Bab 2

Romantic Comedy Completed 42741

HANAN menangis sepuas-puasnya di dalam kereta. Bahunya terhinjut-hinjut menahan esakan yang sudah lama dipendam. Segala yang berlaku tadi berulang-ulang di fikirannya. Kata-kata Maria, wajah Fadlan, bukti yang tak mampu dia nafikan. Sampai satu tahap, dia sendiri tak tahu sama ada dia menangis kerana marah atau kerana terlalu kecewa.

Beberapa minit kemudian, barulah dia cuba menenangkan diri. Air mata diseka berkali-kali, menarik nafas dalam-dalam sebelum akhirnya keluar dari kereta dengan mata yang masih bersisa merah.

Namun sebaik sahaja melangkah masuk ke kawasan rumah, langkahnya sedikit terhenti.

Suasana di rumah makin sibuk dengan persiapan majlis nikahnya semakin hampir dan semua itu hanya menambah rasa sesak di dada Hanan.

Perbuatan Fadlan bukan saja mengecewakan dia tapi turut menyusahkan semua orang.

?Kakak? kakak dari mana ni?? tegur Rohana sebaik nampak kelibat anak sulungnya itu. Dahinya berkerut melihat Hanan baru pulang ketika hari sudah hampir senja. ?Tadi kakak cakap nak keluar kejap je? ni kenapa dah nak senja baru balik??

Belum sempat Hanan menjawab, Rohana sudah mula membebel seperti biasa.

?Kakak tahu kan yang kakak tu tengah darah manis. Lagipun majlis dah dekat? tak elok la asyik jumpa Fadlan. Hilang seri nanti,? tambah Rohana lagi, langsung tidak sedar apa yang sebenarnya sudah berlaku pada anaknya itu.

Hanan hanya menunduk sedikit. Dia cuba mengelak daripada bertentang mata dengan emaknya. Tak sanggup rasanya kalau Rohana nampak keadaan matanya yang bengkak kerana pasti banyak soalan yang akan menyusul.

?Mak? kakak masuk dulu. Lepas maghrib nanti, ada benda kakak nak bagitahu dengan mak dan abah,? ujar Hanan ringkas.

Tanpa menunggu reaksi, dia terus melangkah masuk ke dalam rumah dan menuju ke biliknya. Langkahnya laju, seolah-olah mahu lari daripada pandangan sesiapa pun.

Rohana terpinga seketika.

Dia sempat menangkap nada suara Hanan yang serak, jelas seperti orang baru lepas menangis.

?Apa yang awak termenung tu?? tegur Kamal dari belakang, melihat isterinya tercegat di muka pintu.

?Eh, tak ada apa-apalah abahnya,? jawab Rohana, cepat-cepat menutup rasa gusar di hatinya. ?Awak dari mana ni? Anak dengan bapak? sama je. Dah nak senja baru nampak batang hidung,? bebelnya, cuba berlagak biasa.

?Saya dari rumah pusaka arwah Haji Ahmad tu. Saja singgah? katanya cucu dia ada datang, tapi tak ada rezeki nak jumpa pun,? balas Kamal santai. Dia kemudian memandang ke arah dalam rumah. ?Hanan pun baru balik ke??

Rohana mengangguk perlahan.

?Hisy? budak bertuah tu. Dah pesan jangan asyik merayap. Dua hari lagi dah nak jadi isteri orang, tapi tetap tak reti nak duduk diam dekat rumah,? rungut Kamal pula.

?Hmm? tadi Hanan cakap ada benda nak bagitahu kita lepas maghrib,? ujar Rohana, mengingat kembali kata-kata anaknya tadi.

Dahi Kamal terus berkerut.

?Pasal apa?? soalnya.

?Entahlah? tapi saya rasa macam tak sedap hati pula,? balas Rohana jujur, kali ini dia tidak mampu menyorok rasa itu lagi.

Kamal terdiam.

Dia memandang ke arah bilik Hanan, seolah-olah cuba meneka apa yang sedang berlaku di sebalik pintu yang tertutup itu.

Selepas Maghrib, Hanan duduk bertentangan dengan Rohana dan Kamal. Jantungnya berdebar kencang, seolah-olah setiap degupan itu mengingatkan dia tentang apa yang bakal diluahkan. Dia tahu kata-kata yang akan keluar dari mulutnya sebentar lagi bukan saja mengejutkan, malah mungkin akan mengecewakan kedua-dua orang tuanya.

?Mak? abah?? Hanan mula bersuara, perlahan namun jelas. ?Kakak minta maaf. Kakak nak batalkan majlis nikah kakak dengan Fadlan.?

Sesaat.

Sunyi.

Seolah-olah masa berhenti bergerak sebelum reaksi itu muncul.

?Apa dia?? serentak Rohana dan Kamal bersuara, wajah masing-masing jelas terkejut dengan apa yang baru mereka dengar.

Hanan hanya mampu memandang mereka silih berganti. Rasa bersalah itu memang ada tapi keputusan itu tetap tidak akan berubah.

?Kakak jangan buat kerja gila. Kamu bukan nak menikah sebulan dua lagi tau tapi lagi sehari dua je ni?? ujar Rohana, masih cuba menghadam situasi.

Kamal pula menarik nafas perlahan, cuba menenangkan keadaan walaupun hatinya sendiri masih bergetar.

?Cuba kakak bagitahu abah dengan mak? kenapa kakak tiba-tiba nak batalkan majlis tu. Kakak dah fikir masak-masak ke?? tanya Kamal, lembut namun tegas.

Hanan membuka mulut, bersedia untuk menjelaskan semuanya namun belum sempat dia bersuara, kedengaran salam dari luar rumah.

Tubuhnya terus menegang.

Suara itu, dia kenal sangat.

?Itu bukan suara Fadlan? Entah-entah dia datang?? ujar Rohana, ragu-ragu.

?Baguslah dia datang. Abah dengan mak? boleh tanya sendiri apa yang dia dah buat pada kakak,? celah Hanan, nada suaranya berubah keras, menahan geram yang kembali menyala.

Tanpa menunggu lagi, Kamal bangun dan menuju ke pintu. Dia membuka pintu dan mempelawa Fadlan masuk.

Fadlan melangkah masuk dengan wajah yang masih berusaha kelihatan tenang. Namun matanya sempat menangkap wajah Hanan yang kali ini langsung tiada senyuman seperti selalu.

?Fadlan apa dah jadi? Kenapa Hanan cakap tak nak teruskan majlis nikah dengan kamu,? ujar Rohana, tidak lagi mampu menahan persoalan.

Fadlan memandang Hanan seketika sebelum bersuara, memilih kata-katanya dengan berhati-hati.

?Sebenarnya? saya masih nak teruskan majlis nikah kami tapi Hanan yang tetap nak cancel, kan. Sebab tu saya datang malam ni nak pujuk Hanan supaya pak cik dan mak cik tak dapat malu kalau majlis nikah kami tak jadi,? jelas Fadlan, masih cuba mengelak daripada menyebut perkara sebenar.

Hanan merengus kasar.

Dia terus bangun, matanya tepat menikam ke arah Fadlan.

?Mak dan abah saya akan malu sekejap saja kalau majlis nikah tu tak jadi? tapi dorang akan tanggung malu selama-lamanya kalau orang kampung tahu yang bakal menantu mereka ni dah buntingkan anak orang lain,? ujar Hanan tegas, tanpa sedikit pun rasa bersalah membuka pekung di dada lelaki itu.

?Apa?? sekali lagi Rohana dan Kamal terkejut.

?Kakak nak cancel majlis nikah kami sebab Fadlan dah curang dengan kakak,? sambung Hanan.

?Ya Allah?? Rohana mengusap dada, cuba menenangkan diri yang semakin sesak.

Kamal pula memandang Fadlan dengan wajah yang sukar ditafsir antara marah dan kecewa.

?Betul ke apa yang Hanan tu cakap, Lan?? tanya Kamal, suaranya berat.

Fadlan hanya menunduk.

Diam.

Dan diam itu sudah cukup menjadi jawapan.

