Mata Camelia melilau mencari suaminya. Lelaki itu sudah menghilang dari pandangan beberapa minit tadi. Laju kakinya mendekat sebaik saja menangkap kelibat Aldric.
"Dear, where you going?"
Aldric melontar senyuman kecil pada sang isteri. "Washroom. Why? Miss me already huh?" usiknya sambil mencuit lembut hidung mancung Camelia.
Camelia menampar manja lengan kokoh Aldric yang di rangkulnya. "First, yes I miss you. Second, I risau kalau-kalau ada perempuan kat sini cuba goda you."
Aldric masih dengan sisa tawanya mendengar ocehan Camelia. "You tak payah fikir jauh sangat. I cuma tergoda dengan you je. Believe me." juntaian anak rambut Camelia di selitkan ke belakang telinga. Wanita itu di tatap penuh cinta.
Camelia tersenyum senang mendengarnya. Dia tahu Aldric begitu mencintainya. Dulu sehingga sekarang cinta lelaki itu tak pernah berubah. Hanya untuknya seorang walau ada rasa ragu sebagai isteri kerana dia cukup tahu ramai wanita di luar sana cuba mencari peluang untuk menggoda Aldric.
Siapa wanita yang tak menginginkan suaminya itu. Saham lelaki itu masih tinggi walau sudah berumur. Hot macam sriracha sauce!
Camelia cuba memburu jauh bermacam andaian yang bertapak di minda. Dia percaya Aldric takkan tergoda pada mana-mana wanita di luar sana. Enough! Berhenti memikirkan yang macam-macam!
"Come, Mr Roland want to meet you."
Leka berbual mengenai soal kerja, mata Aldric secara tak sengaja terpandangkan Felix yang sedang bersama seorang gadis. Keduanya nampak begitu rapat dan mesra.
Gadis tadi, teman wanita Felix?
Jika pun ya, dia tak hairan kerana Felix sudah lama menduda. Cuma, gadis itu nampak terlalu muda jika hendak di gandingkan dengan temannya itu.
"Dear, fikirkan apa?"
Aldric tersentak dengan pertanyaan Camelia. Dia menggeleng kecil. "Nothing..." pinggang Camelia di rangkul kemas.
Wajah kacak itu di tenung, mencari kepastian. Melihat Aldric mengangguk yakin, Camelia menahan diri dari terus bertanya. Aldric tak pernah berahsia dengannya. Soal kerja, jika ada masalah semua akan di kongsi dengannya.
Di sisi lain, Felix sedang sibuk memperkenalkan Stella pada rakan bisnessnya. Perbualan tiga lelaki di depannya itu hanya ditimpali Stella dengan senyuman. Dia mulai bosan. Otak mula mencari helah.
Dengan sengaja tangannya menyenggol lengan Felix yang sedang memegang gelas berisi wine anggur. Mata Stella membulat sambil memandang gaun yang di tumpahi wine tadi. Felix turut sama terkejut.
"Babe, you okay? Sorry okay..." cemas dan kelam kabut Felix di buatnya.
"Gaun I... Basah." bibir di ketap, menayang mimik kesal.
Semua mata di situ tertumpu pada mereka. Begitu juga Aldric dan Camelia. Dengan cepat Camelia mendekat. Dia tak mahu kekecohan terus berlanjut.
"I rasa you perlu ganti dress you. I ada dress spare. Mungkin ngam dekat you sebab tinggi dan bentuk tubuh kita kurang lebih sama. About fashion you jangan bimbang, I always follow new trend."
"It's okay, I'm fine..." Stella menolak dengan senyum lembut.
"You know what, I tak suka orang menolak pertolongan I." bahu terdedah Stella di sentuh sambil mengamit seorang maid. "What your name?" tanyanya kemudian pada Stella.
"I'm Stella."
"Your name suits you well." Camelia melontar pujian tulus. Jika di pandang lebih lama, Stella mengingatkannya pada seseorang. Ah! Mungkin perasaannya saja. Sudahlah, dia tak ingin mengingat masa lalu.
"Thanks. I always adore you and you give me inspiration to become like you one day."
Camelia tertawa senang. Ya, dia senang di puji. Berasa senang di kagumi ramai orang.
Seorang gadis muda di minta menemani Stella ke bilik tamu. Stella di minta menunggu di ruangan itu sementara gadis tadi keluar mengambil gaun yang telah di siapkan Camelia.
Stella mencarik senyuman puas. Seperti yang di jangkakan, Camelia tak mengenalinya.
Wanita itu tampak begitu menikmati hidupnya setelah menghancurkan hidup wanita lain. Begitu tak adilnya dunia. Yang menghancurkan semakin bahagia. Yang di hancurkan terus menerus menderita.
Gadis muda tadi masuk semula, meletakkan paper beg yang di isi dengan sehelai gaun satin berwarna maroon di tepi katil. Setelah itu, dia segera keluar memberi ruang pada Stella untuk menganti gaunnya.
Stella mengintai keluar pintu. Kebetulan, Aldric yang berada tidak jauh dari situ di dekati.
"Sorry, can you help me?"
"Yes..." dia memandang Stella sedikit hairan.
"Boleh tolong zipkan belakang gaun I ni." Stella menyelak rambutnya ke tepi, menunjuk zip dress yang belum sepenuhnya di zip sehingga menampakkan belakang tubuhnya.
"Please... I tak tau nak minta tolong siapa. I cari Felix tapi I tak nampak dia dari tadi." Stella merayu.
"Come with me." Aldric meminta Stella mengikutinya ke satu sudut yang agak berselindung dari pandangan orang-orang. Sebolehnya, dia tak mahu menimbulkan kontroversi. Itu hanya akan merosak nama baiknya sendiri dan memalukan isterinya.
"Aww!" Stella meringis sakit apabila helaian rambutnya tersangkut di zip. "Rambut I..." dia cuba menarik hujung rambut yang masih tersangkut.
"Let me help you."
Stella mengangguk, membiarkan Aldric melepaskan rambutnya. Tanpa lelaki itu sedari, ada senyuman puas yang terpeta di bibir gadis itu.
"Done."
"Thanks again."
Aldric sekadar mengangguk lalu segera pergi sebelum ada yang melihat mereka.
"Here you are..." laju langkah Felix mendekati Stella.
Stella melempar senyuman manis pada lelaki itu. Mulai sekarang, dia harus mempergunakan Felix untuk mendekati Aldric dengan cara apapun.
"Tadi I dengar-dengar you kata kalau Aldric cari PA baru. I need your help." tangan Felix di raih. "Can you recommend me?"
Felix tampak terkejut. "Tapi macam mana dengan tempat kerja lama you?"
"I plan nak resign hujung bulan ni. Gaji tak memuaskan. You tau kan my mom sakit. Tak cukup nak cover kos." Stella memasang mimik muka penuh mengharap. Jemari lelaki itu di genggamnya. "Help me please..."
"Okay... Macam ni, I boleh cadangkan you dekat Aldric. But first step, you kena interview, I taknak orang kata you guna orang dalam untuk jadi PA dia."
Stella mengangguk setuju. "Bila interview tu?"
"Next week. Cuma jangan berharap sangat. I risau kalau Aldric tak pilih you. Tapi I janji I akan bantu you semampu I."
"Thanks. I will do my best." Stella melentok manja kepalanya di bahu Felix.
Matanya tertumpu pada Aldric. Senyum penuh makna tersimpul di bibir. Agak sukar sebenarnya mendekati lelaki itu. Tapi, secinta manapun lelaki pada isterinya, yang namanya lelaki tak ada yang dapat melawan godaan dari perempuan lain.
GAUN di tangannya di bakar sepulangnya ke rumah. Camelia sudah berpesan agar dia tak perlu mengembalikan gaun itu semula. Api yang marak menjilat gaun di tenung lama.
Bunyi gelas pecah datang dari bilik bawah membuat Stella melangkah laju ke bilik sang mama.
"Keluar!" Sophia memekik nyaring.
Stella tak mengendahkan nada tinggi yang baru menghalaunya keluar. Serpihan gelas yang bertaburan di lantai di kutip. Bantal yang di baling Sophia mengenai tubuhnya hanya di diamkan. Stella tak berkutik. Hanya membiarkan saja Sophia memperlakukannya seperti itu.
Dari kecil lagi, Sophia tak pernah mahu memandangnya layaknya seperti seorang anak. Emosi wanita itu semakin terganggu tiap kali melihat wajahnya. Dia sudah terbiasa di jerit, di halau, di pukul Sophia. Pun begitu, dia tetap menyayangi wanita itu. Tidak pernah menyalahkan sang mama.
Stella cuba membantu Sophia merebahkan semula tubuhnya untuk tidur walaupun tangannya di tepis Sophia dengan kasar.
Stella membawa langkah perlahan keluar dari ruangan itu membawa serpihan gelas yang di balut dengan tisu menuju ke pantry.
Dari dulu dia teringin mendengar mamanya memanggil namanya, mendakapnya penuh kasih.Takungan jernih di tubir mata di kesat laju. Dari kecil dia sudah belajar untuk tidak jadi lemah. Untuk tidak menangis. Dunia ini tiada simpati untuk orang yang meratap nasib diri.
Camelia. Dia sudah tak sabar ingin mencabik-cabik kebahagiaan yang di miliki wanita itu.
Kehancuran wanita itu, tangis dan penderitaannya nanti adalah kebahagiaan baginya.
maaf terlambat post, terima kasih kerana masih sudi untuk singgah baca.
Share this novel