Kursus Pra Perkahwinan yang berlangsung selama dua hari berjalan lancar. Kursus yang mengajarkan tentang erti sebuah perkahwinan serta tanggungjawab bersama. Sepanjang kursus berlangsung, dia langsung tak fokus. Mulut pulak tak henti-henti terbukak. Mengantuk.
Dia dah pandai kot, kenapalah nak kena kursus bagai? Ini semua sebab nak kahwin lah. Kalau takda sijil, tak lengkap nanti borang yang nak dihantar ke pejabat agama.
Slot terakhir dah selesai. Kakinya melangkah keluar dengan perlahan. Anak tangga kecil itu rasa macam dah bosan nampak dia. Penuh dengan tahi burung. Eii, tak reti jaga kebersihan ke apa? Keluhan berat dilepaskan. Sijil ditangan dia angkat.
"Dah boleh kahwin? Huh." Dia mendengus sendiri.
Hud menjuihkan bibir. Tudung bawal yang mama lilit pagi tadi rasa ketat. Nak je dia bukak sekarang. Rimas! Sudahlah kena pakai baju kurung lagi. Ah, langsung tak cool.
"So..dah selesai. Kau dah ready nak kahwin dengan aku?" Seorang lelaki berhenti ditepi.
"Jangan tanya soalan bodoh. Kau rasa sebab siapa kita dekat sini sekarang? Kalau bukan sebab mak kau gatal, takdanya bapak aku nak kahwin lagi satu!" Bidas Hud lagi.
Lelaki tu menjeling tajam. Sakit hati. Nasib baik muka je handsome, perangai? Macam mak dia, dua-dua tak guna!
"Aku sabar sebab kita dekat luar sekarang. Jaga sikit mulut kau, perempuan. Bapak kau yang gatal goda janda, kau nak salahkan mak aku! Kau dah setuju, apa tak kena lagi?" Tanya Arash.
"Masalahnya aku kena hidup dengan kau lepasni! Aku tak kenal pun siapa kau and aku tak rasa pun aku perlu kenal kau! Kalau kau tak muncul dalam hidup aku lagi baiklah! Sebab mak kau jugak, mama aku tak berhenti menangis tau tak?! Kau seronok sangat ke jadi anak penyondol?!" Hud tunjal bahu lelaki tu.
Ya Allah. Mulut biadap dia memang mintak penampar.
"Aku dah bagi cadangan terbaik kan? Kalau kau ikut rancangan aku, takda apa yang perlu kita risaukan. Both of them will never be together." Arash senyum kelat.
"Cakap senang. Kau tak tahu alam perkahwinan ni macam mana." Hud peluk tubuh.
Dibesarkan dengan keluarga yang pecah-belah memang menyakitkan hati. Setiap hari mesti kedua orang tuanya bergaduh. Bahkan sehingga hal-hal kecil pun, nak bergaduh. Kesudahannya? Dia membesar tanpa perhatian mereka.
"Aku boleh jaga kau, Najwa Hudrina. Kau tak perlu risau. Aku adalah lelaki yang menepati janji. Insha Allah."
"Tak payah nak Insha Allah bagai. Kau sendiri tak suka dengan aku, kau nak jaga aku? Pergi mampus!"
"Aku masih tahu hukum agama, Najwa. Kalau aku betul tak suka kau..rasa-rasa aku masih dekat sini dengan kau?"
Gadis kecik molek itu diam. Mungkin dah tak nak bahas apa-apa. Arash akui, Hud memang nampak lain kalau pakai baju kurung. Ayu semacam. Kalau tak..mesti dengan pakaian ala lelaki dia tu.
Masalahnya perempuan ni kalau pakai apa pun cantik! Tak faham dia. Mungkin mata dia dah buta sebab hati dah 'ter'suka. Aku jawab ya. 'Ter' bukan sengaja.
"Isteri kau tomboy. Kau tak malu kalau semua orang ejek kau nanti?" Tanya Hud.
"Tak kot. Nak malu kenapa kalau itu isteri aku? Takda masalah aku rasa. Selagi kau masih perempuan, aku tak perlukan perempuan lain. Kau cukup sifat semua dah. And aku perlahan-lahan boleh bimbing kau. Contohnya harini. Kau nampak cantik pakai baju kurung." Sempat Arash memuji.
"Kau nak aku sumbat tahi burung ni dalam mulut kau?!"
"Marah. Garang nau."
Arash mengeluh. Perempuan ni kalau bercakap memang macam takda agama. Mulut macam longkang. Harini je pakai baju kurung cantik, perangai tak semegah. Berlagak! Mentang-mentang anak Dato'!
Tapi satu benda yang dia suka tentang Hud. Dia ada sesuatu yang buatkan dirinya nampak menarik. Tomboy? I don't think so. Luaran je kasar, hakikatnya lain. Dia nampak macam mana merahnya pipi Hud masa kena puji tadi.
"Aku kahwin dengan kau sebab nak selamatkan keluarga aku. Bukan atas dasar cinta. Kau kena tanamkan benda-benda tu dalam otak lembab kau!" Hud tunjal kepala lelaki tu.
"Kau ni..suka sangat sentuh aku. Kau tunggu kahwin nanti. Biar aku pulak sentuh kau. Kau bagilah syarat apa pun, aku takkan ikut. Sebab kita akan lakukan satu ibadah iaitu perkahwinan. Ibadah yang suci dan tak perlukan apa-apa syarat perjanjian melainkan kita berdua jalankan tanggungjawab masing-masing." Arash senyum comel.
"Tak payah nak ceramah dekat sini! Sakit telinga!" Marah Hud.
Meluat. Ada saja nak cakap. Menyakitkan hati. Tak faham betullah dengan mamat ni. Kalau dia cakap apa pun, bukannya nak marah atau terasa. Dia relax je.
"Sakit telinga? Nanti malam pengantin baru aku tiupkan. So sekarang..kau kena ready." Arash memerhati gadis itu dari atas ke bawah.
Ini kalau terlepas, rugi aku.
"Ready apa?" Kening Hud berkerut.
"Ready nak jadi isteri aku. Isteri kepada seorang lelaki biasa yang tak ada apa-apa. Pendek kata, kehidupan yang serba sederhana. Kau kena ready. Kau rasa kau boleh? Kalau tak boleh..kita batalkan perkahwinan ni. Biar bapak kau kahwin dengan mak aku, kita jadi adik beradik tiri. Menarik jugak tu." Arash senyum lagi.
"Aku takkan tarik balik apa aku cakap. Kau ingat kehidupan aku sebagai anak Dato' bahagia? Kau tak kenal pun siapa aku.!" Hud tunjal bahu Arash lagi.
"Great!" Sambil jari telunjuk kecil itu di genggam lembut.
"Selepas kau jadi isteri aku dan penuhi semua yang aku perlu. Aku akan penuhi semua permintaan kau, Hud. Termasuk terima kau apa adanya. Baik kau bersedia dari sekarang. Sebab banyak lagi lakonan yang kita kena tunjuk depan parents kau. Termasuklah untuk buat diorang percaya yang kita sebenarnya bercinta then berkahwin. Sayang dah ready?"
"Eyy!"
Hud jarakkan diri. Bahaya betul mamat ni. Suka hati dia je main pegang tangan orang. Tinggal sebulan sebelum dia menjadi isteri Arash.
Boleh ke? Tak ke dia menyesal nanti lepas kahwin? Ah, tak nak fikir. Yang penting, dia tak jadi sedara tiri mamat ni. Nak cakap handsome..boleh la. Apa lagi? Rasanya takda apa kot. Kerja pun kedai bengkel buruk je.
"Kenapa renung aku macam tu? Dah tak sabar nak terkam aku malam pertama nanti?" Bisik Arash dengan nada mengusik.
"Jangan nak perasan! Macamlah kau tu hebat sangat sampai bergetar tulang rusuk aku!" Balas Hud.
"Itu kena tengok nanti, siapa yang nakkan siapa. Kau kena ingat, kau tu masih perempuan walaupun semua orang anggap kau tomboy. Kau ada sesuatu yang seorang lelaki perlu. Simpan untuk aku kay?"
"Kau..!"
Arash sudah ketawa perlahan. Dia sudah melangkah pergi dengan motosikal buruk tu. Hud hanya menahan geram. Meluat. Macamlah dia tak faham apa maksud Arash tadi. Dasar lelaki, itu je yang difikir!
"Dah lewat ni. Nak aku tumpangkan?" Tanya Arash sewaktu memakai helmet.
Visor hitam, helmet biru bercorak. Taste dia memang pelik.
"Terima kasih jelah. Aku lebih rela duduk sini daripada naik motor buruk kau!" Hud jeling tanda tak suka.
"Berlagak. Tak apa, nanti kau kena naik jugak. Bonceng belakang aku, peluk aku." Arash buat gaya seakan memeluk.
"Kau ni memang gatal macam mak kau kan?!" Hud geram.
"Dah nama pun anak beranak! Mestilah sama. Dahlah aku balik dulu. Jumpa minggu depan tau. Bye bakal isteriku!" Arash lambai tangan.
Siap buat flying kiss. Malu. Habis semua orang yang lalu dekat situ ketawakan dia. Honda EX5 warna biru sudah berjalan pergi. Laju, macam pelesit.
Rintik-rintik hujan mula turun dengan lebat. Driver yang sepatutnya jemput dia masih tak nampak bayang. Hud mengeluh. Tak sekarang ni..kenapa dia rasa sedih?
Dia sepatutnya rasa menyesal! Menyesal sebab setuju dengan rancangan bodoh mamat tu. Kepala sendiri dia ketuk. Yalah. Dia setuju sebab tak nak tengok mama meroyan setiap hari. Ini je cara yang ada. Mamat tu pulak bukan main seronok dapat kenakan dia. Macam dah plan!
Kalau aku dapat dia nanti, siap aku kerjakan! Entah-entah ini semua rancangan dia sebab nakkan harta! Bukan boleh harap sangat dengan orang miskin macam Arash.
Eii, tak suka!
Share this novel