T A K K I S A H
Tak usah ambil kisah
Pada dia yang tidak kisah
Kisah dia itu untuk orang lain
— jangan diambil kisah
Takut sendiri yang akan terlukakan
Kalau kisahkan hati dan perasaan sendiri
— tentang dia jangan kisahkan
× × × × ×
Tak surutpun sakitnya. Tapi barangkalu ketahananya yang semakin ada. Paling tidakpun untuk malam itu, sejak sejam yang lalu. Ah, betullah tu kata orang tua-tua dulu, alah bisa tegal biasa.
Li senyum kelat sendiri memerhati telapak tangan kanan yang terlukis luka calar dan bahagian lecur serta sedikit terbakar, khususnya pada jari telunjuknya. Tak sangka ada benda nak jadi.
Waktu nak pakai duit, duit kena scam.
Waktu nak pakai tangan, kena renjat pula tak semena-mena.
Nak salahkan siapa?
Salahkan diri sendirilah Farizaliana Imani.
Li buat sesi dialog sendiri.
"Balik satgi buhlah minyak gamat dulu. Esok pagi-pagi pergilah KU (Klinik Universiti), check tu."
Pesan J berlagu dalam kepala saat matanya ditala pada gambar J yang terletak di atas meja, bersetentang letak katilnya. 'Mujurlah dia nak menyinggah. Kalau tak lagi naya aku buat sesu BBQ sorang-sorang waktu-waktu qiam macamtu.' Dia senyum segaris sebelum senyum yang semakin manis. Syukurnya ikut tergambar pada wajah.
"Oh," seakan terkenangkan sesuatu, Li mencapai handphone di sisi. Lambat-lambat dia menaip dengan tangan kiri.
Teringatkan Edie sebenarnya ketika pandangannya beralih kepada gambar Edie barusan ini. Jarang dia tidak maklum sebarang hal pada Edie. Keakraban antara kedua-duanya menjadikan Li tak pernah kekok untuk berkongsi, apapun.
Bukan berdua sahaja. Mereka berempat orang, Edie, dia, Nud dan Pah. Jadi rapat sekali sejak pernah sama-sama berprogram bakti siswa pada semester sebelumnya walaupun masing-masing menetap di kolej berbeza.
Online; tapi balasan dari mesej yang dihantar malahan tetap tidak dibaca lagi. Ahh, game lah tu pagi-pagi buta. Dia kenal pesen Edie, memang begitu. Rutinnya sudah diketahui.
Dari posisi duduk, dia bertukar berbaring. Selimut yang dibuka lipatan tadi diselubungkan dari bahu sehingga menutupi hujung kaki. Lampu meja dibiarkan terpasang memandangkan dia belum dapat lelap. Dia masih dalam cubaan memujuk diri sendiri untuk mengantuk seperti malam tadi. Hendak tidurpun perlu dipaksa apabila kesakitan yang dirasa mengatasi penat dan kantuknya.
Handphone diaktifkan untuk melihat paparan jam pada skrin. Kurang lebih sejam sebelum Subuh. Li melepaskan keluhan, menimbal balik pertimbangannya ketika itu. 'Nak tidurpun tak berbaloi sekarang, ada jugak nanti aku terlajak Subuh.'
Dia bangkit duduk semula. Laptop di bawa ke riba. Masanya perlu diisi sehingga Subuh ini.
× × × × ×
"You dozed off," Li tersentak. Saat dia mengangkat muka, matanya sudah bertentangan dengan pandangan tajam Dr Franklin. Dia juga pasti perhatian seisi kelas sekarang tertumpu kepadanya. Mangsa soalan ambush kelas hari itu. Dr Franklin menjustifikasi arahannya menyuruh Li bangkit dari duduk.
Li dah menyumpah dalam hati. Kantoi terlelap pula, memanglah cari mati. Dah tak memasal dia kena soal mikroekonomi dalam kelas petang begini.
"Am I right, or am I not?" Dr Franklin menguji pelajarnya yang masih nampak teragak-agak. Mamai lagi ke? Li mengangguk laju.
"So, explain this curve."
Li pandang ke depan, 'Short Run Production Function…'
Keluk yang terpapar cuba dihadam sekelip mata. 'goreng Liana, goreng!!' Sejenis mantra motivasi bergema sendiri. Ligat kepala nak suai-padankan segala data pada rajah.
Seminit.
Dua minit.
Tiga minit.
Barangkali hampir lima minit juga dia terpaku begitu, sampaikan Dr Franklin perlu melihat jam tangannya. Barangkali pensyarah itu sudah tidak boleh berkompromi lagi dengan masa yang disia-siakan begitu sahaja.
"Farizali…"
"Diminish return, Dr!" Li potong dulu sebelum sempat amaran terakhir dikeluarkan Dr Franklin.
"Eh emm.."
"Again, your answer?" Baru digertak dua kali, Li hilang keyakinan dengan jawapan barusan ini. Matanya meliar memandang rakan sekelas yang berada berdekatan. Ada yang mengangguk kepala mengisyaratkan bahawa jawapannya betul, ada yang seperti jauh lebih lost lagi berbandingnya.
"I think Dr, this curve explain the law of diminishing return in the Short Run Production Function. As increase in labor, increase the output as well but in a decreasing margin." Noktah.
"You think?" Dr Franklin menggertak lagi. Memang begini selalu kelasnya, intense dengan ambush soalan.
"Maybe." Rendah not suaranya menuturkan respon balas. Dr. Franklin menggeleng sekali sebelum Li diberi keizinan duduk semula. Selang sesaat dua kemudian dia senyum segaris pula tanda berpuas hati. Yakin kantuk pelajar yang hampir sepanjang kelas dia perhatikan tersengguk-sengguk tadi hilang semuanya, serta merta.
Punat kekunci pada alatan mengajar ditekan sekali sebelum skrin memaparkan penjelasan terhadap keluk yang dibentangkan. Pelajar-pelajarnya di dalam kelas itu mula bersorak sorai dengan suara bingit bercampur-campur dalam memberikan reaksi mereka masing-masing.
Sama. Jawapan pada paparan skrin dengan jawapan Li seakan disalin satu-satu.
Dr Franklin bertepuk tangan, sebelum yang lain menurut sama.
"But please class no I think and maybe l, next time. This is a factual question. I don't need your opinion." Dia sempat membetulkan kesalahan Li.
Li menghela nafas lega. Baki lima belas minit sesi pembelajaran langsung dihabiskan dalam keadaan fokus memandangkan matanya telah kembali segar-bugar setelah mengharung sesi soal jawab barusan tadi.
"Farizaliana," Langkah menuju pintu dewan kuliah terhenti bila namanya dipanggil Dr. Franklin. Li berpatah balik mendekat ke meja hadapan dewan.
"I noticed your hand. How bad is it?" Pensyarah separuh abad itu nampak prihatin. Mungkin dia perasan ketika Li sedang disoal dalam kelasnya itu.
"Awfully hurt Dr." Li balas ramah.
"Already go to KU?"
"Yes, yes already Dr." Li dah serbasalah dengan pertanyaan Dr. Franklin.
"Take a better care of yourself, Farizaliana." Li mengangguk laju-laju. As if, strongly agreed. Begitu. Gaya Dr. Franklin dah macam abah pula berpesan-pesan.
"And sleep early. No dozing off in my class, again. Luckily you got the answer right." Peringatan tambahan juga sempat diberikan. Li sekadar tersengih mendengar ulasan terakhir. Berkat baca buku teks mikroekonomi menyambil jaga kedai runcit, tak sia-sia rupanya.
Dia keluar dari dewan kuliah, berganti pelajar-pelajar Dr Franklin yang sudah mula memenuhi dewan untuk kelas berikutnya.
Ruang legar kaki lima dewan kuliah seperti biasa dipenuhi pelajar-pelajar yang keluar masuk dewan kuliah di sekitar. Dari kejauhan Li seakan perasan kelibat yang sedang berjalan agak jauh sedikit di hadapan, di antara sesak pelajar yang menghala ke tempat menunggu bas pulang ke kolej. Dia mempercepat langkah. Gerangan itu perlu disapanya.
"Wei, Edie!" Tangan kirinya tangkas menepuk beg yang disandang Edie.
"Woi!" Edie ikut sama teruja, tersempak dengannya dalam kebanjiran manusia di situ.
"Aku whatsapp tak reply."
"Busy."
"Tapi aku bacalah Li." Matanya memerhati atas bawah sesusuk tubuh Farizaliana Imani. Tercari-cari sesuatu.
"Mana sakitnya, takdepun." Pendek dia mengulas sesudah pencariannya tidak menampakkan hasil.
"Ni haa." Li suakan tangan kanannya, menunjuk tapak tangan yang berbalut seluruhnya.
"Itu je lah?" Edie bertanya inginkan kepastian
"Ini je? Kau expect aku balut satu badan ke?" Li tanya semula, senada. Dan dengan sedikit kecewa padanya, akan respon Edie. Tapi dia tutup ralatnya dengan gelak kecil dihujung bicara.
"Taklah. Maksud aku, okay lah ni. Kan? Baguslah, tak teruk sangat. Aku risau jugak kalau kau kena teruk-teruk."
"Haa.. Siapa yang susah nanti? Aku jugak." Panjang Edie merespon balik, sambil buat-buat mengambil hati. Dia tampal senyum extra gulanya pada Li.
Ceh.
"Susahlah kau, kalau SU kelab takboleh nak buat kerja."
"Yesza. Pandaipun kau."
"Dasar punya ketua kelab." Dan kedua-duanya menghambur ketawa kecil.
Share this novel