Tubuh tinggi lampai itu masih kekal di tempatnya berdiri. Pandangannya tertancap pada papan nota yang penuh dengan gambar sepasang suami isteri.
Retina matanya bergerak merenung kepingan gambar lainnya. Lebih lama di renung gambar itu, semakin dia mengerti penderitaan yang di alami sang mama. Rasa sakit, rasa hancur. Semua itu menyatu menjadi goresan luka.
Deringan telefon tepi meja segera membuat tangannya meraih benda tipis itu.
"Hey babe... Get ready, I akan jemput you kejap lagi."
Perlahan-lahan bibirnya menarik senyuman. Kakinya melangkah meninggalkan ruangan kecil itu menuju ke sebuah bilik. Ketika pintu terbuka, kelihatan tubuh kurus seorang wanita terbaring lesu di atas katil. Wajahnya cengkung memudarkan kecantikan yang di milikinya sebelum ini. Lingkaran hitam di bawah mata kelihatan jelas.
Selimut yang membungkus tubuh itu di rapikan. Dahi itu di kucup singkat. Matanya menatap sayu wajah yang terlelap.
"Bik..."
Wanita lewat 30an yang sedang sibuk di pantry segera menoleh.
"Tolong suap mama makan bila mama bangun nanti. Pastikan mama makan."
Kepalanya laju mengangguk."Baik, cik."
Stella susun langkah ke bilik. Sehelai gaun hitam labuh di gayakan di hadapan cermin.
"Nice choice, Stella." dia bergumam sendiri.
Gaun bertali halus mendedahkan bahagian dada dan belakang tubuh menjadi pilihan. Dia mulai bersiap-siap. Sekejap lagi, Felix akan datang menjemputnya.
FELIX langsung terpesona melihat penampilan gadis barusan masuk ke dalam kereta. Bohong jika tak ada lelaki yang tak terpikat dengan lekuk tubuh mengiurkan itu. Haruman tubuh itu membuat hasrat kelelakiannya membuncah.
Jemarinya naik mengelus leher jinjang itu. "You look beautiful tonight." bisiknya memuji sambil mendaratkan kucupan di bahu mulus Stella.
Tak sia-sia dia memilih gadis itu untuk jadi pasangannya malam ini menemaninya menghadiri party yang di adakan oleh pasangan Aldric Rowan dan Camelia.
"Babe..." Felix hilang kendali dengan godaan di depan mata.
Stella menolak lembut dengan jari telunjuk bibir Felix yang hampir memagut bibirnya. "Kita dah sampai." bisiknya di tepi telinga itu sambil ketawa manja.
Felix merengus kecil, sedikit hampa.
"Maybe next time..." goda Stella sambil membetulkan kot yang tersarung di tubuh kekar itu.
Bagi Stella, Felix lelaki yang paling tepat untuk dia manfaatkan mendekati pasangan suami isteri itu memandangkan Felix merupakan teman dekat Aldric Rowan. Sebab itu dia tak mahu jika sampai lelaki itu hilang minat terhadapnya. Felix sangat berguna padanya.
"Why not now?" Felix masih berharap. Pinggang ramping Stella di paut.
"Cause we don't have time...let's go."
Tawa Felix meletus. Lengannya di sua sejurus mereka keluar dari perut kereta. Kaki melangkah beriringan masuk ke dalam. Felix menyapa beberapa orang tetamu VVIP yang berpapasan dengan mereka.
Lingkaran di lengan Felix di lepaskan apabila lelaki itu mulai sibuk membincangkan kerja sama dengan beberapa orang temannya di situ. Stella tak tertarik sama sekali mahu mendengarnya. Dia meminta diri untuk ke bilik air.
Pandangan Stella sempat menangkap kemesraan yang di pamerkan pasangan suami isteri di satu sudut. Mereka terlihat bahagia sekali. Sesekali, wanita di samping lelaki itu tertawa kecil. Kelihatan begitu menikmati kebahagiaan dalam hidupnya.
Sudut bibir Stella menyimpul senyuman sumbing. Biarkan dulu wanita itu menikmati semuanya.
Keluar dari bilik air, Stella berpapasan dengan Aldric Rowan. Lelaki yang menjadi sasarannya. Dengan sengaja dia merempuh dada itu.
"I'm sorry..." Stella memasang muka serba salah. "I'm really sorry." ucapnya dengan nada kesal.
Lelaki yang sudah mencecah angka 4 lebih itu di pandang. Masih memikat. Masih lagi gagah penuh karisma. Dia berani bertaruh jika tak cuma dia seorang saja perempuan yang mendambakan lelaki ini.
"It's okay."
Stella melempar senyuman kecil. Sebelum pergi, dia dengan sengaja menjatuhkan gelang tangan miliknya.
Sambil mengatur langkah, Stella menghitung dalam beberapa detik.
"Wait."
Suara berat itu kedengaran memanggil dirinya.
Stella menoleh. Menayang mimik muka penuh tanda tanya.
Aldric menunjuk gelang tangan yang baru di kutipnya. Langkahnya maju mendekati Stella.
"Gelang you."
Stella berpura-pura melihat pergelangan tangannya. "Oh my god, thanks. I tak sedar I tercicirkan gelang I ni."
"Here." Aldric menyua gelang di tangannya.
Stella menyambut huluran di tangan lelaki itu sembari terus berpura-pura sukar hendak memakaikan gelang tadi di pergelangan tangannya.
"Need help?"
"Ya, sure kalau you tak keberatan."
Aldric merapatkan jarak mereka. Membantu gadis itu memakaikan gelang tadi.
"Thanks. Sorry kalau I dah menyusahkan you."
"Not at all."
Stella melontar senyuman manisnya lalu menyusun langkah anggun pergi. Dia sedar jika dirinya masih di perhatikan oleh sepasang mata itu. Stella mendapatkan segelas wine, di teguk sambil tersenyum sendiri.
Dia melirik ke arah Camelia yang sedang berbual dengan teman wanita sebaya. Tidak akan ada seorang pun yang dapat menghentikannya untuk menghancurkan kehidupan wanita itu nanti. Semua yang wanita itu miliki, bahagianya, tawanya akan dia rampas menjadi miliknya.
Share this novel