Completed
42741
?SAYA mengandungkan anak Fadlan??
Tinggal satu langkah lagi menuju hari bahagianya, namun mimpi indah itu hancur berkecai seperti debu saat Hanan berdepan dengan seorang wanita asing yang datang membawa berita yang tak mampu dia sangkal.
Wanita itu mengaku telah menjalinkan hubungan dengan tunangnya, Fadlan.
Lebih menyakitkan, wanita itu sedang hamil.
Tadi, Hanan begitu gembira apabila melihat nama Fadlan tertera pada skrin telefonnya. Dia menyangka tunangnya itu juga tidak sabar menghitung hari, memandangkan hanya berbaki dua hari lagi sebelum mereka disatukan sebagai suami isteri.
Namun, sebaik sahaja Hanan menjawab panggilan itu dengan penuh keterujaan, suara yang menyapa di hujung talian bukanlah suara Fadlan, tetapi seorang wanita yang tidak dikenalinya, meminta untuk berjumpa.
Hanan tergamam.
Mengapa wanita asing itu menghubunginya menggunakan telefon Fadlan?
Sekarang bibir Hanan terkunci malah suasana terus membeku ketika wanita itu buat pengakuan yang buatkan tubuh Hanan menggigil tidak percaya.
Manakala wanita yang bernama Maria itu dengan tenang menghulurkan bukti-bukti yang tidak boleh dinafikan dan cukup untuk merobek kepercayaan Hanan.
Pedih.
Sesak.
Namun Hanan tetap cuba bertahan. Dia duduk tegak di hadapan wanita yang kini dikenali sebagai skandal tunangnya sendiri.
?Saya nak awak batalkan pernikahan awak dengan Fadlan. Biarkan dia bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat pada saya,? ujar Maria perlahan, namun jelas. Riak wajahnya langsung tidak nampak bersalah.
Dan Hanan?
Akad nikah tinggal dua hari saja lagi.
Dengan pandangan kosong yang sukar ditafsir, air matanya bergenang tanpa suara. Hatinya remuk, namun dia masih cuba mengawal diri.
?Korang berdua bukan saja dah buat dosa besar? tapi yang paling menyakitkan, awak minta saya batalkan pernikahan saya? selepas awak sendiri hancurkan kebahagiaan saya dengan apa yang awak dan Fadlan buat di belakang saya?? ujar Hanan dengan suaranya bergetar namun tetap tegas. ?Sekarang jawab soalan saya?sebelum ni awak tahu yang Fadlan sudah ada tunang??
]?Ya, saya tahu,? jawab Maria tanpa teragak-agak. ?Tapi mungkin awak boleh hidup tanpa dia? tapi saya tak boleh. Dia cinta pertama saya. Apa yang jadi antara kami? atas dasar suka sama suka. Saya tak sanggup biarkan anak ini?.?
?Cinta pertama?? potong Hanan dengan senyuman sinis. ?Tak payah bangga sangat dengan ?cinta pertama? yang kononnya tak boleh dilupakan tu? kalau akhirnya awak sendiri sanggup jadi perempuan yang ganggu hubungan orang lain,? sindir Hanan tajam.
Cinta pertama konon?
Menyampah Hanan dengar.
Macam itulah rupanya alasan yang digunakan untuk halalkan kecurangan. Kononnya cinta lama yang tak boleh dilupakan. Padahal hakikatnya, cuma alasan murahan untuk buat benda yang memang salah.
?Awak memang jenis perempuan gatal. Dah tahu Fadlan ada tunang tapi awak tetap pilih terus nak menggatal dengan tunang orang. Dasar penyondol!?
Buntang mata Maria saat kata-kata itu singgah ke telinganya.
?Fadlan pun tak boleh lupakan saya!? bentak Maria, nadanya mula meninggi. ?Kalau tak? takkan dia sanggup curang di belakang awak. Bukan saya yang bertepuk sebelah tangan.?
Hanan ketawa kecil tanpa rasa.
?Ya, betul. Tepuk sebelah tangan memang takkan berbunyi?? balasnya perlahan, namun tajam menikam. ?Awak dengan Fadlan? dua-dua sama saja gatal.?
Hanan bangun dari kerusinya, tangannya menggenggam erat, menahan emosi yang hampir meledak.
?Penyondol macam awak boleh relaks sekarang? tak payah nak paksa saya tinggalkan lelaki tak guna macam si Fadlan tu. Awak boleh kutip dia jadikan suami dan ayah kepada anak awak sebab saya sendiri sanggup campak dia keluar dari hidup saya dengan rela hati.?
Senyuman puas mula terukir di bibir Maria, menyangka Hanan sudah mengalah tanpa melawan.
?Tapi jangan perasan awak dah menang,? balas Hanan sinis, matanya tajam menikam.
Dia menarik nafas, cuba menahan sisa emosi yang masih bersisa.
?Sebab hakikatnya? awak tak layak pun nak bersaing dengan saya untuk lelaki macam Fadlan. Saya lebih rela tanggung malu tak jadi kahwin daripada hidup dengan lelaki bermuka dua macam dia.?
Hanan berhenti seketika, senyuman nipis terukir di bibirnya.
?Bakal bekas tunang saya tu bukan kumbang yang pandai pilih bunga?? suaranya perlahan, namun cukup pedih. ?Dia cuma lalat? yang memang lebih tertarik pada sampah macam awak.?
Maria yang merasakan dirinya sudah menang merampas Fadlan daripada Hanan, akhirnya turut bangun. Emosi yang sejak tadi dipendam mula meluap apabila Hanan terus menghinanya. Dia berdiri berhadapan Hanan, dengan pandangan mata yang tajam menikam.
?Jaga mulut kau! Aku bukan perempuan macam tu. Kau yang tak pandai jaga tunang!?
Hanan menghela nafas kasar. Luka yang terlalu dalam membuatkan dia hilang rasa hingga sukar mengawal diri sendiri.
?So? Kau yang kononnya pandai ?jaga? tunang aku? sampai boleh mengandung anak luar nikah dia, ya?? ujar Hanan, suaranya meninggi, sarat dengan kemarahan.
Hanan melangkah setapak ke depan, pandangannya tajam.
?Memang layak sangatlah gelaran tu dengan kau. Jadi jangan cabar aku? kalau kau tak nak aku terus maki hamun kau sendiri sampai malu tak tahu nak sorok muka dekat mana.?
Maria terdiam.
Tanpa menunggu lagi, Hanan mencapai beg tangannya dan terus melangkah keluar dari kafe itu. Dia tak sanggup lagi berdiri di situ walau sesaat. Kalau dia kekal di situ, air matanya pasti akan jatuh di hadapan Maria.
Dan itu, perkara terakhir yang Hanan nak biarkan terjadi.
Dia menahan. Menahan sekuat yang mampu.
Walaupun hakikatnya, menipulah kalau Hanan tak rasa kecewa sampai nak meraung dengan pengkhianatan Fadlan.
Namun belum sempat Hanan melangkah ke keretanya, seseorang muncul dengan nafas tercungap-cungap.
Fadlan.
?Hanan? tolong bagi abang peluang explain?Semua tu cuma??
Satu tamparan kuat hinggap di pipi Fadlan, menghentikan kata-katanya serta-merta.
?Tak payah bazirkan masa? ataupun air liur awak untuk jelaskan apa-apa,? potong Hanan dingin. ?Saya dah tengok semua bukti kecurangan awak. Jadi, apa lagi yang awak nak nafikan??
Dia ketawa kecil, sinis.
?Atau awak ingat saya ni bodoh sangat untuk terus percaya awak lagi?? suara Hanan tajam, penuh sindiran. ?Bukti DNA tu dah cukup jelas? perempuan tu memang mengandungkan anak awak.?
Dia merenung Fadlan dengan hati yang sarat kecewa dan pedih.
?Jadi tak payah nak pusing sana sini. Saya dah tahu semuanya? perbuatan hina awak, Fadlan.?
?Abang mengaku salah. Abang memang dah buat silap tapi tolong bagi abang peluang,? rayu Fadlan.
?Awak buat silap sampai buntingkan perempuan lain dan awak fikir yang awak still layak untuk minta peluang lagi? Jangan harap Fadlan!? Suara Hanan bergetar, namun penuh ketegasan. ?Mulai hari ni?awak jangan muncul depan saya lagi. Saya benci tengok muka awak!?
?Mana boleh macam tu, Hanan. Majlis nikah kita lagi dua hari je, sayang?? Fadlan masih tak putus asa cuba memujuk Hanan. ?Tolonglah maafkan abang.?
Hanan tersenyum sinis, matanya tajam memandang lelaki di hadapannya.
?Awak fikir saya masih nak teruskan majlis nikah kita? Jangan mimpi.?
Wajah Fadlan terus berubah, jelas kelihatan cuak mendengar kata-kata Hanan.
?Kalau saya nak jadi ibu segera? saya boleh pilih kahwin dengan duda yang ada anak. Bukan lelaki curang yang siap ada pakej anak luar nikah macam awak. Saya lagi rela tanggung malu sebab batalkan majlis nikah kita saat akhir? daripada hidup menanggung malu bersuamikan lelaki yang berperangai jijik macam awak.?
?No! Hanan tak boleh batalkan majlis kita.? Fadlan bersuara cemas, tanpa sedikit pun rasa malu atau bersalah dan itu hanya membuatkan Hanan semakin menyampah.
?Kenapa pula saya tak boleh batalkan?? balas Hanan, suaranya meninggi. ?Ikut suka hati saya lah? macam mana awak ikut nafsu awak sampai sanggup khianat saya!?
?Sebab abang sayangkan Hanan. Tolonglah maafkan abang.?
?Sayang tahi kucing!?
BARU saja Hanan mahu membuka pintu kereta, namun tangannya terhenti apabila Fadlan pantas menghalang. Lelaki itu masih juga tidak putus asa memujuk rayu, seolah-olah apa yang berlaku hanyalah perkara kecil yang boleh dipadam begitu sahaja. Sedangkan bagi Hanan, semuanya sudah jelas dan tiada lagi ruang untuk peluang kedua.
?Selagi Hanan still pakai cincin tunang yang ibu abang sarungkan pada jari Hanan? Hanan tak boleh buat keputusan sendiri,? ujar Fadlan, suaranya sedikit mendesak, tanpa sedar kata-katanya itu hanya menambah bara dalam hati Hanan.
Tanpa berlengah walau sesaat, Hanan terus menanggalkan cincin tunang di jari manisnya. Cincin itu direnung sekilas, simbol janji yang kini hanya tinggal kenangan pahit. Dengan satu gerakan tegas, dia mencampaknya jauh ke atas jalan tar.
?Sekarang jari saya dah kosong. Tandanya? saya bukan tunang awak lagi. Kalau awak still nak cincin tu? pergilah kutip sendiri,? balas Hanan, suaranya dingin tanpa perasaan.
?Hanan!? suara Fadlan meninggi, jelas terkejut dengan tindakan itu. Wajahnya berubah, antara terkejut dan tidak percaya. ?Sampai hati Hanan buang cincin tunang kita??
?Bukan setakat cincin je? awak pun saya sanggup buang dan bagi perempuan tu kutip,? balas Hanan tanpa ragu.
Fadlan menggeleng kepala berkali-kali, seolah-olah cuba menolak kenyataan yang sedang berlaku di hadapannya.
?Tak? abang tahu? Hanan tetap sayangkan abang. Hanan cuma tengah marahkan abang.?
Hanan menghela nafas, cuba mengawal sabar yang semakin menipis.
?Apa yang awak tak faham bahasa sangat ni, Fadlan? Atau awak memang nak tengok saya menangis sampai keluar air mata darah untuk tunjuk betapa kecewa dan sedihnya saya dikhianati oleh lelaki yang saya sayang?? suaranya bergetar, emosi yang ditahan mula menampakkan retak. ?Okay, fine? tak mungkin sekelip mata sayang saya boleh hilang? tapi tak mustahil juga sekelip mata saya bencikan awak. Jadi jangan nak rumitkan keadaan kita lagi. Saya memang tak boleh terima awak sebagai suami saya.?
Air matanya hampir gugur, namun dia masih bertahan. Dia tidak mahu lemah di hadapan lelaki itu.
?Abang janji dengan Hanan? abang takkan kecewakan Hanan lagi. Semua tu cuma? satu kesilapan je. Abang tak pernah nak gantikan perempuan lain di tempat Hanan. Abang cuma tersalah langkah sampai??
?Sampai boleh terlanjur?? potong Hanan sinis. ?Awak cakap? awak cuma buat satu kesilapan je?? soal Hanan, nadanya tajam.
Fadlan mengangguk dengan yakin, seolah-olah itu jawapan yang paling masuk akal.
Hanan tersenyum sinis, namun matanya sudah mula berkaca.
?Awak sedar tak? sebelum satu kesilapan yang awak buat tu? awak dah buat banyak silap untuk jadikan satu kesilapan yang besar tu. Awak tahu apa kesilapan pertama awak?? tanya Hanan, suaranya mula teresak.
Fadlan diam. Tiada jawapan.
?Awak berhubung semula dengan ex girlfriend awak tanpa pengetahuan saya?? ujar Hanan, setiap perkataan keluar dengan berat. ?Dan kesilapan kedua awak pula? awak lupa siapa saya sampai awak buka ruang dan peluang pada perempuan lain? Itu yang awak cakap satu kesilapan je yang awak dah buat??
?Abang mengaku abang khilaf tapi? abang tak sanggup hilang Hanan.?
?Dan awak sanggup jadi lelaki yang tak bertanggungjawab? Habis madu sepah dibuang?? marah Hanan, suaranya semakin meninggi.
?Kalau Hanan bagi abang peluang? abang boleh pilih kedua-dua sekalinya. Jadi suami Hanan dan bertanggungjawab dengan perbuatan abang,? rayu Fadlan tanpa rasa bersalah.
Menggigil tangan Hanan. Untuk seketika, dia benar-benar hampir melayangkan satu lagi tamparan ke wajah lelaki itu.
Belum pun bergelar isteri, Fadlan sudah berani berharap dia menerima Maria sebagai madu.
?Awak memang lelaki tak guna!? kutuk Hanan.
Share this novel