Bab 4

Romantic Comedy Completed 42741

?MAK, abah? akak tak kenal pun siapa lelaki ni. Akak tak tahu macam mana dia boleh ada dalam bilik akak,? jelas Hanan bersungguh-sungguh, tidak mahu emak dan abahnya terus salah faham dengan apa yang mereka lihat pagi tadi.

Rohana memegang kepalanya. Pening memikirkan apa yang berlaku kepada anak sulungnya sejak semalam.

?Semalam kakak dah bagi ?surprise? kat mak dan abah pasal Lan. Pagi tadi mak dapat ?surprise? lagi bila tengok kakak dengan lelaki lain pula. Mak pun dah pening sekarang ni, tak tahu nak fikir apa,? balas Rohana, suaranya bercampur resah dan letih.

Namun jauh di sudut hatinya, dia tetap percaya Hanan bukanlah jenis yang akan melakukan perkara terkutuk hanya kerana kecewa dengan Fadlan.

Sempat pula anaknya itu mencari lelaki lain untuk mengubat kekecewaan dengan cara begitu?

?Mak? percayalah akak. Sumpah! Akak tak kenal siapa lelaki ni,? ujar Hanan lagi, kali ini dengan nada lebih terdesak. Dia sempat mengerling ke arah lelaki yang tiba-tiba muncul di dalam biliknya itu yang masih diam membatu seolah-olah tidak ada kena-mengena dengan kekecohan yang berlaku.

Sakit hati pula Hanan melihat lelaki itu langsung tidak membuka mulut. Tadi bukan main lagi bercakap yang katanya dikejar, katanya menyorok dan siap menjadikan biliknya sebagai tempat berlindung. Tapi sekarang, di hadapan mak dan abahnya, satu patah perkataan pun tidak keluar.

?Entah-entah lelaki ni orang upahan Fadlan,? tuduh Hanan tiba-tiba, nadanya tajam.

Rohana dan Kamal serentak memandang tepat ke arah Hanan. Manakala wajah lelaki itu jelas kelihatan hairan apabila dituduh sebagai orang upahan seseorang yang langsung tidak dikenalinya.

?Kenapa kakak fikir macam tu?? tanya Rohana, cuba memahami.

?Yalah, mana tahu Fadlan saja upah sesiapa suruh apa-apakan akak supaya akak terdesak dan tak ada pilihan lain untuk terima dia semula,? jelas Hanan, yakin dengan andaiannya sendiri.

?Tapi ada ke saya buat apa-apa kat awak?? Akhirnya lelaki itu membuka mulut, suaranya sedikit tidak puas hati. ?Awak yang cuba hayun raket kat kepala saya tadi. Siapa yang cuba buat apa-apa kat siapa sebenarnya??

Bulat mata Hanan apabila lelaki itu cuba menyalahkannya pula.

?Memanglah! Biar saya yang terlebih dulu hayun raket kat kepala awak sebelum awak sempat buat apa-apa kat saya,? balas Hanan dengan geram, tidak mahu mengalah. ?Baik awak mengaku. Awak orang upahan Fadlan, kan??

Lelaki itu ingin bersuara, namun Kamal terlebih dahulu mencelah. Sejak tadi dia hanya memerhati, kini suaranya tegas memotong perbualan.

?Sudah, kakak. Jangan tuduh orang sembarangan kalau tak ada bukti.?

Wajah Hanan terus masam apabila ditegur oleh abahnya. Lebih membara rasa geram apabila dia sempat menangkap senyuman sinis yang tersungging di bibir lelaki itu seolah-olah puas melihat dirinya dimarahi.

?Boleh pak cik tahu nama kamu siapa?? tanya Kamal pula, nada suaranya lebih terkawal.

Pertanyaan itu bukan sahaja mengejutkan anak muda di hadapannya, malah Hanan dan Rohana juga terpinga-pinga.

Sebenarnya, raut wajah lelaki muda itu seakan-akan mengingatkan Kamal kepada seseorang. Tambahan pula, dia dapat merasakan mungkin ada salah faham yang berlaku dalam situasi ini.

Jika benar lelaki muda itu berniat jahat, tidak mungkin dia masih duduk di situ, berhadapan dengan mereka seperti pesalah yang menanti hukuman. Sudah tentu dia akan melarikan diri lebih awal, terutama selepas keadaan menjadi huru-hara apabila Kamal dan Rohana sendiri melihat dia berada di dalam bilik anak mereka.

?Nama saya, Arfan,? jawabnya ringkas, namun jelas.

?Kamu tinggal mana?? tanya Kamal lagi, masih dengan nada yang tenang tetapi sarat dengan maksud.

?Saya tinggal kat KL. Saya datang sini ada urusan kerja,? jawab Arfan jujur, tidak cuba berselindung.

Memang itu tujuan asalnya datang ke kampung tersebut. Tambahan pula, rumah pusaka peninggalan arwah datuknya juga terletak di kawasan itu, menyebabkan dia mengambil keputusan untuk tinggal lebih lama sedikit. Selepas urusan kerjanya selesai, Arfan sengaja singgah semula ke rumah pusaka itu, kononnya mahu berehat sebentar sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Namun lain pula jadinya apabila dia terlelap tanpa sedar.

Dia hanya terjaga sekitar pukul tiga pagi, bersiap untuk bertolak pulang. Tetapi belum sempat dia meninggalkan kawasan kampung itu, sebuah kereta yang tidak dikenali tiba-tiba mengejarnya tanpa sebab yang jelas.

?Keluarga asal mana?? soal Kamal lagi, kali ini lebih mendalam.

?Abah ni kenapa? Tak payahlah banyak sangat soal siasat. Bagi je polis buat kerja. Tak payah buang masa lagi. Hanan nak buat report sekarang,? celah Hanan dengan nada tidak puas hati, jelas sudah hilang sabar.

?Hanan, bertenang. Bersabar sikit,? tegur Kamal, suaranya mula bertegas. ?Cukuplah pagi tadi kakak dah buat kecoh sampai jiran luar semua dok intai-intai rumah kita. Kalau jiran semua tahu, mana akak nak letak muka nanti? Lagi-lagi kalau sebenarnya budak Arfan ni tak ada niat buruk pun.?

Kata-kata itu membuatkan Hanan terdiam. Wajahnya terus ditundukkan, menahan rasa geram yang masih bersisa. Rohana di sebelah hanya memerhati tanpa masuk campur. Dia sekadar mengusap lembut lengan anaknya, cuba menenangkan keadaan.

?Walau kamu tak ada cuba buat apa-apa kat anak pak cik tapi?? Mata Kamal kini tepat memandang Arfan, wajahnya serius. ?Maruah anak pak cik boleh tercemar kalau orang tahu ada lelaki asing berada dalam bilik dia. Sini kampung? bukannya KL. Kamu keluar je dari rumah ni pun, orang dah boleh pandang serong kat kamu. Apatah lagi anak pak cik, sebab semua orang kampung kenal pak cik sekeluarga. Terang-terang mereka akan tahu kamu orang luar.?

Arfan terdiam seketika. Kata-kata lelaki itu jelas masuk akal. Dia menelan liur, cuba menghadam situasi yang semakin rumit.

?Jadi? saya perlu buat apa, pak cik?? tanya Arfan lurus, tanpa berselindung.

Kamal menyimpan senyum nipis.

?Kamu suruh keluarga kamu datang sini. Biar kami orang tua yang berbincang sendiri.?

Arfan terpinga-pinga mendengar arahan itu, seolah-olah tidak menjangka perkara akan sampai ke tahap tersebut. Manakala Hanan pula melongo, matanya membulat, tidak percaya dengan keputusan yang baru sahaja keluar dari mulut abahnya.

ARFAN memandang sekeliling luar rumah sambil menantikan keluarganya yang bakal tiba tidak lama lagi. Sakit telinganya masih terasa dek bebelan Datin Aminah selepas dia menceritakan segala yang berlaku. Namun, kini Arfan pula dilanda rasa pelik apabila melihat suasana perkarangan rumah itu yang tiba-tiba meriah bila beberapa orang sedang sibuk memasang khemah seperti persiapan majlis perkahwinan.

Lamunannya terhenti apabila sebuah kereta mewah berhenti di hadapan rumah. Arfan terus menegakkan badan. Kereta ibu bapanya sudah tiba.

Pantas dia menghampiri.

?Mommy? daddy??

?Budak ni memang nak kena dengan mommy?? Hampir sahaja Datin Aminah mahu meluku kepala anak tunggalnya itu, wajahnya jelas tidak berpuas hati.

?Min? sabar. Kita datang sini ada hal penting,? sampuk Dato Syed Ali, cuba meredakan keadaan.

?Betul cakap daddy tu? Mommy dengan daddy pergi settlekan cepat-cepat dengan Pak Cik Kamal tu. Arfan dah tak sabar nak cari siapa yang cuba kejar Arfan malam tadi,? ujar Arfan bersungguh-sungguh. Fikirannya masih ligat memikirkan kejadian yang berlaku. Siapa sebenarnya yang berani mengejarnya di kampung yang jarang dia kunjungi itu?

?Hal anak Pak Cik Kamal tu? Arfan tak payah risau. Tahulah mommy nak handle macam mana,? ujar Datin Aminah dengan penuh yakin, nadanya sedikit berlagak.

Arfan tersenyum kecil. Dia cukup kenal dengan sikap ibunya. Wanita yang tidak mudah kalah dengan sesiapa, malah kadang-kadang lebih tegas daripada daddynya sendiri.

Namun, lain pula yang berlaku apabila kedua-dua keluarga itu akhirnya bertemu.

Tidak perlu perbincangan yang panjang, apatah lagi tegang. Segalanya berlaku dengan pantas dan seolah-olah sudah diatur. Kedua-dua buah keluarga mencapai kata sepakat untuk menyatukan Hanan dengan Arfan demi menjaga maruah keluarga masing-masing.

?Mommy... are you serious?? soal Arfan, jelas tidak puas hati dengan keputusan yang terlalu mendadak itu.

Datin Aminah tersenyum lebar, seolah-olah baru sahaja menang besar.

?Siapa suruh Arfan panjat masuk tingkap bilik Hanan? Senang kerja mommy, tak payah nak cari calon jauh-jauh. Rupanya, bang?? Datin Aminah memandang ke arah Dato Syed Ali. ?Bakal menantu kita anak Kamal dengan Rohana je.?

Arfan mengeluh perlahan. Dia sudah boleh mengagak, ini pasti peluang yang tidak akan dilepaskan oleh kedua-dua ibu bapanya. Tambahan pula, setelah mengetahui bahawa Hanan merupakan anak kepada kenalan lama mereka.

Dulu, datuk Hanan pernah bekerja dengan datuknya. Malah Kamal dan Dato Syed Ali juga membesar bersama. Walaupun keluarganya sudah lama berpindah ke Kuala Lumpur, hubungan mereka masih tidak terputus. Ditambah pula dengan keinginan Datin Aminah yang mahu melihat Arfan berkahwin segera jadi memang tidak mungkin peluang seperti ini akan dilepaskan begitu sahaja.

Namun, lain pula dengan Hanan.

Dia masih tidak percaya dengan keputusan yang dibuat oleh abahnya.

?Abah! Hanan tak nak kahwin dengan lelaki tu. Hanan tak kenal pun siapa dia,? bantah Hanan, suaranya bergetar menahan emosi.

?Hanan kenal dengan Fadlan tu berapa lama? Tapi tetap kakak tak tahu perangai Fadlan tu macam mana, kan?? balas Kamal tegas. ?Sekurang-kurangnya, abah dengan mak kenal keluarga Arfan tu. Keluarga mereka orang yang baik-baik. Arfan pun dah jelaskan apa yang berlaku sampai dia terpaksa panjat tingkap bilik kakak untuk selamatkan diri.?

Hanan terdiam. Kata-kata itu seolah-olah mematikan hujahnya.

?Abah buat semua ni demi kebaikan kakak. Abah tak nak sepanjang hidup kakak, orang mengata bila kakak tak jadi kahwin. Walau salah tu pada pihak lelaki, tapi pihak perempuan yang tetap akan tanggung malu. Abah dengan mak tanggung malu tak apa? tapi jangan anak abah ni yang kena tanggung malu seumur hidup.?

Air mata Hanan mula bergenang, perlahan-lahan memenuhi tubir mata.

?Betul cakap abah tu, kakak,? pujuk Rohana lembut. ?Lagipun bukan kami paksa keluarga Arfan terima kakak untuk jaga maruah kakak. Mommy Arfan sendiri yang nak jadikan kakak sebagai menantu dia. Kat luar sana ramai perempuan nak diterima dalam keluarga suami. Kakak akan beruntung bila masuk dalam keluarga Arfan nanti.?

Rohana mengusap tangan Hanan, cuba menenangkan.

?Mommy dan daddy dia orang yang baik. Walau mereka kaya? mereka tak pernah sombong. Mereka tak pernah lupa pun pada mak dan abah. Mereka akan layan akak dengan baik sama juga dengan Arfan.?

Share this novel

Lapar Kasih Sayang
2026-05-20 07:11:28 

ala perlukan coin.. tgh syok2 baca tersangkut pulak


NovelPlus Premium

The best ads free experience