Camelia menepis agak kasar jemari yang cuba menyentuh tangannya. Gavin kelihatan tersentak dengan perlakuan wanita itu. Tak pernah lagi Camelia menolak sentuhannya. Malah, setiap belaiannya menjadi dambaan wanita itu.
Raut muka Camelia kelat. Hendak melirik lelaki di sebelahnya pun tidak. Hubungan mereka sudah berlanjutan hampir 9 bulan. Selama waktu itu juga Camelia sama sekali tak keberatan berhubungan dengan lelaki yang dah beristeri. Jauh lagi hendak merasa bersalah pada isteri lelaki itu.
Gavin Harrison, walaupun lelaki itu sedikit berumur darinya, bagi Camelia umur hanya sebatas angka. Lelaki itu masih kacak, masih berkarisma. Apa yang penting, Gavin bukan lelaki miskin yang cuma tahu merayu dengan omong kosong.
"What wrong, hmm?"
Gavin mendekatkan jarak wajah mereka. Bibir mereka hampir saling bertemu jika Camelia tak memalingkan wajahnya. Dagu wanita itu di paut agar memandangnya semula. Dia perlukan penjelasan dari bibir basah menggoda itu.
"I nak kita akhiri hubungan ni."
Gavin sontak terkejut. Bukan hal itu ingin dia dengarkan. "But why? Please honey, no. I taknak lepaskan you. You are my everything." kedua-dua tangan Camelia di bawa dalam genggaman. Sungguh, dia tak ingin melepaskan wanita itu dari hidupnya.
Camelia jatuhkan pandangan pada tangan yang sedang meramas lembut jemari runcingnya.
"Bagitau I apa you nak? I akan penuhi apapun you minta asalkan jangan minta I lepaskan you." separa merayu nada Gavin.
Wajah itu Camelia tatap."Ceraikan isteri you." tanpa basa basi dia mengatakan apa yang sejak dulu dia inginkan.
Gavin terkesima. Namun tak bisa dia tolak permintaan wanita kesayangannya itu.
"I nak I sorang jadi perempuan you. Tak perlu ada wife you. Cuma I yang I nak ada dalam hidup you. Cinta you, sayang you tu semua milik I. You are my man. I taknak kongsi. Kalau you rasa I berharga dalam hidup you, tinggalkan wife you sekarang."
Gavin memicit pelipis. Keluhan kecil terlepas spontan.
"Honey, listen here... I perlu waktu untuk bincang dengan wife I. Not now okay, give me time." pujuknya berharap wanita itu mengerti.
Gavin tak mahu jadikan Camelia alasan untuk bercerai. Selama ini, isterinya menganggap dirinya seorang suami yang setia, yang tak pernah akan menyakiti apalagi meninggalkan hanya demi seorang perempuan simpanan. Isterinya telah memberi seluruh rasa percaya terhadapnya. Bagaimana cara agar dia bisa meninggalkan Sophia tanpa melibatkan Camelia agar wanita itu tak dibenci nanti.
"Nak bincang apa lagi?!" suara Camelia meninggi. "Tinggal you ceraikan wife you tu apa yang susah? You sendiri kata you dah bosan, you dah takda rasa dengan wife you. Fine! You perlu waktu kan, then I'll leave you!" Camelia sudah berkira-kira hendak keluar dari kereta.
Gavin dengan pantas menyambar lengan Camelia, menahan wanita itu dari pergi. "Okay..." nafas panjang di tarik. "Okay, I akan ikut apa you nak. I akan tinggalkan Sophia demi you. Please, don't leave me..."
"Promise?" nada Camelia melembut. Lelaki itu di lirik manja.
"I janji..."
Tengkuk lelaki itu di paut lantas menyambar bibir itu dengan ciuman panas. Tangan Gavin tak tinggal diam, tubuh Camelia di tarik atas pangkuannya. Persetankan di mana mereka berada sekarang. Ada sesuatu harus di puaskan tak cuma hanya dengan sebatas ciuman.
CINTA itu bisa membunuh. Cinta juga bisa melenyapkan akal kewarasan seorang manusia.
Di atas katil tepi sudut bilik bertemakan rona putih lembut, kelihatan seorang wanita duduk termanggu dalam keadaan tak terurus. Rambut ikal panjangnya dulu berubah menjadi kusut dan kasar.
Pandangan matanya kelihatan kosong, memandang lurus dinding depannya. Sesekali, jemarinya memintal hujung rambut. Kebungkaman menyelimuti diri.
Kehadiran kanak-kanak perempuan yang memerhatikan dirinya di hadapan pintu sejak tadi tak di pedulikan.
Anak kecil itu hadir dalam rahimnya setelah dia di ceraikan. Impiannya untuk memiliki keluarga bahagia hancur musnah dalam sekejap. Dia di buang. Tak di perlukan lagi.
Di mana letak salahnya?
Mengapa!
Sebab kau bodoh!
Kau senang di tipu!
Sebelah tangannya naik memukul kepala sendiri, berperang dengan suara-suara sumbang yang mengasak minda.
Matanya menghala pada kepingan gambar yang berterabur atas lantai bilik. Gambar mesra lelaki yang di cintainya segenap hati namun memilih mengkhianatinya. Dia ketawa, berhenti untuk sekejap sebelum berganti dengan esakkan kecil. Tangan semakin kuat memukul kepala sendiri.
Sepasang mata coklat itu masih setia memandang gelagat sang ibu. Masih kecil namun sedikit mengerti dengan penderitaan yang di hadapi wanita yang di panggilnya mama.
Dia membawa kaki ke ruang tamu sambil menjinjit patung beruang yang nampak kusam. Retina matanya melekat pada siaran di kaca TV. Siaran berita seorang ahli perniagaan meninggal nekad terjun bangunan setelah jatuh bankrap.
"Pa...pa..."
CAMELIA menarik anak lelakinya duduk atas pangkuan. Siaran berita di matikan. Beruntung dulu dia memutuskan untuk meninggalkan Gavin setelah beberapa bulan lelaki itu menceraikan isterinya.
Sekarang, dia memilki kehidupan yang sempurna. Punya suami yang jauh lebih hebat dari Gavin. Hidupnya bertambah sempurna dengan kehadiran anak lelaki mereka. Tiada lagi lelaki bernama Gavin dalam hidupnya. Cintanya kini hanya untuk suaminya. Mereka ibarat nyawa yang memberikannya nafas untuk menikmati bahagia.
collaboration novel with Dreamy, Che da tak sempat nak curi masa untuk menulis lagi, Che da cuba slow slow kayuh ok.
Share this novel