Rate

1.1

Poetry Series 861

K E K U R A N G A N

Tidak bernilai akan keberadaan
Melainkan kerana bermaknanya sebuah ketiadaan

Seperti sahaja
Tidak akan terlihat bintang malam
Melainkan setelah kelamnya cahaya siang

Tidak dikatakan lebih.
Kalau tidak kerana kurangnya.

× × × × ×

Deruman enjin motor yang kedengaran semakin jelas menandakan gerangan yang ditunggu sudah hampir sampai.

Li angkat muka dari meja kaunter. Cubaan tidur-tidur ayamnya sekadar berjaya tak sampai lima minitpun. Laju J buat kerja.

Dia bangkit dari duduk. Perlahan-lahan menapak ke muka pintu kedai runcit untuk dibuka pintu kaca tersebut. Sengaja dia tutup tadi dan ditahan sedikit dengan rak besi roti betul-betul di depan muka pintu tersebut sebagai langkah berjaga-jaga. Alangkan kawasan sekitar sudah terlalu sunyi, nak tidur-tidur ayampun kenalah berpada. Dia tahu tu.

J sudah parkir motor di luar. Kebetulan serentak dengan ketibaannya Li perasan kehadiran beberapa orang pelajar perempuan lagi yang sedang menapak ke situ. Besar kemungkinan adalah penghuni kolej terdekat yang kelaparan di malam hari. Biasanya begitu.

Daun pintu dibuka sedikit.

"Tunggulah. Ada customer ni aku rasa." J sekadar mengangguk dari luar, mendapatkan tempat duduk di bangku terdekat.

Seperti yang dijangka, tiga orang pelajar perempuan masuk sekali mencari bekalan tambahan di malam hari.

Ais krim batang, aneka roti krim dan maggie setiap satu seorang diletakkan di atas kaunter.

"Kak, mineral water bagi tiga."
"Yang sejuk eh" Li senyum segaris mengiyakan pesanan yang diterima. Memandangkan peti ais bagi air mineral terletak di belakang kaunter, sudah menjadi tugasnya mendapatkan pesanan bagi mereka.

"Bayar sekali?" Dia menyoal sesudah setiap barangan dimasukkan ke dalam plastik. Salah seorang dari mereka menganggukkan kepala. Dua lagi sudah melangkah keluar.

Sesi pembayaran dan pemulangan baki dilakukan.
Pelanggan yang terakhir keluar langsung menutup semula pintu kaca yang telah dibiar terngaga tadi.

'Mesti diorang ingat aku memang tutup pintunya.' Getusnya dalam hati.

Ada wayar yang berjuntaian di bahagian atas bukaan pintu. Makin panjang pulak juntaiannya berbanding sebelum ini. Dia terpaksa mengangkat sedikit duduk wayar yang tak melekat elok pada dinding untuk membuka semula pintu kaca kedai itu.

ZZZAPP!
Kedai black out serta merta. Dan jeritannya ikut serta, dek terperanjat.

Li sempat menangkap pandang percikan elektrik betul-betul sekejap ini.

Lambat-lambat telapak tangan kanan terasa panas beransur perit sebelum bau hangit terbakar pula dihidu kemudiannya. Tangan kirinya memegang pergelangan tangan kanan, seakan menahan dari peritnya dari merebak ke seluruh lengan.

Dia bawa langkahnya ke luar kedai cepat-cepat, mencari bias cahaya neon lampu jalan yang paling hampir

"Aduhh…"
"Li?!" J datang dekat. Sebelum meninggalkannya di luar dan dia pula masuk ke dalam kedai.

Peritnya makin terasa mencucuk-cucuk jemari dan telapak tangannya. Ketika dia semakin hampir dengan kawasan yang terang sedikit, barulah dia perasan akan tapak tangannya yang luka berdarah.

Jari telunjuk dah sepenuhnya nampak macam sosej grill-pun ada dengan kesan hitam terbakarnya.

Air mata dah bertakung. Tak boleh nak acah-acah dewasa jugak masa ini. Sakit tak boleh cover lagi. Li terduduk, menahan esak yang makin galak. Sesekali telapak tangannya digoyang-goyang seakan mengibas angin. Perit melecur minta disejuk-dinginkan sesegera mungkin.

"Aish" Dia mengeluh bila sakit mencucuk itu jadi semakin berdenyut-denyut. Ada kata makian yang ditahan-tahan dari dia menyalahkan keadaan yang tidak bersalah.

"Tangan kau," Itu arahan J sebaik dia muncul semula. Dia mengisyaratkan Li membuka tapak tangannya. Paling tidak, lukanya perlu dibilas bersih.

Tangan disua ke sebelah luar bangku, berlantaikan rumput. Dia lihat saja J membuka penutup botol air mineral sebelum air tersebut dicurah perlahan-lahan pada tangannya. Dia duduk bersebelahan Li di atas bangku itu, namun mereka saling menghadap satu sama lain. Begitu.

"Shit." Terlepas juga, spontan. Seperti tangannya yang turut refleks spontan lalu dilarikan saat air bertemu luka. Ngilu.

"Sabo jap." Rendah J menuturkan. Dia memegang pergelangan tangan kanan Li yang berlapikkan lengan baju tee-nya, menahan pada bangku.

Air tin sejuk lantas diletakkan dalam tapak tangan yang separuh lecur, separuh terbakar itu. Hampir saja dia nak menggulung-genggamkan jemari Li sendiri. Memang naik satu not lagi suara Li elok bila kulitnya bersentuh dengan aluminium dingin. Tapi tangan dipaksakan genggam juga. Dia hendak merasa selesa dengan dingin dari sejuk tin tersebut. Dia sendiri tak tahan merasa panas dari perit luka dan melecur.

J capai telefon bimbitnya yang sudah diaktifkan mode flashlight. Suluhannya dihalakan kepada tangan Li. Walaupun tertutup bahagian yang digenggampun masih dapat memperlihatkan luka-luka dan kesan terbakar lain pada tangan tersebut.

J melepaskan keluhan kecil.

"Okay sikit tak?" Dia pandang Li di hadapan. Jelas sangat muka lepas menangis tu. Tak menangispun, masih ada lagi air mata yang meluncur laju jatuh ke pipi. Automatik, sebab masih sakit barangkali.

Li diam. Mencari tempoh bertenang.

"Eyy, hangit dah jari aku." Selepas seminit dua dia bersuara semula. Suaranya dikeraskan, buat-buat membentak. Lama-lama dilayankan air mata yang mengalir, segan pula rasanya. Dia perlu memecahkan janggal yang baru dirasa. Mujur saja samar-samar begini, tak adalah jelas sangat nampaknya. Setidak-tidaknya itulah yang diharapkan Li.

"Tak adalah. Medium well kott ni. Dak hangit lagi." Bibir Li menjungkit sengih. Dia menghargai cubaan hambar J tengah-tengah malam itu.

"Hilang terus mengantuk aku. Eyy." Tin yang digenggam dilepaskan dan diletak ke tepi. Sejuknya sudah hilang. Tak efektif lagi.

"Takde plaster ke apape yang boleh dibuat untuk rawatan kecemasan ke sini? Aku cari tak jumpa tadi dekat dalam."

"Reti pulak kau?" Li jual mahal. Sengaja buat modal berbasa-basi.

"Aku kan ko-k PBSM sini. Lupa?"
"Takde yang fancy-fancy. And plaster dah habis stok bro."
Li sudah mula mengibas-ngibas tapak tangan sekali lagi. Peritnya bersisa.

"Nasiblah Li." Senada.
"Kesian tangan aku." Li juga balas senada sambil mengimbau peristiwa menumbuk dinding minggu lalu. Haih… Lepas satu-satu. Akhirnya betul-betul berkecai nanti tangannya ini.

"J, phone aku." Bibirnya dijuih ke arah dalam kedai.
"Thanks!" terpaksa dijeritkan kerana J sudah menjauh, masuk ke kedai buat kali keduanya.

Telefon yang diambil dari laci kaunter kemudian diserah kepada Li. Dia dapat mengagak tindakan Li yang seterusnya — menelefon tuan kedai terlebih dahulu sebelum kepada penyelia kedai pula, abang Jo. Abang Jo bertugas di kedai runcit juga, di cawangan kolej yang lain dalam universiti serupa.

Di sepertiga malam itu, hari itu Li balik tepat pukul 3 pagi sebaik shift-nya tamat. Tak seperti malam-malam lain yang akan dianjak waktu sehingga setengah jam kerana dia dibenarkan pulang terus sebaik Abang Jo sampai.

"Nak aku hantar tak?" Abang Jo mempelawa dek dihambat rasa tanggung jawab terhadap apa yang menimpanya.

"Takpe bro, kitorang satu hala je, sama kolej." Tak sempat Li menjawab, J dah memintas balas.

Dia lagi tak percaya dengan Abang Jo, tanpa memikirkan keraguan sama yang Abang Jo andaikan kepadanya. Jo menjustifikasi dalam hati, bahawa dia lebih boleh dipercayai. Ceh.

"Barang and beg kau semua dah ambil?" Li angguk. Ikut membonceng setelah J naik tempat penunggang. Totebag-nya diletak di tengah-tengah antara mereka.

"Okay bro. Assalamualaikum." J berbahasa. motormya bergerak terus seiring salam yang diberi.

Abang Jo angkat tangan serentak menjawab salam.
"Korang balik terus tau!" Dan begitulah pesannya yang masih berbaur was-was lagi sampai ke sudah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience