Rate

1.3

Poetry Series 861

K A S I H (K) A N

Aku selalu berada di pertengahan
Antara kasihankan orang lain
— dan kasihankan aku
Aku kasihankan diri kerana kasihankan
— orang lain yang tak pernah kasihankan aku

Begitu,
Kasihan.

× × × × ×

"Li!" Pekikan dari luar menyentak lena Li serta merta.
Terpisat-pisat dia bangun dan memperbetul duduknya di atas katil. Waktu itu, Pah dan Nud sudahpun menerjah masuk ke biliknya yang tak berkunci.

"Haa baguslah tu. Tidur mati dengan pintu tak berkunci" Pah cari kerusi sebaik sahaja berada di dalam bilik.

"Berapa kali nak pesan bahaya. Aish" Dia sambung lagi saki baki leterannya sesudah melabuhkan punggung pada kerusi belajar Li yang betul-betul bertentangan dengan katil.

"Li, tahu tak dah berapa kali kitorang jerit panggil kau?" Masih Pah lagi yang berbicara. Nud sudah duduk bersila di lantai sahaja.

"Nak masuk sepuluh kali, tau?! Belum campur yang kitorang missed call lagi. Baik kau check phone kau sekarang. Silent la tu." Nud mengomel-ngomel dengan aduan tambahan.

Li capai handphone yang sudah terperosok ke bawah bantal. Tak sempat dia kirapun berapa panggilan Pah dan Nud yang telah masuk, dia terlebih dahulu terkejut melihat paparan jam pada skrin.

"Weh, dah nak pukul sebelas malam!" Buntang matanya melihat jam menunjukkan hampir pukul lapan malam. Dia bingkas bangun, terduduk tegak.

"Iya Li. Kau dh ter-missed meeting malam ni, tau tak."

"Settle tadi kitorang speed ke sini. Tak sangka kau pengsan gini dalam bilik." Pah sempat mencelah berselang respon Nud.

"Kau kan tahu meeting malamni penting. Puak-puak Kak Min turun pulak tu tadi, ish jadi alasan je lah untuk diorang palu kau. Jatuh repo kau weh. Tadipun diorang dah bising-bising serba tak kena sebab kau tak ada." Nud menyambung.

"Dah jahanam dahpun repo aku." Sempat Li balas senada. Malas nak cara dengan benci orang yang tak semena-mena kepadanya dan reputasinya yang ikut merudum disebabkan hal itu.

Nud dan Pah menggeleng sahaja mendengar. Pun begitu, meraka akur memang ada kebenarannya pada kata-kata Li.

"Ni dari bila kau lena dengan pintu ternganga ni?"

"Sejak balik kelas. Kott lah. Lupa ah."

"Gila kau. Bahaya! Level bahaya dia lagi teruk dari kena mengata dengan geng-geng Kak Min sebab tak datang meeting, tau!"

"Asar, maghrib kau pecite Li?" Nud kedengaran lebih tenang sedikit berbanding Pah yang bertalu-talu cemasnya.

"Cuti." Dia menyengih. "Nasib baik." Li menyambung. Panjang rambut ikalnya dibawa segenggam sebelum diikat ekor kuda. Dia perlu bersiap, begitu perkiraannya. Bukan untuk ke mesyuarat yang telah lepas. Dia perlu keluar, mengisi perut kosong yang merintih-rengekkan lapar.

"Kau tak pernah missed meeting kelab." Nud sambung bersuara. Kebimbangannya masih belum surut barangkali.

"Lagilah jadi sebab logik aku missed yg ini. Aku bukan robot, manusia. Ada masa tak boleh datang, aku tak datang." Dia dah bangkit dari katil. Mencari tuala dan alatan mandinya. Sekejap-sekejap telapak tangan kanan digerak-gerakkan mengibas angin. Nak mengikat rambutpun jadi susah begini dengan bisa luka yang bersisa.

"Makanya, sebab terlajak tidur?" Pah meneka.

"Ini haaa. Aku bukan sengaja. Badan aku penat sangat agaknya dari kes malam tadi. Plus aku still terkejut lagi agaknya. Lemau takleh bawak bincanglah." Tangan kanan yang tak berbalut diaju buat tatapan dua sahabat. Menganga masing-masing, tak menyangka dengan apa yang dilihat mata kepala.

"Weh pahal ni?"

"Accident dekat mini mart malam tadi." Soalan Pah dijawab sebaris. Budak-budak ni bertanya, macam tak tahu apa pulak.

"Yelah, accident mende teruk sangat ni?" Nud ikut menambah.

"Edi tak kabo ke? Aku ada bagitahu dia." Li yang nak menapak keluar bilik masih ditahan-tahan dengan rasa ingin tahun dua sahabat yang datang bertandang. kedua-duanya serentak menggelengkan kepala, merespon kepadanya.

"Masa Kak Min bising-bisingpun dia tak ada pulak cakap apa. Kalau aku tahu, memang aku back up dah kau tadi." Pah berbunyi.

"Ingat repo je jahanam. Tangan sama jahanam ni aku tengok. Ya Allah Li." Li angkat tangan yang memegang tualanya tinggi sedikit separas bahu, sebelum dilibas lembut pada belakang Nud — cabul betul bahasanya. Nud dengan Pah sudah pecah tawa dengan reaksi balasnya.

"Dah dah. Aku nak bersiap keluar. Lapar!" Bilik yang tak berkunci diamanahkan pada tetamu sementara dia melangkah pergi ke tandas.

× × × × ×

Juadah set A-nya yang terdiri dari nasi putih dan tomyam campur lewat malam itu seperti kurang rasa masin dan segala rasa lain yang sepatutnya menyedapkannya.

Lebih-lebih lagi setelah dibaca whatsapp Edi baru ini. Li melepaskan keluhan, buat menutup terasa hati.

'Li, jangan tak datang malamni.'
'Li, angkat call. Meeting dah nak mula.'
'Li, tidur ke? Bangun wey, bangun!'
'Aku dah pesan awal tadi, datang meeting. Sampai hati tak datang. Attitude tak jaga, nanti budak kelab hilang respect dekat kau.'

Juga, beriringan dengan mesej yang dihantar adalah belasan missed call dari Edi dan lain-lain panggilan tak berjawab dari Nud dan Pah sedikit seorang.

Li biarkan sekadar dibaca.
Dia putuskan untuk tidak membalasnya.

Bukan kerana sakit ditangan menyukarkan keadaan,
tetapi lebih-lebih lagi kerana rasa sakit di hati.

Tiba-tiba dalam tak sedar, matanya sudah berlinang air mata.

Manakan tidak sensitif, kalau tidak dirangkumkan segala masalah sekali dalam suatu masa - kes penipuan duitnya yang makan ribu riban, kecelakaan yang menimpa tangannya dan sikap ahli kelab terhadapnya yang terkini sekali, dia berhak kecewa juga sesekali.

"Woi, melamun." Li menoleh saat hoodie belakang terasa ditarik-tarik beberapa kali. Kelihatan J terpacak tegak dengan wajah tak beriak. Air mata yang sudah berkolam kering serta-merta. Malu, semalam sudah menangis macam hape. Kali ini terlebih sentimental pula. J pasti mengata.

"Buat apa sini?"

"Cari makanlah. Takkan datang mancing."

Tanpa diundang, J parkir duduk di hadapan Li. Tahulah Li, bahawa rakannya itu sedang menunggu pesanan makanannya disiapkan.

"Eii makan malam-malam, nanti gemok." Sengaja Li mengusik walaupun dia bukan dalam keadaan gembira ketika itu.

"Asal aku bahagia." J jawab senada. Li senyap, sambung menikmati nasi putih berlaukkan tomyamnya.

"Kau bahagia tak ni? Makan sorang malam-malam buta. Eloklah tu anak dara." Aura mak tiri J dah dtg, dia cakap lepas saja, tapi tepat pula mengena batang hidung Li.

Malas Li nak respon. Hatinya belum stabil, salahkan Edi.

"Meh tengok tangan tu, dah elok belum?" Sweatshirt dengan lengan menggelebeh melebihi hujung jemari dibuat lapik. J menilik tapak tangan Li dengan telunjuknya digerak-gerakkan melihat setiap sisi telapak tangan Li di depan mata.

"Mana nak eloknya. Macam sosej hangit simpan dua tiga hari adalah." Cukup dia bagi J menilik keadaan, dia menyambung makan. J dah bangkit dari duduk saat nombor pesanannya dipanggil beberapa kali.

"Cepat perabis. Kita balik sekali." Dia berpesan, serius. Li layankan acuh tak acuh. Kebetulan memang juadahnya sudah di penghabisan.

"Aku datang jalan kaki je." Dia menyambung sebelum betul-betul melangkah ke kaunter, sengaja dimaklumkan juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience