"TAK NAK! Kenapa pulak saya yang kena mintak maaf dengan budak lelaki ni?! Dah terang-terang dia langgar saya kot! Habistu nak salahkan saya pulak? Dia tampar saya, tuan ada ambil tindakan?!" Lantang suara seorang perempuan melepaskan amarah.
Sarjan Amar garu kepala. Sempat dia menjeling pada Hudrina yang masih nampak tenang. Dahi yang bertampal plaster dan jugak celahan bibir yang pecah. Haih, bergaduh sampai macam tu?
"Puan kena faham, dia tak sengaja. Ikut CCTV, anak puan yang mulakan pergaduhan tu. Dia cuma nak bantu budak yang kena buli tu. Puan sampai je terus belasah dia, kan? Puan ingat dia jenis biar je orang buat dia? Bila dia melawan, puan buat report and cakap semua ni satu kesalahan kononnya dia yang pukul anak puan. Ini satu penipuan! Dah jadi satu kesalahan Puan!"
"Tak payah nak back up dialah! Dia yang tampar kepala saya dulu!"
"Itu sebab Puan hentak kepala dia dekat pintu kereta. Sekarang Puan nak mengaku bersalah atau tidak?"
Terdiam wanita itu. Seorang pegawai bank yang berusia 27 tahun. Entah macam mana harini, barannya tidak dapat dikawal. Habis dia belasah budak lelaki kecik sebelah dia ni!
"Hud..say something." Sarjan Amar menguis lengan 'si mangsa'.
Hudrina menguap panjang. Dah bosan dia tunggu dari tadi. Apa lagi yang polis ni nak? Bukannya susah mana pun kesalahan kalini, kecoh betul. Asyik-asyik panggil masuk balai. Apalah. Ini kalau papa tahu, mampus aku kena.
"Hud. Boleh bagi kerjasama? Kenapa pulak kalini kau pukul dia? Takkan sebab jatuh dari basikal je? Apa Hud buat belakang taman tu?" Tanya Sarjan Amar.
"Uncle...kenapa setiap kali ada masalah macam ni, uncle tak percayakan Hud? Uncle-uncle." Hudrina sudah mulakan lakonannya.
Sarjan Amar ketap gigi. Geram dengan perangai anak sedara dia.
"Tuan. Panggil uncle dekat sini tuan. Takda siapa nak mengaku jadi uncle kalau ada anak sedara yang tak serik buat masalah!" Tegur Sarjan Amar.
"Mana ada? Hud selamatkan budak-budak tu! Dekat mana salahnya?" Hudrina berani menjawab.
Insiden pagi tadi. Dia sebenarnya saja nak keluar bersukan. Kayuh basikal lah kononnya. Lepas dia keluar je daripada rumah, nampak budak-budak sekolah tengah bergaduh. Apa lagi? Baru sempat dia 'ajar' budak-budak nakal tu, mak dia pulak munculkan diri. Tak sempat nakn explain apa-apa terus kena hentak dekat pintu kereta.
Gangster apa tah perempuan tua ni. Niat baik kot nak tolong..tapi kena panggil masuk balai.
"Pertolongan yang membawa kepada kesalahan memukul budak bawah umur. Hud. Kenapa belasah diorang?"
"Dah diorang biadap, Hud belasah lah."
"Biadap macam mana?"
"Dia buli kawan dia. Siap mencarut bagai. Siapa ja tak baran?"
Sarjan Amar raup muka berkali-kali. Ya Allah budak ni kalau menjawab. Memang suka hati reka alasan. Macamlah dia tak tahu yang Hudrina sebenarnya cari masalah.
"Hud! Sekali je, sekali je uncle mintak! Boleh tak kawal sikit perangai? Awak tu perempuan tau! Tengoklah sekarang, pakaian macam lelaki! Rambut tu! Sejak bila jadi pendek?!"
Sweater baggy besar. Seluar pendek separas lutut, rambut pendek keperangan. Ini dah sah-sah orang cakap lelaki kalau sekali pandang.
"Semalam. Papa marah sebab warnakan rambut. Hud pergi salon potong terus. Orang bleach rambut pun kecoh!"
"Ya Allah budak ni! Kenapa kau ni hah? Boleh tak sehari je tak buat perangai. Kalau bergaduh sikit je tak apalah. Ini sampai patah hidung budak tu kau belasah!"
Hudrina korek telinga. Polis tua ni, kalau tak membebel tak salah. Kecoh. Dia cuma hilangkan bosan. Asyik-asyik dia salah, tak best betul.
"Sekarang mintak maaf dengan dia." Arah Sarjan Amar.
"Hell no! Kenapa pulak? Why should I apologise to him? Dia pun buat kesalahan jugak! Dia membuli! Lepastu mak dia belasah Hud! Kenapa uncle tak adil dalam menjatuhkan hukum?!" Ujar Hudrina sambil berpeluk tubuh.
"Hud. Kalau Hud tak mintak maaf, nanti akan jadi kes besar. Hud tahu tak dia anak siapa?"
"Tak tahu dan tak nak tahu. Tanya dia balik, dia tahu tak Hud anak siapa?"
Hudrina senyum lagi. Senang je nak gula-gula kan Sarjan Amar.
"Kalau macam tu, uncle bagitau papa!"
Meja kayu itu dihentak kuat. Terkejut semua pegawai polis yang ada. Hudrina sudah hilang sabar. Dia bangun dari kerusi sebelum berjalan ke arah ruanganan menunggu. Merenung tajam pada budak lelaki yang sedang menekup hidung menggunakan sapu tangan.
"Hey budak! Aku mintak maaf!" Ucap Hud sambil menunjal kepala budak lelaki tu.
"Hudrina! Mintak maaf betul-betul!" Sarjan Amar sudah berdiri tegak.
Bibirnya di juihkan. Semua tak kena.
"Aku mintak maaf."
Budak lelaki tu angguk kepala. Takut dengan renungan tajam dari Hud. Ini kalau salah cakap, bukan setakat hidung patah, semua benda dia patahkan.
"Saya pun mintak maaf jugak. Ini duit untuk kos luka pada muka awak." Wanita tadi sudah berdiri di sebelahnya.
Lima keping not seratus dia bagi. Laju saja tangan Hudrina mencapai. Banyak ni. Boleh pergi main dekat arcade. Tak pun beli kasut baru.
"Suka eh kau, dapat duit? Rasanya duit papa kau bagi lagi banyak kan?" Sindir Sarjan Amar.
"Memanglah banyak tapi tak ikhlas. Papa kalau bagi mulut dia mengungkit. Nak buat macam mana, dah tak dapat kerja lagi..Hud tanam anggur jelah!" Balas Hud sambil menyimpan duit ke dalam dompet.
"Nanti kalau nak jadi polis, bagitau uncle."
"Tak nak. Polis kuat makan rasuah!"
"Najwa Hudrina!"
"Okay. Okay. Just kidding!"
Kedua tangan Hudrina angkat seperti pesalah.
"Mama Hud macam mana?" Tanya Sarjan Amar.
"Macam tulah. Kadang ok, kadang tidak. Kadang makan ubat and kadang tak nak makan ubat. Uncle tak nak ziarah mama ke?" Soalnya kembali.
Sarjan Amar termenung jauh. Matanya merenung ke arah luar. Seakan terbayang-bayang sesuatu.
"Tengoklah nanti, kalau ada masa free..uncle ziarah mama Hud. Nanti balik kirim salam dekat dia. Hud nak apa-apa?"
"Insha Allah. Tak nak kot. Cumanya, kalau boleh jangan bagitau papa pasal ni. Lepasni Hud janji, tak buat masalah lagi!"
"Janji kau tak boleh pakai! Cakap je kau janji, lepas seminggu.. muka kau muncul balik dekat sini!"
Gadis itu muncung sedepa. Sudah betul apa dia cakap, nak nafikan apa lagi? Hudrina. Gadis muda yang bermacam ragam. Ada je dia suka cari pasal. Mungkin sebab masih muda dan dia sukakan benda-benda baru.
"Dah! Pergi balik!"
"Tahulah tak suka. Jangan halau!"
Settle bab mintak maaf, Hudrina berjalan keluar dari balai polis. Baru saja dia hendak membonceng basikal, matanya melihat sesuatu. Dia tersengih.
Proton Saga warna hijau. Itu kereta Sarjan Amar. Otak gilanya sudah berfungsi dengan baik. Hud berjalan ke arah kereta sebelum duduk bertinggung. Perlahan-lahan dia membuka tiup angin kereta.
"Padan muka. Siapa suruh sengaja cari pasal. Aku tak salah, cakap aku salah." Bisiknya sambil membuang angin tayar kereta itu.
"Hudrina!!"
Gadis itu sudah berlari keluar. Sempat dia capai basikal sebelum kayuh sekuat tenaga. Seronok dapat kenakan Sarjan Amar lagi. Memang macam tu. Sarjan Amar ni, kawan mama. Daripada dia kecik sampai besar, lelaki inilah yang selalu tolong jagakan dia kalau papa ke luar negara. Pendek kata, best friend parents dia.
Papa pernah cakap, Sarjan Amar tu..bekas tunang mama. Tak jadi kahwin sebab family mama menentang hubungan diorang berdua. Tak tahu kisah lanjut, dia diam je. Malas layan drama tahun 90an. Mengantuk je.
Basikal yang dia kayuh terus meluncur laju ke arah sebuah rumah. Pintu pagar automatic itu terbuka luas sewaktu dia tiba. Ada sebuah kereta di sana. Toyota Yaris berwarna kuning. Siapa? Tetamu papa kot.
Tongkat basikal Hudrina tarik perlahan. Dia turun dari basikal sebelum menyedari seseorang sedang berdiri di tepi kolam ikan.
"Anak Dato' Jaafar?" Tanya lelaki tu.
Muka dia..not bad. Tinggi and badan dia tegap. Tanned skin. Hmm, dah macam hero dalam movie.
"Kau buat apa sini? Nak cari kerja?" Tanya Hudrina.
"Kasar." Itu yang sempat dia dengar.
Lelaki tadi masih tersenyum. Kedua tangannya disilang ke belakang badan. Gaya dah macam Sarjan Amar tadi.
"Sini ada kerja kosong?"
"Kau nampak macam ada ke? Takda kan? Baliklah. Papa aku tak suka orang ceroboh masuk rumah dia."
"Tapi saya nak mintak kerja!"
Langkah Hudrina terhenti. Dia patah balik. Lelaki tadi masih berdiri dengan senyuman. Memakai t-shirt hitam leher bulat dengan jeans biru. Siapa ya? Tak pernah nampak pun dekat area sini.
"Kau tanya aku buat apa?"
"Dah awak anak Dato' Jaafar, tu saya tanya."
"Habistu? Kau nak aku ambik kau kerja? Aku ni pun makan duit papa aku, lagi nak bayar kau? Dah, balik-balik!"
"Orang tua-tua kata..kalau asyik marah nanti cepat tua."
"So? Do I care? Muka aku ada nampak macam kisah ke?"
"Adalah sikit. Perempuan kan tak suka kalau orang cakap tua? Tak gitu, cik?"
Hudrina jeling tajam. Siapa mamat ni?! Muncul entah dari mana, sibuk nak cakap dengan orang!
"Hud! Dah berkenalan ke?" Dato' Jaafar sudah muncul di muka pintu.
Tak sempat nak jawab apa-apa, ada seorang perempuan bersamanya. Perasaan Hudrina tak bagus. Perempuan cantik sebaya mama. Takkanlah papa..
"Kenalkan, ini Arash. Bakal abang tiri kamu."
"Hah?!"
Bukan setakat dia je terkejut, mamat nama Arash tu pun terkejut sekali. Aik? Mamat ni berlakon ke apa?!
*****
KENYATAAN yang sukar mereka nak terima. Pengakuan yang buatkan kedua anak muda tu terkedu tanpa kata. Dato' Jaafar tersenyum melihat reaksi anaknya. Selalu saja Hudrina mencabar dirinya, harini dia sudah buktikan.
"Papa tak mintak kebenaran sesiapa dekat sini. Macam yang Hud tahu, mama tak sihat..so she's not at her right mind. Hud boleh jelaskan pada mama lepas papa kahwin dengan aunty Emma." Dato' Jaafar masih tersenyum.
"Jadi papa nak cakap yang mama gila sekarang? Papa tu yang gila! Dah kenapa tiba-tiba nak kahwin satu lagi?! Mama perlukan sokongan daripada papa! Hud tak setuju! Hud tak setuju!!" Marah Hudrina.
Melampau. Nak kahwin satu lagi konon. Tahulah mampu, tapi keadaan mama sekarang agak teruk. Ini belum tahu apa-apa. Kalau dah tahu nanti, apa dia nak cakap? Macam mana dia nak tenangkan mama?
"Papa dah cakap, papa tak perlukan kebenaran dari sesiapa. Baik kamu atau pun mama kamu. Hud kena dengar cakap papa kalini. Terima aunty Emma atau papa hantar Hud ke luar negara."
"Itu jelah yang papa cakap untuk ugut Hud! Hud tak hairanlah semua tu! Tapi kalau Hud takda, siapa yang nak jaga mama! Papa jangan lupa, sebab utama mama jadi macam tu! Mama selamatkan papa! Papa pulak? Sibuk nak duakan mama!"
"Ini bukan soal duakan. Papa lebih daripada mampu. Cuba rendahkan nada suara kamu. Berlagak macam perempuan sikit. Papa dah penat fikir setiap hari, anak papa ni..lelaki ke perempuan.?"
Sindiran Dato' Jaafar buatkan anaknya diam. Bibir Hudrina bergetar menahan rasa marah. Dia masih mengawal diri.
"Aunty bukan nak rampas sesiapa dekat sini, Hudrina. Aunty cuma kesiankan papa awak. Dia masih sihat dan perlukan sokongan daripada seorang isteri. Dengan cara ni, aunty boleh jaga papa awak. Jaga mama awak pun aunty boleh buat." Emma sudah bersuara tenang.
Wanita cantik yang berpakaian seperti ustazah. Hudrina tidak menjawab. Hanya saja pakaian yang sudah menutup aurat tapi kenyataan sebenar? Penyondol.
"Aunty nak harta papa? Jangan berangan lah. Semua harta papa dah tukar atas nama Hud. Saya adalah pewaris tunggal."
"Tak, awak salah. Aunty cintakan papa awak. Bukan harta dia. Awak mungkin boleh buat sebarang andaian, tapi perasaan aunty pada papa awak..ikhlas."
"Ikhlas? Zaman sekarang, rampas suami orang boleh dikira ikhlas ke? Bukan orang selalu panggil penyondol? Golongan takda maruah macam aunty ni..tahu ke maksud ikhlas?"
"Hudrina!"
Tegang. Dato' Jaafar semakin hilang sabar. Tidak pernah sekalipun, anaknya setuju dengan apa dia buat. Tengoklah sekarang. Dah jadi tomboy. Telinganya sudah pedih menahan ejekan dan sindiran kawan-kawan. Hudrina sudah bertukar jantina setelah mamanya jatuh sakit. Memalukan.
"Jangan nak hina orang! Kamu tengok dulu diri kamu! Tomboy! Kamu nak cakap orang lain bukan-bukan, kamu cermin diri sendiri dulu! Jangan hina dia! Papa cintakan dia."
"Pergi mampus dengan cinta papa tu!"
Pang.
Emma terkejut. Tidak dia sangka, Dato' Jaafar sekejam itu. Menampar anaknya dihadapan orang lain. Dia faham perasaan Hudrina. Anak mana yang boleh setuju kalau bapanya nak kahwin lagi satu? Tambah lagi keadaan mamanya kurang baik. Mestilah dia membantah.
"Dah cukup? Tamparlah lagi! Memang papa selalu pukul Hud pun kan?! Tak cukup lagi, pukullah! Pukul!" Hudrina dah hilang sabar.
"Jangan jadi budak-budak lah! Cuba matang sikit?! Isu sekarang ni, papa nak kahwin! Yang kamu meroyan kenapa?!" Jerkah Dato' Jaafar.
"Sebab papa tak pernah cuba faham kami! Papa cuma mintak di Fahmi tapi kami? Papa buat Hud dengan mama macam tak wujud!"
Apa dia boleh buat? Dato' Jaafar sendiri yang menawarkan kehidupan yang lebih baik untuknya, takkan dia nak lepaskan peluang tu?
"Umi." Akhirnya Arash bersuara setelah lama diam menyepi.
Arash menoleh ke sisi. Memandang sayu pada Hudrina yang sedang duduk menahan airmata dari tumpah ke pipi. Dia sendiri tidak pernah menyangka semua ini akan berlaku.
"Arash tak pernah tanya apa-apa pada umi. Tapi kalini, kenapa umi tipu Arash?" Soalnya.
"Arash, umi mintak maaf sayang. Umi terpaksa buat macam ni. Umi terpaksa reka alasan untuk bawak kamu jumpa dengan Dato' Jaafar. Kamu tahu yang kerja kamu tak seberapa untuk tampung kehidupan kita. Dato' Jaafar boleh ubah kehidupan kita!" Giliran Emma memujuk anaknya pula.
"Apa yang Arash buat, bukan sebab utama untuk umi musnahkan rumahtangga orang lain. Umi, daripada Arash kecik sampai sekarang..tak pernah lagi Arash rasa kurang dengan didikan agama. Umi pun tahu semua tu, mahir dalam semua hukum hakam agama. Tapi kalini? Kenapa umi pentingkan diri?" Soalnya dengan nada tegas.
"Arash, jangan salahkan umi kamu. Uncle yang sepatutnya bagitahu semua ni. Dah lama kami menjalin hubungan. Maaf, sebab rahsiakan semua ni. Uncle tahu, sukar untuk kamu terima kenyataan ni semua. Tapi uncle harap sangat, kamu boleh terima uncle sebagai ayah kamu." Sampuk Dato' Jaafar.
"Uncle boleh diam sekejap? Saya tengah bercakap dengan umi saya."
"Arash, behave. Tak baik cakap macam tu."
Arash ketawa sinis. Kepalanya digeleng perlahan.
"Uncle ingat nak jadi seorang ayah tu mudah? Uncle rasa uncle mampu bimbing umi saya? Tengoklah keluarga uncle macam mana!"
"Arash!"
Perkahwinan antara dua keluarga. Penyatuan yang langsung takda siapa sangka. Mana mungkin kenyataan begitu boleh mereka terima? Arash menghela nafas. Dia tidak perlukan seorang ayah yang baru. Sekarang, dia akan fikirkan rancangan untuk buatkan mereka berdua tidak jadi kahwin.
"Kalau umi nak sangat kahwin, umi kena tahu satu benda. Arash ada benda penting nak bagitahu umi." Arash sudah senyum meleret.
Emma tahan debar. Raut wajah Arash seakan menjelaskan satu perkara. Dia tidak pernah main-main.
"Arash nak kahwin dengan Hud. Dah lama kami bercinta. Kami pun mintak maaf sebab rahsiakan hubungan ni!" Ujarnya dengan senyuman.
"Apa? Kamu jangan reka cerita. Uncle boleh bagi kamu masa, Arash. Tak perlu sampai nak reka alasan macam ni."
"Saya tak main-main. Saya nak kahwin dengan Hud, cinta hati saya. Kalau umi dengan uncle tak setuju, kami boleh kahwin lari!"
"Arash. Kenapa Arash buat macam ni? Arash tak kesiankan umi?"
"Sebab kesianlah Arash terpaksa mengaku tentang hubungan kami."
Hudrina diam. Tidak mahu bersuara. Walaupun dia mahu menjerit sekuatnya di telinga Arash, dia terpaksa diamkan diri. Dia juga mahu tahu apa sebenarnya rancangan mereka. Tak mustahil ini semua adalah lakonan mereka anak beranak supaya berjaya menariknya untuk terima semua ni.
"Arash tahu, umi. Arash perlukan restu umi dalam semua benda yang Arash buat. Untuk kalini, tolong restu hubungan kami!" Arash raih jemari Hudrina tanpa segan silu.
"Arash!" Emma sudah hilang sabar.
"Sayang, jom keluar dari sini!"
Tangan Hudrina terus ditarik kasar. Tidak membantah, gadis itu hanya menurut dirinya. Mereka berjalan keluar dari ruangtamu. Sebaik saja tiba di kawasan garaj, Hudrina merentap tangannya dengan pantas.
"Apa rancangan kau sebenarnya?! Kau dah berpakat dengan mak kau kan?! Aku takkan maafkan kau! Kau berdua dah rampas kebahagiaan mama aku!!" Jerkah Hudrina.
"Hmphh!"
Arash menekup mulut gadis itu. Wajah tegang Hudrina dipandang. Kesan merah pada pipinya terlalu ketara. Dia mengangkat jari telunjuk ke bibir, tanda isyarat supaya diam.
"Kau tak nak aku jadi abang tiri kau kan?" Tanya Arash, serius.
Hudrina diam. Perlahan-lahan dia angguk kepala.
"Aku pun tak nak ada adik tiri macam kau. Kalau kau tak nak aku jadi abang tiri kau, ikut cakap aku! Ini saja cara yang kita ada sekarang!" Tegas Arash sebelum menarik tangannya dengan perlahan.
Keduanya saling berpandangan. Kahwin? No. No. Takkan itu je cara yang ada?!
Share this novel