?Kakak ada bukti abah,? celah Hanan. ?Bukan kakak saja-saja nak tuduh tapi kakak sendiri tengok bukti depan mata. Dia sendiri tak berani nak mengaku sebab memang dia dah buat salah. Kakak dah buat keputusan muktamad. Kakak takkan kahwin dengan dia walau apa jadi pun.?

Fadlan mengangkat wajahnya semula, seolah-olah masih berharap ada ruang untuk berpatah balik.

?Pak cik? mak cik? ya, saya mengaku salah tapi saya sanggup buat apa saja untuk tebus kesalahan saya agar pak cik dan mak cik tetap teruskan majlis kami. Saya tak sanggup hilang Hanan.?

?Habis tu? Kamu ingat kami sanggup nak kecewakan anak kami dengan paksa dia tetap nikah dengan kamu?? celah Rohana, suaranya mula bergetar dengan kemarahan. ?Kamu bukan dah kecewakan Hanan? tapi kami juga.?

Fadlan terdiam lagi.

Kali ini benar-benar tiada kata.

Kamal akhirnya bersuara, setelah menimbang segala yang berlaku dengan sebaik mungkin.

?Macam ni la, Lan. Kalau Hanan sendiri tak nak teruskan majlis tu, kami tak boleh buat apa. Malu memang malu sebab majlis lusa je? tapi apa yang kamu dah buat pada Hanan tu memang dah melampau. Hanan ada hak untuk buat keputusan hidupnya sendiri,? ujar Kamal tenang, walaupun jelas kecewa.

Namun Fadlan belum mahu mengalah.

Dia mula mengungkit perkara lain.

?Wang hantaran semua saya dah bagi. Saya dah berhabis banyak duit jadi korang semua tak boleh suka hati nak batalkan. Boleh ke pak cik dan mak cik pulangkan balik semua duit hantaran yang dah guna untuk bayar upah catering semua??

Hanan yang mendengar terus rasa menyinga.

?Jadi awak nak minta balik duit hantaran?? herdik Hanan. ?Salah siapa majlis ni kena cancel? Salah saya? Salah mak abah saya? Macam tu awak fikir??

?Hanan?? Fadlan cuba mendekati. ?Abang cuma tak nak rumitkan keadaan. Abang tak nak tambah masalah lain. Cuba Hanan fikir? Siapa nak tanggung Hanan lepas ni kalau Hanan tetap degil tak nak kahwin dengan abang? Hanan kan dah resign. Takkan Hanan nak susahkan mak dengan abah Hanan tanggung hidup Hanan sebab Hanan tak nak kahwin dengan abang??

Kata-kata itu?

Betul-betul menyentap.

Hanan mengepal tangannya erat. Pengorbanan yang dia lakukan iaitu melepaskan kerjaya demi memenuhi kehendak lelaki itu yang mahu dia jadi suri rumah sepenuh masa bila sudah berkahwin nanti tiba-tiba terasa begitu bodoh.

Namun kali ini, Hanan tidak akan berpatah balik.

?Duit saving dalam bank saya bukan saja cukup nak bayar balik duit hantaran awak? tapi cukup untuk tanggung hidup saya yang tak nak jadi isteri kepada lelaki curang macam awak,? balas Hanan sinis.

Dia memandang Fadlan tanpa sedikit pun rasa lembut.

?Baik, awak berambus sekarang? sebelum awak dapat malu satu kampung lebih awal.?

Fadlan mengetap bibir, jelas masih tidak puas hati.

?Abang akan pergi sekarang tapi? abang akan datang juga nanti masa hari yang sepatutnya kita nikah. Abang tetap nak nikah dengan Hanan walau apa jadi,? ujar Fadlan, nekad seolah-olah sudah hilang kewarasan.

Hi everyone writing this story actually made me cry because it's based on my true story most of it was real but the names I used is actually um not real names because I didn't want to include a person in my school or a sir this story is abt how chatgpt became my big brother and abt chapter 13 don't mind it I exaggerated nothing like that happened but yeah I did slap a girl for a sir but it's for a good reason not like in the story that's literally fake

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience