Bab 3

Romantic Comedy Completed 42741

?MAK, abah? jangan risau. Hanan akan guna duit saving Hanan sendiri pulangkan duit hantaran yang keluarga Fadlan dah bagi. Hanan sendiri yang tak nak kahwin dengan dia jadi biar Hanan yang tanggung semuanya. Mak dan abah tak payah risau,? ujar Hanan sebaik saja Fadlan beredar dari rumah itu.

Nada suaranya terlalu tenang untuk seseorang yang baru saja melalui sesuatu yang menyakitkan.

Rohana dan Kamal hanya mampu memandang anak sulung mereka itu. Simpati jelas terpancar di wajah mereka. Bukan soal duit yang merisaukan mereka sebagai ibu bapa tetapi keadaan Hanan itu sendiri.

Anak mereka nampak kuat tapi mereka tahu di sebalik wajah tenang itu, hati Hanan pasti sudah hancur berkecai.

?Kakak?? Rohana cuba bersuara, namun kata-katanya tersekat.

?Kakak nak masuk bilik dulu,? celah Hanan cepat, seolah-olah tahu apa yang ingin diperkatakan. Dia meminta diri tanpa memberi ruang untuk dipujuk atau ditenangkan.

Rohana hanya mampu memandang langkah anaknya itu dengan hati yang berat. Seorang ibu, mana mungkin tidak terasa.

?Kita bagi dia masa,? ujar Kamal perlahan, cuba menenangkan hati isterinya walaupun dalam diam, dia sendiri turut risau.

Di dalam bilik, Hanan duduk di tepi tingkap. Malam makin larut, angin luar masuk perlahan namun langsung tidak mampu menenangkan perasaannya.

Air matanya kembali mengalir.

Kali ini, tanpa perlu ditahan.

Bukan dia mahu berlagak kuat di hadapan orang tapi dia cuma tak mahu menambah kerisauan mak dan abahnya.

Tapi bila bersendirian begini segala yang ditahan tadi akhirnya pecah juga.

Puas dia memaki Fadlan di hadapan orang namun kenapa air matanya tetap mahu jatuh kerana lelaki itu?

?Tiga tahun? kenapa baru sekarang awak nak curang dengan saya, Lan?? bisik Hanan sendiri, suaranya perlahan namun sarat dengan luka.

Apa yang Maria katakan tadi masih terngiang-ngiang di fikirannya.

Hubungan mereka bermula semula sejak tiga bulan yang lepas.

Tiga bulan.

Bukankah waktu itu sepatutnya Fadlan sibuk menguruskan persiapan perkahwinan mereka?

Namun dalam masa yang sama, lelaki itu sempat juga berlaku curang di belakangnya.

Itu yang paling menyakitkan.

Kalau kecurangan itu sudah lama berlaku mungkin dia boleh terima.

Tapi ini?

Tiga bulan sebelum nikah.

Dan semuanya terbongkar hanya dua hari sebelum mereka sah bergelar suami isteri.

Hanan pejam mata rapat-rapat, cuba menahan rasa yang makin menyesakkan dada.

Walau apa pun dia tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia tahu sebelum semuanya terlambat.

Dia tak sanggup bayangkan kalau perkara ini terbongkar selepas dia sah jadi isteri Fadlan.

Tak pasal-pasal baru dua hari kahwin, sudah jadi janda.

?Argh! Tak guna punya lelaki! Aku benci? benci? benci!? jerit Hanan, akhirnya melepaskan semua yang terpendam.

Dia terus merebahkan diri di atas katil, langsung tidak mempedulikan tingkap yang dibiarkan terbuka sedikit.

?Asal kau curang dengan aku! Kau tipu aku!? Hanan memukul bantal bertubi-tubi, membayangkan wajah Fadlan di hadapannya.

Setiap pukulan seolah-olah cuba melepaskan sakit yang bersarang dalam hati.

?Kau ingat kau boleh ugut aku? Aku sanggup korek saving aku sampai licin la! Kau ingat aku hadap sangat duit hantaran yang kau minta diskaun tu?? rungutnya geram, suaranya masih tinggi.

Dia ketawa sinis sendirian.

?Time cinta? memang kau buat aku buta. Memang la aku sanggup minta abah aku bagi kau diskaun. Tapi sekarang mata aku dah celik besar-besar. Jangan harap aku nak teruskan majlis nikah kau dengan aku sebab duit hantaran tak seberapa tu!?

Malam itu, Hanan melepaskan segala amarah dan kecewa tanpa tapisan.

Seolah-olah setiap kata yang diluahkan mampu meringankan sedikit beban di dada.

Namun akhirnya, dalam tangisan yang masih bersisa dan hati yang masih penuh luka, Hanan terlelap juga.

Tertidur dalam keadaan marah dan kecewa yang belum reda sehingga tidak sedar apa yang akan berlaku.

SEBUAH kereta terbabas lalu merempuh sebatang pokok jati yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan di pinggir kampung. Bunyi hentaman itu memecah kesunyian malam yang sepi.

Pintu kereta dibuka dengan kasar.

Seorang lelaki keluar dalam keadaan terhuyung-hayang. Nafasnya tercungap-cungap, tubuhnya longlai seolah-olah sudah kehabisan tenaga. Namun dia tetap memaksa diri untuk bergerak.

Tanpa menoleh lagi ke belakang, dia terus berlari memasuki kawasan rumah-rumah berhampiran.

?Cari lelaki tu! Sampai dapat!?

Suara garau seorang lelaki bertubuh besar bergema, memecah sunyi malam. Nada suaranya tegas, jelas tidak akan berhenti selagi orang yang dikejar belum ditemui.

Lelaki muda yang tampan itu mengetap gigi, menahan sakit yang mula menjalar di seluruh tubuhnya. Namun langkahnya tidak berhenti. Dia terus berlari, mengerah sisa tenaga yang masih ada.

Degupan jantungnya semakin laju.

Setiap langkah terasa berat tapi dia tahu dia tak boleh berhenti.

Akhirnya, langkahnya terhenti di hadapan sebuah rumah. Nafasnya tercungap kuat. Pandangannya mulai kabur namun matanya sempat menangkap satu-satunya peluang yang ada.

Sebuah tingkap yang terbuka sedikit.

Tanpa berfikir panjang, dia melangkah ke arah tingkap itu. Keadaan yang mendesak membuatkan dia tiada pilihan lain.

Dengan sisa tenaga yang ada, dia segera memanjat masuk melalui tingkap tersebut.

Gelap.

Pandangan matanya tidak jelas. Ruangan itu sunyi tanpa cahaya, membuatkan dia terpaksa meraba-raba untuk mencari arah.

Langkahnya perlahan, berhati-hati dengan tubuhnya semakin lemah.

Kakinya akhirnya terpijak sesuatu yang lembut dan tebal.

Tanpa berlengah, dia terus menyelinap masuk ke bawahnya, bersembunyi sepenuhnya.

Menahan nafas.

Berharap agar dia tidak ditemui.

HUJAN renyai-renyai menyedarkan Hanan yang mula terasa dingin. Dia terjaga, lalu meraba-raba mencari selimutnya dalam kegelapan, namun tiada. Dengan mata yang masih berat, Hanan mengeluh perlahan sebelum bangun duduk tegak. Dia menggapai suis lampu tidur di sisi katilnya dan menekannya.

Cahaya malap memenuhi ruang bilik.

Dalam cahaya samar itu, barulah dia sedar keadaan biliknya tunggang-langgang dengan bantal-bantal berselerak di lantai, sebahagiannya tercampak hingga ke bawah katil, kesan dia melepaskan geram sebelum tertidur keletihan.

Pada masa yang sama, pandangannya tertancap pada tingkap biliknya.

Tingkap kayu gaya lama itu yang berdaun dua dan perlu dikunci dari bahagian dalam terbuka sedikit. Hanan tersentak kecil apabila menyedari ia langsung tidak dikunci.

Hanan terus bangun untuk mengunci tingkapnya. Namun malang, kakinya tersadung sesuatu di lantai hingga dia terjatuh.

?Ughh??

Bunyi erangan itu bukan daripada dirinya.

Wajah Hanan terus pucat. Nafasnya tersekat saat matanya tertancap pada selimut yang tadi ditariknya, kini jelas membentuk tubuh seseorang di atas lantai.

Jantungnya berdegup kencang.

Dengan tangan yang sedikit menggigil, Hanan segera bangun lalu menekan suis lampu di dinding.

Cahaya terang memenuhi bilik.

Saat itu, segalanya menjadi jelas.

Seorang lelaki rupanya sedang berbaring di lantai, berselimut betul-betul di sisi katilnya. Lelaki itu kelihatan mamai, seolah-olah baru tersedar, wajahnya berkerut menahan sakit akibat tersadung tadi.

Hanan panik.

Sejak bila ada lelaki dalam biliknya?

Dan lelaki itu, yang masih mamai melihat sekeliling, akhirnya bertentang mata dengan Hanan yang berdiri di hujung bilik. Wajah lelaki itu serta-merta berubah terkejut apabila menyedari dia berada di dalam bilik seorang perempuan.

Sesaat, keadaan menjadi sunyi sepi. Hanya bunyi hujan di luar yang kedengaran perlahan.

Namun, suasana itu tidak lama.

Lelaki itu terus kelam-kabut bangun apabila Hanan mula menjerit.

?Perompak! Pencuri! Perogol!? jerit Hanan, suaranya bergetar, jelas ketakutan apabila mendapati dirinya berdua dengan lelaki yang langsung tidak dikenali di dalam biliknya.

Lelaki itu semakin panik apabila dituduh sedemikian. Dengan badan yang masih terasa sengal-sengal, dia cuba menghampiri Hanan untuk menjelaskan keadaan.

?Jangan dekat!? Hanan segera menghalang, tangannya terangkat memberi amaran.

?Shhh! Saya bukan perompak, pencuri, perogol? saya cuma tumpang menyorok!? Lelaki itu cuba menjelaskan dengan suara cemas, namun jelas sekali Hanan langsung tidak mempercayainya.

Mata Hanan melilau sebelum tertancap pada raket badminton yang tergantung di dinding. Tanpa berfikir panjang, dia segera mencapainya lalu mengacukan raket itu ke arah lelaki tersebut, seolah-olah bersedia untuk memukul.

?Wait? wait?? Lelaki itu terus melangkah ke belakang apabila Hanan mula menghayunkan raket badminton ke arahnya. ?Please dengar saya explain dulu? saya tak ada niat buruk pun. Saya cuma nak tumpang menyorok je. Saya lari dari orang yang cuba kejar dan tangkap saya.?

Buntang mata Hanan mendengar penjelasan itu.

?Kejar? tangkap? maknanya??

?No! No!...? Lelaki itu cepat-cepat mencelah sebelum Hanan terus membuat andaian. ?Saya tak kenal siapa yang cuba kejar dan tangkap saya?So, saya bukan orang jahat yang seperti awak fikirkan. Please trust me.?

Hanan hanya menggeleng kepala, wajahnya jelas tidak percaya.

?Saya bukan tak kenal lelaki penipu macam awak!? bentaknya, tiba-tiba bayangan wajah Fadlan yang baru sahaja terbongkar penipuan kecurangannya menerjah fikiran. ?Tumpang menyorok kepala otak awak! Ini bilik orang, bukan tempat awak nak main sorok-sorok! Jadi jangan nak menipu.?

Tanpa memberi peluang lagi, Hanan terus menyerang lelaki itu dengan raket badminton. Lelaki itu pantas mengelak, namun dalam keadaan kelam-kabut, dia berjaya merampas raket tersebut. Pergelutan berlaku tidak teratur, saling menolak dan cuba melepaskan diri hingga akhirnya kedua-duanya terjatuh ke atas katil.

Dan pada saat itulah, pintu bilik Hanan terbuka.

?Kakak!? Rohana menjerit terkejut apabila melihat Hanan berpelukan dengan seorang lelaki di atas katil.

?Mak?? gumam Hanan perlahan, masih terpaku dalam pelukan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience