"Nah... I am sorry tak dapat teman you shopping baju baru, my dad bagi I satu projek penting dan I mesti fokus, tapi you ambil credit card I ni you pergi shopping baju dan kasut baru ok. "Ujar Felix sambil memberikan sekeping kad kredit kepada Stella.
Butik baju korporat wanita dituju. Rambang juga mata Stella untuk memilih, bila dia mengingatkan kepada diri sendiri bahawa dia bakal di temuduga oleh Aldric, matanya dengan cepat memilih satu pakaian "Assymmetrical lspel Neck Dress with Elegant long skirt.
"Erm, cantik, I nampak berkaliber dan professional"fikir Stella melihat kepada bayangan dirinya di dalam cermin besar yang terdapat di dalam bilik persalinan itu.Stella bertukar kepada pakaiannya semula dan menenteng baju korporat yang menjadi pilihannya itu ke meja Kasir. Keluar dari butik pakaian tersebut Stella memandu ke sebuah pasaraya untuk mencari high heels pula.
Sepasang Christy Ng, Women's Skylar Strappy Heels menjadi pilihan Stella.
Sebaik pulang ke rumahnya, Stella mengemas kini resumenya dan dokumen yang diperlukan untuk temuduga di pejabat Aldric pada keesokan harinya.
Seawal pukul 8 pagi Stella sudah tiba di hadapan pintu masuk ke bangunan di mana pejabat Aldric berada. Setelah diberikan access sementara,
Stella kini berada di dalam bilik menunggu di pejabat Aldric. Seorang demi seorang calon pekerja di panggil dan keluar dengan wajah yang sugul. Stella merasakan harapannya untuk diterima bekerja semakin tinggi.
"Stella"panggil wakil sumber manusia itu. Stella bergerak masuk ke dalam bilik temuduga. Senyuman Stella sirna bila melihat terdapat 4 orang penemuduga di dalam bilik tersebut bersama sama dengan Aldric.
"Silakan duduk cik Stella."pinta Azura, pengurus sumber manusia di pejabat tersebut.
""Terima kasih."balas Stella.
"Kami sudah meneliti resume cik Stella dan cik tidak ada kelayakan untuk menjadi seorang pembantu peribadi. Sebaliknya cik sangat cemerlang dalam kursus pengurusan dan pemasaran, so kami sudah membuat keputusan untuk menawarkan jawatan Eksekutif pemasaran kepada cik Stella, adakah cik Stella sudi menerima tawaran dari kami?"soal pengurus sumber manusia itu lagi.
"Stella, tujuan kau ialah Aldric bukan bekerja "fikir Stella meyakinkan dirinya.
"Saya memang tiada kelulusan khusus dalam pengurusan pejabat tetapi saya yakin saya mampu untuk menggalas tugas sebagai seorang pembantu peribadi Tuan Aldric dengan baik.
"Cik, di ofis ni kita melihat kemampuan berdasarkan kelulusan dan pengalaman, bukan berdasarkan keyakinan."ujar seorang eksekutif yang ada disitu.
"I rasa, kita boleh beri peluang kepada cik Stella untuk buktikan kemampuan dia. Kita beri tempoh percubaan selama satu bulan dulu."ujar Aldric.
"Tapi tuan, kita dah senaraikan syarat kelayakan di website rasmi syarikat.
Syarat kelayakan:
✨ Lelaki (bujang) berumur 35 tahun ke bawah
Perempuan (sudah berkahwin) berumur 35 tahun ke atas.
✨mempunyai diploma/ ijazah
✨ Berpengalaman dalam bidang pembantu peribadi/ kesetiausahaan selama satu tahun.
✨mempunyai lesen memandu & boleh memandu
✨ Amanah dan menyimpan rahsia
Skop kerja,
✅ Menguruskan jadualCEO
✅ Menguruskan fail dan dokumen
✅ Membantu CEO.
Waktu Bekerja
Ahad hingga Khamis
8.30 am hingga 5.30 pm
➡️ Gaji Basic RM1500
➡️ Caruman KWSP & SOCSO
Dan Puan Camelia ada menyenaraikan beberapa kelayakan tambahan untuk calon pembantu peribadi perempuan supaya kami menilai semasa sesi 'face to face interviu tuan"balas Azura, pengurus sumber manusia itu lagi.
"Kelayakan tambahan?, kenapa saya tak tahu menahu tentang kelayakan tambahan ni?"soal Aldric.
"Puan Camelia baru menghantar syarat kelayakan tambahan itu ke e-mail sumber manusia pagi tadi Tuan. Dan apa yang saya boleh kata, Cik Stella tak memenuhi kesemua syarat kelayakan tambahan yang disenaraikan oleh Puan Camelia itu"tambahnya lagi.
sorry semalam tak sempat nak published kerana ada masalah dengan phone. teaser bab 4. "Maksud you, Stella tak diterima bekerja untuk I kerana dia memiliki bentuk payudara yang....?"soal Aldric.
Share this novel