama pun bengkel motor, bukan rumah kau! Mengada nak mintak macam-macam! Tak ada siapa suruh kau tunggu sini, kau yang nak tunggu!" Bebel Arash sambil bercekak pinggang.
Hudrina pekakkan telinga. Malas mahu bercakap lagi. Ada je tak kena.
"Nah, phone aku. Android jelah. Kau gunalah. Kejap lagi aku mintak balik awal." Telefon jenama Redmi bertukar tangan.
"Boleh guna ke? Kalau girlfriend kau mesej, aku reply macam mana?" Usik Hudrina.
"Bukan kau girlfriend aku sekarang?" Balas Arash sambil mengutip spanar yang berselerak tadi.
Gadis itu diam. Dia hanya mencebik sebelum membelek telefon miliknya.
"Kosong je? Tiktok pun tak ada! Takkan ada WhatsApp dengan Fac je? Kuno lah kau ni! Aku nak main apa?!" Rungut Hudrina.
"Kau download lah game apa pun. Tak pun kau bukak YouTube tengok movie ke.."
Arash geleng kepala. Tengoklah. Cara duduk pun macam lelaki, tak sopan betul!
"Hudrina, seat properly." Tegur Arash sambil menolak kaki gadis itu supaya duduk dengan sopan.
Terkangkang sana, terkangkang sini. Apa nak jadi? Ish.
"Kau peduli apa? Ini kaki aku, bukan kaki kau!" Ujarnya sambil bermain game.
"Memanglah! Sebab tu hukum Allah kau buat macam makan aiskrim kan?"
Berdesing telinga Hudrina mendengar. Tak suka. Arash memang suka sindir dia. Hudrina duduk memeluk lutut. Seluar pendek yang dia pakai agak singkat. Betullah apa Arash cakap, dia sendiri cari dosa.
Teruk sangat ke dia? Teruk sangat ke jadi tomboy?
Tanpa sedar, Arash sedang memandang padanya. Dia perasan, sebaik saja dia menyindir gadis itu..Hudrina diam seribu bahasa. Mungkin terasa dengan dia?
Ah, biar dia. Siapa suruh tayang kaki putih melepak tu? Free je dapat dosa!
*****
"MOTOR buruk ni? Tak nak aku! Nanti apa pulak kawan-kawan aku cakap kalau nampak?! Aku tak nak naik motor! Kita naik keretalah!" Bentak Hudrina sebaik saja Arash tiba dengan motosikal miliknya.
"Mana ada buruk? Aku baru beli tahun lepas. Kau ni, banyak songeh! Belagak!" Kutuk Arash dengan nada geram.
"Aku bukan berlagak! Aku cuma cakap benda betul! 22 tahun aku hidup, sekali pun aku tak pernah naik motor tau! Papa aku pun tak benarkan!"
"Itu dia takut kau bonceng mat rempit! Dia risau anak dia jadi bohsia!"
"Kau mulut kurang ajar!!"
Hudrina cekik leher lelaki tu. Geram betul. Arash pulak tayang muka blur. Malas melayan.
"Cepat, cekik aku sampai mati. Biar papa kau kahwin dengan umi aku, diorang dapat anak baru. Baru padan muka kau!" Ujar Arash.
"Sekali je tak ugut aku boleh?" Hudrina melepaskan pegangan pada leher lelaki itu.
Arash pulak selamba tenung dia. Dengan helmet warna biru, dah macam bangla!
"Cepat, pakai helmet ni. Aku hantar kau balik, sekali kita jumpa papa kau." Arah Arash sambil menghulurkan helmet berwarna pink.
"Tak nak! Aku tak suka naik motor! Kita tunggu driver aku sampailah! Tak pun kau call je Grab datang ambik!" Hudrina masih membentak.
"Ya Allah budak ni. Padanlah dengan umur kau, perangai macam budak-budak tak cukup akal! Kau nampak dah gelap, nak hujan! Cepatlah!"
"Sebab nak hujan kita kena naik kereta! Kau sendiri sibuk sindir aku dengan hukum hakam agama Allah semua, tapi kau sanggup nak bonceng motor dengan aku! Kau tak takut dosa pulak?!"
Giliran Arash yang terasa. Dia tarik balik helmet dekat tangan. Aih, sempat dia cari point. Tapi 22 tahun, biar betul? Muda lagi rupanya budak ni. Beza jauh kot umur kami.
"Arash! Kau gaduh apa lagi dengan adik kau? Baliklah cepat, nak hujan ni." Aidid sudah muncul dengan Y15 miliknya.
"Budak ni ha, tak nak naik motor! Nak naik kereta!" Adu Arash.
"Uishh, rugi cik adik oi. Abang Arash kau ni, tersangatlah jarang bagi orang tumpang bonceng motor dia. Dia kedekut. Al maklumlah ustaz jadian!"
"Kau nak aku skru mulut kau?"
Aidid sengih. Dia memandang ke arah Hudrina. Siapa pulak budak lelaki ni? Tak pernah nampak pun sebelum ni?
"Bro..ini adik kau?"
"Kenapa? Berminat?"
"Aku tanya je."
Bunyi guruh semakin kuat. Aidid sudah meminta diri sebelum membonceng pergi. Tak sempat Arash bercakap, guruh berdentum kuat. Hujan mulai turun dengan lebat.
"Kaulah ni, degil!" Marahnya.
Honda EX5 warna biru sudah bergerak ke arah bengkel semula. Dia meletakkan motosikal di sana sebelum menarik Hudrina supaya berteduh di bawah bengkel buruk tu.
"Nampak? Dah hujan. Sekarang siapa tak dengar cakap?"
"Aku tak nak kau buat dosa. Aku cuma tolong kau."
"Banyak lagi caranya. Kalau kita lambs sampai, aku nak jawab apa dekat papa kau?"
"Jawablah aku tumpang rumah kau."
"Hudrina!"
Gadis itu diam kembali. Dia hanya duduk di atas motor milik Arash. Mereka sama-sama menunggu hujan berhenti. Driver Dato' Jaafar masih belum kelihatan. Hujan semakin lebat membasahi bumi, angin juga bertiup kencang.
"Kau suka hujan?" Tanya Arash dengan tiba-tiba.
"Soalan apa ni?" Hudrina butangkan kemeja yang dia pakai, sejuk.
"Jawab je."
Hurian merenung air hujan yang turun dari atap bengkel motor itu. Hujan, apa yang menariknya tentang hujan?
"Entahlah. Aku tak suka hujan sebab aku tak dapat pergi mana-mana. Tu je kot. Kau pulak?" Hudrina pandang wajah Arash yang sedang tersenyum.
Dah gila kot mamat ni? Tengok air hujan pun dah senyum. Dah sah, dia gila.
"Hujan ni satu rahmat dari Allah SWT. Kita patut rasa bersyukur. Kalau takda hujan, tumbuhan liar takkan dapat air. Kalau manusia..kau tengok sana."
Mereka memandang ke arah kanan. Ada beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain hujan dengan riang.
"Diorang nampak happy bila hujan turun. Tak semua orang benci hujan. Sebab hujan ni, adalah satu rahmat kegembiraan kalau kita hargai setiap benda yang kita ada. Macam kita sekarang, agak-agak kau jatuh cinta dengan aku tak sekarang?" Arash kenyitkan mata.
"Dah habis kau punya merepek? Dah ke belum? Kalau tak habis, aku nak suruh kau duduk tengah hujan pulak! Asbab kau degil tak nak naik kereta, sekarang kita dekat sini! Yang kau pulak sibuk nak cinta-cinta bagai!" Bebel Hudrina.
Arash ketawa perlahan. Dia bersandar pada dinding. Memerhati Hudrina yang kesejukan sambil berpeluk tubuh. Tidak menunggu lama, jaket yang dia pakai dibuka seraya diletakkan atas riba gadis itu.
"Jangan buang. Letak je situ. Sekurang-kurangnya..terjaga sikit iman aku." Selamba Arash bagitahu.
"Gatal jugak kau kan? Aku belasah kau nanti! Kau pun sama nak ikut perangai mak kau? Jadi penyondol?"
"Beza sikit kot. Umi ngorat suami orang, aku ngorat anak dara bujang. Ada beza kan?"
Buk.
Jaket dia bagi tadi dah mendarat dekat muka sendiri. Arash ketawa lagi.
"Ambik balik! Tak payah nak acah baik dekat sini!" Ujar Hudrina sambil menjeling tajam.
Pin! Pin!
Driver Dato' Jaafar sudah sampai.
"Jom balik. Kalau kau tak nak naik kereta, naik motor! Biar kau basah!"
"Pergilah. Aku ikut dari belakang. Bukannya jauh pun rumah banglo kau dari sini."
"Suka hatilah!"
Arash ketawa melihat cebikan gadis itu. Dia memakai jaket sebelum mula membonceng motosikal miliknya. Hanya membonceng perlahan membontoti belakang kenderaan mewah Dato' Jaafar. Setibanya dirumah mereka, Hudrina sudah meluru keluar mendapatkan dirinya.
"Basah! Kau degil kan? Berapa kali aku cakap, naik kereta!" Marah Hudrina sambil menampar lengan lelaki itu.
"Sikit je basah, kecoh." Jawab Arash sambil menahan sejuk.
"Hudrina, Arash, masuk!" Arah Dato' Jaafar yang muncul dimuka pintu.
"Papa nampak tak yang Arash tengah basah kuyup? Papa nak dia masuk dalam keadaan macam ni lepastu biar dia mati sejuk? And then what? Should I hug him?"
"Hudrina!"
Berdentum guruh di langit mendengar jerkahan Dato' Jaafar. Hudrina hanya tersenyum sinis. Tidak lama selepas itu, seorang pembantu rumah memberikan tuala dan pakaian baru kepada Arash. Dia hanya mengambil pakaian dan tuala itu sebelum masuk ke dalam bilik tetamu.
Pintu bilik ditutup perlahan. Arash hanya membetulkan baju. Ketat.Nasib baik dapat seluar besar sikit, kalau habis semua ketat. Arash memandang ke arah ruangtamu. Dua beranak yang nampak tegang dari tadi. Dia hanya melabuhkan punggung di sebelah Hudrina.
"Arash. Kamu yakin dengan pilihan kamu?" Tanya Dato' Jaafar.
"Why not? I'm handsome and pretty. Kenapa papa nak pertikaikan pilihan dia?" Sampuk Hudrina dengan berani.
"Hud, please. Diam sekejap. Papa nak cakap dengan Arash." Tegur Dato' Jaafar.
Anak gadisnya bersandar kasar pada sofa. Dia masih duduk terkangkang seperti biasa. Dato' Jaafar picit dahi sendiri.
"You see her? Jujur dengan uncle. Hudrina takda paksa kamu berlakon kan? I mean, I know my daughter very well. Dia selalu buat masalah. Tak mustahil jugak dia bayar kamu untuk jadi kekasih dia. Kan?" Tebak Dato' Jaafar.
Arash menoleh ke sisi. Dia tersenyum manis sebelum menggeleng kepala.
"Saya yang jatuh cinta dulu dengan dia, uncle. Ini bukan soal paksaan, ini kerelaan diri saya. Saya sukakan dia dan saya nak kahwin dengan dia." Jelas Arash dengan tenang.
"Arash. Mata kamu buta ke? Hudrina ni perempuan yang tak cukup sifat perempuan! Dia tomboy! Kasar! Macam lelaki! Kamu tak malu ke kalau kahwin dengan dia?!" Dato' Jaafar masih tak puas hati.
"Kenapa saya nak rasa malu? Saya kahwin dengan orang yang saya sayang, saya cinta. Dia bukan tak cukup sifat perempuan uncle, dia cuma sedikit kasar. Tapi dengan saya dia manja. Saya kenal dia. Insha Allah saya boleh jaga dia nanti. Uncle tak perlu risaulah." Arash senyum lagi.
"Papa dah dengar? Papa nak pastikan apa lagi?" Sinis Hudrina bersuara.
"Kamu pulak, Hud! Apa yang kamu suka tentang dia? Dia tak kaya, miskin, pekerjaan dia biasa ja, kamu yakin kamu cintakan dia?"
"Of course I am! Harta dia sikit, tak penting. Duit Hud banyak, Hud boleh tolong dia support financial kami nanti."
"Kamu tak jawab soalan papa. Apa yang kamu suka tentang Arash?"
Hudrina mengeluh.
"His face." Jawabnya sambil menahan malu.
Dato' Jaafar ketawa kuat. Seperti dia jangka, anaknya memang begitu.
"Kamu dengar Arash? Dia ni memang pantang nampak lelaki handsome! Mulalah dia naik gatal! Kalau kamu nak tahu, dia pernah ada scandal dengan kawan uncle dulu. Kamu masih nakkan dia? Selera dia teruk. Uncle sendiri dah give up dengan anak sendiri!" Dato' Jaafar ketawa sinis.
"Itu tak penting. Yang penting sekarang, dia ada dengan saya. Kalau uncle tak restu hubungan kami..tak apa. Saya akan buat majlis biasa, utamakan yang wajib je. Harap uncle sudi datang." Balas Arash yang masih tidak lekang dengan senyuman.
"Fine. Buatlah! Uncle nak tengok sejauh mana kau berdua dapat bertahan! Kalau ini satu-satunya cara kau berdua nak halang perkahwinan kami..do it. Kita tengok nanti. Kamu jangan lupa, saya antara orang-orang yang dah banyak tolong umi kamu. Jangan lupa tu."
Dato' Jaafar terus berlalu pergi. Tawanya masih bersisa. Nampak sangat kedua anak muda itu sedang rancangkan sesuatu. Dia tidak mudah tertipu. Kita tengoklah nanti, siapa pemenang.
"Arash." Panggil Hudrina.
Lelaki itu masih membeku.
"Apa saja papa aku cakap, jangan masukkan dalam kepala. Dia memang macam tu. Apa saja alasan untuk umi kau terima papa aku, aku tak nak ambik tahu. Cuma sekarang, aku akan teruskan dengan rancangan kau. Kita kahwin!" Tegas Hudrina.
"Kau yakin, kau takkan menyesal hidup dengan lelaki susah macam aku?" Soal Arash.
"We'll see. Kau sendiri cakap, Allah tu ada. Kita serahkan semuanya pada Allah. Aku percaya, kau boleh jadi suami yang baik."
"Aku tak sangka."
"Sangka apa?"
Kening Hudrina berkerut. Dia menunggu ayat seterusnya daripada Arash.
"Sweet jugak kan cara kau pujuk aku? Lemah lutut aku tau!"
"Hotak kau! Pergilah balik! Meluat!"
Sofa kecil itu diketuk kuat pada kepala Arash. Geram, baru nak serius dia mula dah perangai annoying dia. Arash masih dengan sisa tawanya. Sempat lagi dia mengusik Hudrina berkali-kali.
Share this novel