Rate

1.0

Poetry Series 861

R I N D U

Adalah sesuatu tentang kamu,
Yang tetap tidak hilang,
Meski setelah aku khabarkan berulang-ulang.

Kerana dikhabarkan pada diri sendiri,
— kubisik rendah di dalam hati.
Kerana dikhabarkan kepada semua orang
— melainkan dari kamu seorang.

Yang begitu,
Adalah aku merindukan kamu.

× × × × ×

"Sialla." Li menggumam rendah. Jemari runcingnya yang persis reranting itu kejap dikepal penumbuk, kemudian direnggang semula berulang-ulang. Tangannya terasa perit sungguh. Bisa sesudah ditumbuk dinding menggerutu barusan ini, sediki-sedikit mula menjamah jari dengan rasa berdenyut yang semacam.

Kalau diikutkan emosi memang dia nak menangis saja semahunya. Bukan menangis yang sedih, tetapi kerana terlalu benci dengan malang yang menimpa diri sendiri. Mujur saja malam itu ramai pulak yang sudi menjadi pendengar tempat dia meluahkan rasa. Li segan menangis depan-depan.

"Sialla, sakit gila weh." Li ulang balik ayat sama dengan penjelasan tambahan. Dia merujuk kepada jemari di tanggannya yang mula naik bengkak. Nampak sedikit kesan merah dek tindakan beremosinya sendiri.

"Memang sakitlah dek menumbuk konkrit." Edie balas sebaris. Bukan melayan hambar. Tapi sebab dah biasa. Ini bukan sekali berlaku. Ini telah terjadi beberapa kali sepanjang perkenalan mereka. Adalah nak masuk tahun yang ketiga.

Li beralih pandang. Respon Edie tak memihak pada dia. Dia bertemu mata dengan Jade pula. Pandangan mengharap dengan suara hati 'Jade, sakit weh tumbuk dinding tadi. Say something, sympathize me would you? Tsk' disampaikn dalam renungan matanya yg penuh makna.

"Tumbuklah lagi. Biar sampai repih tangan tu. Siapa suh emosi je, pergi tumbuk yg mengarut-ngarut. Memang sakitlah." Kena marah balik dgn Jade. Bila Li cebikkan bibir, buat muka kesian, jelingan mak tiri yg Jade balaskan kepadanya. Li hampa.

"Bukan saja-saja Jade. Aku anginkn Encik Fetry yang dah pusing duit aku sampai terbakar macam gitu je. Sengkek teruk weh sekarang."

"Bukan kau je kena. Kan duit kitorang sekali dia pusing. Even kau paling banyak rugi, dan even dia memang babi sekalipun tak bermaksud kau betul tumbuk-tumbuk dinding macam tu." Afif dah masuk mode beria ala-ala sedang mengkaunselingkan orang.

'Haaa.. Dia mai dah. Acah-acah gentle sambil tazkirahkan aku.' Li berbisik dalam hati.

"Sebab kitorang sayang kau Li. Sebabtu diapun kitorang maki, and kau dengan tindakan bodoh kaupun kitorg tak mmpu nak tumpang simpati. Sebab kau sakitkan diri sndiri." Afif menyambung dan mematikan ayat dengan gelak pendek. Dia gelak sebab perasan sendiri, betapa ayat dia tu wow habis. Li dah kenal pe'el kawan seorang ini. Usai dikaunselingkan Li, batang rokok kedua dinyalakan. Terlebih feel kali, Afif sudah menyambung angan dalam penghayatannya sendiri.

Sepi sekejap suasana. Adapun diselingankan bunyi cemgkerik sesekali dua; menyembang-lepak macam mereka juga agaknya.

J baru keluar kedai runcit. Macam banyak sangat yang dibelinya tu, berplastik-plastik datang ke arah port lepak mereka.

Li diam dulu, melayankan tangannya yang naik bengkak dan nampak semakin merah.

Nampaknya tak ada siapa yg sudi menyokong  justifikasi tindakannya. Dia sendiripun tahu tindakannya bodoh. Tp dikhianat pegawai jabatan yang satu ini sampaikan lesap duit PT-nya makan ribu, memanglah mengundang anginnya satu badan. 'Ish lahhh. Babi betul perangai.' Tiap-tiap kali terdetik, setiap kali itu jugalah Li terasa jiwanya barai. Berasing nyawa dari badan.

Makiannya sebelum mereka bergerak lepak ke kedai runcit malam itu, jalan seiring dengan tumbukan padu mengena dinding di dewan kolej penginapan tadi. Itu yang terjadi, yang menyebabkan perit merah jari jemari. Jenis dinding tak rata yang menggerutu tu, memanglah terlebih azab pulak jadinya.

Li pandang Pah dan Nud. Selalunya adalah supporter tetapnya; juga mengharap mereka akan berpihak pada tindakan bodohnya. Masing-masing dilihat sibuk dengan roti dan segala mak nenek kerepek — jajan-jajan yg dibeli dari kedai runcit depan.

"Kau beli apa banyak-banyak?" Soal Li setibanya J betul-betul terpacak depan mata. "Beli makanan" J jawab pendek. Jawab yang tak semenggah. J kemudiannya mengambil tempat di sebelah Li. Pesanan runcit masing-masing dibahagi-bahagikan sesama mereka. Selain Pah dan Nud, yang lain memilih aiskrim batang untuk dinikmati tengah malam begitu.

J sua sebatang Solero kepada Li.

"No. aku tak order pun. Tak makan aiskrim la bro."

"Bukan suh makan. Tu, letak kat tangan tu. Bagi surut sikit bengkaknya dulu." Solero Li yang tak bersambut lagi dia letak atas batang jari runcing Li sesaat dua sebelum dia lepaskan Solero berbalut tu untuk Li ambil alih. Kerja mudah, boleh buat sendiri, kan.

Sebatang Solera berbungkus bertukar tangan.

"Haih, elok berkecai je jari tu. Bio serik sikit lain kali. Jenuh tegur dah, tabiat tu buang jauh." senada je J bercakap sambil-sambil dia layankan aiskrimnya. Elok pulak masuk dengan topik. Tapi mcm biasa jugak, tak memihakpun pada Li. "Kalau berkecai, kau nak sarung mana cincin nanti?" Li sengih sendiri dengan guraunya. Sementara yang lain dengar memang tayang muka menyampah belaka. Lebih-lebih lagi J.

"Taknak sarungpun. Pengantin perempuan takde jari aku reject tau." Gurauannya dibalas gurauan. Meskipun begitu seperti biasa juga, senada sahaja. Kali ini, yang lain ikut menyambut dengan ketawa. Sarkastik J mengena.

Oh, by the way J ialah Muhammad Jaafar.

× × × × ×

Keluhan berat dilepaskan. Seberat matanya yang hendak dikatup terus lewat malam itu. Kalaulah boleh.

Keluhan berat dilepaskan lagi. Kali yang keduanya sejak lima minit dia baru dapat duduk di kaunter, sesudah stok-stok baru kedai runcit di situ dikemaskini. Boleh jadi adalah keluhan yang kesejuta kali untuk sepanjang hari ini.

'Masa tengah mendesak perlu guna duitlah, masa nak ditemukan dengan mangkuk ayun yang jenis makan duit orang sesuka hati gini.' Li merengus dalam hati. Dua ribu mana nak dicari ganti? Arghh

Runut lagu Young Dumb and Broke memecahkan sunyi dan menghentikan keluh-rungutnya dalam hati dari terus dipanjang-panjangkan.

"Masin betul caller ringtone aku, memang young dumb and broke sangat ni." Sempat dia mengulas sorang-sorang.

"Ya?"
"Sorang je ke sana?"
"Haah."
"Ramai ke malamni?"
"Nope. Sorang je ni."
"Kau sorang-sorang tu, okay?"
"Belum takut lagi." Sebaris Li menjawab balas. "Tapi mengantuk ni," dan dia menambah sebaris lagi.
"Kau jangan sampai tertidur pulak. Bahaya apapehal." Senada sahaja tapi yang pastinya berbaur tegas pesanannya.
"Tak jamin."

Kebetulan dia menguap waktu itu juga. Sempat dia melihat paparan jam pada bahagian atas skrin telefon bimbit. Hampir dua pagi, patutlah kantuknya tak boleh dibawa berbincang lagi.

"Aku gi sana." Langsung J menamatkan panggilan sesudah noktahnya. Kalau nak diikutkan kebiasaan, dia bukanlah spesis manusia over protective. Jauh sekali sejenis yang rajin nak melangkah keluar bilik sepertiga pagi begini semata-mata nak menemankan kawan yang sedang bekerja sambilan shift 12-3pagi. Seorang realist yang pastinya. Musim-musim di penghujung semester, sebelum minggu peperiksaan adalah musim submission assignment seantero universiti. Waktu ini memang tak ramai burung hantu. Jalan inter-kolej akan sepi dek majoriti yang berkampung; berjaga semalaman cuma di bilik kolej masing-masing sahaja.

Tambahan pula dengan keadaan Li yang seminggu dua ini sibuk berulang alik dari kelas ke jabatan-jabatan pentadbiran menguruskan kes tuntutan duitnya tempoh hari, J yakin sangat penat Li jadi berganda. Sekali harung dengan lekanya juga.

Logiklah, dia risau.

Dari tak berbaju, kini dia sudah ber-sweater kelabu bersarungkan hoodie di kepala buat menutup serabai rambut yang semakin panjang dan berseluar gobos pelikat. Motor kunci dibawa sekali sebelum dia keluar meninggalkan bilik dan juga meninggalkan Afif yang dilihat ketiduran di meja belajar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience